Showing posts with label Syafaat. Show all posts
Showing posts with label Syafaat. Show all posts

Wednesday, July 30, 2025

Petunjuk Nabi Dalam Melembutkan Hati

- us xxx kuliah Maghrib Rabu 30-Jul-2025

Petunjuk Nabi Dalam Melembutkan Hati

- Syafaat Uzma adalah syafaat yang paling agung dan khusus diberikan kepada Nabi Muhammad saw.
  • Syafaat Uzma bermaksud permohonan Nabi Muhammad SAW kepada Allah SWT supaya dipercepatkan proses perbicaraan dan pengadilan di Hari Kiamat ketika manusia berhimpun di Padang Mahsyar yang sangat dahsyat. 
Pada waktu itu, umat manusia mengalami kesengsaraan yang amat besar, sehingga Nabi Muhammad saw memohon agar pengadilan dipercepatkan agar manusia tidak lama dalam kesengsaraan tersebut. Syafaat Uzma ini adalah yang pertama dan terbesar diberikan kepada baginda Rasulullah saw, untuk semua umat manusia dari zaman Nabi Adam hingga ke Hari Kiamat.

- Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r .a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umat ku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama. Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil menunjukkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Lalu Rasulullah saw. mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkan dia di antara mereka." Kemudian berdiri pula seorang lelaki Ansar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Sabda Rasulullah saw., "Ukasyah telah mendahului anda." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0170]

Dari 'Imran Ibnu Hushain r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umat ku tanpa diperiksa. Para sahabat bertanya, "Siapa mereka itu ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw.,"Mereka ialah orang-orang yang tidak berubat memakai jampi-jampi, tidak mempercayai suara burung (tathayyur), tidak berubat dengan tusukan besi panas (Kai) tetapi mereka tawakal kepada Tuhan mereka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0171]

- Siapakah Ukasyah dlm hadis ini?
Seorang sahabat Nabi bernama Ukkasyah bin Mihshan al-Asadi (عكاشة بن محصن الأسدي), juga dikenal sebagai Abu Mihshan. Ia merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang terkenal keberanian dan keikhlasannya dalam berjuang di jalan Allah.

Beberapa fakta penting tentang Ukasyah bin Mihshan:
  1. Ia termasuk golongan awal (as-sabiqun al-awwalun) yang memeluk Islam di Mekkah, dan ikut serta dalam hijrah ke Madinah.
  2. Ukasyah adalah salah seorang pejuang utama dalam beberapa peperangan besar, seperti Perang Badar, di mana pedangnya patah dan Nabi memberinya sebatang kayu yang kemudian berubah menjadi pedang dengan izin Allah.
  3. Ia juga ikut serta dalam banyak ekspedisi lain bersama saw, dikenal sebagai prajurit berkuda yang tangguh dan pemberani.
  4. Dalam sebuah hadis, Ukasyah disebutkan sebagai salah satu dari 70,000 umat Nabi Muhammad yang akan masuk surga tanpa hisab, setelah beliau meminta Nabi mendoakannya agar termasuk golongan tersebut dan doanya langsung dikabulkan Nabi.
  5. Ukasyah wafat syahid dalam Perang Riddah pada tahun 12 H (633 M) ketika melawan kaum murtad setelah wafatnya Rasulullah saw.
- 4 rukun dalam dakwah:
Empat rukun dakwah dalam ajaran Islam adalah:
  1. Da’i (Pendakwah) — Orang yang menyeru, mengajak atau menyampaikan dakwah. Setiap Muslim boleh menjadi da’i, tidak hanya ulama atau ustaz.
  2. Mad’u (Sasaran dakwah) — Orang atau kelompok yang menjadi sasaran dakwah untuk dibimbing kepada kebaikan dan kebenaran Islam.
  3. Maudhu’ (Material/bahan atau isi dakwah) — Isi kandungan dakwah, yakni ajaran Islam yang hendak disampaikan, meliputi akidah, syariah, dan akhlak yang benar sesuai Al-Quran dan Sunnah.
  4. Uslub (Cara atau kaedah dakwah) — Cara penyampaian dakwah agar mudah diterima dan dipahami oleh mad’u, seperti berdakwah dengan hikmah, nasihat baik, dan cara yang menarik.
Keempat rukun ini wajib ada agar dakwah dapat dilaksanakan dengan efektif dan berhasil mendorong perubahan ke arah kebaikan dalam masyarakat. 

- Perbezaan antara orang warak dan zuhud
Orang warak dan orang zuhud adalah dua sifat terpuji dalam Islam, tetapi keduanya memiliki makna dan derajat yang berbeda:
  • Warak berarti seseorang yang menjauhi hal-hal yang haram dan syubhah (perkara yang diragukan hukumnya). Orang yang warak berhati-hati dan meninggalkan perkara yang berpotensi mendatangkan kemudaratan di akhirat, terutama perkara yang syubhah dan haram. Warak lebih bersifat umum dan dasar dalam menjauhi yang terlarang.

  • Zuhud adalah sifat yang lebih tinggi daripada warak. Zuhud bukan hanya meninggalkan perkara haram dan syubhah, tetapi juga meninggalkan perkara yang mubah (diperbolehkan) yang tidak memberikan manfaat untuk akhirat. Zuhud adalah sikap melepas ketertarikan terhadap dunia dan hal-hal yang hanya bersifat kesenangan duniawi, meskipun diperbolehkan dalam agama. Orang yang zuhud memfokuskan hidup untuk akhirat dan meninggalkan yang tidak bermanfaat di sana.

Sunday, June 4, 2017

Tadabbur Surah Al-Qiamah Ayat 75:16 hingga 30

- us Hasnan Kassan tazkirah Asar Ahad 4-Jun-2017

Kejadian Hari Kiamat
Surah Al-Qiamah 75:16-30 (ms 577)


Ayat 75:16

A016

(لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ)

Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

- Al-Quran diturunkan secara mushafahah ie mulut ke mulut melalui Jibrail ke baginga Rasulullah


Ayat 75:17

A017

(إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ)

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


Ayat 75:18

A018

(فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ)

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;


Ayat 75:19

A019

(ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ)

Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


Ayat 75:20 (ms 578)

A020

(كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ)

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

- kecintaan manusia pd dunia, dilalaikan dgn kesenangan dan kemewahan.
- ibu bapa yg memandang serong dan rendah kpd pengajian ugama, sebenarnya mendidik anak2nya utk mencintai dunia.


Ayat 75:21

A021

(وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


- dlm ayat yg lain, kita diingatkan kehidupan Akhirat adalah yg sebenarnya kita perlu cari.
- org yg cintakan dunia hatinya gelisah bila imam membaca Ayat Quran dlm solatnya dgn tertib, lakukan perbuatan2 rukun solat dgn tomakninahnya. Ini kerana mereka rasa rugi bila solat itu panjang/lama.

Surah A'la Ayat 87:17 (ms 592)

A017

(وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


Ayat 75:22

A022

(وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


- berseri-seri kerana ambil dunia utk mengejar akhirat.


Ayat 75:23

A023

(إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ)

Melihat kepada Tuhannya.


- kita digalak berdoa utk diberi melihat wajah Allah di Akhirat nanti.


Ayat 75:24

A024

(وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ)

Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


Ayat 75:25

A025

(تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ)

Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

- rujuk ayat 13, bila manusia diberitahu dosa dan pahalanya, di dah tahu dah (yakin) akan dia di mana dia akan di masukkan.


Ayat 75:26

A026

(كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ) 

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,


Ayat 75:27

A027

(وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ)

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"


Ayat 75:28

A028

(وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ)

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

- saat dia akan meninggalkan segala harta kekayaan, anak pinak.
- jika banyak​ amalan2 kebaikan, byk bacaan Al-Quran, byk amalan derma/infaq maka yakinlah dia kemana tempat tujuan.


Ayat 75:29

A029

(وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ)

Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


- "bertindih" juga memberi maksud azab kubur yg disempitkan hingga tulang2 bertindih, dan byk lagi azab kubur yg menantinya selepas dr perpisahan dgn alam dunia.


Ayat 75:30

A030

(إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ)

(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

- "masaqa" dimaksudkan tempat diseret oleh malaikat hingga ke Padang Mahsyar.
- rujuk surah Qaf Ayat 50:21, "pembawa" yg dimaksudkan adalah malaikat membawa kita dr kubur ke Padang Mahsyar dgn paksaan, diseret.


A021

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;


- di Padang Mahsyar diberikan cahaya kpdnya utk melihat buku amalannya. Bagi org musyrikin, cahaya itu akan dipadamkan oleh Allah setelah dia selesai membaca buku amalannya. Maka teraba-rabalah dia dlm kegelapan dan rasa ketakutan menunggu masa utk dibelenggu dan di campakkan ke dlm neraka.

Belenggu:

(a) rujuk ayat Surah Ar-Rad Ayat 13:5 (ms 249) utk jaminan dibelenggu:


A005


(وَإِنْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا أَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)

Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): "Adalah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka; dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


(b) Surah Yasiin Ayat 36:8 (ms 440), keadaan dibelenggu itu adalah kedua-dua tangan diikat pd leher dan dipasangkan belenggu pd tengkuk.


A008
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.


(c) Surah Ghafir Ayat 40:71 (ms 475)

A071


إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ

Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret


(d) Surah Al-Furqan Ayat 25:13 (ms 361)

A013

(وَإِذَا أُلْقُوا مِنْهَا مَكَانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنِينَ دَعَوْا هُنَالِكَ ثُبُورًا)

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).


Syafaat Al-Quran:

- Al-Quran menjadi penyuluh kpd pembacanya (ie syafaat Al-Quran) semasa meniti Titian Sirat, (ie selepas dr keadaan perhimpunan di Padang Mahsyar)

Surah Al-Hadid Ayat 57:12 (ms 539)

A012


(يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".


- bergembiralah org yg selalu membaca/beramal, bertadabbur Al-Quran kerana syafaat Al-Quran itu menyuluh dia meniti Titian Sirat.

Saturday, January 28, 2012

Syafaat

-Us Dr. Ikhsan Kuliah Maghrib Sabtu 28 Jan 2012

Zalim: tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya.
Amal soleh: amalan yg boleh membantu kita setelah kita mati.
Syafaat: (dr sudut bahasa) suatu permintaan (kpd Allah) utk menghapuskan dosa2 (dgn maksud masukkan kita ke syurga)

Allah mengkhususkan 5 perkara kpd Rasulullah dan tidak kpd Nabi2 dan Rasul2 sebelumnya:

1. Dibantu oleh Allah dgn perasaan gerun/takut (di dlm hati para penentang Islam), kpd Rasulullah saw.
2. Dihalalkan harta rampasan perang yg tidak dihalalkan kpd nabi sebelum baginda
3. Menjadikan masjid suci
-Fitnah besar kpd umat Islam hari ini, apbl sakit ramai tidak bersembahyang.
4. Diberikan syafaat
5. Setiap Nabi diutuskan kpd kaumnya tertentu, tetapi Nabi diutuskan kpd sekelian manusia.

-soalan: Bolehkah kita bertawakal bhw Nabi Muhammad saw akan memberi syaafaat kpd kita (sbb kita umatnya)?
jawapan: Tidak boleh.

Syarat2 mendapat syafaat

1. Mendpt keizinan Allah.
2. Mestilah dgn keredhaan Allah.
-keredhaan Allah adalah perkara ghaib, tanda keredhaan Allah adalah kita redha dgn ketetapan Allah.
-peringkat keredhaan: sabar < syukur < redha. Sabar adalah peringkat paling rendah, peringkat pertengahan adalah bersyukur dgn ketetapan Allah, dan paling tinggi adalah redha.

3. Hanya utk orang Islam sahaja.
-aliran yg menyeleweng tidak akan mendpt syafaat.
-walaupun seorg tlh mengucap dua kalimah syahadah kemudian dia menyeleweng/mengingkari perintah Allah, dia tidak akan mendapat syafaat.
-menunjukkan kehebatan/ketinggian Rasullah saw berbanding lain2 Nabi dan Rasul.
-sahabat pernah bertanya kpd Rasulullah kenapa baginda tidak memohonb kpd Allah utk menjadi raja spt nabi Sulaiman as, baginda hanya tersenyum. Baginda hanya memohon utk kenyang sahari dan lapar sehari.
-Allah sediakan satu doa yg mustajab kpd para nabinya. Ada yg memohon utk menjadi raja, ada yg memohon supaya dihancurkan umatnya, namun baginda menyimpan hajatnya (memberi syafaat) di akhirat nanti.

-Doa:
(a) tugas kita berdoa bersungguh2, dgn penuh harapan.
(b) balasan doa adalah samada di dunia atau di akhirat.
-Nanti akan ditunjukkan kotak2 ada yg berisi dan ada yg kosong. Kita akan bertanya kpd Alah kenapa ada kotak2 yg kosong, Allah akan mengatakan bhw kotak yg kosong itu adalah permintaan/doa yg tlh ditunaikan di dunia.

Syafaat

1. Syafaat di akhirat ie syafat Nabi Muhammad saw

-di akhirat nanti, manusia akan mencari rasul utk memberikan syafaat dan dipercepa5an kiraan amal. Merke bertemu dgn:

Nabi Adam: tak mampu kerana kesalah baginda memakan buah halkom

Nabi Nuh: tak mampu kerana tlh berdoa memohon menghancurkan umatnya, dan tidak mampu memdidik anaknya menyembah Allah

Nabi Ibrahim: tak mampu kerana pernah menipu 3 kali.

-(i)menipu mengatakan sakit perut, (ii) menipu mengatakan patung paling besar di kuil yg tlh menghancurkan patung2 berhala yg lain (iii) menipu terhadap raja mengatakan isterinya adalah adiknya.

Nabi Musa: tak mampu

Nabi Isa: tak mampu kerana ramai manusia sembah baginda dan bukannya sembah Allah.

Nabi Muhammad saw: Nabi terus bangun dan menuju kpd Allah, dan memuji Allah (dgn kalimah pujian yg terlalu indah). Allah meminta Nabi bangun dan mohon syafaat. Nabi bangun dan menyebut umatnya, ummati, ummati.
 
-Aisyah pernah bertanya kpd Rasulullah saw, bhw di akhirat nanti di mana beliau boleh menemui baginda. Nabi menjawab carilah dia di telaga kauthar.

Syafaat2 lain:
2. Menaikkan darjat dlm syurga
3. org yg berdosa besar terlepas dr neraka dan dpt masuk syurga.
4. Bapa saudara baginda adalah abu talib dr neraka kpd syurga yg paling bawah.

Syafaat selain dr syafaat yg diberi oleh Nabi Muhammad saw

1. Al-Quran: boleh bantu kita sewaktu dlm kubur, menemani kita dan menghilangkan rasa bosan dlm kubur. Di akhirat nanti Al-Quran akan menjelma sebai makhluk dan  memberi syafaat kpd kita.
2. Org yg mati syahid, org mati syahid di medan jihad boleh memberi syafaat kpd 70 org ahli keluarganya.
3. Org alim, kita mesti ada idola (org yg alim) utk mendpt syafaat drnya di akhirat nanti.
4. Ada yg boleh memberi kpd kaumnya
5. Anak yg soleh
6. Puasa, dgn syarat kita menjadi ahlu puasa. Puasa Ramadhan tidak mencukupi, tambah puasa2 sunat.

Bagaimana cara mendapat syafaat Nabi

1. Doa selepas azan
- sabda Nabi, apbl kita mendgr azan maka jawablah spt kata muazin. Kemudian selepas azan berdoalah. Dlm doa tersebut ada permohonan utk Nabi Muhammad saw mendpt  wasilah (tempat tertinggi).

2. Selalu berselawat ke atas Nabi. Paling kurang 10 kalu pagi dan 10 kali waktu petang.
3. Khusus utk org Madinah: kpd org yg bersabar di Madinah.
4. Perbanyakkan sembahyang sunat. Sunat dhuha, sebelum dan selepas solat.
5. Tunaikan hajat org Islam. SabdaNabi Nabi akan berada di sisi timbangan.
6. Bersaudara kerana Allah. Bersahabat dgn niat kerana Allah.

Penghalang syafaat

1. Suka menyumpah/melaknat.

-marah cara Islam ie dln bentuk doa. Mohon Allah beri petunjuk kpd org yg dimarahi itu (sebutlah ittakillah!)


Ringkasan Riyadhus Solihin, Imam Nawawi, Diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani. ms 268:

Al-Buhkari dan Muslim meriwayatkan drpd Abu Hurairah ra, beliau berkata: Kami pernah berada dalam sebuah jamuan makan bersama Rasulullah saw. Baginda dihidangkan daging (kambing) bahagian kaki kepadanya, kerana Baginda memang menyukainya, lalu Baginda memakan daging tersebut. Setelah selesai Baginda bersabda, yg bermaksud:

"Aku adalah orang yang paling utama kelak pada hari kiamat. Tahukah kamu bagimana keadaan nanti saat Allah mengumpulkan semua manusai di sebuah tempat yang luas (padang Mahsyar)? Pada hari itu Allah melihat dan mendengar semua yang telah mereka lakukan dan katakan. Matahari akan sangat dekat jaraknya sehingga semua manusia akan merasa cemas dan kepayahan yang sangat, yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini. Saat itu sebahagian manusia lalu berkata kepada yang lain: 'Tidakkah kamu pedulikan apa yang menimpa kamu sekarang ini? Tidakkah kamu mencari seseorang yang boleh memohonkan syafaat kepada Tuhan kamu?' Sebahagian manusia yang ditanya tadi menjawab: 'Bapu kamu, Nabi Adam.' Mereka pun lalu mendatangi Nabi Adam dan berkata: 'Wahai Nabi Adam, engkau adalah bapa daripada semua manusia yang ada. Allah telah menciptakanmu dengan tanganNya, lalu meniupkan rohNya kepadamu, memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu dan mereka pun bersujud, dan menempatkanmu di syurga. Mohonkalah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini?' Nabi Adam menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Dahulu Dia pernah melarangku untuk mendekati sebuah pohon, namun aku melanggarnya. Aduhai diriku, sesungguhnya diriku juga memerlukan syafaat saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Nuh.' Mereka pun lalu menemui Nabi Nuh dan berkata: 'Wahai Nabi Nuh, engkau adalah rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi dan Allah telah memberikanmu gelaran sebagai 'abdan syakura (seorang hamba yang banyak bersyukur). Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini? Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, aku dahulu pernah memanjatkan doa kebinasaan bagi kaumku yang tak sepatutnya aku panjatkan. Aduhai diriku, sungguh diriku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. menghadaplah kamu kepada selainku. Manghadaplah kamu kepada Nabi Ibrahim.' Mereka pun lalu menemui Nabi Ibrahim dan berkata: 'Ya Nabi Ibrahim, engkau adalah seorang nabi Allah sekaligus kekasihNya di antara sekalian banyak penduduk bumi. Mohonkanlah syafaat Tuhanmu kepada kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Nabi Ibrahim menjawab: 'Sesungguhnya hari ini Tuhanku sangat murka murkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya dahulu aku pernah berdusta sebanyak tiga kali. Aduhai diriku, sesungguhnya aku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Musa.' Mereka pun menemui Nabi Musa dan berkata: 'Wahai Nabi Musa, engkau adalah seorang rasul Allah dan Allah telah melebihkanmu di atas semua manusia dengan kerasulan dan mengajakmu berbicara secara langsung. Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami" Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Musa menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, dahulu aku pernah membunuh seseorang yang aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya. Aduhai diriku, sesungguhnya aku juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Isa.' Mereka pun lalu menemui Nabi Isa dan berkata: 'Wahai Nabi Isa, sesungguhnya engkau adalah seorang rasul Allah, (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) ruh daripadaNya. Engkau juga telah diberi kemampuan untuk berbicara dengan manusia sewaktu masih berada dalam buaian. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Nabi Isa menjawab: 'Sesungguhnya, pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya.' Nabi Isa tidak memaparkan apa dosa yang pernah diperbuatnya, lalu dia berkata: 'Aduhai diriku, sesungguhnya diriku pun juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Muhammad.' Mereka pun lalu menemui Nabi Muhammad dan berkata: 'Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah seorang Rasulullah dan penutup para nabi. Semua dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, juga telah diampuni oleh Allah. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Aku pun lalu pergi ke bawah Arasy. Di sana aku bersujud kepada Tuhanku. Seterusnya, Allah mengajariku lafaz pujian dan sanjungan kepadaNya yang belum pernah Dia ajarkan kepada seorang pun sebelumku. Setelah itu Dia berfirman: 'Wahai Muhammad, bangunlah. Sekarang mintalah, nescaya engkau akan diberi; dan mohonlah syafaat, nescaya akan dikabulkan bagimu.' Aku pun lalu bangun dan berkata 'Umatku, wahai Tuhan, Umatku wahai Tuhan, Umatku, wahai Tuhan (berilah mereka rahmat dan keampunan).' Dia lalu berfirman: 'Wahai Nabi Muhammad, bawa masuklah ke dalam syurga segolongan umatmu yang (sudah dijamin masuk syurga) tanpa hisab melalui pintu yang berada di sebelah kanan syurga. Namun mereka juga tidak dilarang untuk memasukinya melalui pintu yang lain bersama orang ramai.' Seterusnya, Nabi saw bersabda: Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, sesungguhnya jarak antara kedua daun puntu syurga itu sebagaimana jauhnya jarak antara kota Makkah dan Kota Hajar atau antara Kota Makkah dan Kota Bushra." (Riwayat Al-Buhkari no. 3340 dan Muslim no. 194)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 28, 2011

Amalan yang menjauhkan dr api neraka

- Us Zainol Tazkirah Suboh Ahad 28 Ramadhan (** catatan)

- Iman bertambah atau berkurang setiap hari. Istighfar, berzikir dan membaca Al-Quran akan meningkatkan semula keimanan.

- org yg selalu berselawat ke atas Nabi, di akhirat nanti sewaktu meniti titian sirat, selawat yg diucapkannya akn mebolehkan Nabi memberi syafaat kpdnya.

- Aktiviti/amalan yg melepaskan diri kita dilepaskan dr ditangkap/diazab api neraka:

1. Beriman dgn Allah, mensedekahkan apa nikmat yg Allah anugerahkan kpd org miskin/lain,

2. Menyuruh kpd berbuat makruf dan mencegah kpd kemungkaran.
a) kiranya mungkar tidak ditegah, apbl berlarutan maka ianya mengundang bala Allah.
b) jika ada kelemahan kpd seseorg individu hingga tidak mampu kpd amar makruf dan nahi mungkar, Nabi berkata bantulah org yg menganggur mendapat kerja, jika tidak mampu juga ... (kena cari)

2. Bantu menunaikan hajat manusia
a) sabda Nabi, sesungguhnya org yg paling disayangi Allah adalah org yg paling disenangi org lain.
- barangsiapa yg menahan marahnya, maka Allah akan tutup kesilapannya.
- barangsiapa yg menolong seorg muslim yg lain yg dlm kesusahan, maka Allah akan menetapkan kakinya ketika meniti titian sirat.
- Nabi berdiri hampir dgn titian sirat dan mendoakan umatnya utk melepasi titian sirat. Nabi juga akan berada di timbangan mizan. Baginda juga akan berada di telaga kausar. Baginda memberi syafaat di 3 tempat tersbt.
- sabda Nabi, org yg menyahut seruan azan dgn doa (doa selepas azan) dia akan mendapat syafaat Nabi. Ke2nya kpd org yg banyak berselawat.
- kisah Saad bin Waqas, selepas Saad memeluk Islam, ibunya berjanji utk tidak makan dan berlapar kecuali anaknya keluar Islam. Saad berkata kpd ibunya jika ada 100 nyawa dlm diri ibunya dan keluar setiap satunya hingga akhir, Saad tetap tidak akan meninggalkan Islam.

- barangsiapa yg berselawat dia akan didukkan dekat dgn Allah dan wajib mendpt syafaat nabi.

3. Banyakkan berselawat kpd Nabi
- 10x waktu pagi dan 10x waktu petang

4. Sabar dgn kehidupan di Madinah (pd zaman Nabi).

5. Mati di Madinah.
- sabda Nabi, Aku akan memberi syafaat kpd org yg mati di Madinah.

6. Menjaga solat fajar/Suboh dan solat Asar (tidak disebutkan sama ada berjemaah atau tidak)

7. Menjaga solat dhuha.

8. Jaga solat sunat 4 rakaat sebelum solat Zuhor dan 4 rakaat selepas Zuhor.
- barangsiapa solat 4 rakaat seblum dan 4 rakaat selepas Zuhor, maka Allah haramkan dagingnya disentuh api neraka.

9. Mempertahankan maruah saudaranya dr diaibkan.

10. Bersedekah

11. Puasa yg sebenar (hati, perbuatan dan lisan)

12. Mata yg menangis mengingati Allah ketika bersendirian. Menitis air mata tanpa disedari kerana mengingati dan takutkan Allah. Juga mata yg berjaga ketika fisabilillah (pejuang yg menjaga ketika pasukan tentera yg lain berehat). Juga mata yg mengelak dr kemaksiatan.
- 3 mata yg tidak disentuh neraka, i) mata yg berjaga dlm fisabilillah ii) menangis kerana takutkan Allah iii) menjaga dr melakukan maksiat

13. Akhlak yg baik sesama manusia.
- org2 yg mudah didampingi dan disenangi dan apbl tiada akan dicari.
- doa: mohon kpd Allah ditunjukkan akhlak yg mulia dan dihindarkan dr akhlak yg tidak baik.
Published with Blogger-droid v1.7.4