Sunday, August 30, 2015

Dosa Besar ke-13 Makan Harta Anak Yatim

- us Syairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 30-Ogo-2015
- Makan Harta Anak Yatim dgn Cara yg Zalim.

Majlis ilmu itu diiktiraf sebagai raudah.

- Sekiranya wali itu tidak berkemampuan (miskin), maka dibenarkan (diharuskan) dia utk mengeluarkan harta anak yatim utk membiayai keperluan anak2 yatim tersbt, spt perbelanjaan yuran persekolahan. Namun, sekiranya wali itu berkemampuan,  maka dia dibenarkan mengeluarkan harta anak yatim itu.

4 pandangan mengambil harta anak yatim:
(1) pinjam ie dia menggunakan harta anak yatim utk kegunaan,  hendaklah di pulangkan semula harta yg dipinjam.

(2) ambil sekadar keperluan sahaja,  dan tidak berlebihan atau membazir.

(3) ambil sekadar keperluan sekiranya dia bekerja dgn anak yatim tsbt (spt byrn upah)

(4) ambil harta anak yatim semasa darurat sahaja.

- Hadis: "Aku dan penjaga anak yatim adalah rapat"
- Hadis ini memberi jaminan bhw penjaga anak yatim akan dibalas syurga,  dan tempatnya sangat dekat dgn Rasulullah.

- Org yg membantu dan berbuat baik para janda dan org2 miskin adalah spt berjuang di jalan Allah.
Bagaimana cara berbuat baik kpd 2 golongan td:
(1) Beri makan/makanan
(2) Beri pakaian
(3) bantu menguruskan harta

- Sekiranya hendak membantu tetapi tidak berkemampuan dlm bentuk harta, maka hendaklah berbuat baik kepada mereka (anak-anak yatim dan janda).

- Keutamaan bantuan
1. Anak-anak yatim dan janda yg ada hubungan ajnabi (kerabat)
2. Anak-anak yatim dan janda yg bukan ajnabi

- Hadis: Barangsiapa yg mengusap kepala anak yatim yg belum baligh, semata-mata kerana Allah, maka setiap rambut yg tersentuh di jari-jemari, maka diberikan pahala.

- Hadis: Sebaik-baik rumah adalah rumah yg ada anak yatim di dlmnya yg dilayan dgn baik. Seburuk-buruk rumah adalah rumah yg di dlmnya ada anak yatim yg dilayan buruk.

-

Saturday, August 29, 2015

Keberatan Maut

Kuliah Suboh Sabtu 29-Ogo-2015
Keberatan maut

Pendinding kita sewaktu dlm kubur, dr azab kubur, baca dan amalkanlah membaca  Surah Al-Mulk (30 ayat).

Solat ibarat pertemuan dgn Allah. Setiap ayat yg dibaca dlm bacaan surah Al-Fatihah, Allah menjawab setiap bacaan ayat .

Diwaktu sakaratul maut, org yg berasa segera hendak mati, adalah mereka yg diberikan khabar gembira.

Siapa yg cintakan Allah, maka Allah sibukkan dirinya dgn mengingatiNya. Disibukkan dgn solat, mambaca Al-Quran,  berzikir, menuntut ilmu, bermujadallah kerana Allah.
- Mustahil Allah mempersia-siakan hambanya yg sering mengingatiNya
- Seorg tahfiz pasti akan diberikan kerja yg setimpal dgnnya,  belum pernah lagi seorg tahfiz menganggur.

Org yg dikafarahkan sewaktu di akhir hayatnya, Allah berkuasa memudahkannya di Akhirat nanti. Jangan kita menaruh sangka bhw jika dia dikafarahkan semasa hujung hayatnya,maka di Akhirat nanti akan lebih lagilah azab yg akan dihadapi. Serahkan sahaja urusan itu kpd Allah.

Sunday, August 23, 2015

Siti Khadijah binti Khuwailid

- us Norazam kuliah Maghrib Sabtu 22-Ogo-2015

- Sirah Khadijah binti Khuwailid
- Waraqah bin Naufal adalah anak saudara kpd Siti Khadijah yg lebih tua dr Khadijah,  dia berusaha mencari agama yg lebih baik dr penyembahan berhala, maka dia ditemukan dgn agama nasrani. Dia kemudiannya mendalami ilmu agama nasrani.

- Apbl Siti Khadijah bertemu dgn Warakah utk mendapatkan nasihat dan pandangan setelah baginda Rasulullah kembali dari Gua Hirak (juga dipanggil Jabal Nur) dlm keadaan resah gelisah dan berpeluh setelah bertemu dgn malaikat Jibrail. Kemudiaannya baginda meminta Siti Khadijah menyelimutinya yg dlm keadaan menggigil.

- Malaikat Jibrail dtg dlm keadaannya yg asal ketika bertemu dgn baginda Rasulullah di Gua Hirak. Baginda dipeluk erat oleh malaikat Jibrail hingga Rasulullah berasa amat takut dan gementar.

- Warakah, setelah diceritakan oleh Siti Khadijah akan perkara yg dialami oleh Rasulullah, maka dia mengatakan bhw makhluk yg dtg kpd Rasulullah di Gua Hirak tersbt adalah Namus Akbar iaitu malaikat Jibrail, membawakan wahyu dari Allah.

- Siti Khadijah merupakan org pertama yg memeluk Islam yg dibawakan oleh Rasulullah.

- Siti Khadijah tidak dimadukan oleh Rasulullah, ketika hayatnya. Selepas kematian Siti Khadijah berulah baginda Rasulullah berkahwin dgn isteri2 baginda yg lain.

- 6 cahaya mata Siti Khadijah bersama Rasulullah adalah:

(1) Al-Qasim bin Muhammad
(2) Abdullah bin Muhammad
(3) Zainab binti Muhammad
(4) Ruqaiyah binti Muhammad
(5) Ummu Kalthum binti Muhammad
(7) Fatimah binti Muhammad

Kedua-dua anak lelaki Al-Qasim dan Abdullah meninggal ketika kecil.

Sunday, August 16, 2015

Dosa Besar ke-13 - Makan Harta Anak Yatim

-us Syairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 16-Ogo-2015

Dosa Besar ke-13 iaitu makan harta anak yatim dan menganiaya anak yatim

Kemanisan Beribadah

Kemanisan beribadah akan menyebabkan

- Tanda haji mabrur adalah apbl kembali dari menunaikan ibadah haji,maka bertambah amalan kita. Andai tidak sebegitu. Dikhuatiri haji tidak diterima.
- Begitu juga dlm bulan Ramadhan, tanda Ramadhan kita diterima adalah amalan2 diteruskan selepas Ramadhan, spt membaca Al-Quran dan berpuasa (sunat).

Siapa yg perlu menjaga harta anak yatim:
  1. Bapa atau ibu
  2. Datuk
  3. Bapa2 saudara

- Definasi anak yatim ie kanak2 yg telah kematian bapa atau ibu. Kiraan umur kanak2 adalah sebelum akhil baligh.

- Amaran/Ancaman Allah Surah An-Nisa Ayat 4:10 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

  • Dlm peristiwa israk dan mikraj, seorg lelaki dikerumuni kemudian dikoyak-koyakkan mulutnya kemudia disumbat2kan batu2 dari neraka, hinggalah masuk ke dalam perut hingga keluar ke dubur.
  • Kata malaikat Jibrail, mengulangi Ayat Al-Quran akan ancaman Allah terhadap org yg makan harta anak yatim.
  • Hadis ke-2, mulut org yg memakan harta anak yatim, di akhirat nanti akan keluar api dr mulut mereka.

- Org yg makan harta anak yatim, maka apbl dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti akan keluar api dr segala rongga tubuh badannya. Api itu tidak akan padam, dan semua yg berada di Padang Mahsyar akan mengetahui dia di dunia dulu memakan harta anak yatim.

- Semua manusia yg di Padang Mahsyar tadi itu merangkumi kesemua manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad saw.


Nota kuliah berkaitan:

Monday, August 3, 2015

Antara puasa ganti dan puasa sunat 6

-us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 3-Ogos-2015


Surah Al-Baqarah Ayat 2:183

A183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

- "soma" ie puasa manakala "qoma" ie mendirikan (qiam) solat di mlm hari di bulan Ramadhan, maka sepatutnya org yg telah melalui sebulan Ramadhan maka dia telah kembali kpd keadaan fitrah ie "dlm keadaan tidak berdosa".

-Apakah tanda2 amalan kita di dlm bulan Ramadhan diterima oleh Allah:

Tanda2 tidak diberikan dlm bentuk fizikal.

(1) tiada musuh,  kita berasa tenang berkawan dgn sesiapa pun.

(2) senang melakukan puasa sunat 6 di bln Syawal


3 Hukum berkenaan puasa ganti dan puasa sunat:

(1) Puasa qada adalah wajib manakala puasa 6 di bulan Syawal adalah sunat, maka perlu didahulukan amalan yg wajib diikuti dgn yg sunat. Ini adalah qaedah asal Hukum feqah.

 

Ke-2) dibolehkan buat puasa sunat dahulu, kerana tempoh puasa terhad, hanya di bulan Syawal.
- Wanita yg kitaran haidnya penuh ie 14 hari maka, tempoh gantian puasa adalah 14 hari bln Syawal. Sekiranya utk lakukan puasa sunat 6 selepas itu,maka dia tidak berkesempatan menghabiskan puasa 6.

 

Ke-3) menggabungkan puasa ganti dan puasa sunat, dgn syarat berniat dgn puasa wajib (ganti).

 

Rumah terbuka:
1) amalan rumah terbuka membawa kpd mengeratkan silaturrahim
2) Niat tuan rumah mestilah bukannya kerana utk mejunjuk2/riak
3) Niat org yd datang juga perlu betul, bukannya dtg kerana nak makan.  Sebaliknya utk berjumpa, bersalaman dan bermaafan.