Sunday, September 18, 2016

Dosa Besar ke-20 Bertaruh

- us Shairozi Hasyim kuliah Maghrib Ahad 18-Sep-2016

Dosa Besar ke-20 ie Al-Kummar iaitu bertaruh yg disebut juga sebagai berjudi.

Dalil: Surah Al-Maidah Ayat 5:90 (klik sini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Andaikan seorg pergi ke kuil dan memohon nombor ramalan, dan berkata dia bernazar utk membuat sembelihan kambing sekiranya menang taruhan nombor. Ditakdirkan dia menang taruhan nombor, maka dibuat sembelihan kambing dan diajak warga kampung/kariah utk dtg jamuan nazarnya.
  1. hukum bertaruh adalah dosa besar
  2. hukum sembelihan kambing nazar itu adalah sembelihan bukan kerana Allah. Sebaliknya kerana nazarnya kpd kuil. Haram hukum sembelihan itu kerana niat sembelihan bukan kerana Allah.

Ayat 5:91: (klik sini)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Org yg berjudi membawa kpd bermusuhan, saling marah-memarahi, benci-membenci. Itulah tujuan syaitan utk menghalang manusia dr mengingati Allah, dan kyusuk dlm solat.
  • Jika seorg itu berkata kpd kawannya utk melakukan bertaruh (betting) maka hendaklah dia melakukan kafarah iaitu bersedekah.


Nota kuliah berkaitan: 
  • Sambung: persilisihan pendapat berkenaan permainan dadu dan catur dlm bab Dosa Besar ke-20 - Bertaruh (klik sini)

No comments: