Friday, April 17, 2015

Tafsir Al-Quran Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 - 103

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 17-Apr-2015

Surah At-Thur Ayat 52:21 (klik sini utk paparan ayat)


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

- Ulamak mentafsirkan ayat ini sebagai utk membolehkan pahala sampai kpd arwah ibu - bapa utk amal yg di lakukan oleh anak yg soleh, syaratnya adalah anak tersbt mendoakan pahala amalan yg dibuatnya itu utk kedua-ibu bapanya.

Namun sekiranya seorg bapa melakukan amal soleh, maka secara automatik pahala amalannya akan diberikan juga kpd isteri dan anak2.

Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 (klik sini utk paparan ayat)


حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -


Ayat 23:100 (klik sini utk paparan ayat)
 

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).


 

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ

Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.


Survival kita di akhirat adalah bergantung kpd amal yg lakukan semasa di dunia. Tiada faedah dr pertalian keluarga (nasab) pd ketika itu.

Ayat 23:102 (klik sini utk paparan ayat)
 

فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


-Apakah definasi utk org berjaya?
Iaitulah org yg berjaya memberatkan amalannya semasa hidup.


Ayat 23:103 (klik sini utk paparan ayat)
 

وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -


- sesiapa yg gagal memberatkan amalan adalah kerana kelalaian dan malas diri sendiri.

- 3 hari yg digalakkan berpuasa ie pd 1,2 & 3 Rejab.

======

Surah Al-A'raf Ayat 7:8 (klik sini utk paparan ayat)



وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.




Sambungan kuliah: 
 

Hak seorang suami ke atas isteri

- us xxx Kuliah Maghrib Rabu 15-Apr-2015

20 hak seorg suami ke atas isteri dan hak

Surah Al-Hujrat Ayat 11:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

1). Hak seorg isteri ke atas suami
1. Jangan mengabaikan suami.
2. Menentang perintah suami. Selagi perintah suami itu tidak ke ayah kemaksiatan.
3. Tidak melayan nafsu suami
4. Tidak menemani suami ketika tidur.
5. Membebankan perbelanjaan suami.
6. Tidak mahu bersolek utk suami.
7. Merosakkan kehidupan ugama suami.
8. Mengabaikan kepentingan suami.
9. Keluar rumah tanpa izin suami,melainkan dlm perkara kecemasan.
10. Melarikan diri dari rumah suami.
11. Menerima tetamu lelaki yg tidak disukai oleh suami.
12. Tidak menolak disentuh lelaki yg bukan mahram.
13. Tidak mahu merawat suami yg sakit.
14. Berpuasa sunat tanpa keizinan suami.
- jika qada puasa, boleh digabungkan niat dgn puasa sunat.
15. Menceritakan keburukan/keaiban wanita lain kepada suami.
16. Menolak kedatangan suami memenuhi giliran.
17. Mentaati perintah org lain melebihi perintah suami di rumah suami.
18. Meminta suami menceraikan madunya.
19. Memohon cerai
20. Mengambil harta suami tanpa izin.

Hak seorg isteri dari seorg suami
1. Tidak mahu melunasi hutang mahar.
- walau pun isteri menghalalkan mahar tersbt, adalah wajib ke atas suami utk melunaskan mahar.
2. Menarik kembali mahar.
3. Mengabaikan nafkah ke atas isteri.
4. Melanggar pensyaratan isteri atau keluarganya.
5. Tidak menyediakan tempat tinggal yg selayaknya utk isteri dan anak2.
6. Tidak memenuhi keperluan seksual.
7. Menjimak isteri dlm keadaan isteri haid.
8. Bersikap jasar dan kurang ajar terhadap isteri.
9.membiarkan isteri dlm keadaan nyusus.
10. Mengarahkan isteri melakukan kemaksiat an.
11. Memberi tugas di luar kemampuan isteri.
12. Tidak adil dlm pembahagian terhadap isteri2.
13. Mengusir isteri tanpa sebab
14
15. Tuduh zina tanpa bukti.
16. Menceraikan isteri tanpa sebab.
17.
18. Menceritakan keburukan isteri.
19  menempatkan isteri serumah dgn ipar.
20. Tidak memberi nafkah isteri dlm masa edah.

Monday, April 6, 2015

Tanda-tanda kematian 40 hari terakhir

- us xxx Kuliah Maghrib Ahad 5-Apr-2015

Persiapan menghadapi mati

- Kematian itu pasti. Dalil bhw setiap dari kita pasti mati:

Surah Al-Mulk Ayat 67:2 (klik sini)
(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ)

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Surah Ali Imran Ayat 3:185 (klik sini)
(كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah An-Nahl Ayat 16:61 (klik sini)
(وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ)

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

- Tanda-tanda kematian dlm masa baki 40 hari -- Terdapat 5 tanda pd tubuh, 5 tanda perangai, dan 5 tanda mimpi.

5 tanda melalui isyarat mimpi:
- tidur dlm keadaan berwuduk, mengadap kiblat, berdoa
  1. mengkafan jenazah sifulan bin pulan
  2. memandikan jenazah
  3. mengusung jenazah
  4. membaca talkin bersama org lain
  5.  -- 
5 tanda pada perangai (perbuatan pelik):
  1. bertemu dgn seseorg dgn muka yg berseri-seri dan meminta halal kan makan dan minum
  2. bertemu dgn org yg dekat 
  3. bercakap seorangan 
  4. mengumpulkan pakaian (spt nak bermusafir)
  5.  -- 
5 isyarat pada tubuh badan:
  1. rambut tumbuh uban dgn cepat
  2. mata yg cerah jadi kabur
  3. sentuhan pd kulit badan rasa sejuk
  4.  -- 
  5.  --
Persiapan utk mati:
  1. Perbanyakkan amalan yg wajib (solat jgn tinggal)
  2. Perbanyakkan yg sunat utk menampung kekurangan yg wajib (spt membaca Al-Quran)
  3. Perbanyakkan sedekah
    • dlm diri kita ada 2 jenis aset ie kekal dan sementara
  4. Qiamulail (solat malam)

Tanda kematian 100 hari sebelum meninggal dunia:
- Tanda pada kuit badan pada waktu Asar di mana sebagian kulit begerak-gerak secara sendiri. Saiz kulit yang bergerak seperti sebesar duit 50 sen (kurang 1 inci). Mungkin berlaku pada kulit tangan. 
  • Tanda ini akan hilang apbl kita telah mula sedar, dan mungkin telah bertanyakan kepada orang lain, kenapa kulit kita bergerak secara sendiri.
  • Setelah kita sedar, kulit tidak akan bergetar lagi. Hingalah muncul tanda-tanda dlm masa 40 hari sebelum kematian.

Habbatus-sauda - ubat kepada segala penyakit, kecuali kematian
  • Mewartakan kepada kami Muhammad bin Rumh dan Muhammad bin Al-Harits, mereka berdua orang Mesir, berkata: Mewartakan kepada kami Al-Laits bin Sa'ed, dari 'Uqail, dari Ibnu Syihab, mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdur-Rahman dan Sa'id bin Al-Musayyab, bahawasanya Abu Hurairah mengkhabarkan keduanya, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya dalam Habbatus-Sauda* terdapat ubat penyembuh dari segala macam penyakit, kecuali sam**," * Habbatus-Sauda- adalah Syuniz, semacam jinten hitam. ** Sam, maksudnya adalah kematian. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3447]