- Apbl mati anak Adam, maka kuburnya sama ada menjadi salah satu taman2 syurga atau pun menjadi salah satu dr lubang2 neraka.
- Tidak berhimpun pengikutku melainkan utk mereka duduk mempelajari Al-Quran, kandungannya melalui tafsir2, dan hadis2.
- 5 penawar hati
1) Baca Al-Quran dan tadabbur makna Al-Quran.
- Jaga 7 anggota zahir perlu dijaga (mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, dan kemaluan) barulah menjadi penawar hati.
- Al-Quran akan menjaga dan merawat 7 anggota
- Ada malaikat yg menebarkan sayapnya kpd majlis2 zikir antaranya majlis ilmu. Bukan sekadar zikir kpd Allah, maka kita fikir kpd kehebatan dan keagungan Allah.
- Apbl Allah panjangkan umur kita, maka fikirkan dosa2 yg kita tidak sedar dilakukan setiap hari. Adakah ibadah yg tidak terima. Maka berfikir kita itu akan menyedarkan kita akan kekurangan kita.
- Tolak makanan yg sumbernya dr sumber2 yg haram
- Jika kita mampu bangun di waktu mlm, jangan disia-siakan waktu siang.
- Hadirlah walau sekejap dlm majlis ilmu, utk memdpt ilmu.
- Hati yg hidup adalah apbl terkena kpd diri kita, maka tersedar kita dr kelalaian kita, atau kesilapan kita, atau dosa2 yg kita tidak perasan.
- Masalah hari ini: Org menilai keikhlasan org yg berbuat baik. Tidak dirisaukan org yg masih lagi jauh dr Islam. Org yg pergi berjemaah di surau dikatakan riak.
Sambungan dr Dosa Besar ke-20 ie Al-Kumar (Berjudi atau bertaruh)
- Segala bentuk pertaruhan itu adalah judi (Al kumar).
- Barangsiapa bermain buah dadu itu seolah2 dia mencelupkan tangannya ke dlm daging babi yg berlumuran darah.
- Kebanyakan ulamak menghukumkan kpd haram, bermain permainan dadu atau catur.
- Sekiranya ada pertaruhan maka haram hukumnya.
- Harus sekiranya:
- Dia tidak bermain dikhalayak ramai
- Dia tidak melalaikan solatnya
Ditanya kpd Imam An-Nawawi akan permainan catur: haram hukumnya dikalangan ramai ulamak. Pandangan imam An-Nawawi sendiri adalah jika disebabkan permainannya itu menyebabkan tinggal solatnya atau adanya taruhan, maka haram hukumnya.
- Dijatuhkan hukum haram ke atas permainan catur kerana kebiasaanya akan dimainkan dgn adanya taruhan.
- Kata Saidina Ali: buah2 catur itu seperti berhala2 (buah catur mempunyai bentuk), apa faedahnya duduk mengadap buah2 catur (berhala2), maka lebih baik bagi kamu menggenggam bara2 api.
- Dlm kitab Al-Kabair ini, ada satu tajuk khusus berkenaan permainan chess.
- Ada pandangan dari Dr. Yusof Al-Qardawi, berkenaan bermain catur.
Nota kuliah berkaitan:
- Nota kuliah sebelum ini - Dosa Besar ke-20 Bertaruh (klik sini)
No comments:
Post a Comment