Showing posts with label Bersuci. Show all posts
Showing posts with label Bersuci. Show all posts

Sunday, October 18, 2020

Bersugi / Bersiwak

Bersugi 

(Kitab Taharah (Bersuci) oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al-. Fatani, Terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Cetakan ke-2, 2009, muka surat , 30-31)


Bersugi hukumnya sunat pada setiap kelakuan (keadaan).

#1) Sangat digalakkan bersugi ketika:
1. Hendak membaca Al-Quran
2. Hendak solat/sembahyang
3. Hendak tidur
4. Hendak berwuduk 
5. Hendak membaca hadis dan berzikir
6. Hendak memasuki Kaabah
7. Hendak memasuki rumah
8. Hendak bersetubuh
9. Ketika lapar
10. Ketika dahaga
11. Hampir mati bagi memudahkah roh keluar dari badan
12. Hendak musafir
13. Kembali dari musafir
14. Sebelum gelincir matahari bagi orang yang berpuasa
15. Ketika berubah bau mulut
16. Ketika jaga dari tidur
17. Ketika gigi menjadi kuning

Keterangan:
(i) Bersugi setelah gelincir matahari adalah makhruh sama ada puasa fardu atau puasa sunat, dan hilang makhruh setelah jatuh matahari.
(ii) Mengikut Imam Nawawi, tidak makhruh sebelum atau selepas gelincir matahari.

#2) Sunat bersugi dengan tangan kanan dan dimulai pihak sebelah kanan mulutnya, dilakukan secara perlahan-lahan ke atas langit-langit, di atas gusi, gigi dan lidah.


#3) Fadilat (Kelebihan) bersugi antaranya adalah:
1. Dua rakaat sembahyang orang yang bersugi lebih bak daripada sembahyang orang yang tidak bersugi dengan 70 rakaat.
2. Allah meredhoi orang yang bersugi
3. Menyucikan mulut
4. Memperelokkan bau mulut
5. Menambahkan kecerdasan akal dan mencerahkan mata
6. Melambatkan tumbuh uban
7. Membetulkan belakang
8. Menggandakan pahala
9. Mengingatkan kalimah syahadah ketika hendak mati.


Hadis berkaitan bersugi, antaranya:

1. Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda : “Seandainya aku tidak khuatir untuk mempersulit umatku, niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak (bersugi) setiap akan mengerjakan salat.”(HR.Bukhari dan Muslim)

2. Dari Hudzaifah ra., ia berkata : “Apabila Nabi saw. bangun dari tidurnya, beliau selalu bersiwak (menggosok gigi) dengan siwak (sikat gigi).” (HR.Bukhari dan Muslim).

3. Dari Aisyah ra., ia berkata : “Kami selalu menyediakan siwak dan air wudhu untuk Rasulullah saw. maka apabila Allah membangunkan beliau kapan saja pada waktu malam, niscaya beliau bersugi, wudhu dan mengerjakan salat .”(HR.Muslim)

4. Dari Anas ra., ia berkata : “Rasulullah saw. bersabda : “Aku sudah sering kali menganjurkan kepada kalian untuk bersiwak.”(HR.Bukhari)

5. Dari Syuraih bin Hani’, ia berkata : “Saya pernah bertanya kepada Aisyah ra. tentang perbuatan apakah yang mula pertama dikerjakan oleh Nabi saw. apabila masuk rumahnya ?” Aisyah menjawab : “Beliau bersiwak.”(HR.Muslim)

6. Dari Aisyah ra., bahwasanya Nabi saw. bersabda : “Bersiwak (bersugi) itu dapat membersihkan mulut dan mendapat ridha Tuhan.”(HR.Nasa’i dan Ibnu Huzaimah)

7. Dari Aisyah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sepuluh macam daripada fitrah adalah : Mencukur kumis, memelihara janggut, bersiwak, menghirup air ke hidung, memotong kuku, membasuh sela-sela jari, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan, dan bersuci apabila buang air.” Perawi hadis ini berkata : “Untuk yang kesepuluh saya lupa, tetapi kalau tidak salah adalah berkumur.” Sedangkan Waki’ salah seorang yang juga meriwayatkan hadis ini berkata : “(yang kesepuluh) adalah istinja.”(HR.Muslim)





Saturday, October 17, 2020

Perkara yang membatalkan wuduk (Siri 2)

Perkara yang membatalkan wuduk
(Kitab Taharah (Bersuci) oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al-. Fatani, Terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Cetakan ke-2, 2009, muka surat , 38-39)


Perkara yang membatalkan wuduk ada lima (5):

(#1) Keluar sesuatu dari salah satu daripada dua jalan dengan yakin dengan syarat seseorang itu masih hidup lagi nyata (nyata alat kemaluan)Tidak batal wuduk jika keluarnya daripada orang yang mati, dan tidak batal wuduk bagi khunsa musykil yang mempunyai dua alat kecuali keluar sesuatu daripada kedua-kedua kemaluannya.

Nota rujukan (sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan):  
Khunsa dari sudut istilah para fuqaha ialah: Seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan. Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing. Rujuk Hasyiah Ibn Abidin (5/464), Nihayah al-Muhtaj (6/31).


Khunsa musykil: Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan.


Keterangan:
(i) Dimaksudkan dengan keluar sesuatu yang boleh membatalkan wuduk ialah sama ada keluarnya sesuatu yang biasa (seperti tahi dan kencing) atau yang jarang-jarang berlaku seperti darah atau batu atau darah buasir seumpama buasirnya belum keluar.

Batu tersebut sama ada terjadi drpd najis atau batu yang ditelan kemudian keluar melalui kemaluannya sama ada yang keluar itu merupakan najis atau suci seperti cacing walaupun mengeluarkan kepalanya sahaja. 

(ii) Tidak batal wuduk dengan keluar mani disebabkan bermimpi oleh orang yang tidur tetap punggungnya atau berkhayal atau memikirkan tentang syahwat, tetapi diwajibkan mandi.


(#2) Tidur yang tidak tetap papan punggungnya atau tidur secara berdiri atau tidur atas belakang (berbaring) walaupun tetap papan punggung seperti dengan dilekapkan dengan bantal atau sebagainya seperti tiang (bersandar pada tiang atau lain-lainya).


(#3) Hilang akal disebabkan oleh tersangat sakit atau mabuk atau gila babi atau seumpamanya walaupun pada masa duduk yang tetap papan punggungnya.


(#4) Menyentuh kulit perempuan yang bukan mahramnya (yang diharamkan nikah) tanpa berlapik walaupun yang telah mati. Walaubagaimanpun:

(a) Sentuhan sesama jenis atau sesama khunsa atau khunsa dengan lelaki atau khunsa dengan perempuan tidaklah membatalkan wuduk.
(b) Tidak batal wuduk dengan menyentuh rambut atau gigi atau kuku.
(c) Dikehendaki dengan lelaki dan perempuan bagi perkara di atas ialah yang telah sampai "had syahwat" mengkut uruf.
(d) Yang dimaksudkan dengan mahram ialah mereka yang haram berkahwin dengan sebab nasab atau susuan atau bersemandaan seperti menantu dan mertua.

 

(#5) Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangannya iaitu qubul (kemaluan hadapan) walaupun yang sudah dikerat/potong selagi ianya dinamakan zakar, dan duburnya iaitu:

(i) yang dimaksudkan dengan kemaluan bagi lelaki ialah semua zakarnya tidak termasuk tempat tumbuh bulu dan bagi perempuan ialah dua bibir farajnya yang tertangkup serta daging yang tumbuh di atas faraj (mengikut qul yang muktamad disisi Syeik al-Ramli), oleh yang demikian tidak termasuk tempat tumbuh bulunya.

Keterangan: Batal wuduk dengan menyentuh kemaluan manusia itu sama ada kemaluannya atau kemaluan orang lain sama ada perempuan atau lelaki sama ada kecil atau besar, sama ada hidup atau mati.

(ii) Menyentuh dubur iaitu menyentuh halaqah (ie lubang) dubur anak Adam.
(a) Dimaksudkan dengan tapak tangan ialah tapak tangan dengan semua perut anak jari.
(b) Tidak batal wuduk jika menyentuh dengan tepi tapak tangan atau semua kepala anak jari atau di antara anak jari setelah ditekan sedikit. 

Sunday, December 30, 2018

Bersuci

- kuliah Maghrib Ahad 30-Dis-2018

Bab 1:: Bersuci

1.  Maksud
a) Bersih, bebas dr kekotoran ie berbentuk nyata atau maknawi (tidak dpt dilihat).
b) Bersuci dgn air bermaksud bersih dr kotor
c) Bersuci pd syarak adalah perbuatan yg mengharuskan solat atapun seupamanya spt tawaf, menanggung Al-Quran. Berwuduk, mandi hadas atau membersihkan najis.

2. Islam amat mementingkan kebersihan. seperti:
a) Perintah berwuduk utk mendirikan solat, 5 kali sehari.
- 4 anggota wuduk yg wajib.

b) Gesaan supaya mandi pd keadaan tertentu.
- ada mandi wajib apbl berhadas besar.

Dari ‘Aisyah ra., ia berkata : “Rasulullah saw. sering dalam keadaan junub karena bersetubuh dengan isterinya, ketika masuk waktu fajar, kemudian beliau mandi dan berpuasa.”(HR.Bukhari dan Muslim).


Dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah ra., mereka berkata : Rasulullah saw. sering dalam keadaan junub bukan karena bermimpi ketika masuk waktu fajar kemudian beliau mandi dan terus berpuasa .”(HR.Bukhari dan Muslim)


- hadis: Rasulullah bersabda menjadi tanggungjawab kpd setiap muslim utk mandi sekurang-kurangnya sakali seminggu.

c) Perintah supaya memotong kuku, gosok gigi dan membersihkan pakaian.
- 5 perkara fitrah yg dituntut oleh Rasulullah:
1. Berkhatan
2. Mencukur bulu ari-ari
3. Mencabut bulu ketiak
4. Memotong kuku dan
5. Menggunting misai.

- hadis: Sabda Rasulullah, sekiranya tidak membebankan, maka aku akan menyuruh umatku bersugi pd setiap kali hendak bersolat.

Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda : Seandainya aku tidak khawatir untuk mempersulit umatku, niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak (bersugi) setiap akan mengerjakan salat.”(HR.Bukhari dan Muslim)

- hadis: Sabda Rasulullah, kamu akan bertemu dgn sahabat-sahabatmu, maka perelokkan pakaianmu, sehingga kamu dikenali dikalangan org ramai.

(Hadis yang panjang) .. Dari Abu Darda', ia berkata : ”Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda : ”Sesungguhnya kamu sekalian akan kembali kepada saudara-saudaramu, maka perbaikilah kendaraanmu dan baguskanlah pakaianmu sehingga kamu seolah-olah merupakan tahi lalat yang menjadi hiasan manusia. Karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang kotor, baik dalam pakaiannya maupun perbuatannya.” (HR. Abu Dawud)

- Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perbuatan yg keterlaluan.

3. hikmah bersuci:
1. Fitrah manusia suka kepada bersih.
- manusia cenderung kpd bersih, dan memilih perkara yg bersih.
2. Fitrah manusia suka kpd org yg bersih.
- manusia tidak suka kepada org yg kotor. Org yg bersih disegani dan dihormati oleh org lain.
3. Menjaga kesihatan
- tempat yang kotor mengundang keburukan, penyakit.
- 4 anggota wuduk adalah yg paling terdedah kpd kekotoran (persekitaran).
4. Berdiri dan menghadap Allah dlm solat.
- bersih zahir dan batin apbl mengadap (melakukan ibadah kpd) Allah.

4. Air yg boleh dibuat bersuci
a) 7 jenis air yg bersih dan suci utk bersuci:
(i) Air hujan
(ii) Air laut
(iii) Air perigi
(iv) Air sungai
(v) Air mata air
(vi) Air salji
(vii) Air embun

b) 2 kategori air (dr 7 jenis air di atas) ie
(i) yg turun dr langit
(ii) yg keluar dr bumi


- hadis: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Wahai Rasulullah, kami berlayar dan membawa sedikit air. Bolehkan kami guna air laut utk berwuduk. Jawab baginda, air laut itu suci, bangkainya halal.

- Bangkai yg dimaksudkan adalah ikan atau seumpamanya, yg boleh dimakan tanpa disembelih terlebih dahulu. Dirujuk kpd ikan, udang, ketam, tiram, kerang, etc.

- Semua jenis telur adalah suci, walaupun ibunya haram dimakan. Mazhab Shafie melarang memakan telur yg dikhuatiri memudaratkan spt telur ular ().