Sunday, January 24, 2016

Tafsir Surah Al-Furqan Ayat 25:63 hingga 77

- us Dato Dr Zahazan Muhammad kuliah Maghrib Ahad 24-Jan-2016

Surah Al-Furqan yang menyatakan sifat-sifat hamba Allah yg beriman, yang membezakan antara hamba Allah dgn org yg menjadi hamba syaitan.


- Surah Al-Furqan Ayat 25:63

A063

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا 

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

1. Sifat org beriman itu, adalah yg merendahkan diri.
- Hadis: jika seseorg itu menuduh seseorg yg lain, maka tuduhan itu akan berpaling kpdnya sendiri.
- Maksud: 

  • "ibad" merujuk kpd hamba yg baik. 
  • Manakala "abid" adalah hamba yg jauh dr Allah.
-  Ada org yg beribadat kpd Allah kerana persekitaran, bukannya rasa kecintaan, dan rendah diri kpd Allah.


- Ayat 25:64

A064

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا  

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

2. Peruntukan sebhgn malam utk beribadat kpd Allah.
- Hamba Allah itu meninggalkan perkara2 yg lalai dan cintakan dunia.
- Hamba yg jauh dgn Allah sering berdebat,  namun tidak berusaha utk mendekati Allah.


- Ayat 25:65

A065

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا 

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

3. Mereka yg hamba Allah itu sering berdoa utk dijauhkan dr azab api neraka.


- Ayat 25:66

A066

إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا 


Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk


- Ayat 25:67

A067

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

- Ahli akhirat berusaha utk menginfakkan hartanya dgn kadar tertentu, sekiranya dia mengumpat seorg yg lain. Dia khuatir jika tidak digantikan dgn infaqkan harta itu, maka dia di akhirat nanti tidak dpt menebus dosa umpatan yg dilakukan semasa hidupnya.
- Org yg beriman itu sering berinfaq.
- Org yg beriman itu berkhidmat utk org yg tidak dikenalinya.
- Berilah kpd sanak saudara, kemudian kpd org yg memerlukan.  Namun berbijaklah dlm membuat pemberian.


- Ayat 25:68

A068

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

- Dlm satu hadis, baginda ditanya apa dosa yg paling besar? Jawab baginda adalah kamu mengadakan tuhan selain dr Allah.

Rasulullah saw bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.” (HR Al-Bukhari, no. 6919)


- Dlm suatu hadis seorg menemui Rasulullah utk mendaptkan ubat kpd penyakit sawan. Baginda menjawab baginda boleh doakan pesakit itu, namun Allah sahaja yg mampu menyembuhkannya.
- Dlm mencari ubat kpd sesuatu penyakit, maka janganlah kita terlibat dgn amalan yg menjadikan kita berlaku syirik.
- Pengamal perubatan tidak boleh menjualkan air yg dikatakan telah dibacakan ayat2 Al-Quran. Kerana ayat2 Al-Quran itu bukannya utk dijual kpd umat manusia.
- Imam Bukhari semasa kecilnya buta, namun ibunya sering berdoa utk disembuhkan penglihatan anaknya. Hingga ditemukan satu mimpi yg kemudiannya, apbl disapukan tangannya kpd imam Bukhari dan dgn izin Allah maka pulih penglihatan imam Bukhari. Maka kita jangan berhenti utk berikhtiar, namun jangan libatkan diri dgn perkara syirik.


- Ayat 25:69

A069

يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا 

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, 


- Ayat 25:70

A070

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا 

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


- Ayat 25:71

A071

وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا 

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;


- Ayat 25:72

A072 

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا 

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.


- Ayat 25:73

A073

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.


- Ayat 25:74

A074

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


- Ayat 25:75

A075

أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا 

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,


- Ayat 25:76

A076

خَالِدِينَ فِيهَا ۚ حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا 

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.


- Ayat 25:77

A077

قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ۖ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

 

No comments: