Sunday, October 2, 2016

Dosa Besar ke-20 - Bertaruh

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2016 (1-Muharrram-1438H)

- Apbl mati anak Adam, maka kuburnya sama ada menjadi salah satu taman2 syurga atau pun menjadi salah satu dr lubang2 neraka.

- Tidak berhimpun pengikutku melainkan utk mereka duduk mempelajari Al-Quran, kandungannya melalui tafsir2, dan hadis2.

- 5 penawar hati
1) Baca Al-Quran dan tadabbur makna Al-Quran.
  • Jaga 7 anggota zahir perlu dijaga (mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, dan kemaluan) barulah menjadi penawar hati.
  • Al-Quran akan menjaga dan merawat 7 anggota
2) Banyakkan zikir kpd Allah
  • Ada malaikat yg menebarkan sayapnya kpd majlis2 zikir antaranya majlis ilmu. Bukan sekadar zikir kpd Allah, maka kita fikir kpd kehebatan dan keagungan Allah.
  • Apbl Allah panjangkan umur kita, maka fikirkan dosa2 yg kita tidak sedar dilakukan setiap hari. Adakah ibadah yg tidak terima. Maka berfikir kita itu akan menyedarkan kita akan kekurangan kita.
3) Kosongkan perut kita
  • Tolak makanan yg sumbernya dr sumber2 yg haram
4) Qiamulail
  • Jika kita mampu bangun di waktu mlm, jangan disia-siakan waktu siang.
5) Duduk dlm majlis ilmu
  • Hadirlah walau sekejap dlm majlis ilmu, utk memdpt ilmu.
  • Hati yg hidup adalah apbl terkena kpd diri kita, maka tersedar kita dr kelalaian kita, atau kesilapan kita, atau dosa2 yg kita tidak perasan.
  • Masalah hari ini: Org menilai keikhlasan org yg berbuat baik. Tidak dirisaukan org yg masih lagi jauh dr Islam. Org yg pergi berjemaah di surau dikatakan riak.

Sambungan dr Dosa Besar ke-20 ie Al-Kumar (Berjudi atau bertaruh)

- Segala bentuk pertaruhan itu adalah judi (Al kumar).
  • Barangsiapa bermain buah dadu itu seolah2 dia mencelupkan tangannya ke dlm daging babi yg berlumuran darah.
  • Kebanyakan ulamak menghukumkan kpd haram, bermain permainan dadu atau catur.
  • Sekiranya ada pertaruhan maka haram hukumnya.

- Harus sekiranya:
  • Dia tidak bermain dikhalayak ramai
  • Dia tidak melalaikan solatnya
Ditanya kpd Imam An-Nawawi akan permainan catur: haram hukumnya dikalangan ramai ulamak. Pandangan imam An-Nawawi sendiri adalah jika disebabkan permainannya itu menyebabkan tinggal solatnya atau adanya taruhan, maka haram hukumnya.

- Dijatuhkan hukum haram ke atas permainan catur kerana kebiasaanya akan dimainkan dgn adanya taruhan.
  • Kata Saidina Ali: buah2 catur itu seperti berhala2 (buah catur mempunyai bentuk), apa faedahnya duduk mengadap buah2 catur (berhala2), maka lebih baik bagi kamu menggenggam bara2 api.

- Dlm kitab Al-Kabair ini, ada satu tajuk khusus berkenaan permainan chess.

- Ada pandangan dari Dr. Yusof Al-Qardawi, berkenaan bermain catur.


Nota kuliah berkaitan: 
  • Nota kuliah sebelum ini - Dosa Besar ke-20 Bertaruh (klik sini)

No comments: