Sunday, November 27, 2016

Hukum bermusafir kpd isteri

- us Johari Kuliah Maghrib Ahad 27-Nov-2016

- Group/Kumpulan
- Perlu berhati-hati dgn ipar
- Perlu ada "ghirah" ie kecemburuan terhadap isteri, apbl isteri menyertai kumpulan/group (dlm keadaan semasa spt group whatsapp, telegram, email).

- Jangan pukul, tampar bhg muka dan kepala isteri, dan anak.

- Jika perlu memukul isteri, selepas dinasihati, selepas diasingkan tempat tidur, maka suami boleh pukul isteri dgn batang kayu sugi (panjang batang kayu sugi adalah sekitar 6 inci, kira2 panjang berus gigi).

- hadis dr Abdullah hin Abbas, suatu hari dia mengikut Rasulullah dan sahabat ke suatu peperangan. Masa rombongan berehat, dan pd hari itu Jumaat, Rasulullah menunaikan solat Jumaat. Khutbahnya pendek dan padat. Dlm khutbah itu baginda sebutkan tidak boleh bagi  seorg perempuan keluar bersama seorg lelaki melainkan org ke-3 adalah mahramnya.

- Tiada jamak solat Jumaat dgn Asar. Namun dibenarkan utk solat Jumaat bagi yg bermusafir.

- haram hukumnya seorg isteri bermusafir  ke luar negara lebih dari sehari semalam dgn tanpa mahramnya.

a) lelaki
b) mahram (ie lelaki yg tidak boleh berkahwin dgn si isteri itu).
c) baligh
d) akil (berakal)

Saturday, November 26, 2016

Kebenaran Menenggelamkan Kebatilan

- us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 26-Nov-2016

Surah Al-Israk Ayat 17:81

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

- bila ada kasih-sayang, ukhwah maka sukar utk berlaku persengketaan. Sekiranya berlaku perbalahan, tempohnya tidak lama. Mereka akan berbaik semula dlm masa yg singkat.

- Ayat ini merupakan ayat murshid, jika dinisbahkan kpd silaturrahin dan ukhwah, maka boleh dikatakan persengketaan/perbalahan adalah amat sukar utk berlaku.

- apbl kita diuji dgn kesusahan namun tidak dinilaikan sebagai kesusahan oleh org lain, hingga tidak ditolong oleh kawan/jiran yg dekat. Maka perlu jaga hati kita agar tidak bersangka buruk dgn mereka, dan tidak memutuskan silaturrahim/ukhwah dgn mereka.

- Apbl kita diuji melelui perbuatan sahabat/kawan yg melakukan keburukan ke atas diri atau keluarga kita, maka jagalah hati kita dr memburukkan sahabat/kawan itu kpd org lain. Jaga hati agar keikhlasan yg kita buat sebelum ini tidak dinilai oleh Allah.

- Marah yg tiada nilai
Apbl org bukan Islam menghina Al-Quran, kita marah. Namun dlm masa yg sama kita tidak mengaji/membaca Al-Quran. Ini menunjukkan kita tidak sayangkan ugama. Marah kita itu spt marah yg dibuat-buat.

- Aqidah yg kuat akan merohohkan kebatilan.

- Tauhid yg kuat akan menolak dakyah yg dibawa oleh pengikut yg sesat (syiah, athies, kristian, etc).

- Berlembut akan membawa kpd benaran. Jangan berkeras kerana kekerasan selalunya bersifat sementara/sentimen dan akan menyerlahkan kelemahannya (spt riak).

Thursday, November 24, 2016

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:83 hingga 94

- us Dr Zawawi kuliah Maghrib Khamis 24-Nov-2016


Surah Al-Kahfi Ayat 18:83

A083

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

  • 2 org beriman yg menguasai dunia adalah Zulkarnain dan Nabi Sulaiman as
  • 2 org yg tidak beriman yg menguasai dunia adalah Namrud dan Raja selepas Namrud.
  • org ke-5 yg akan menguasai dunia adalah Imam Al-Mahdi.

- Zulkarnain bukannya Alexander The Great, kerana sifat yg berbeza. Zulkarnain seorg hamba yg soleh, manakala Alexander The Great adalah anak Raja Filippe, dgn sifat kasar, garang dan bengis.
- Zulkarnain atau nama asalnya Iskandar, berasal dari Mesir.
- Ada pandangan dr ulamak mengatakan cucu kpd Nabi Noh.

Beza Tilawah dan Qiraah:
- Tilawah Al-Quran ie tahap pemahaman Al-Quran yg tinggi dan memahami setiap maksudnya.
- Qiraatul Quran ie pembacaan shj tanpa pemahaman maksud.


- Ayat 18:84

A084

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

- kejayaan Zulkarnain bukannya diberi begitu shj, sebaliknya ke atas usaha2 yg diberkati oleh Allah.

- jika mempunyai peluang jagalah ibu bapa hingga akhir hayat mereka, sesungguhnya rezeki dan urusan kehidupan akan dipermudahkan oleh Allah.


- Ayat 18:85

A085

فَأَتْبَعَ سَبَبًا

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).


- Ayat 18:86

A086

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

- ulamak tafsir berpandangan bhw daerah matahari terbenam adalah di kawasan sebelah barat benua Afrika (juga merujuk kpd Mahgribi).

- dibenarkan kpd Zulkarnain utk menggunakan kekerasan terhadap kaum tersbt, kerana sebelum itu telah diutuskan Nabi kpd mereka dan mereka mengingkarinya.


- Zulkarnain berjaya mengimankan kaum itu.


- Ayat 18:87

A087

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا

Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


- Ayat 18:88

A088

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ ۖ وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".


- Ayat 18:89

A089

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.


- Ayat 18:90

A090

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

- ditafsirkan bhw kaum di sebelah timur ini tidak berpakaian. 

- Kehadiran Zulkarnain adalah membawa tamadun kpd mereka, dan beriman kpd Allah.


- Ayat 18:91

A091

كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

- Zulkarnain hanya memerintah selama 13 thn, meninggal dunia dlm usia 30-an, akibat demam panas.
- Zulkarnain dilahirkan kira-kira 350 thn sebelum kelahiran Nabi Isa as.


- Ayat 18:92

A092

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.


- Ayat 18:93

A093

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.


- Ayat 18:94

A094

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

- Allah akan menghapuskan kaum Yakjuj dan Makjuj, dan mayat2 mereka bergelimpangan dan berbau busuk. Allah akan mendatangkan burung2 utk menghilangkan/memakan bangkai mereka. Selepas dr itu maka keadaan akan menjadi makmur di bwh pemerintahan Imam Al-Mahdi.

Tuesday, November 22, 2016

Hukum Pakai Cincin Bagi Lelaki

- us Abd Basir Kuliah Maghrib Selasa 22-Nov-2016
Perhiasan (cincin) yg dibenarkan utk lelaki.

- hukum bertindik bagi seorg lelaki:
Haram bagi seorg lelaki bertindik, tidak kira di mana tindik itu dipakai, contohnya di telinga, hidung, bibir, lidah, perut.

- cincin Rasulullah diperbuat dari perak manakala batu cincin baginda berasal dr Habsyah. Ada satu lagi cincin Rasulullah yg diperbuat dari perak namun tiada batu.

- ada juga cincin Rasulullah yg hanya digunakan sebagai cop (rasmi) surat (yg di balas oleh baginda Rasulullah. Cincin ini mempunyai tulisan "Allah Rasul Muhammad", yg setiap satunya dlm 3 baris.  Cara bacaan cop itu bermula dr baris bawah. Ini adalah adab yg diajarkan bwh kedudukan Allah mendahului, mengatasi segala apa yg selainnya.

- emas yg diharamkan kpd org lelaki (bukan kanak2 lelaki selagi belum baligh - hukumnya harus), adalah yg dihalalkan kpd org perempuan.

- utk mendpt pahala sunnah bagi lelaki yg memakai cincin, maka pakai cincin yg diperbuat dr perak.

- hukum pakai cincin suasa (bagi seorg lelaki), ada 2:
(i) harus jika bahannya tidak mempunyai bahan emas, atau bahan emas yg diguna utk menyaluti cincin suasa itu apbl bahan salut itu diasingkan, ianya tidak mempunyai nilai pasaran.

(ii) haram jika campuran bahan suasa dan emas dijadikan asas cincin suasa tsbt. Juga haram jika cincin suasa yg disaluti emas yg tebal, yg apbl diasingkan salutan emas itu, ianya mempunyai nilai pasaran.

- Rasulullah membuat cincin yg diguna sebagai cop rasmi (kerajaan Islam), sebagai tanda komunikasi dgn kerajaan luar.

- Rasulullah akan menanggalkan cincin yg mempunyai tulisan "Allah Rasul Muhammad", abpl hendak memasuki tandas (utk qadak hajat). Menjadi sunnah kpd kita utk membuka cincin yg kita pakai apbl hendak masuk tandas.

- Disunnahkan utk menutup kepala apbl hendak masuk tandas utk qadak hajat. Boleh gunakan tuala, topi, kain, etc. Namun sebaik-baiknya tidak menggunakan serban sebagai penutup kepala (ie jangan pakai serban apbl memasuki tandas utk qadak hajat).

- Harus (bagi lelaki) pakai 2 cincin pd satu-masa, ie satu di tangan kanan dan satu lagi di tangan kiri (bukannya ke2-2 cincin berada di tangan yg sama).

- Makruh memakai cincin lebih dr satu cincin, mengikut Imam2 lain. Begitu juga jika lebih dr 2 cincin.

- Hukum pakai cincin dijari (bagi seorg lelaki):
(i) Sunnah memakai cincin di jari kelingking (jari ke-5) tangan kanan. Ada juga Imam2 yg membenarkan di jari manis (jari ke-4).

(ii) Haram pakai cincin di jari lain selain kelingking (jari ke-5) atau jari manis (jari ke-4).

- Cincin Rasulullah yg mempunyai tulisan "Allah Rasul Muhammad" yg ketika itu dipakai oleh Khalifah Uthman, terlepas dari tangan Khalifah Uthman, apbl beliau membuka cincin dari jarinya dan terus masuk ke dlm telaga Aris. Telaga Aris ini beliau beli dr seorg yahudi, bagi tujuan memudahkan org Islam utk mendptkan bekalan air.

Sunday, November 20, 2016

Dosa Besar ke-21 - Menuduh Wanita yang Baik Melakukan Zina

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 20- Nov-2016
Dosa Besar ke-21 ie menuduh berzina ke atas wanita2 yg baik

- kadar kesakitan paling minima yg dirasai oleh seorg mukmin (di saat  dicabut nyawanya) adalah spt 300 tetakan pedang, dlm keadaan cabutan nyawa itu dilakukan oleh malaikat dgn penuh kasih sayang.

- apbl dtg kematian kepada seorg mukmin, maka Allah berikan gambaran tempat kembalinya (kubur), maka dia tidak sabar2 lagi utk menemui Allah.  Namun bagi yg banyak melakukan kemaksiatan, bila dtg sakaratul maut itu, Allah berikan amaran kpdnya, bhw selepas dr nyawanya dicabut maka akan ditempatkan dia ditempat (kubur) yg azab. Maka pd ketika itulah dia akan memohon supaya diberikan penangguhan utk dia melakukan diberikan peluang hidup utk melakukan sedekah.

- kubur itu sama ada menjadi taman2 syurga atau salah satu dr lubang2 neraka.

- jangan menuduh seseorg berzina, kerana terdpt hukum ke atas tuduhan itu ie hukum khazaf.

-- sesengguhnya barangsiapa  yg menuduh wanita2 yg baik (ie yg menjaga maruahnya) melakukan zina maka Allah laknat mereka (penuduh) di dunia dan di akhirat, dan disediakan hukuman yg berat. Hukum di dunia adalah:
(i) sebatan 80 kali
(ii) gugur persaksian ie tidak boleh menjadi saksi.

- hendaklah kamu tinggalkan 7 perkara yg membinasakan, salah satunya adalah menuduh wanita2 yg baik itu berzina.

- jatuh hukum kazaf apbl seseorg
(i) menuduh wanita yg baik itu berzina (spt "hoi pelacur", "hoi perempuan jalang", "hoi penzina", "hoi ayam").
(ii) apbl seorg suami mengatakan/menuduh isterinya perempuan jalang, atau menuduh berzina dgn lelaki lain.
(iii) menuduh anak sendiri (nasabnya) bukan anaknya, ie menuduh isterinya melakukan zina hingga melahirkan anak itu.

==> Berfir dahulu sebelum berbicara, kerana bicara kita mempunyai maksud.

- apbl dikatakan kpd seseorg lelaki yg baik, atau wanita yg baik atau menafikan nasabnya, sebagai penzina, maka wajiblah dikenakan hukum hudud dgn 80 sebatan, kerana tidak membawa 4 org saksi. Melainkan dia membawakan 4 org saksi yg:

(i) kesemuanya 4 saksi lelaki (saksi perempuan tidak diterima syarak)

(ii) kesemua 4 saksi melihat sendiri org yg dituduh melakukan zina (ie berada di tempat kejadian zina).

- Soalan #1: Bolehkan NDA digunakan sebagai saksi menggantikan 4 org saksi?
Tidak boleh, DNA tarafnya sebagai bahan bukti shj, namun 4 saksi mesti didatangkan.

- Soalan #2 Bolehkan rakaman video diguna menggantikan tuntukan 4 org saksi?
Tidak boleh. Walaupun video itu kemudiannya dipertontonkan kpd org ramai utk menjadi saksi.

- islam menjaga maruah seseorg mukmin.

- berapa ramai manusia yg disebabkan ucapannya, maka dia tergelincir dan masuk ke dlm neraka yg dlmnya 70 tahun (kedalaman neraka),   jauhnya (lebar) dr timur ke barat (suatu gambaran payahnya nak keluar dr neraka, maka hindari dari perkara2 yg boleh menjerumuskan kita dr masuk dlm neraka).

- (i) Tahan lidah kamu dari bercakap2 (dr mengatakan/menyebarkan fitnah)
(ii) luaskan rumah kamu (ie panjangkan silaturrahim dgn jiran, bukannya suruhan utk extend rumah),
(iii) menangisi kesilapanmu
(iv) manusia yg jauh dr Allah adalah org yg berhati keras. Utk melembutkan hati maka banyakkan mengingati mati.

- barangsiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat  maka jagalah percakapannya.

Saturday, November 19, 2016

Sifat Lembut Hati #2

- us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 19-Nov-2016
Sifat murah hati dan lemah-lembut

- hadis: jika  itu kelembutan pd sesuatu ia akan menghiaskannya, jika kelembutan itu dicabut dr sesuatu, maka ia akan merosakkannya.

Surah Ali Imran 3:159

-فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَِّ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

- sekiranya Allah hendak menghukum ke atas manusia di atas kemaksiatan yg dilakukan, maka hapuslah manusia dan semua makhluk. Namun oleh kerana sifat Allah yg Maha Pengasih, ditangguhkan hukuman/azab mengikut KebijaksanaanNya.

- ikutilah setiap kejahatan itu dgn kebaikan. Semoga kebaikan itu dpt menutup kejahatan yg dilakukan.

- sifat lemah lembut ini berterusan. Hilangnya sifat marah adalah kemenangan kpd akal.

- Ali Imran,

هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

- apbl org buat kejahatan ke atas kita maka balaslah dgn kebaikan kepadanya.

Surah Al-Fusilat 41:34-35

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

- ujian itu adalah punca dihapuskan dosa. Jika rasa kesusahan/kesempitan maka ingatlah bhw ada lagi org yg lebih susah.

- Surah As Shura 43

إِنْ يَشَأْ يُسْكِنِ الرِّيحَ فَيَظْلَلْنَ رَوَاكِدَ عَلَىٰ ظَهْرِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

- sifat yg dipuji adalah lemah lembut dan berhati-hati.

- berikanlah kemudahan dan janganlah berikan kesulitan. Ajarkan yg mudah.

- barangsiapa yg menjauhkan dirinya dari lemah-lembut, samalah dgn dia melarikan diri dari kebaikan.

- berlemah-lembutlah kamu jika dinginkan kebaikan masuk ke dlm keluarga itu.

- apbl Allah hendaj memasukkan kebaikan dlm sesebuah keluarga maka dicampakkannya sifat lemah-lembut dlm hati ahli keluarga itu.

Friday, November 18, 2016

Tasauf - pengenalan

- us husaini abd hamid kuliah magrib jumaat 18-Nov-2016

Pengenalan kpd ilmu tasauf
- Tasauf itu ialah suatu pelajrn tauhid berkenaan mempelajari kelakuan hati, sabar,

- sabar itu adalah supaya kita melawan hasad dan natijahnya adalah supaya Allah bersama dgn kita.

- menyuluh amal dan

2. Faedah
- faedah mempelajari ilmu tasauf adalah dpt mengosongkan hati dan diisi dgn kehambaan kpd Allah.
- org yg melazimkan istigfar akan diperkenankan permohonannya.

3. Hantar ke mana mempelajari ilmu tasauf?
- Dihantar ke hati supaya hati manusia itu dpt mengenal Allah

4. Hukum mempelajari ilmu tasauf
- Hukum mempelajari ilmu tasauf adalah  fardu ain bagi org yg berakal.

Sunday, November 13, 2016

Sabar

-us Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 13-Nov-2016

- sabar itu adalah kebenaran, kerana ia dtg dr Allah.
- Sueah Al-Insan, 76:24

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا

Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

- sesungguhnya Allah sayang kpd org yg sabar. Hasilnya kita akan dpt silaturrahim, hilang sifat permusuhan, tidak menjadi pendendam,

- ungkapan "sabar itu ada batasnya" adalah hasil dr kejahilan terhadap ugama,  menjadikan seseorg itu melakukan perkara yg tidak baik apbl hilang sabar.

- di antara org yg Allah suka adalah org yg tidak pernah mengaibkan jirannya walaupun jirannya melakukan keburukan kpdnya. Sebaliknya dia hanya mengadu kpd Allah.

- org yg sabar dan istiqamah sabarnya, maka dia tidak menjadi org pendendam.

Saturday, November 12, 2016

Kebinasaan Manusia

-us Shahrir Kuliah Maghrib Sabtu 12- Nov-2016

Peristiwa akhir zaman: Apakah sebab kebinasaan seseorang

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".

- 4 golongan wanita yg boleh menarik lelaki ke neraka:
(i) Isteri
(ii) Anak
(iii) Ibu
(iv) Adik-beradik perempuan

- golongan ini akan mendatangkan fitnah kpd org lelaki. Jagalah anak-isteri, ayah-ibu dan jiran tetangga kita supaya mereka tidak mendatangkan fitnah.