Monday, January 25, 2016

Titian Sirat

- us Ikhwan kuliah Suboh Isnin 25-Jan-2016

(1) Imam Tirmizi meriwayatkan satu hadis: manusia akan melalui neraka (ie melalui titian Sirat) dan kemudiannya dimasukkan dlm syurga. Ada yg melalui neraka seperti kilat, ada yg lambat. Bergantung kpd amalannya.

(2) Titian Sirat itu dr segi syarat, adalah suatu jambatan yg dibentangkan di atas neraka.  Diciptakan Allah semasa diciptakan syurga dan neraka. Lebar Titian Sirat adalah 1 per 7 dr rambut.

(3) Adanya gangguan terhadap manusia yg melalui Titian Sirat seperti cangkuk2 besi,  yg sekiranya terkena maka tersiat kulit2 manusia hingga ada yg akan terjatuh dan masuk dlm neraka.

(4) Sifat laluan Titian Sirat :
a. Mukmin - seperti kilat
b. Mukminyg berdosa -
c. Kafir -

(5) Allah akan selamatkan org5 yg bertakwa dan membiarkan org2 yg kafir dan org mukmim yg berdosa.

(6) Bicara Hafsah dgn Rasulullah,  Rasulullah membenarkan pertanyaan Hafsah bwh manusia akan dimasukkan dlm meraka kemudiannya diselamatkan oleh Allah dan dimasukkan dlm syurga.

(7) Bantu diri kita utk melalui Titian Sirat dgn melakukan amalan soleh.
- takwa adalah penyelamat kpd org mukmin utk melalui Titian Sirat.
- Takut kpd Allah adalah dgn menghampirinya. Berbanding dgn takut kpd makhluk, maka kita akan menjauhi makluk itu.
- Beribadat kpd Allah dgn bersungguh-sungguh.
- Membaca Al-Quran bukannya amalan sampingn spt hanya apbl berkelapangan sahaja. Jadikan amalan membaca Al-Quran spt makanan ruji (utk rohani) kita.
- Takwa bermaksud bersih diri dr amalan2 keji, spt cemburu kpd org lain.
- Org muflis itu adalah org yg di Akhirat nanti yg drg dgn amalan yg banyak,  namun amalannya akan diberikan kpd org2 yg difitnahnya semasa di dunia,  hinggakan toada lagi (muflis) pahala amalannya utk digunakan sebagai tebusan terhadap fitnah yg dilakukan.

(8) antara punca terjatuh dr Titian Sirat
1. Berlaku zalim kpd org lain.

(9) kelajuan melalui Titian Sirat adalah bergantung kpd kelajuan kita melakukan amalan ketakwaan/amal soleh.
- Perlahan jika sering melengahkan/melewatkan amalan soleh
- Tak bergerak atau bergerak sgt Perlahan jika tidak melakukan solat. Tidak membaca Al-Quran, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat
- Kita perlu berlumba dgn golongan yg sedikit, namun tidak perlu dimaklumkan tujuan kita itu, iaitulah berlumba dlm melakukan amal soleh. Siapa yg lebih mengajak kpd melakukan kebaikan, spt siapa yg terlebih dahulu memberi salam, siapa yg lebih letih melakukan amalan menjadi penunjuk.
- Org yg berdosa tidak tahu dr mana utk memulakan amalan kpd Allah. Keaktifan dan kesegeraan utk beramal ibadah adalah apbl dikurniakan taufiq oleh Allah. Maka perbanyakkan istigfar kpd Allah.

(10) perkara yg menyebabkan kita terhalang dr bergerak di Titian Sirat (hingga akhirnya kita terjerumus dlm neraka, kerana cangkuk2 besi yg sentiasa menarik/mengganggu)
1. Jangan putuskan silaturrahim. Jangan mementingkan diri dan berasa ego terhadap adik-beradik. Biasakan kita yg memulakan ziarah kpd adik-beradik.

2. Cuai dlm amanah.
- Jaga tindakan kita dlm melakukan kerja2/harta yg diamanahkan kpd kita.

Sunday, January 24, 2016

Tafsir Surah Al-Furqan Ayat 25:63 hingga 77

- us Dato Dr Zahazan Muhammad kuliah Maghrib Ahad 24-Jan-2016

Surah Al-Furqan yang menyatakan sifat-sifat hamba Allah yg beriman, yang membezakan antara hamba Allah dgn org yg menjadi hamba syaitan.


- Surah Al-Furqan Ayat 25:63

A063

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا 

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

1. Sifat org beriman itu, adalah yg merendahkan diri.
- Hadis: jika seseorg itu menuduh seseorg yg lain, maka tuduhan itu akan berpaling kpdnya sendiri.
- Maksud: 

  • "ibad" merujuk kpd hamba yg baik. 
  • Manakala "abid" adalah hamba yg jauh dr Allah.
-  Ada org yg beribadat kpd Allah kerana persekitaran, bukannya rasa kecintaan, dan rendah diri kpd Allah.


- Ayat 25:64

A064

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا  

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

2. Peruntukan sebhgn malam utk beribadat kpd Allah.
- Hamba Allah itu meninggalkan perkara2 yg lalai dan cintakan dunia.
- Hamba yg jauh dgn Allah sering berdebat,  namun tidak berusaha utk mendekati Allah.


- Ayat 25:65

A065

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا 

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

3. Mereka yg hamba Allah itu sering berdoa utk dijauhkan dr azab api neraka.


- Ayat 25:66

A066

إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا 


Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk


- Ayat 25:67

A067

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

- Ahli akhirat berusaha utk menginfakkan hartanya dgn kadar tertentu, sekiranya dia mengumpat seorg yg lain. Dia khuatir jika tidak digantikan dgn infaqkan harta itu, maka dia di akhirat nanti tidak dpt menebus dosa umpatan yg dilakukan semasa hidupnya.
- Org yg beriman itu sering berinfaq.
- Org yg beriman itu berkhidmat utk org yg tidak dikenalinya.
- Berilah kpd sanak saudara, kemudian kpd org yg memerlukan.  Namun berbijaklah dlm membuat pemberian.


- Ayat 25:68

A068

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

- Dlm satu hadis, baginda ditanya apa dosa yg paling besar? Jawab baginda adalah kamu mengadakan tuhan selain dr Allah.

Rasulullah saw bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.” (HR Al-Bukhari, no. 6919)


- Dlm suatu hadis seorg menemui Rasulullah utk mendaptkan ubat kpd penyakit sawan. Baginda menjawab baginda boleh doakan pesakit itu, namun Allah sahaja yg mampu menyembuhkannya.
- Dlm mencari ubat kpd sesuatu penyakit, maka janganlah kita terlibat dgn amalan yg menjadikan kita berlaku syirik.
- Pengamal perubatan tidak boleh menjualkan air yg dikatakan telah dibacakan ayat2 Al-Quran. Kerana ayat2 Al-Quran itu bukannya utk dijual kpd umat manusia.
- Imam Bukhari semasa kecilnya buta, namun ibunya sering berdoa utk disembuhkan penglihatan anaknya. Hingga ditemukan satu mimpi yg kemudiannya, apbl disapukan tangannya kpd imam Bukhari dan dgn izin Allah maka pulih penglihatan imam Bukhari. Maka kita jangan berhenti utk berikhtiar, namun jangan libatkan diri dgn perkara syirik.


- Ayat 25:69

A069

يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا 

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, 


- Ayat 25:70

A070

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا 

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


- Ayat 25:71

A071

وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا 

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;


- Ayat 25:72

A072 

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا 

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.


- Ayat 25:73

A073

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.


- Ayat 25:74

A074

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


- Ayat 25:75

A075

أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا 

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,


- Ayat 25:76

A076

خَالِدِينَ فِيهَا ۚ حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا 

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.


- Ayat 25:77

A077

قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ۖ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

 

Saturday, January 9, 2016

Rezeki dan Meminta Bantuan

- us Zamri kuliah Suboh Sabtu 9-Jan-2016
Bab bersederhana dlm kehidupan dan sedekah,  dan celaan dari meminta dari orang tanpa sebab.

- Apa sahaja yg melata di muka bumi ini kecuali rezekinya ditentukan oleh Allah.

- Kita jangan risaukan hal rezeki, sama ada cukup atau tidak. Pentingkan usaha yg perlu dilakukan, kerana kecukupan rezeki itu adalah dlm kekuasaan Allah.
- Allah memberikan seseorg itu rezeki berdasarkan kpd kehendakNya, bukannya mengikut kehendak kita.

- Kehormatan
Sedekah itu bagi orang-orang fakir, dan tidak sanggup/larat bertebaran di muka bumi utk mencari rezeki. Mereka tidak meminta-minta dr org lain kerana menjaga maruah.

- Hadis: bukanlah kaya itu dengan banyaknya harta. Kaya itu adalah kaya jiwa.
- Tidaklah dunia itu kecuali tipu daya shj.
- Berjayalah seseorg itu dgn diberikan rasa qanaah (kecukupan) dgn rezeki yg diberikan kpdnya.

Jangan melampau dlm bersedekah
- Keutamaan memberikan bantuan (atau sedekah) itu kpd org hampir dgn kita.
- Jangan berinfak (secara melampau) hinggakan selepas berinfak kita pula perlu mohon bantuan dr org lain. Berpada dlm berinfak.
- Org yg berhak diberikan bantuan adalah org yg paling hampir dgn kita, bermula dr ahli keluarga, adik -beradik, jiran tetangga.

Sunday, January 3, 2016

Kewafatan Rasulullah pada 12 Rabiul Awal

- us Usamah kuliah Maghrib Ahad 3-Jan-2016

-jalan utk mencintai Rasul, maka hendaklah menimba ilmu berkenaan sirah baginda Rasulullah.
- Rasulullah wafat pada tanggal 12-Rabiul Awal tahun ke-11 hijrah.

- Kronologi bermula pd tahun ke-7 hijrah. Pd tahun ke-7 hijrah berlaku perang Khaibar, ie perang dgn golongan yahudi.

- Dlm kitab Taurat dicatatkan akan lahir Nabi Akhir Zaman di kawasan Khaibar (yg merangkumi Mekah dan Madinah). Maka golongan yahudi ramai yg menetap di kawasan Khaibar.

- Kaum Nabi Soleh berkemahiran boleh mengukir batu di bukit2, menjadikan bilik2, patung2 batu, dan juga rumah2 berhala dlm bukit batu. Kaum Nabi Soleh juga tinggal di kawasan Khaibar.

Perang Khaibar

- Dlm peperangan Khaibar tentera pimpinan Rasulullah menang dan menewaskan tentera golongan yahudi. Selepas kemenangan itu, Rasulullah berkahwin dgn seorg perempuan yg berketurunan yahudi (bernama Sofia). Seorg wanita yahudi (isteri Sallam bin Mashkam) menghadiahkan hidangan kambing kpd Rasulullah, dan Rasulullah menerima pemberian wanita ini dan menjamah hidangan daging kambing itu, dan mengeluarkan semula.  Baginda bertanya kpd wanita itu sama ada daging tersebut telah diracun, mengaku wanita itu kerana terkejut dgn kebijaksanaan Rasulullah mengetahui hidangan yg telah diracun. Kesan racun kambing itu kekal dlm diri Rasulullah, dan menyebabkan sakit yg memudaratkan.

Kesan racun ini di sebutkan oleh saidina Aisyah ra iaitu semasa baginda Rasulullah hampir wafat:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: يَا عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ، فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ


Maksudnya: Adapun Nabi saw pernah berkata di saat berada dalam kesakitan yang menyebabkan Baginda saw wafat: “Wahai Aisyah! Aku masih berasa sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar. Maka kali ini aku merasakan seolah-olah uratku terpotong disebabkan racun tersebut.” [HR al-Bukhari (4428)]

 

- Sebaiknya panggilan utk para Sahabat Nabi adalah "rodiallahuan" berbanding "saidina". Kerana dlm Al-Quran disebutkan para sahabat yg berbaiah kpd Rasulullah,  mereka disebutkan dlm Al-Quran sebagai "rodiallahuan". Panggilan "saidina" adalah panggilan spt "tuan" dan "puan" spt yg digunakan oleh merujuk kpd org yg dimuliakan dlm masyarakat.


10 hari terakhir hayat Rasulullah adalah di rumah Siti Aisyah.
- Kata Siti Aisyah,  dlm masa 10 hari terakhir hayat Rasulullah,  Siti Aisyah akan membacakan ayat dua (2) kul ie Al-Falak dan An-Nas, kemudian disapukan ke seluruh badan RasulullahInilah ajaran Rasulullah utk merawat pesakit.

- Kemudian Siti Aisyah mendapatkan ubatan yg digunakan secara turun-temurun golongan arab. Namun Siti Aisyah tidak sebutkan nama-nama ubatan yg digunakan. Ketika itu org arab menggunakan herba spt habbatus saudah, madu, minyak zaitun.

- Apa yg kita boleh pelajari kaedah perubatan sunnah adalah jampi (dgn ayat2 Al-Quran) dan juga ubatan berjalan secara selari.

- Hadis Nabi, doa Rasulullah adalah "Ya Allah berikanlah kami ilmu yang bermanfaat". Hadis ini membuktikan bhw Rasulullah mengharapkan ilmu dari Allah yg bermanfaat. Kita boleh mengambil pengajaran dr hadis ini, bhw kita perlu belajar semua ilmu yg beemanfaat. Tidak dikhususkan ilmu Islam atau tidak Islam.

- Pd hari terakhir hayat Rasulullah, adik lelaki kpd Siti Aisyah (bernama Abdul Rahman) ziarah Rasulullah.  Dia dtg membawa siwak. Aisyah lihat Rasulullah memandang tajam (renung) kpd siwak tersbt, lalu ditanya adakah baginda hendak bersiwak. Siti Aisyah memotong hujung siwak dan membersihkannya, lalu diberikan kpd Rasulullah dan bersugilah baginda. Setelah bersugi, Rasulullah berkata "Aku akan kembali kpd kekasihnya". Sirah mencatatkan bhw Rasulullah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Siti Aisyah.

- Hadis yg tidak soheh mengatakan baginda Rasulullah wafat di pangkuan Ali r.a. dan Fatimah. kerana:
1. Hadis sohih Al-Bukhari mencatatkan Nabi wafat di pangkuan Siti Aisyah.
2. Matan hadis,  makam Rasulullah terletak di rumah Siti Aisyah, tidak di rumah Fatimah.

- Jika kita hendak mencintai Rasulullah,  maka pelajari ilmu. Selain dr itu akan membawa kpd kesesatan.