Showing posts with label Kuliah Tauhid. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Tauhid. Show all posts

Tuesday, August 18, 2026

Makna Uluhiyyah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 18-Ogo-2026

Bab Huraian Uluhiyyah

Pengarang ie Syeikh Imam Ibrahim Al-Laqqani dlm buku karangannya, Syarah Matan Jauharatit Tauhid, membincangkan sifat ketuhanan Allah SWT: 
  • Allah bersifat sempurna, tidak berhajat kepada makhluk, sedangkan seluruh makhluk berhajat kepada-Nya.
- Pengertian Uluhiyyah -- Uluhiyyah bermaksud ketuhanan. Dari sudut huraian, ia merangkumi dua makna utama:
  1. Allah SWT tidak berhajat kepada sesuatu pun.
  2. Semua makhluk berhajat kepada Allah SWT
- Maksud Uluhiyyah ada 4 perkara:
(1) Allah itu Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun.
Ini makna bahawa Allah sempurna, tidak memerlukan makhluk, tempat, bantuan, atau sandaran.

(2) Segala makhluk berhajat kepada Allah.
Semua yang ada bergantung kepada-Nya dalam kewujudan, rezeki, hidayah, dan perlindungan.

(3) Ibadah hanya layak ditujukan kepada Allah.
Tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah dalam segala bentuk ibadah seperti doa, takut, harap, tawakal, korban, nazar, dan isti‘anah.

(5) Menyekutukan Allah dalam ibadah ialah batil.
Apa sahaja yang disembah selain Allah tidak memiliki sifat ketuhanan; maka mengarahkannya sebagai sembahan atau tempat pergantungan adalah syirik.

- kisah Fathul Makkah (Pembukaan Mekah) dan turunnya wahyu Safa dan Marwah itu adalah syiar ugama Islam, dan bukannnya tradisi org² arab jahiliyah yg berulang alik (melakukan sai') antara buit Safa dan bukit Marwah kerana menyembah 2 berhala lama. Surah Al-Baqarah ayat 2:158 (klik sini)
{ ۞إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِۖ فَمَنۡ حَجَّ ٱلۡبَيۡتَ أَوِ ٱعۡتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرٗا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ }

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Ayat 2:158 ini turun untuk menolak rasa waswas umat Islam kerana pada zaman Jahiliah, di kawasan itu pernah diletakkan dua patung bernama Isaf dan Nailah.

Berhala Isaf dan Nailah
Dua berhala lama itu ialah Isaf dan Nailah, merujuk kpd nama seorg lelaki (Isaf) dan seorg perempuan (Nailah), kedua-duanya dimusnahkan oleh Rasulullah saw ketika pembukaan Mekah.

Isaf dan Nailah dikisahkan sebagai dua manusia dari zaman Jahiliah yang melakukan perbuatan keji di kawasan Kaabah, lalu mereka dihukum oleh Allah menjadi batu. Mungkin pd awalnya dijadikan simbol peringatan kpd penduduk setempat berkenaan balasan Allah terhadap maksiat yg dilakukan oleh Isaf dan Nailah. Namun selepas sekian lama dan ketiadaan Nabi, batu-batu tersebut dijadikan simbol berhala oleh masyarakat Arab, dan kemudian diletakkan di Safa serta Marwah sebagai sembahan tuhan.

- Memelihara makhraj dalam kalimah musyarrafah
Memelihara makhraj huruf ialah kewajipan utama bagi org yg membaca al-Quran dengan betul, setiap huruf mesti dikeluarkan dari tempat keluarnya yang tepat supaya tidak bercampur dengan huruf lain, di samping menjaga sifat hurufnya dan maksud.  


Tuesday, December 16, 2025

Asma' Allah Taala Siri ke2

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 16-Dis-2025

Asma' Allah Taala Siri ke2

- Perkara yg dikhabarkan oleh nas Al-Quran atau hadis Nabi pd zahirnya adalah mustahil bagi Allah Taala iaitulah sifat² yg ada pd makhluk berjisim (seperti manusia) adalah mustahil bagi Allah difahamkan mempunyai sifat yg sama dgn manusia.

Contoh 1: "وَجۡهُ" dlm ayat 27 surah Ar-Rahman bermaksud wajah. Namun wajah itu bukanlah yg kita boleh fahamkan spt muka manusia.

Surah Ar-Rahman ayat 55:27 (klik sini) (m/s 532)
{ وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ }

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Contoh 2: "جَآ" dlm ayat 22 surah Al-Fajr bermaksud "telah datang", namun bukanlah Allah itu bersifat spt makluk yg berjisim bergerak ke suatu tempat.

Surah Al-Fajr ayat 89:22 (klik sini)
{ وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفّٗا صَفّٗا }
 
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Contoh 3: "يَدُ" dlm ayat 10 surah Al-Fath bermaksud tangan. Namun tangan itu bukanlah tangan yg difamkan seperti tangan manusia.

Surah Al-Fath ayat 48:10 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا }

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

- Akidah Ash'ariyyah dalam mentanzih (mensucikan) Allah dari tasybih (penyerupaan) makhluk.

- Dalam manhaj al-Laqani, zahir nas seperti "yadullah fawqa aidihim" ditakwil sebagai kuasa dan karunia Allah yang melampaui, bukan tangan jasmani, untuk menjaga keagungan-Nya (uluw). Ini selaras dengan pendekatan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mensucikan Allah dari sifat tempat atau had, sebagaimana dibincang dalam syarah umum akidah tauhid.


Catatan Kuliah:
  • Asma' Allah Taala (Siri pertama) | us Mohd Azrul bin Ismail | 18-Nov-2025 (klik sini)


Tuesday, November 18, 2025

Asma' Allah Taala

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 18-Nov-2025

Asma' Allah Taala

Imam Syeikh Ibrahim Al-Laqaani dalam karyanya, dalam buku "Syarah Matan Jauharattit Tauhid," membahagikan huraian Asma' Allah Taala kepada tiga bahagian utama yang menjelaskan aspek penting nama-nama Allah sebagai panduan tauhid.

Tiga bahagian Asma' Allah:
  1. Asma' As-Sifat (Nama yang menunjukkan Sifat Allah)
    • Bahagian ini membahas nama-nama Allah yang menunjukkan sifat-sifatNya yang Maha Suci dan Maha Sempurna. 
    • Nama-nama ini menunjukkan keagungan, kekuasaan, kebijaksanaan, dan keampunan Allah. Setiap nama ini membawa makna tertentu yang mengajarkan orang Islam untuk mengenali Allah dalam berbagai aspek kesempurnaanNya.

  2. Asma' Al-Af'al (Nama yang berkaitan dengan perbuatan Allah)
    • Dalam bahagian ini, nama-nama Allah yang berhubung dengan tindakan dan perbuatanNya yang mencakupi penciptaan, pengaturan alam semesta, pemberian rezeki, serta pembalasan amal manusia. 
    • Nama-nama ini menekankan kekuasaan Allah dalam mengatur segala sesuatu dan menunjukkan bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah atas kehendak dan izin-Nya.

  3. Asma' Al-Mawad (Nama yang menunjukkan hubungan Allah dengan makhluk)
    • Bahagian ini menjelaskan nama-nama Allah yang menunjukkan hubungan dekat antara Allah dan hambaNya, seperti nama Al-Rahman (Maha Penyayang), Al-Rahim (Maha Pengasih), dan Al-Wadud (Maha Mengasihi). 
    • Nama-nama ini menekankan rahmat, kasih sayang, dan kedekatan Allah dengan manusia, sekaligus mengajarkan sikap tawaduk dan yakin kepada-Nya.
Pembahasan ini bertujuan agar seorang mukmin memahami, mengenal, dan menghayati nama-nama Allah dengan penuh kesadaran, supaya muncul kecintaan, pengharapan, dan ketakutan yang seimbang kepada Allah dalam hidupnya. Ini adalah inti utama tauhid yang mendorong seseorang menjadi hamba yang bertakwa dan tawaduk kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

- Hadis, 99 nama Allah:
  • Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1989]

- Isim A'zham
Isim A'zham merujuk kepada "Nama Teragung yang Maha Teragung." Ia merupakan nama-nama Allah yang paling agung dan mulia, yang mana makrifat terhadap Isim A'zham ini adalah puncak ilmu tauhid.
  • Huraian dari Isim A'zham dalam kitab ini menyebut bahawa Isim A'zham adalah nama Allah yang terunggul yang merangkumi kesemua Asma' dan sifat-Nya secara hakiki. 
  • Nama-nama ini bukan sekadar nama biasa, tetapi ia adalah zat itu sendiri, tidak terpisah dari Allah dan melambangkan kesempurnaan mutlak Allah. Sebagai contoh, dalam makrifat ini disebut nama-nama seperti Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim yang menjadi pintu tauhid dan tanda kesatuan zat Allah yang tidak berbilang.

Isim A'zham juga disebut sebagai nama yang apabila dipanggil atau dikenal dengan benar dapat membawa manusia kepada makrifat yang mendalam, ibadah yang hakiki, dan tauhid yang murni. 
  • Pengetahuan tentang Isim A'zham dianggap syarat utama untuk mencapai pengabdian yang sejati dan menolak segala bentuk syirik.
- Menjaga Asma' (nama) Allah 
Maksud "pelihara nama Allah" bererti menjaga dan memelihara kemuliaan, keagungan serta kebesaran nama-nama Allah. 
  • Ini bukan sekadar menjaga nama dalam aspek lidah, tetapi menjaga nama Allah dengan memastikan tidak ada perbuatan, perkataan atau pemahaman yang menodai atau menghinakan sifat dan nama Allah yang Maha Suci.
  • Pelihara nama Allah juga merujuk kepada tanggungjawab seorang beragama Islam untuk menghormati dan mensucikan Asma' Allah dengan penghayatan yang benar, menghindari syirik, kesyirikan, atau segala bentuk penyekutuan Allah yang boleh merendahkan kedudukan nama-nama-Nya. Ini termasuk memahami makna nama-nama tersebut dengan ilmu yang betul supaya amanah tauhid terpelihara dan keyakinan terhadap Allah berada pada tahap tertinggi tanpa keraguan.

Nota:
  • Pemilihan nama anak seeloknya dirujuk dengan ahli ugama agar nama yang diberikan/didaftarkan tidak menyalahi maksud atau menggunapakai Asma' Allah yang khusus.

Catatan Kuliah:
  • Asma' Allah Taala (Siri ke2) | us Mohd Azrul bin Ismail | 16-Dis-2025 (klik sini)

Saturday, October 11, 2025

Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Suboh Sabtu 11-Okt-2025

Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah

Imam Syeikh Ibrahim Al-Laqaani dlm buku karangannya Syarah Matan Jauharatit Tauhid, menjelaskan perbezaan antara sifat zat dan sifat fiel (fiel atau sifat perbuatan) adalah seperti berikut:

  • Sifat Zat (sifat ma'ani) merupakan sifat yang berdiri dengan zat Allah sendiri. 
    • Ia bukan zat itu sendiri, tetapi merupakan hakikat yang benar-benar wujud dan melekat pada zat Allah. 
    • Contohnya adalah sifat qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat), dan kalam (Maha Berkata-kata). Sifat ini menunjukkan keadaan hakiki Allah yang bersifat kekal dan wujud bersama zat-Nya.
  • Sifat Fiel (sifat ma’nawiyyah) pula adalah sifat perbuatan yang keluar atau bergantung kepada zat Allah. 
    • Ia merupakan keadaan atau ciri yang melazimkan sifat ma'ani tadi, seperti keadaan berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat, dan berkata-kata.
    • Sifat fiel ini ialah sifat yang menunjukkan aktiviti atau perbuatan Allah yang berkaitan dengan sifat zat-Nya.
- Imam Al-Sanusi menegaskan bahawa sifat ma’ani adalah sifat zat Allah yang kekal, sementara sifat ma’nawiyyah adalah sifat perbuatan yang menunjukkan kegiatan yang keluar dari zat tersebut.
  • Oleh itu, sifat zat adalah kekal dan hakiki, sementara sifat fiel adalah keadaan yang melengkapi dan melazimkan sifat zat dalam konteks perbuatan Allah.

Menurut Mufti Selangor, sifat Zat dan zifat Fiel adalah sifat Qadim belaka dan tidak perlu dibincangkan secara umum. Manakala perbincangan lanjutan dibenarkan bagi tujuan kajian ilmiah seperti kajian peringkat master dan PhD.

- Tujuh (7) sifat ma'nawiyah (sifat yang menunjukkan perbuatan atau keadaan yang melazimkan sifat zat Allah) adalah seperti berikut:
  1. Qudrah (Maha Berkuasa) – sifat wajib Allah memiliki kuasa yang tidak terbatas.
  2. Iradah (Maha Berkehendak) – sifat Allah yang berkehendak dan menentukan kehendak-Nya.
  3. ‘Ilm (Maha Mengetahui) – sifat Allah mengetahui segala sesuatu tanpa batas.
  4. Hayah (Maha Hidup) – sifat Allah yang hidup kekal tanpa mati.
  5. Sama’ (Maha Mendengar) – sifat Allah yang mendengar segala sesuatu tanpa batas.
  6. Basar (Maha Melihat) – sifat Allah yang melihat semua kejadian tanpa batas.
  7. Kalam (Maha Berkata-kata) – sifat Allah yang berbicara, tanpa bergantung kepada mulut atau suara seperti makhluk.
Sifat-sifat ini merupakan hakikat yang tetap melekat pada zat Allah dan menunjukkan kekal dan wujud-Nya, sebagai sifat yang mutlak bagi Allah Ta’ala. Ini juga melazimkan sifat zat Allah dalam konteks perbuatan-Nya yang kekal dan tidak bergantung kepada waktu atau ruang.


Bab Sifat Nafsiyah dan Salbiyah

Sifat Nafsiyah dan Salbiyah adalah seperti berikut:
  • Sifat Nafsiyah adalah sifat yang berkaitan dengan zat Allah secara langsung. 
    • Ia menunjukkan keperibadian dan keberadaan Allah yang tidak boleh ditolak atau dinafikan oleh akal yang waras. 
    • Contohnya sifat: 
      • Wujud (Ada). Allah wajib ada, dan keberadaan-Nya tidak boleh didahului oleh ketiadaan.
  • Sifat Salbiyah adalah sifat yang menolak segala sesuatu yang tidak layak bagi Allah. 
    • Ia merupakan penafian terhadap sifat-sifat yang bertentangan dengan kesempurnaan dan keagungan Allah.
    • Sifat Salbiyah meliputi sifat wajib seperti:

Jadi, sifat Nafsiyah lebih menunjukkan sifat yang berkaitan dengan diri dan keberadaan Allah, manakala sifat Salbiyah menolak sifat-sifat yang tidak sesuai atau tidak layak bagi zat Allah. 


Nota Kuliah:
  • Sifat Wajib Bagi Allah: Mukhalafatuhu Lilhadits (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah (klik sini)

Saturday, February 8, 2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Mukhalafatuhu Lilhadits

- us Mohd Azrul bin Ismail Kuliah Suboh Sabtu 8-Feb-2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Mukhalafatuhu Lilhadits

Mukhalafatuhu Lilhawadits adalah sifat Allah yang bermaksud Allah tidak sama dengan sesuatu yang baharu.

Berikut adalah penjelasan sifat Mukhalafatuhu Lilhawadits:
  • Definisi Sifat mukhalafatuhu lilhawadits bermaksud Allah SWT berbeza dengan semua makhluk yang diciptakan-Nya. Ini termasuklah pada zat, sifat dan perbuatan.
  • Implikasi Sifat ini menafikan persamaan antara Allah SWT dan makhluk dari segi jirim, 'arad (sifat jirim), berjisim, masa, tempat, dan arah. Allah tidak boleh disifatkan dengan 4 bahagian 'aradh iaitu:
    • Zaman (masa)
    • Makan (tempat)
    • Jihhah (arah/pihak)
    • Had (batas) disertai dengan Nihayah (akhir kesudahan/penghabisan).
  • Dalil Akal Sekiranya Allah SWT menyerupai sesuatu yang baharu, maka Dia juga bersifat baharu dan tidak kekal. 
    • Akal tidak dapat menerima bahawa Tuhan bersifat kekurangan dan kelemahan.
  • Sifat Salbiyah Sifat salbiyah menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah dan menafikan persamaan dengan yang baharu.
    • Rujuk catatan kuliah Sifat Salbiyah (klik sini)
  • Sifat Istighna' Allah bersifat istighna’, iaitu Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu pun dari alam ini. Wujud-Nya tidak dijadikan dan kekal, tidak dapat dimusnahkan.
    • Sifat Istighna' bermaksud Maha Kaya Allah SWT daripada yang selain-Nya, dengan maksud bahawa Allah SWT dengan sifat Al-Uluhiyyah boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan pihak lain untuk bersama-sama-Nya atau membantu-Nya. Sifat Istighna' membawa maksud sifat-sifat terkaya di seluruh alam.
Tanda sifat Mukhalafatuhu Lilhadits itu bersifat Qidam ialah apbl Allah Taala bersifat dgn sifat Qidam, maka sudah tentu Allah SWT itu bersifat dgn sifat Mukhalafatuhu Lilhawadits.


Nota kuliah (lanjutan):
  • Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah (klik sini)

Tuesday, January 28, 2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Maghrib Selasa 28-Jan-2025

Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah

- Erti sifat Salbiyah itu adalah madlulnya (yang ditunjukkan) itu menafikan sesuatu yg tidak layak bagi Allah SWT.
  • sifat Salbiyah ini adalah konotasi negatif utk menafikan sesuatu sifat Allah yg tidak layak contohnya Allah dikatakan bersifat lemah.
- Sifat Salbiyah adalah 5 sifat Allah selepas sifat Wujud iaitu:
  1. Qidam,
  2. Baqa' (berkekalan),
  3. Mukholafatuhu lilhawadis,
  4. Qiyamuhu binafsihi, dan
  5. Wahdaniyah
  6. Baqa' menolak sifat wujud yg sementara atau dlm tempoh tertentu.
- Sifat Qidam Allah merujuk kepada ketiadaan permulaan bagi kewujudan-Nya, yang menunjukkan bahwa Allah tidak diciptakan dan tidak memiliki awal. Terdapat tiga bahagian dalam sifat Qidam:
  1. Qidam Dzati: Ketiadaan permulaan zat Allah.
  2. Qidam Zamani: Ketiadaan durasi permulaan, seperti waktu.
  3. Qidam Idhafi: Ketiadaan awal mula dalam hubungan, seperti hubungan ayah dan anak. ( Bapa lebih lama/awal dari anak).
- Sifat-sifat ini menegaskan bahwa Allah adalah Maha Sempurna dan tidak memiliki kekurangan, tidak bergantungan kpd sesuatu yang lebih awal dariNya, tidak juga pada masa, tidak juga didahului oleh suatu tuhan yg lain.

- Sifat Baqa' bagi Allah, yang bermaksud kekal, tidak terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu. Namun, sifat ini menegaskan dua aspek utama:
  1. Kekalan: Allah tidak akan binasa dan wujud-Nya tidak mempunyai penghujung.
  2. Ketidakberubahan: Allah tidak mengalami perubahan dari tiada menjadi ada atau sebaliknya, serta tidak mengalami perubahan dalam sifat-sifat-Nya.

Nota kuliah (lanjutan):
  • Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah: Mukhalafatuhu Lilhadits (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah (klik sini)

Saturday, December 14, 2024

Sifat Wajib Bagi Alllah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Suboh Sabtu 14-Dis-2024

Sifat Wajib Bagi Allah

Kitab Jauharah Tauhid terbahagi kpd 3 bhgn:
  1. Perbincangan tentang sifat Uluhiyah
  2. Perbincangan tentang Nabawiyah
  3. Perbincangan tentang iktikad yg berhubungkait dgn Sama'ieyah

Apa itu sifat Uluhiyah?
Sifat Uluhiyah merujuk kepada pengesaan Allah dalam ibadah, menegaskan bahwa hanya Allah yang berhak disembah. Ini mencakup keyakinan bahwa semua bentuk ibadah, seperti doa dan pengorbanan, harus ditujukan kepada-Nya semata, tanpa menyekutukan-Nya dengan apapun. Tauhid Uluhiyah merupakan inti dari dakwah para rasul dan menjadi tunjang utama dalam ajaran Islam, menuntut keikhlasan dan kepatuhan total kepada Allah.

Apa itu Nabawiyah?
Nabawiyah merujuk kepada sifat-sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW, yang mencakupi:
  1. Siddiq: Kejujuran dalam perkataan dan tindakan.
  2. Amanah: Kepercayaan dan tanggung-jawab dalam menyampaikan wahyu.
  3. Tabligh: Menyampaikan pesan Allah tanpa menyembunyikan apapun.
  4. Fathonah: Kebijaksanaan dan kecerdasan dalam berdakwah.
Sifat-sifat ini menjadi teladan bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Apa itu iktikad Sama'ieyah?
Iktikad Sama'ieyah adalah sebuah konsep dalam Islam yang merujuk kepada keyakinan atau iktikad yang diterima secara lisan tanpa memerlukan pemahaman mendalam atau analisis rasional. Dalam konteks ini, pengikutnya menerima ajaran agama, termasuk akidah dan hukum, berdasarkan apa yang disampaikan oleh para ulama dan teks-teks agama.

Kerana para ulama mempelajari atau menerima ilmu dari para sahabat dan para sahabat terima ilmu itu dari Mabi Muhammad saw, dan Nabi Muhammad saw terima ilmu itu dari Allah, yg disampaikan oleh malaikat Jibrail ie yg disebut sebagai wahyu.

Berbeza dengan pendekatan yang lebih analitis atau kritis terhadap ajaran agama. Iktikad ini menekankan pentingnya kepercayaan dan penerimaan terhadap ajaran tanpa mempertikaikan atau mencari dalil secara mendalam.

Apakah contoh perkara Sama'ieyah?
Contoh perkara Sama'ieyah dalam konteks Islam mencakupi ajaran-ajaran yang diterima secara lisan tanpa analisis mendalam. 
Beberapa contohnya adalah:
  • Kepercayaan kepada sifat-sifat Allah: Mengakui sifat-sifat Allah seperti Maha Mendengar dan Maha Melihat tanpa mempertikaikan.
  • Penerimaan Kenabian: Menerima kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir tanpa keraguan.
  • Ajaran tentang hari kiamat: Percaya akan adanya kehidupan setelah mati dan pembalasan di akhirat.

Apabila kita sudah kenal kefarduan hukum akal, ketiga-tiga perkara tersebut, iaitu wajib, mustahil dan harus, iaitu erti wajib itu ialah yang sudah tentu adanya Mustahil itu ialah yang sudah tentu tidak adanya yang sudah pun sebelum ini. Apabila kita telah mengenali yang wajib bagi Allah SWT itu ada 20 sifat menurut jumhur ulamak Abu Mansur Maturidi ra.

"Antara perkara yang wajib pada al-Haq SWT itu ialah 12 sifat. Adapun sifat Nafsiyah dan sifat Ma'nawiyah itu tidak dibilang sifat tetapi dibilang asma' kepada Imam Asya'ari".

Adapun sifat 20 bagi Allah SWT menurut kata Abu Mansur, dapat dibahagikan kpd 4 kategori sifat:
1. Sifat Nafsiyah
2. Sifat Salbiyah
3. Sifat Ma'ani
4. Sifat Ma'nawiyah

Erti sifat Nafsiyah itu ialah sifat yg wajib bagi Zat selagi ada Zat dlm keadaan tiada 'illah dan ma'lul (sebab-musabab).
  • Sifat yang berhubungan dengan zat Allah. Jumlahnya hanya ada satu, iaitu Wuujud.
    • sempurnanya Allah, tiada sebab wujudnya (yang menciptakan) Allah.
    • akal yg waras tidak boleh terima ada pencipta kpd Allah.

Erti sifat Salbiyah itu adalah madlulnya (yang ditunjukkan) itu menafikan sesuatu yg tidak layak bagi Allah SWT.
  • sifat Salbiyah ini adalah konotasi negatif utk menafikan sesuatu sifat Allah yg tidak layak contohnya Allah dikatakan bersifat lemah.
  • Sifat Salbiyah adalah 5 sifat Allah selepas sifat Wujud ie
    1. Qidam, 
    2. Baqa' (berkekalan), 
    3. Mukholafatuhu lilhawadis,
    4. Qiyamuhu binafsihi, dan 
    5. Wahdaniyah
  • Baqa' menolak sifat wujud yg sementara atau dlm tempoh tertentu.

Erti sifat Ma'ani itu adalah rencana berupa sifat yang maujud bagi Zat.
  • Sifat wajib Allah yang dapat digambarkan oleh akal pikiran manusia, serta dapat meyakinkan orang lain kerana dapat dibuktikan dengan panca indra. Adapun tujuh (7) sifat tersebut, ie: 
    1. Qudrat, 
    2. Iradat, 
    3. Ilmu, 
    4. Hayat, 
    5. Sama’, 
    6. Basar, dan 
    7. Kalam.

Erti sifat Ma'nawiyah itu pula adalah sifat yg tsubut (tetap tsabit) bagi Zat dalam keadaan melazimi sifat² Ma'ani.
  • Sifat yang berhubungan dengan sifat ma’ani. Jumlahnya ada tujuh (7) ie
    1. Qadiran, 
    2. Muridan, 
    3. Aliman, 
    4. Hayyan, 
    5. Sami’an, 
    6. Basiran, dan 
    7. Mutakalliman.
  • Sifat Ma'nawiyah adalah 7 sifat terakhir (dari 20 sifat).

(Bersambung dlm kuliah seterusnya ...)

Monday, December 11, 2023

Kafir dan Kufur

- us Jalaludin kuliah Suboh Isnin 11-Dis-2023

Kafir dan Kufur

Surah An-Nisa ayat 4:60 (klik sini)
{ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَى ٱلطَّٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦۖ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَٰلَۢا بَعِيدٗا }

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Surah As-Syuara ayat 26:21 (klik sini)
{ فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكۡمٗا وَجَعَلَنِي مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ }

"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

- 2 sifat di atas adalah sifat org² kafir ie yahudi dan Nasrani yg apbl diturunkan Al-Quran mereka menolak perintah² Allah spt yg disampaikan dari ayat² Al-Quran.

- Org² kafir menggunakan logik akal semata², mereka mencari tuhan dengan akal, tetapi apabila dtgnya Al-Quran dan memerintahkan supaya mengEsakan Allah, mereka menolak Al-Quran.

- Nabi Ibrahim tunjukkan bagaimana sifat² org² yg menggunakan akal semata-mata, namun Nabi Ibrahim tidak suka kpd benda² yg tidak kekal utk dijadikal tuhan.

Surah Al-An'am ayat 6:76 (klik sini)
{ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيۡهِ ٱلَّيۡلُ رَءَا كَوۡكَبٗاۖ قَالَ هَٰذَا رَبِّيۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَآ أُحِبُّ ٱلۡأٓفِلِينَ }

Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

Surah Al-An'am ayat 6:77 (klik sini)
{ فَلَمَّا رَءَا ٱلۡقَمَرَ بَازِغٗا قَالَ هَٰذَا رَبِّيۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمۡ يَهۡدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلضَّآلِّينَ }

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

Surah Al-An'am ayat 6:78 (klik sini)
{ فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمۡسَ بَازِغَةٗ قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَآ أَكۡبَرُۖ فَلَمَّآ أَفَلَتۡ قَالَ يَٰقَوۡمِ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ }

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

Surah Al-An'am ayat 6:79 (klik sini)
{ إِنِّي وَجَّهۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيفٗاۖ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ }

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

- Kufur yg besar:
#1. Syirik kpd Allah
#2. Menolak ketuhanan Allah

Kufur ke2 itu juga berlaku kpd org² Islam. Org² Islam yg tergolong dlm kategori ke2 ini termasuklah:
  • (i) Tidak menunaikat solat
  • (ii) Tidak mengeluarkan zakat.
  • (iii) Tidak menutup aurat.
- bagaimana jika seorg perempuan itu tidak memakai tudung tetapi pakai rambut palsu?

Hadis: Allah melaknak org yg buat tatu (sama ada tatu sementara atau tatu kekal). Juga melaknat org yg sambung rambut (spt rambut palsu, bulu mata palsu)

Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya :"Bahawasanya Rasulullah saw. mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta rambutnya disambung. Dan menguluk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2003]

#3. Mengingkari kisah² melibatkan Nabi Muhammad saw.
- contohnya tidak meyakini mukjizat Nabi, spt meragui Israk & Mikraj, tidak terima perkara² ghaib yg disampaikan oleh Rasulullah saw  spt balasan syurga dan azab neraka.

#4. Berpuas hati dgn kufur dan tidak berpuas hati dgn Islam
- contoh: merungut dgn halangan² dlm melakukan muamalat. Riba. Dibezakan perkara halal atau haram itu itu melalui akadnya. Begitu juga beza zina kerana tiada akad (nikahnya).

- Khiyar ada 3 jenis:
a) khiyar majlis - boleh batalkan jual-beli kerana masih dlm premis perniagaan penjual.
b) khiyar syarat - boleh jual dgn meletakan syarat, contoh beli motor dan melatakkan syarat tempoh 3 hari. Jika tidak berpuas hati dlm tempoh itu boleh pulangkan semula dan batalkan pembelian.
c) khiyar aib - boleh batalkan jual-beli kerana ada aib atau kecacatan pd barangan yg dibeli, contoh beli teko dan didapati muncung teko itu sumpik.

- jangan org² Mukmin mengambil seorg kafir sebagai pemimpin.

Surah Al-Mujadalla ayat 58:22 (klik sini)
{ لَّا تَجِدُ قَوۡمٗا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٰنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٖ مِّنۡهُۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ أُوْلَٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

- Atas dasar iman dan amal, org2 kafir mesti dilabelkan kafir, bukan dilabelkan sebagai "non-muslim" atau sebagainya yg dikatakan berlapik utk menjaga keharmornian. Adalah lebih baik dipanggil kafir dan diajarkan bhw untuk tudk dipanggil org kafir maka jadilah seorg muslim.

  • Surah Al-Mujadalla ini menjadi dalil bhw org² kafir tidak akan redha sama sekali dgn org² Islam.

Sunday, December 18, 2016

Mentauhidkan Allah #2

- us Faizal Abdullah Kuliah Maghrib Ahad 18-Dis-2016

3 sebab diturunkan Al-Quran:
1) utk melenyapkan segala kepercayaan yg batil.

2) utk nak menolak dan menafikan amalan2 yg bertentangan dgn kehendak Allah.
- sesuatu amalan perlu berpandu kpd wahyu utk menentukan sama ada ianya berfaedah atau tidak mengikut neraca pertimbangan Allah, kerana setiap amalan akan menjadi penentu kpd kehidupan di akhirat.
- hadis: aku tinggalkan 2 perkara iaitu Al-Quran dan hadis, nescara kamu tidak akan sesat.
- Al-Quran mengajarkan bhw setiap perkara di langit dan di bumi adalah ciptaan Allah. Tidak ada istilah "semula jadi", kerana semua itu adalah ciptaan Allah. Konsep "semula jadi" adalah penafian terhadap sifat Maha Mencipta bagi Allah.

3) utk nak mendidik jiwa manusia.
- amalan2 kita adalah hasil dr memahami makna Al-Quran.
- hadis: akan tiba suatu masa umatku akan membetulkan bacaan Al-Quran seperti mereka membetulkan utk memanah.
- punca kesyirikan kaum arab Mekah adalah kerana mereka mensyirikkan kerajaan dan kekuasaan Allah. 
- arab Mekah mengkiaskan Allah itu mempunyai wakil di dunia, dgn itu mereka menyekutukan sesuatu roh spt al lat, al uzza , dan al manat sebagai wakil Allah.

Sifat syirik antaranya:
1)  mempercayai bhw ada suatu zat lain selain Allah utk mengurus dan mentadbir alam ini.

- Nabi Isa as adalah keturunan bani Israel. Org Yahudi amat memusuhi para Nabi dan merancang pembunuhan Nabi Isa. Org yahudi adalah org yg menyesatkan org2 nasara (kristian) dan mengada-adakan konsep salib.

- Al-Quran diturunkan sebagai penawar kpd penyakit hati, utk membersihkan sifat syirik, ujub di dlm hati.

- banyak hadis palsu berkenaan surah2 Al-Quran adalah dinisbahkan kpd Ibnu Abbas.

- iblis akan cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Hari ini kita akui syaitan itu kerjanya menyesatkan manusia, namun kita tidak memahami apakah perkara yg menyebabkan kita tersesat.

Mentauhidkan Allah #1

- us Faizal Abdullah Kuliah Suboh Ahad 18-Dis-2016

- Surah Al-Fatihah Ayat 1:5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

- mentauhidkan Allah, dgn makna pengkhususan ibadat hanya kpd Allah.
- thaghut adalah sembahan/ketaatan selain dr Allah, yg terdiri sama ada jin atau manusia.
- Rasulullah diutus utk memperbetulkan semula keyakinan manusia utk mentauhidkan Allah, menyeru manusia mengucapkan dgn yakin kekuasaan Allah dan yakin bhw Muhammad adalah rasul Allah.

- Ilah ie konsep ketuhanan kaum arab jahiluliah adalah berbilang (lebih dari satu tuhan).

(a) Mereka percaya kpd Allah yg Maha Menciptakan, namun mereka juga percaya roh yg dijelmakan dlm bentuk objek spt al lat, al uzza, al manat.

(b)  urusan besar diuruskan oleh Allah, spt musibah-musibah besar.

- syarat sah ikrar beriman kpd Allah adalah:

(1) ilmu, ie memahami kalimah tauhid, menafikan segala sifat2 yg bukan sifat Allah,
- ilmu akan menghilangkan kejahilan.

(2) yakin, ie menerima sepenuhnya.

(3) penerimaan, ie menerima dgn yakin, dgn maknanya.
- sombong dr sudut aqidah ie tidak menerima seruan tauhid.
- apbl seseorg berlaku sombong dgn seruan mentauhidkan Allah, maka mereka akan lafazkan dgn lidah. Spt mengelarkan Rasulullah sebagai gila, sesat.

(4) ikhtiar ie serah diri sepenuhnya kpd Allah.

(5) ikhlas ie lakukan sesuatu hanya kpd Allah dan kerana Allah.
- lawan kpd ikhlas adalah syirik.
- riak adalah syirik kecil

(6) cinta, ir mencintai segala tuntutan Allah, cinta kpd Rasulullah dan cinta kpd org yg membawa/menyampaikan ilmu2 Allah

- syarat sah beriman dgn kalimah kedua syahadah, adalah:

(1) menerima ie terima segala yg disampaikan/di bawa oleh Rasulullah, kerana aoa yg disampaikan adalah wahyu dr Allah.

(2) ikut.

(3) tinggalkan segala yg dilarang (ie apa yg disebutkan, dan juga yg diberi amaran).

(4) tidak lakukan sembahan kpd Allah selain dari cara yg diajarkan oleh baginda Rasulullah.

- Allah menghubung kain rapat mentauhidkan Allah dan menerima Rasulullah sebagai Rasul Allah.

2 perkara yg
(1) Nabi Muhammad saw itu adalah hamba.
- sifat hamba adalah tidak memiliki sifat Ilah.
- pd masa yg sama baginda Rasulullah adalah pembawa wahyu Allah.
- Allah memberi amaran kpd Rasulullah di dlm Al-Quran, jika Rasulullah mengada-adakan (memandai-mandai, menambah tokok dlm ajaran yg disampaikan), maka baginda akan dihukum oleh Allah dan pembuluh jantungnya akan dipotong.
- ada org yg mengatakan Rasulullah memiliki ilmu ghaib. Sesungguhnya, fahaman ini bertentangan dgn sifat hamba ie tidak mengetahui perkara2 ghaib.

- 3 soalan yg diberikan oleh pendeta yahudi kpd wakil kabilah quraisy utk menguji Rasulullah adalah:
(a) siapakan Al-Kahfi
(b) siapakan Zulkarnain
(c) apakah roh.
Rasulullah tidak dpt menjawab pertanyaan mereka dan menyuruh mereka dtg semula keesikan hari. Namun hari esoknya Rasulullah masih tidak dpt memberikan jawapan dan menyuruh mereka dtg hari esoknya. Hal ini berlaku hingga 15 hari, barulah turun wahyu menegur sikap Rasulullah yg membuat janji tanpa meletakkan sandaran kpd Allah (ucapan Insyaallah). Dlm tempoh menunggu tersbt kaum kafir mengejek dan menghina Rasulullah mengatakan tuhan Rasulullah telah meninggalkan baginda.

(2) Allah utuskan Rasulullah dgn didatangkan Al-Quran