Sensitiviti Jiwa Seorang Muslim
Apakah pandangan yg perlu diikuti oleh seorang Muslim terhadap isu berkaitan umat Islam?
Punca perbezaan pandangan seseorang Muslim dgn seorang Muslim yg lain bergantung kpd sensitiviti.
Kisah Saidina Abu Bakar tidak membenarkan beberapa kabilah yg datang ke Madinah, yg baru mengistiharkan memeluk Islam, memohon utk tidak mengeluarkan zakat. Para sahabat bersetuju dgn permohonan ketua2 kabilah itu, namun Saidina Abu Bakar membuat keputusan yg mengejutkan para sahabat, di mana beliau membuat keputusan tidak membenarkan kabilah2 tersbt utk tidak mengeluarkan zakat.
Saidina Abu Bakar membuat telahan bhw ketua2 kabilah tersbt mempunyai muslihat, ie masuk ke Madinah semata2 utk memohon tidak mengeluarkan zakat. Selepas ketua2 kabilah tersbt meninggalkan Madinah, Saidina Abu Bakar memerintahkan supaya tentera yg tinggal di Madinah dikumpulkan bersedia utk berperang dgn kabilah2 yg menemui Saidina Abu Bakar. Tentera yg tinggal di Madinah ketika itu adalah yg tinggal mengawal Madinah, ketika tentera2 yg lain pergi berperang dgn tentera Rom.
Telahan Saidina Abu Bakar benar, selang 4 hari Madinah diserang oleh kabilah2 yg dtg ke Madinah utk tidak mahu mengeluarkan zakat. Tentera Islam memerangi musuh dlm selimut dlm masa 11 bulan. Perang ini dikenali perang murtad. Pihak yg murtad disokong oleh tentera Parsi dan Rom.
Iblis menyibukkan manusia dlm perkara yg harus. Namun sekiranya iblis/syaitan tidak berjaya menyibukkan manusia dgn perkara yg harus, ia akan menterbalikkan priority urusan ibadah kpd Allah.
- Contoh, berbuka puasa di masjid dan surau dgn belanja yg tinggi kemudiannya jamuan tersbt di makan oleh para jemaah kariah itu sendiri, tidak pun dijamu kpd anak2 yatim, para musafir atau yg miskin. Iblis berjaya menyesatkan manusia dgn rasa bangga kerana pihak masjid/surau berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan.
Di manakah letaknya kepentingan jamuan berbanding memberi makan atau belanja kpd org miskin, anak yatim, atau membantu saudara di Palestin.
- Begitu juga dgn org yg berbangga menunaikan haji berulang kali. Haji yg pertama adalah wajib hukumnya, kali ke dua menjadi sunat dan selebihnya harus. Jika sampai tahap harus, adalah lebih afdal duit utk menunaikan haji tersbt disalurkan /infak utk maslahat yg lebih tinggi keutamaannya.
Sekiranya seseorang itu tidak sensitif maka dia akan sentiasa disibukkan oleh Iblis/syaitan, di pandangan matanya, amalan itulah yg tinggi nilainya disisi Allah.
- Saidina Umar mengatakan perkara yg remeh yg dilakukan oleh org Islam secara berterusan, akan menyebabkan generasi kemudiannya merasa biasa dgn perkara yg mungkar hingga tiada lagi sifat sensitif.
Kesan tidak sensitif pada masa kini:
Apbl tidak sensitif maka apa sahaja perkara yg diputuskan oleh mahkamah syariah, maka ianya akan dicabar dlm mahkamah sivil. Kesan yg teruk adalah undang2 yg dikhususkan utk org Islam akan diremehkan dan tidak lagi menghormati undang2 Islam.
Org Islam merujuk kpd Internet utk mendapatkan keputusan utk hal yg menjadi kegusarannya.
- Hal ini merbahaya kerana umat Islam dan juga generasi akan datang tidak lagi mendapatkan ilmu atau sesuatu keputusan dgn merujuk kpd kitab2 dan juga merujuk para alim ulamak.