Sunday, June 14, 2026

500 Tahun Ibadah Tidak Menjamin Masuk Syurga

- us Meftah kuliah Suboh Ahad 14-Jun-2026

500 Tahun Ibadah Tidak Menjamin Masuk Syurga

  • Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu kami:"Malaikat Jibril telah memberitahu Rasulullah SAW katanya: 'Wahai Muhammad, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta, dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit, dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah SWT pun menerima permintaannya.' Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit, dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah SWT pun menerima permintaannya.'" [Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (hadis no. 4300), al-Hakim dalam al-Mustadrak (hadis no. 7637). | Status: Daif (lemah) kerana terdapat perawi Sulaiman bin Harim yang majhul (tidak dikenali) | Masih dapat digunakan kerana hanya berkaitan hikayat/kisah, bukan hukum]

- Ulama tafsir klasik seperti Ibnu Kathir, Al-Qurtubi, Al-Kashani tidak menafsirkan kisah ini kerana ia tidak ada dalam Al-Quran.

- Kisah ini adalah kisah ahli ibadah (abid) yang tidak bernama, bukan kisah Nabi atau umat terdahulu yang tercatat dalam Al-Quran. Al-Quran hanya mencatat kisah Nabi dan umat tertentu untuk pengajaran, bukan kisah individu ahli ibadah biasa.

- Kisah ini menunjukkan rahmat Allah lebih besar daripada ibadah 500 tahun - hamba tersebut akhirnya masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah.

- Masuk syurga dengan rahmat, bukan amal semata-mata.
Surah Hud ayat 11:107 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ إِلَّا مَا شَآءَ رَبُّكَۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٞ لِّمَا يُرِيدُ }

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

- Allah memberikan syurga kepada hamba-Nya kerana rahmat-Nya, bukan semata-mata kerana amalan.
Surah Az-Zumar ayat 39:23 (klik sini)
{ ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَٰبٗا مُّتَشَٰبِهٗا مَّثَانِيَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهۡدِي بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ }

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.


Sunday, June 7, 2026

Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Jun-2026

Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12

Surah Luqman ayat 31:1 (klik sini)
{ الٓمٓ }

Alif, Laam, Miim.

Surah Luqman ayat 31:2 (klik sini)
{ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ }
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

- Hikmah (dan kebijaksanaan) ini tidak terhad kpd yg dipelajari dlm kelas. Kebijaksanaan perlu dirujuk kpd Al-Quran dan tafsirannya serta sunah², seterusnya kpd penulisan² ilmuwan Islam, seterusnya penulisan² dari penulis bukan Islam.

Surah Luqman ayat 31:3 (klik sini)
{ هُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّلۡمُحۡسِنِينَ }
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.

 - Ilmu yg ada pada Nabi itu bersifat hidayah dan rahmat. AL-Quran itu menjadi petunjuk kpd org yg melakukan perkara baik, yg ada nilai pd dirinya. Zaman kita kini terbalik, kerana org suka/cenderung utk menonjolkan dirinya agar dilihat/dinilai oleh org lain (peminat/follower/pengikut).


Surah Luqman ayat 31:4 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ }
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

- Turunnya ayat ke4 ini sewaktu org² Islam ditekan dari pelbagai susut (akidah, pemikiran, ekonomi, sosial).

Surah Luqman ayat 31:5 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Surah Luqman ayat 31:6 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ }
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

- Sebab Turun Ayat (Asbabun Nuzul) menurut Ibnu Kathir:
Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan Nadr bin Al-Harith, seorang tokoh kafir Quraisy di Mekah yang menentang dakwah Nabi Muhammad saw, yg suka membuat content²/podcast yg memperlekeh dakwah Nabi.

Konteks sejarah:
Nadr bin Al-Harith bersaing dengan Nabi dalam mempengaruhi orang Quraisy. Ketika Nabi menceritakan kisah-kisah para nabi dan kisah langit-akhirat, Nadr menceritakan kisah-kisah Kesempangan (Farsi, Islaiat, Rustum) dan lagu-lagu melalaikan. Dia mendakwa cerita2/content²nya lebih baik drpd cerita² (dakwah) yg disampaikan oleh baginda Rasulullah. Ini adalah bentuk "lahwal-hadith" (percakapan yang melalaikan) untuk menyesatkan orang dari jalan Allah.
- Menurut Ibnu Kathir, ahli tafsir memahami لَهْوَ ٱلْحَدِيثِ (lahwal-hadith) sebagai:
Segala yang melalaikan dari mengingat Allah dan beribadah, termasuk cerita²/content² palsu, lagu-lagu, dan perbualan sia-sia yang menghalang dari iman
Orang yang membeli/mendengar dengan niat menyesatkan dan mengejek agama.
Makanturunnya surah Luqman ini sebagai alternatif kpd cerita²/content² kosong yg melalaikan, setakat memenuhi waktu.

Surah Luqman ayat 31:7 (klik sini)
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا وَلَّىٰ مُسۡتَكۡبِرٗا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا كَأَنَّ فِيٓ أُذُنَيۡهِ وَقۡرٗاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ }
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

- Kadang² org tak buleh nak ikuti apa (dakwah) yg baik, bukan kerana tiada access kpd maklumat, tetapi lambakan cerita²/content² yg melalaikan sgt byk.

Surah Luqman ayat 31:8 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلنَّعِيمِ }
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,

Surah Luqman ayat 31:9 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }
kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ke9 ini memberikan kekuatan kpd org² Islam, yg sering rasa tertindas.

Surah Luqman ayat 31:10 (klik sini)
{ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيۡرِ عَمَدٖ تَرَوۡنَهَاۖ وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ }
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

- Apa yg menjadi pasak kpd kehidupan kita adalah nilai yg menjadi tiang hidup, iaitu keimanan dan penyerahan diri hanya kpd Allah.

Surah Luqman ayat 31:11 (klik sini)
{ هَٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِ ٱلظَّٰلِمُونَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

- Ayat ke11 ini ada pendekatan pendebatan. Ayat ke10 itu menjadi modal debat utk mematikan hujah dan keegoan org² kafir Quraisy, dan pendeta², pembesar² kafir Quraisy. Soalan mematikan bhw apakah ciptaan tuhan² yg disebah selain dari apa yg diciptakan oleh Allah pd penciptaan bumi dan alam.

Surah Luqman ayat 31:12 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ }
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


- Apa hikmah yg ada pd Luqman?
  • Luqman seorg yg bersyukur kpd Allah, itulah hikmah yg paling tinggi nilainya disisi Allah, menandakan kecerdasan rohani kpd seorg hamba. Org yg bersyukur itu mempelajari ilmu utk beramal.

Amalan Kecil Tetapi Berterusan Lebih Disukai

- us Lt Kol Shukri bin hj Yahya kuliah Suboh Ahad 7-Jun-2026

Amalan Kecil Tetapi Berterusan Lebih Disukai

Huraian Dr. Yusuf Al-Qardawi dlm konsep fiqh keutamaanan (fiqh al-Aulawiyyat)

Definasi fiqh al-Aulawiyyat:
Pengetahuan yang menjelaskan amal-amal yang lebih utama (rajih) dari yang lain, yang lebih berharga, yang sahih daripada yang rusak, yang diterima daripada yang ditolak, yang disunnahkan daripada yang bid'ah, serta memberikan nilai bagi amal sesuai pandangan syari'at.

Dalil Al-Quran keutamaan ibadah ada tingkatan keutamaannya dlm surah At-Tawbah ayat 19 dan 20.
At-Tawbah ayat 9:19 (klik sini)
{ ۞أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَجَٰهَدَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ لَا يَسۡتَوُۥنَ عِندَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

At-Tawbah ayat 9:20 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ }

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Menurut Dr. Al-Qardawi, Surah At-Tawbah 9:19-20 menegaskan bahawa:
  • Amalan yang berterusan lebih tinggi darjatnya daripada amalan yang besar tapi tidak berterusan.
  • Istiqamah (berterusan) adalah kriteria utama yang disukai Allah, bukan jumlah amalan yang banyak
- Amalan yang berat akan menyebabkan rasa jemu/bosan dan akhirnya sesorg itu meninggalkan ibadah.

Hadis #1:
  • Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pulang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada seorang tamu perempuan. Rasulullah saw. bertanya: "Siapa ini?" Jawab ku, "Inilah perempuan yang tidak pernah tidur, kerana dia solat sepanjang malam." Sabda Nabi saw., "Beribadatlah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan amal ibadatmu. Dan amal yang paling disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap oleh pelakunya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0757]
Hadis ini mengajarkan bahawa:
  • Jangan berlebihan dalam ibadah yang akan menyebabkan kita rasa jemu/bosan.
  • Beramallah sesuai dgn kemampuan - tidak membebani diri.
  • Allah tidak bosan hingga kita sendiri merasa bosan dan meninggalkan ibadah.
  • Amalan istiqamah (terus-menerus walaupun sedikit) lebih disukai Allah daripada amalan banyak tapi terputus (tidak istiqamah).
Hadis #2:
  • Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mempunyai sehelai tikar yang dibentangkannya malam hari; sehingga merupakan tabir sebuah kamar tempat beliau solat. Lalu orang banyak solat pula mengikuti beliau. Pada suatu malam mereka berkumpul pula. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, "Hai, orang banyak! Kerjakanlah amal ibadat itu sekadar kemampuan mu, (agar kamu dapat melakukannya secara tetap, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga akhirnya kamulah yang bosan mengerjakan ibadah mu. Dan sesungguhnya amal ibadat yang disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap (wirid, rutin), walaupun sedikit. Dan keluarga Muhammad saw., bila mereka beramal mereka lakukan secara tetap." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0754]
- Kupasan Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang Keutamaan Ilmu
  • Kefahaman itu adalah lebih utama daripada hafalan bahkan lebih penting dari kepetahan atau kelancaran bacaan.
  • Beliau menggesa agar aspek-aspek ilmu mesti diberikan keutamaan daripada amalan serta lebih mencerap aspek kualiti isi kandungnya berbanding kuantiti bacaan itu sendiri.

Keutamaan ilmu berbanding ibadah
- Kupasan Dr. Yusuf Al-Qardhawi keutamaan ilmu berbanding ibadah
  • حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى الْمِصْرِيّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ

Barangsiapa mengajarkan suatu ilmu, maka ia akan mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.

  • Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun." [HR. Muslim: 2674]
- Org yg bijak ilmu adalah mereka yg mencari amalan² yg dapat memberikan lebih pahala (seperti melibatkan komuniti atau org ramai) berbanding melakukan amalan yg banyak tetapi tidak melibatkan org lain.
Contohnya, 
  • Membantu org yg memerlukan sesuatu itu lebih tinggi nilai pahala berbanding melakukankan amalan solat sunat.
  • Membantu dlm gotong-royong membersihkan masjid/surau adalah lebih utama berbanding berzikir sendirian di rmh pd waktu yg sama.