Saturday, October 22, 2016

Doa Nabi Ibrahim

- us Dr Al Ikhsan Kuliah Suboh Sabtu 22-Okt-2016

Doa Nabi Ibrahim ie "Hasbiallahhu wa nikmal wakil". "Hasbunallah hu wa nikmal wakil"

(a) Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh raja dan golongan kafir.
(b) Dlm peperangan Uhud, setelah tentera Islam yg berada di atas bukit telah ditewaskan oleh tentera kafir, pejuang Islam mengucapkan doa yg sama.
(c) Kisah Sidina Aisyah, beliau juga mengucapkan doa Nabi Ibrahim ketika menghadapi tuduhan.

Penggunaan Doa:
- Sebelum mengucapkan doa ini, seseorg mesti melakukan ikhtiar terlebih dahulu, barulah diikuti dgn berdoa dgn Dia Nabi Ibrahim ini.

- Dlm keadaan dizalimi, dianiaya, ditimpa ujian, hampir berputus harap, maka ucapkanlah doa ini.

Makna Doa Nabi Ibrahim:
1) "Hasbu" ie "cukup",
- cukup dlm konteks/keadaan/situasi apa2 shj. Cth ganguan syaitan, hawa nafsu, kesempitan ekonomi, perangai anak2, kemesraan keluarga,

2) "Nikma wakil" ie mengiktitaf Allah sebagai wakil kita utk menyelesaikan masalah/urusan/keadaan yg kita sedang hadapi, dan memohon Allah utk menguruskan urusan kita itu dlm keadaan yg sebaik-baiknya.

Amalan:
1) Jadikan zikir utk membiasakan lidah utk memudahkan doa ini dilafaskan bila kita menghadapi saat tersebut.

2) Syaitan/Jin yg menyebabkan histeria tidak akan masuk dlm badan apbl duzikirkan/diucapkan Doa Nabi Ibrahim ini dan diikuti dgn "wala haulawala quata illa billa hil aliyil azim".

Saturday, October 15, 2016

Kebenaran dan Kebatilan

- us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 15-Okt-2016

- Sifat mahmudah adalah sifat kebenaran.

- Jangan dicampurkan kebenaran dgn kebatilan. Spt dlm solat jangan dicampurkan dgn syirik. Di luar solat, jangan diamalkan keyakinan kpd jin utk melaksanakan sesuatu tugas.

- Jangan beri cadangan kpd org bukan muslim utk berdoa dihadapan tuhan mereka utk memohon sesuatu hajat (spt mengelak wabak menular dlm komuniti/negara). Apbl perkara ini berlaku maka berlaku syirik terhadap Allah, bhw kita meyakini adanya tuhan lain selain Allah.

- Taubat jenis khas (spesifik) dan jenis menyeluruh. Taubat menyeluruh adalah lebih baik, ie melakukan taubat ke atas kesemua dosa-dosa yg dilakukan.

- Cth (1) taubat dr melakukan rasuah, namun masih meneruskan beli nombor ekor. (2) taubat dr tidak memakai tudung kpd memakai tudung menutup aurat, namun masih derhaka kpd suami dgn bersuara kasar terhadap suami. (3) Dgn kawan kita bersifat pemaaf, namun kpd isteri kita bersifat pemarah.

- Taubat keseluruhan melahirkan ukhwah,  kasih sayang sesama ahli keluarga, satu taman.

- Selagi tidak mencapai tahap ukhwah,  maka perbalahan, sakit hati,  benci,  dengki akan kekal dlm diri kita.

- Perkara yg hak itu adalah makanan yg lazat, sementara yg batil itu adalah najis.

Sifat Lembut Hati #1

- us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 15-Okt-2016
Sifat murah hati dan lemah lembut

- Sifat yg boleh melembutkan hati. Sifat ini bertentangan dgn sifat kejam. Sifat kejam berasal dr sifat marah.

- Org yg kuat adalah yg dpt menahan dirinya dr marah.
- Kejam terjadi bila tamak.
- Sifat buruk menjadikan manusia bertindak melakukan kesilapan atau membuat keputusan yg salah.
- Org yg lemah lembut dpt menempatnya sesuatu pd tempatnya.
- Kekerasan dpt diimbangi dgn sifat lemah lembut.

- Hukum gantian menggambarkan rahmat Allah. Spt dlm cara melakukan solat, makanan di waktu kecemasan.

- Org yg tidak menceroboh dlm hal org lain adalah gambaran sifat lemah lembut.

- berlemah lembutlah kpd kaum wanita, ahli keluarga.

Saturday, October 8, 2016

Hidup sederhana

- us Shahrir kuliah Maghrib Sabtu 8-Okt-2016

Hadis:

Dari Ali bin Abi Thalib Ra.; "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair Ra .. dan tidak ada dibadannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata karana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kabah?. Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami di waktu itu lebih baik dari pada keadaan kami di hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat saja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki". Lalu Nabi saw bersabda, "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu". (HR. Tirdmizi)

- Mus'ab ketika sebelum memeluk Islam adalah dlm keluarga yg mewah. Namun setelah m dia memeluk Islam, maka dia dibuang oleh keluarganya.

- Dlm hadis ini, Rasulullah menerangkan bhw umatnya akan mendpt kemewahan dlm kehidupannya., pakaian bersilih ganti, makanan bertukar hidangan. Dlm keadaan itu menunjukkan kemewahan yg berlimpah-ruah. Dlm keadaan itu sepatutnya mudah utk melakukan ibadah kpd Allah. Walaubagaimanapun,  Rasulullah mengatakan keadaan kekurangan adalah lebih baik dr berada dlm keadaan kemewahan.

- Kemewahan selalunya menyibukkan kita utk mengumpulkan harta dan kekayaan. Hinggalah dia mati. (manusia lalai hinggalah apbl dia telah mati baru dia sedar dia sudah tiada peluang utk bertaubat).

- Rajinlah bersedekah utk mengutip hasilnya selepas kematiannya.

- Setiap harta yg dikumpul akan di tanya oleh Allah, dr mana dtgnya dan utk apa ia digunakan.

- 3 golongan yg akan disambar oleh api neraka:
(i) Meninggalkan solat
(ii) Membuat berhala
(iii) Menyembah barhala

- Hadis Rasulullah, Org yg berada dlm alam berzah, maka pemikirannya akan dikembalikan spt semasa hidupnya (ie adalah sama spt sewaktu hidupnya).

Hijrah

- us Zamri kuliah Suboh Sabtu 8-Okt-2016

- Mahkamah Allah adalah mahkamah yg seadil-adilnya.setiap jiwa tidak akan dizalimi. Walau sekecil-kecil amalan ianya akan didatangkan utk dihitung.

Surah Yasiin Ayat 65:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

- Perkara-perkara yg boleh menghapuskan dosa adalah
1) melakukan amalan yg baik.
2) bersedekah. Antaranya memberi minum kpd org ramai.

Surah Al-Baqarah Ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Hijrah Rasulullah ke Madinah bermula pd bulan Safar dan sampai di Madinah pd bln Muharram.

- Saidina Umar Al-Khattab memulakan kalendar dgn mengambil 1 hari bulan (cadangan dr Saidina Ali) Saidina Uthman mencadangoan dgn permulaan bulan bermula dr bln Muharram ie bln pertama selepas dr musim haji.

- Fathul Makkah ie tuntutan wajib ke atas org Islam utk berjihrah dr Mekah ke Madinah secara fizikal.  Namun selepas Fathul Mekah, tiada lagi hijrah dr Mekah ke Madinah.

- Imam Shafie berkata pentingnya kita berhijrah,  bermusafir meninggalkan org yg dikasihi, maka akan ditemui org yg sayang kpdnya, kemanisan hidup akan dtg selepas diuji dgn sedikit kesusahan.

- Anak-anak yg mendpt peluang belajar di asrama/kolej/universiti, semoga mereka mendpt hikmah dan ilmu yg menjadikan mereka anak yg lebih baik, berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, October 2, 2016

Dosa Besar ke-20 - Bertaruh

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2016 (1-Muharrram-1438H)

- Apbl mati anak Adam, maka kuburnya sama ada menjadi salah satu taman2 syurga atau pun menjadi salah satu dr lubang2 neraka.

- Tidak berhimpun pengikutku melainkan utk mereka duduk mempelajari Al-Quran, kandungannya melalui tafsir2, dan hadis2.

- 5 penawar hati
1) Baca Al-Quran dan tadabbur makna Al-Quran.
  • Jaga 7 anggota zahir perlu dijaga (mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, dan kemaluan) barulah menjadi penawar hati.
  • Al-Quran akan menjaga dan merawat 7 anggota
2) Banyakkan zikir kpd Allah
  • Ada malaikat yg menebarkan sayapnya kpd majlis2 zikir antaranya majlis ilmu. Bukan sekadar zikir kpd Allah, maka kita fikir kpd kehebatan dan keagungan Allah.
  • Apbl Allah panjangkan umur kita, maka fikirkan dosa2 yg kita tidak sedar dilakukan setiap hari. Adakah ibadah yg tidak terima. Maka berfikir kita itu akan menyedarkan kita akan kekurangan kita.
3) Kosongkan perut kita
  • Tolak makanan yg sumbernya dr sumber2 yg haram
4) Qiamulail
  • Jika kita mampu bangun di waktu mlm, jangan disia-siakan waktu siang.
5) Duduk dlm majlis ilmu
  • Hadirlah walau sekejap dlm majlis ilmu, utk memdpt ilmu.
  • Hati yg hidup adalah apbl terkena kpd diri kita, maka tersedar kita dr kelalaian kita, atau kesilapan kita, atau dosa2 yg kita tidak perasan.
  • Masalah hari ini: Org menilai keikhlasan org yg berbuat baik. Tidak dirisaukan org yg masih lagi jauh dr Islam. Org yg pergi berjemaah di surau dikatakan riak.

Sambungan dr Dosa Besar ke-20 ie Al-Kumar (Berjudi atau bertaruh)

- Segala bentuk pertaruhan itu adalah judi (Al kumar).
  • Barangsiapa bermain buah dadu itu seolah2 dia mencelupkan tangannya ke dlm daging babi yg berlumuran darah.
  • Kebanyakan ulamak menghukumkan kpd haram, bermain permainan dadu atau catur.
  • Sekiranya ada pertaruhan maka haram hukumnya.

- Harus sekiranya:
  • Dia tidak bermain dikhalayak ramai
  • Dia tidak melalaikan solatnya
Ditanya kpd Imam An-Nawawi akan permainan catur: haram hukumnya dikalangan ramai ulamak. Pandangan imam An-Nawawi sendiri adalah jika disebabkan permainannya itu menyebabkan tinggal solatnya atau adanya taruhan, maka haram hukumnya.

- Dijatuhkan hukum haram ke atas permainan catur kerana kebiasaanya akan dimainkan dgn adanya taruhan.
  • Kata Saidina Ali: buah2 catur itu seperti berhala2 (buah catur mempunyai bentuk), apa faedahnya duduk mengadap buah2 catur (berhala2), maka lebih baik bagi kamu menggenggam bara2 api.

- Dlm kitab Al-Kabair ini, ada satu tajuk khusus berkenaan permainan chess.

- Ada pandangan dari Dr. Yusof Al-Qardawi, berkenaan bermain catur.


Nota kuliah berkaitan: 
  • Nota kuliah sebelum ini - Dosa Besar ke-20 Bertaruh (klik sini)