Friday, April 17, 2015

Tafsir Al-Quran Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 - 103

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 17-Apr-2015

Surah At-Thur Ayat 52:21 (klik sini utk paparan ayat)


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

- Ulamak mentafsirkan ayat ini sebagai utk membolehkan pahala sampai kpd arwah ibu - bapa utk amal yg di lakukan oleh anak yg soleh, syaratnya adalah anak tersbt mendoakan pahala amalan yg dibuatnya itu utk kedua-ibu bapanya.

Namun sekiranya seorg bapa melakukan amal soleh, maka secara automatik pahala amalannya akan diberikan juga kpd isteri dan anak2.

Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 (klik sini utk paparan ayat)


حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -


Ayat 23:100 (klik sini utk paparan ayat)
 

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).


 

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ

Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.


Survival kita di akhirat adalah bergantung kpd amal yg lakukan semasa di dunia. Tiada faedah dr pertalian keluarga (nasab) pd ketika itu.

Ayat 23:102 (klik sini utk paparan ayat)
 

فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


-Apakah definasi utk org berjaya?
Iaitulah org yg berjaya memberatkan amalannya semasa hidup.


Ayat 23:103 (klik sini utk paparan ayat)
 

وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -


- sesiapa yg gagal memberatkan amalan adalah kerana kelalaian dan malas diri sendiri.

- 3 hari yg digalakkan berpuasa ie pd 1,2 & 3 Rejab.

======

Surah Al-A'raf Ayat 7:8 (klik sini utk paparan ayat)



وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.




Sambungan kuliah: 
 

No comments: