Saturday, February 23, 2013

Mengingati Allah

- Kuliah Maghrib Sabtu 23-Feb-2013

Tazkirah: Mengingati Allah 

-Surah Al-Anfal ayat 8:2: (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

  • Kunci kejayaan adalah apbl manusia mengingati Allah.

  • Ada pelbagai sebab manusia mengangis mengingati Allah, oleh itu kita pilihlah sendiri cara utk mengingati Allah.

-kisah Habib An-Naja dlm Surah Yassin:
Utusan Allah di An-Thoqiah diseksa dan ada tafsiran mengatakan mereka diseksa dan digergaji kepalanya. Habib An-Najah juga menerima nasib yg sama hinggalah dia mrninggal. Mufasir mengatakan ketika Habib diseksa, dia diperintah masuk syurga. Habib mengatakan/mengungkapkan kpd kaumnya alangkah baiknya jika kaumnya mengikutinya utk menerima balasan syurga yg disingkapkan oleh Allah kpdnya utk dpt melihat keadaan dan keindahan yg dijanjikan di dlm surga.

  • Hadis yg diriwayatkan dr Aisyah ra, Rasulullah bersabda bhw setiap dr umatku akan masuk syurga kecuali yg tidak mahu masuk syurga. Para sahabat bertanya siapakah yg tidak mahu masuk syurga itu? Jawab baginda, siapa yg hendak masuk syurga akan mengikuti perintah Allah dan rasulNya, manakala org yg tidak mahu masuk syurga adalah yg tidak patuh mengikuti perintah Allah dan rasulNya.

  • Pilihan diberika kpd manusia sama ada utk beriman kpd Allah atau berlaku kufur terhadap Allah.

- Ayat-ayat Al-Quran berbentuk amaran yang bakal diterima kepada mereka yang kufur, disebutkan oleh Allah dlm ayat ke-16 surah Az-Zumar.  Di akhir ayat ke-17, berita gembira kepada mereka yang beriman kpd Allah, 
"maka berilah berita gembira kpd umat2ku", dijelaskan bhw mereka itu adalah manusia yg mendengar dgn baik peringatan yg diberikan kpdnya. 

Surah Az-Zumar Ayat 39:16  (klik sini utk paparan ayat)

لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٞ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِهِمۡ ظُلَلٞۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُۥۚ يَٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ

Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"


Surah Az-Zumar Ayat 39:17  (klik sini utk paparan ayat)

وَٱلَّذِينَ ٱجۡتَنَبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ أَن يَعۡبُدُوهَا وَأَنَابُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰۚ فَبَشِّرۡ عِبَادِ

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu 

  • Manusia perlu mendengar dgn baik sesuatu peringatan yg disampaikan kpdnya, menilai dan mengikuti peringatan dan suruhan yg disampaikan supaya ia mendapatkan keampunan dr Allah dan mendapatkan balasan syurga.

  • Syurga tidak disediakan untuk manusia yg kufur (kpd Allah), syurga hanya utk manusia yg bertakwa.

Ciri-ciri orang yang bertakwa
-dlm surah Ali-Imran ayat 133 disebutkan balasan syurga utk orang-orang yang bertakwa. Dlm ayat 134, disebutkan ciri-ciri org yg bertakwa:

Surah Ali Imran Ayat 3:133 (klik sini utk paparan ayat)

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


Surah Ali Imran Ayat 3:134 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
  1. Org yg menginfkakkan hartanya pd jalan Allah

  2. Org yg menghilangkan kemarahan.
    • kita hilangkan perasaan marah dgn (menelan kemarahan tersbt) bersabar.

  3. Org yg memaafkan org lain.
    • Sifat org bertakwa adalah dia mengampunkan, memaafkan dan menghapuskan kesilapan/kejahatan rasa marah yg dilakukan oleh org yg menyakitinya.

  4. Org yg cinta/gemar melakukan kebaikan.
    • Apbl Allah bertanya kpd Nabi Musa, baginda menjawab tongkat yg dipegangnya adalah utk membantunya berjalan, mengembala dan sebagainya. 
Surah Toha Ayat 20:18 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّؤُاْ عَلَيۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ

Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".

    • Sekiranya sebatang tongkat ada menfaat kpd manusia maka setiap diri manusia perlu menjadikan dirinya bermanfaat kpd manusia lain.

Monday, February 18, 2013

Dosa Besar ke-8: Derhaka kepada Kedua Ibu Bapa

-Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 17-Feb-2013
Dosa besar ke-8 ie Dosa menderhaka kpd kedua ibu-bapa.

-Sedang Rasulullah saw menyampaikan kuliah, dtg 3 lelaki. Lelaki pertama dtg dan memenuhkan ruang yg kosong. Lelaki ke2 dtg dan melihat tiada ruang dihadapan jd dia duduk di belakang. Lelaki ke3 dtg dan mendapati tiada ruang, kemudian dia turus pulang. Selesai kuliah, Nabi memberitahu kpd para sahabat, bhw lelaki pertama akan bersama-sama dgn jemaah lain mendiami syurga. Lelaki ke2 ini adalah org yg pemalu dan tidak mahu menyakiti hati para sahabt yg lain. Manakala lelaki ke3 itu Allah akan berpaling drpdnya.

-jika ibu-bapa meminta harta dr anaknya, maka berikanlah.

-kedudukan ibu adalah lebih utama, berbanding bapa.

-bagaimana menguruskan ibu saudara apbl ibu dan bapa telah meninggal. Pd ketika itu, ibu saudara itu satu taraf dgn ibu kita dr segi hubungan, hormat, dan ketaatan.

-Allah memerintahkan Nabi Musa berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya. Kerana sesungguhnya barangsiapa yg berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya, maka akan dipanjangkan umurnya.

-Ditafsirkan tentang hal umur yg panjnag itu sebagai
(i) umur yg berkat, ie walaupun umurnya pendek tetapi amalan baiknya banyak.
(ii) Ditafsirkan juga, bhw akan dikurniakan anak yg soleh dan solehah yg taat kpdnya, dan akan mendoakannya apbl dia sudah meninggal.

-dlm kitab Taurat, barangsiapa yg memukul bapanya maka hukumannya adalah bunuh.

-hadis yg diriwayatkan oleh Amru bin Marrah; tlh dtg seorg lelaki kpd Rasulullah saw, bertanyakan pandangan Nabi apbl dia telah melakukan segala perkara yg dituntut oleh ugama (solat, puasa, zakat dan menunaikan haji), apakah yg dia akan dapat. Jawab Rasulullah, org yg melakukan perkara spt yg disebutkan itu akan masuk syurga, dgn syarat dia taat kpd ibu bapanya.

-barangsiapa yg mencerca ibu bapanya, masuk dlm kubur nanti, maka batu2 dr neraka akan gugur kpdnya, ibarat titis2 hujan dr langit. Apbl dikafankan dan dikebumikan, maka kubur akan mula menyempit sehingga tulang belulang berlaga satu sama lain.

-sabda Rasulullah, 3 golongan yg terima balasan spt itu (kubur menjadi sempit) adalah:
(i) org yg musyrik
(ii) org yg berzina dan
(iii) org yg mencerca ibu bapanya.

-para sahabat bertanya kpd Nabi, bagaimana seorg anak buleh memaki ibu bapanya. Jawab baginda, apbl seseorg itu memaki ibu atau bapa org lain. Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ...

- 10 perkara
1) apbl salah seorg atau ke2 ibu bapa hendak makan, maka beri mereka makan. Jika mereka sakit, berikan sedikit makanan yg diminta utk mereka merasa. Jangan berikan berlebihan kerana akan menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk.

2) berkehendak kpd pakaian, maka belikan mereka.

3) berkehendak kpd khidmat atau bantuan, maka berikan khidmat atau bantuan kpd mereka.
-Kata Al-Basyar, adalah lebih afdal berada dekat dgn ibu bapa dr mengangkat pedang berjuang.
-Dan melihat wajah ibu itu adalah lebih baik dr melakukan benda lain.
-Suatu ketika Abu Hurairah pergi ke pasar (selapas kewafatan Rasulullah), dia merasa pelik melihat begitu ramai org di pasar. Dia memberitahu kpd org di pasar bhw Nabi saw tlh mengagih-agihkan hartanya di masjid.

4) apbl dipanggil, maka segera datang.

5) apbl diperintahkan, maka segerakan/laksanakan selagi mana tidak melakukan perkara yg bertentangan dgn syariaat.

6) bercakap dgn lemah lembut.

7) jgn sesekali panggil ibu atau ayah dgn namanya. Panggil ibu atau ayah.

8) apbl berjln, kita menuruti mereka (dibelakang mereka, bukan mendahului mereka)

9) berikan apa yg mereka suka.

10) mendoakan keampunan ke atas ibu bapa pada setiap hari.

-kisah Al-Qomah, 3 sahabat berjumpa dgn Al-Qomah ketika sedang nazak, kemudian mereka pulang berjumpa Nabi dan memberitahu bhw Al-Qomah masih tidak boleh mengucap. Rasulullah perintahkan sahabat (Umar?) memanggil ibu Al-Qomah utk berjumpa Rasulullah. Kemudian baginda bertanya kpd ibunya apa perkara yg menyebabkan anaknya berlaku demikian. Ibu Al-Qomah memberitahu bhw anaknya sgt mentaati mengerjakan ajaran Islam, namun ibu Al-Qomah ada perasaan marah terhadapnya, kerana anaknya itu melebihkan isterinya (berbanding ibunya) Rasulullah memberitahu, oleh kerana ibu Al-Qomah tidak mengampunkan anaknya maka tergantung amalan Al-Qomah. Namun ibu Al-Qomah masih tidak mahu mengampunkan dosa anaknya. Rasulullah perintahkan Bilal bin Rabah utk menghimpunkan kayu utk membakar Al-Qomah. Akhirnya ibu Al-Qomah mengampunkan anaknya. Rasulullah kemudiannya memerintahkan Bilal utk menjengok Al-Qomah sama ada dia sudah mampu mengucap kalimah tauhid. Bilal kembali menemui Rasulullah dan memberitahu Al-Qomah mampu mengucap sebelum meninggal.

Monday, February 11, 2013

Sirah Rasulullah saw

Haji Widak, Kuliah Maghrib Isnin 11-Feb-2013
- Us Azam

-Rasulullah saw pergi menunaikan haji sekali, dlm keadaan beliau sudah sampai ke penghujung urusan menyampaikan ugama Allah.

-pd 26 Zulkaedah baginda bersiap utk menunaikan haji, menyediakan 100 ekor unta utk dibat qurban di Mekah. Baginda berangkat selepas solat Zuhor. Sampai di Bir Ali ketika waktu Asar.

- perjaanan dr Bir Ali mengambil masa 8 hari utk tiba di Mekah, ie pd 4 Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

- niat Nabi adalah menunaikan haji qiranie haji dan umrah. Biasanya jemaah Malaysia melakukan haji tamattuk.

- beliau perintahkan kpd para sahabt g tidak membawa haiwan qurban agar membuat haji tamattuk.

- Nabi tidak membuat tahallul kerana baginda telah membawa bersamanya haiwan qurban.

- pd hari 8 Zulhijjah (hari tarwiyyah), baginda terus berangkat ke Mina. Sampai di Mina baginda solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Selepas solat suboh 9 Zulhijjah baginda berangkat ke Padang Arafah. Setibanya di Arafah, para sahabt telah menyediakqn tempat berteduh/khemah utk baginda. Sampai waktu Zohor, Nabi berkhutbah, ketika itu jumlah umat Islam adalah 124,000 org, ada riwayat mengatakan 144,000 org.
- Antara perkara yg disampaikan semasa khutbah baginda:
1) kehormatan org Islam (maruah, harta) perlu dijaga dan dipelihara.
2) minta menjaga org perempuan Islam (kerana org lelaki memegang amanah Allah utk menjaga org perempuan mahramnya)

- kemudian Nabi bertanya kpd mereka, apa yg mereka mahu menyaksikan di hadapan Allah nanti? Pd hari itu turunlah ayat melengkapkan ajaran Islam.

- ada org yg bergembira mendgr berita trsbt, namun saidina Umar menangis kerana apbl telah sempurna ajaran Islam, maka Allah akan menjemput Rasulullah saw.

- selepas solat Zohor dan Asar, baginda menunggu hingga waktu Maghrib. masuk waktu Maghrib, Nabi menumpang Uzmah bertolak ke Mudzalifah. Baginda solat Magrib dan Isyak secara solat jamak takhir. Nabi bersolat jamak takhir dgn diantaranya diiqamahkan.

- Lembah Muassir, Nabi bergerak laju, kerana di situlah tentera abrahah dimusnahkan oleh Allah.
- bagi juga dlm kisqh yg lain, ketika melalui Lembah bani Soleh, Nabi minta para sahabat supaya disegerakan utk melaluinya, dan jika ada roti yg diuli dgn air di kawasan itubmaka baginda memerintahkan agar roti itu diberikan kpd unta/haiwan tunggangan.

- Nabi samapi ke jamratul aqaba, baginda melontarkan 7 batu kelikirdan bertakbir pd setiap lontaran.

- Nabi sembelih sendiri 63 ekor unta, selebihnya diarahkan kpd saidina Ali utk menyembelihnya. ketika itu usia Nabi 63 tahun. Sebhgn dr daging sembelihan itu diarahkan oleh Nabi agar daging qurban itu dimasak.

- Nabi menghabiskan hari2 tasyrik, hingga hari ke 13. Pd hari ke 14 baginda berangkat pulang ke Madinah

- dlm perjalanan pulang dan tiba di suatu tempat yg ketika itu baru selesai hujan, Nabi berpesan agar umat Islam menjaga keturunan baginda.

- sambung kuliah akan dtg apbl Nabi tiba di Madinah, iaitu kira2 dua bulan selepas meninggalkan Madinah utk menunaikan haji. Nabi sekembalinya ke Madinah mengalami sakit dan sakit baginda berterusan hinggalah baginda wafat.

- kesakitan baginda adalah juga berpunca dr terkena racun pd tahun ke 7 hijrah, dimana racun diletakkanoleh seorg wanita (zainab?) dlm hidangan kambing utk dijamu kpd Rasulullah.

Friday, February 1, 2013

Ayat perang terhadap iblis

- us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 1-Feb-2013

Surah Al-Araf ayat 7:12 - 18

- 2 golongan di akhirat nanti ie 

  1. (i) golongan yg berat timbangan amalan baiknya. 
  2. (ii) golongan yg rugi, yg berlaku zalim terhadap ayat-ayat Allah.

- tanya para sahabat kpd Rasulullah, "apa maksud rumah menjadi kubur?", jawab baginda, "Iaitulah rumah yg penghuninya tidak membaca Al-Quran dan mendirikan solat sunat".

- ayat 12, dalil bhw iblis bukan berasal dr golongan malaikat. Malaikat diciptakan dr nur, manakal dm ayat ini iblis mengaku di hadapan Allah bhw ia diciptakan dr api.


Surah Al-Araf Ayat 7:12, ms (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."


- ayat 13, org yg ada sikap takabbur (ie tahu kebenaran, tetapi menolaknya) dlm dirinya tidak akan masuk syurga.

Surah Al-Araf Ayat 7:13, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ 

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".


- ayat 14, apbl iblis mendengar Allah menghinanya, ia memohon supaya ditangguhkan kematiannya hingga hari kiamat.

Surah Al-Araf Ayat 7:14, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ أَنظِرۡنِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".


- al-Qurtubi menulis dlm kitabnya bhw iblis mempunyai 2 kelamin yg terletak di peha kiri dan kanannya. Apbl dicantumkan kedua-dua pehanya maka lahirlah 4 anak iblis. Iblis tidak perlu ada pasangan spt manusia utk menambah bilangannya, berbanding manusia perlu mendapatkan pasangan utk menambah zuriat. Dgn itu bilangan iblis sentiasa melebihi bilangan manusia.

- ayat 15, Allah menerima permohonan iblis utk ditangguhkan kematiannya hingga ke hari kiamat.

Surah Al-Araf Ayat 7:15, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".


- ayat 16, iblis kemudiannya bersumpah utk menghalang anak Adam dr menuruti jalan yg lurus. Oleh sbb itu ramai manusia yg laju utk melakukan perkara yg haram dan makhruh.

Surah Al-Araf Ayat 7:16, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;


- ayat 17, iblis mendatangi manusia dr 4 penjuru (depan, belakang, kiri dan kanan).

Surah Al-Araf Ayat 7:17, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


- Jumhur ahli tafsir mengatakan dr depan, blkg, kiri dan kanan adalah kiasan shj.

  1. Maksud dr hadapan adalah melucutkan ingatan manusia dr mengingati hari akhirat (biar tak ingat langsung).
    • Org yg bijak adalah org yg sentiasa ingatkan mati.
  2. Maksud dr belakang adalah supaya manusia sentiasa ingatkan dunia, sentiasa mencari kekayan dunia.
    • tanya Rasulullah kpd para sahabat, "Apa makna org papa kedana?" Jawab para sahabat "adalah org yg papa, tiada wang dan harta". Jawab Rasulullah, "adalah org yg mempunyai harta dan apbl dia mati hartanya tidak memberi apa2 kepadanya (di akhirat nanti)."
  3. Maksud dr kanan adalah, supaya manusia lalai dr melakukan perkara yg wajib dan sunat.
  4. Maksud dr kiri adalah, supaya manusia suka melakukan perkara yg haram dan makruh.


- ayat 18, Allah perintahkan iblis keluar dr syurga. Allah pula bersumpah bhw akan memenuhkan neraka jahanam dgn iblis dan manusia yg mengikuti iblis.


Surah Al-Araf Ayat 7:18, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡهَا مَذۡءُومٗا مَّدۡحُورٗاۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;


-Iblis bersemayam di dunia, duduk di air.

-Allah bertanya kpd neraka jahanam, samada sudah penuh atau belum. Jawab neraka jahanam, ada lagikah manusia?. Bermakna neraka tidak penuh, dan menggambarkan betapa luasnya neraka.


Surah Qaf Ayat 50:30ms 519 (klik sini utk paparan ayat)

يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٖ

(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"