Showing posts with label Kewafatan Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Kewafatan Rasulullah. Show all posts

Friday, September 5, 2025

Kisah Kewafatan Rasulullah

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Jumaat 5-Sep-2025

Kisah Kewafatan Rasulullah

- Surah Ali-Imran ayat 3:144 (klik sini)
{ وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡـٔٗاۚ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ }

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

- Kisah Zainab binti al-Harits yang meracuni Nabi Muhammad saw selepas Perang Khaibar:

Zainab binti al-Harits, seorang wanita Yahudi dan isteri kepada Salam bin Masykum, yang merupakan salah seorang pemimpin Yahudi di Khaibar, membalas dendam atas kematian suami dan ayahnya dalam peperangan itu dengan meracuni daging kambing panggang yang dihadiahkan kepada Rasulullah saw dan para sahabat.

Daging tersebut terutamanya paha depan kambing yang diketahui sebagai bahagian kegemaran Rasulullah. Setelah Rasulullah mengambil sepotong dan mengunyahnya tetapi tidak menelannya, Baginda berkata bahawa tulang kambing itu memberitahunya bahawa daging tersebut beracun.

Malangnya, salah seorang sahabat, Basyar bin Barra, telah makan sebahagian daging beracun itu dan meninggal dunia. Zainab kemudian dihadapkan kepada Rasulullah saw dan mengaku meracuni daging tersebut dengan tujuan membunuh baginda.

Rasulullah saw menunjukkan kelembutan dengan memaafkannya, berkata bahawa Allah tidak akan membenarkan dia memiliki kuasa untuk membunuh Rasulullah. Namun, setelah kematian Basyar, keputusan hukuman atas Zainab diserahkan kepada keluarga mangsa. Peristiwa racun tersebut tetap memberi kesan pada Baginda sehingga menjelang wafatnya.

Kisah ini menunjukkan sifat keampunan Rasulullah saw meskipun terhadap musuh-musuhnya, dan juga menunjukkan bahaya rasa dendam serta rahmat Allah yang melindungi Nabi dari usaha pembunuhan melalui racun tersebut.Kisah Zainab binti al-Harits yang meracuni Nabi Muhammad saw selepas Perang Khaibar adalah seperti berikut:

Rasulullah saw mengetahui adanya racun tersebut apabila mengambil sepotong daging dari bahagian paha depan domba yang merupakan kegemaran Baginda. Baginda mengunyah tetapi tidak menelannya dan memuntahkannya sambil berkata bahawa tulang daging itu memberitahu baginda bahawa ia telah diracun.

Malangnya, seorang sahabat bernama Basyar bin Barra yang turut sama makan daging tersebut meninggal dunia akibat racun itu. Zainab kemudian dihadapkan kepada Rasulullah saw dan mengaku perbuatannya. Rasulullah saw memaafkan Zainab dengan berkata bahawa Allah tidak akan memberinya keizinan untuk membunuh Nabi-Nya.

Peristiwa ini meninggalkan kesan racun dalam tubuh Rasulullah saw sehingga menjelang kematiannya. Kisah ini menggambarkan keampunan dan kelembutan Rasulullah saw walaupun dengan musuh yang berniat jahat kepadanya.

- Pengajaran dari peristiwa dgn kewafatan Rasulullah saw:
  1. Bhgn pd kambing yg paling digemari oleh baginda Rasulullah adalah shank.
  2. Baginda Rasulullah berbekam sebagai kaedah perubatan mengeluarkan racun yg baginda temakan semasa makan kambing.

- Beratnya sakit saat kematian:
Ketika sakit yang sangat teruk sebelum kewafatan, Aisyah r.a. melihat Baginda berpeluh dengan banyak sekali, walaupun ketika itu adalah musim sejuk. Kewafatan Baginda memang disertai dengan keadaan yang sangat menyakitkan dan berat. Rasulullah sering kali menyapu wajah dengan air dan bersiwak meskipun dalam keadaan sakit dan lemah, menunjukkan keperibadian Baginda yang sentiasa menjaga kebersihan dan ibadah hingga akhir hayat.

Aisyah juga menyaksikan saat-saat di mana Rasulullah memanggil cucu dan isteri-isterinya, memberi mereka pesanan dan wasiat terakhir. Pada saat-saat terakhir Baginda, nampak betul keletihan dan pengorbanan yang baginda tanggung bagi menyampaikan risalah Islam kepada umat.

- Rasulullah wafat di rumah Aisyah:
Ketika Rasulullah saw sakit yang akhirnya membawa kepada kewafatan Baginda, pada mulanya baginda berada di rumah Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw). Baginda pernah meminum madu di rumah Zainab dan bermalam di sana, namun kemudian baginda meminta izin untuk tinggal di rumah Aisyah.

Izin ini diberikan oleh isteri-isteri lain kerana keadilan dan kerelaan hati mereka supaya Rasulullah dapat berada di tempat yang baginda kehendaki ketika sakit. Rasulullah memilih untuk tinggal di rumah Aisyah kerana layanan, kasih sayang, dan kesempurnaan akhlaknya yang sangat istimewa kepada baginda selepas sakit semakin berat.

- Berapa lama baginda sakit saat kewafatan?
Rasulullah saw sakit selama kira-kira 13 hingga 14 hari sebelum wafatnya. Meskipun sakit, Baginda tetap melaksanakan solat berjemaah bersama para sahabat selama 11 hari pertama sakitnya. Pada tiga hari terakhir, kesakitan Baginda bertambah sehingga tidak lagi mampu menjadi imam, dan Abu Bakar As-Siddiq mengambil alih menjadi imam solat.

- Rasulullah bersedekah saat kewafatan
Dalam masa sakit yang semakin berat menjelang kewafatan, Rasulullah saw bertanyakan kepada Aisyah akan apa yang berlaku kepada sejumlah emas yang dimilikinya, yang berjumlah tujuh atau sembilan dinar. Ketika Aisyah menjawab bahawa emas itu masih di sisinya, Rasulullah meminta agar Aisyah bersedekah dengan emas tersebut.

Aisyah sempat sibuk dengan urusan lain, lalu Rasulullah memanggilnya sekali lagi agar memberikannya dan Aisyah pun menyerahkan emas itu. Baginda memegang emas tersebut di telapak tangannya dan berpesan bahawa apabila seseorang bertemu dengan Allah sedangkan masih mempunyai harta yang belum dikeluarkan untuk sedekah, ia akan menjadi beban baginya.

Selepas meminta agar emas itu diberikan untuk sedekah, Rasulullah saw dikatakan pengsan atau menjadi sangat lemah lalu orang di sekelilingnya memberi pertolongan. Ini merupakan salah satu tanda betapa Rasulullah meninggalkan dunia tanpa harta yang masih tinggal di tangan Baginda selain untuk sedekah dan nafkah.

- Hadis bisikan terakhir Rasulullah kepada Fatimah
  • Dari Aisyah r.a., katanya: Fatimah datang berjalan kaki, seolah-olah perjalanannya sama dengan perjalanan Nabi s.a.w. Beliau bersabda: "Selamat datang, wahai anakku!" Kemudian beliau suruh duduk di kanan atau di kiri beliau. Lalu beliau bisikkan suatu berita kepadanya. Lantas Fatimah menangis. Saya bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?" Kemudian beliau membisikkan lagi suatu berita kepadanya. Lalu Fatimah tertawa. Saya berkata: Belum pernah saya melihat seperti kejadian di hari ini, suka yang mendampingi duka. Saya bertanya kepadanya mengenai apa yang dibisikkan Rasulullah kepadanya. Jawab Fatimah: "Saya tiada akan membukakan rahsia (bisik) Rasulullah s.a.w." Setelah Nabi s.a.w. wafat, saya ulang menanyakan. Jawabnya: Beliau membisikkan kepada saya: Bahawa malaikat Jibril datang mengajarkan Quran selengkapnya pada saya sekali setahun. Dan dia datang kepada saya tahun ini dua kali. Saya mengira ajal saya telah dekat. Engkau di antara keluarga saya yang pertama mengikuti saya. Lantas saya (Fatimah) menangis. Beliau bersabda: "Apakah engkau tidak suka jadi ketua wanita-wanita yang mendiami syurga atau ketua wanita mukmin?" Lalu saya (Fatimah) tertawa kerananya. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1544]
- Ucapan saidina Abu Bakar ra selepas dimaklumkan kewafatan Rasulullah
Setelah Rasulullah saw wafat, Fatimah memberitahu Abu Bakar tentang keadaan tersebut. Abu Bakar yang pada ketika itu tidak berada di sisi Rasulullah, segera pulang ke rumah Aisyah di mana jenazah Rasulullah disemayamkan.

Abu Bakar lalu menyingkap kain penutup jenazah Rasulullah, menciumnya, dan berkata:
"Demi ayah dan ibuku, betapa mulianya engkau dalam keadaan hidup maupun mati. Demi Allah, engkau tidak akan mengalami dua kematian selama-lamanya."

Setelah itu, Abu Bakar keluar ke masjid dan menenangkan orang ramai yang sedang berduka, terutama Umar bin Khattab yang sangat susah menerima berita tersebut. Abu Bakar mengingatkan mereka bahawa Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, dan sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati. Beliau membaca ayat Al-Quran surah Ali Imran ayat 144 (klik sini) untuk menegaskan bahawa Rasulullah sudah wafat dan menggesa umat Islam meneruskan keimanan kepada Allah.

Ucapan Abu Bakar ini menjadi penstabil keadaan umat Islam yang sedang bersedih dan keliru mengenai kematian Rasulullah.

 

Saturday, November 7, 2020

Kewafatan Rasulullah

- us Muhd Al Ikhsan kuliah Subuh Jumaat 1-Jan-2016

Sifat-sifat sakitnya Rasulullah.

- Rasulullah gemar bhgn shoulder (lamb). Selepas dari Peperangan Khaibar, kaum yahudi berdendam dengan Rasulullah dan mencari apakah makanan yang paling disukai oleh baginda. Setelah mengetahui baginda amat gemar lamb shoulder, mereka berkomplot utk meracuni Rasulullah. 
  • Seorang perempuan yahudi telah meracun daging lamb dan menghadiahkan daging tersebut kpd Rasulullah (untuk menjamu Rasulullah dan para sabahat yang telah menewaskan tentera yahudi dalam perang Khaibar). 
  • Perang Khaibar berlaku pada tahun ke-7 Hijrah.

- Rasulullah menjamah daging tersebut dan kemudiaanya meluahkannya semula. Kemudian baginda bertanya kpd perempuan tersebut "Adakah perempuan itu meletakkan racun pd daging tersbt", perempuan itu terkejut dan bertanya siapa yg memberitahu akan hal racun pada daging tersbt. Jawab Rasulullah, daging (lamb shoulder) tersbt dengan izin Allah. Ada riwayat mengatakan perempuan itu kemudiannya dihukum bunuh.

- Rasulullah melakukan bekam utk menghilangkan kesan bisa racun yg dimakan.

- Kesan racun tersbt ambil masa 3 tahun.

- Di penghujung hayat Rasulullah, baginda melakukan 2 kali khatam Al-Quran. 

- Rasulullah menunaikan haji sekali dan 4 kali umrah seumur hayat baginda.

- Dlm tempoh sebulan sebelum kewafatan Rasulullah, baginda telah menghimpunkan seluruh ahli keluarga baginda di rumah Siti Aisyah, dan menyampaikan pesanannya.

1. Jangan bongkak dan sombong di atas muka bumi
2. 
  • Baginda menjawab "perpisahan semakin dekat. Aku akan pergi ke tempat para syuhadah. Org mukmin"
  • Baginda jawab, "kafankan dgn baju yg baginda pakai atau kain dr Yaman"
  • Baginda jawab "mandikanlah aku, dan tinggalkan aku sebentar, para malaikat akan menziarahi aku kemudiannya."
  • Baginda berpesan supaya disampaikan salam kpd sahabat2 baginda yg tiada dlm majlis pertemuan tersbt.

Tanda-tanda kewafatan Rasulullah
1. Rasulullah berasa sakit kepala yg amat sangat kesan dari racun tersbt.

2. Semakin dekat dgn kewafatan, Baginda melawat kubur2 para syuhadah, kata baginda "kamu mendahului aku, dan aku akan mengikuti jejak kamu tidak lama lagi "

3. Rasulullah kerap menangis menyebabkan para sahabat bertanya apa halnya, baginda menjawab "Aku amat merindui saudara-maraku". Sahabat Nabi bertanya siapa mereka, jawab baginda adalah umat2 baginda yg sayangkan baginda walaupun tidak pernah bertemu dgn baginda.
  • Tanda kita sayang, ingat kpd Rasulullah, adalah dgn berselawat 10x di waktu pagi dan 10x di waktu petang

4. Tiga (3) hari sebelum kewafatan, baginda mengumpulkan isteri-isteri baginda di rumah Maimunah, Ketika itu baginda masih berada di rumah Siti Aisyah. Abu Bakar melihat baginda tidak berupaya utk bangun, lalu dipapahnya baginda. Siti Aisyah melihat baginda berpeluh-peluh.
  • mana-mana org mukmin yg ditimpa sakit, maka Allah ampunkan dosa-dosanya.

    • Dari Ibnu Abbas ra. bahwasanya Nabi saw. datang kepada seorang Badui untuk menjenguknya. Ketika ada orang masuk menjenguknya, beliau bersabda: “Tidak apa-apa, mudahmudahan penyakit ini menjadi pencuci dosa; Insya Allah.” [HR. Bukhari]

  • Kita mesti bersabar dan bertahan dlm menghadapi saat-sat kesakitan ketika hampir mati.
  • Rasulullah membasahkan tangannya dgn air dan menyapukan kpd muka baginda sambil berdoa " Ya Allah tabahkan hatiku utk menghadapi sakaratulmaut"

    • Dari Aisyah ra., ia berkata: “Saya melihat Rasulullah saw. pada waktu beliau hampir wafat, dimana di situ ada sebuah gelas yang berisi air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam gelas itu kemudian mengusap mukanya dengan air serta berdoa: ALLAHUMMA A’INNII ‘ALAA GHAMARAATIL MAUTI WASAKARAATIL MAUTI (Ya Allah, bantulah saya di dalam menghadapi beratnya maut dan kesukaran sakaratul maut).” [HR. at-Tirmizi]

  • Sesungguhnya org yg paling berat ujiannya adalah para Nabi, baginda menolak cadangan dr keluarga baginda agar baginda berdoa kpd Allah utk meringankan beban sakit yg dihadapi.

5. Rasulullah prihatin dgn para sahabat, dan ingin bertemu dgn mereka. Baginda bertanya kpd para sahabat, " Adakah kamu rindu kpd aku?" jawab para sahabat "Ya", jawab baginda "sebenarnya tempat kita bukannya di dunia, kita akan bertemu di telaga Al-Kauthar"

6. Baginda berpesan, solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dlm keadaan sakit.

7. Baginda mengatakan lagi, "manusia diberi dua (2) pilihan kpd manusia sama ada pilih dunia atau mengikuti perintah Allah".

8. Dua (2) minggu terakhir sebelum kewafatan, baginda bersolat jemaah di masjid. Kecuali 3 hari terakhir, di mana baginda tidak mampu ke masjid, kerana sakit demam yg berat.

9. Rasulullah berpesan kpd Aisyah utk memberikan derma 7 dinar yg masih ada padanya. Namun sebelum sempat Aisyah memberikan derma, baginda pengsan, lalu tidak jadi Aisyah utk meninggallkan baginda. Baginda pengsan 3 kali. Dan setiap kali sedar baginda bertanya Aisyah sama ada telah didermakan duit yg baginda ada. Kerana baginda malu utk menjawab kpd Allah hartanya yg tidak didermakan.

10. Suatu pagi, Fatimah masuk ziarah ayahandanya, namun sedih beliau kerana Rasulullah terbaring dan tidak dpt merasakan keadaan kebiasaannya, spt mengajak Fatimah duduk dekat baginda.
  • Rasulullah memanggil Fatimah dan meminta dia menundukkan pandangannya, dan rapat dgn baginda, spt utk berbisik. Kelihatan Fatimah bersedih dan kemudiannya gembira sewaktu dibisikkan sesuatu oleh baginda.

  • Tanya ahli keluarga kpd Fatimah, jawab Fatimah, dia bersedih kerana baginda akan meninggal pada hari itu. Itu yg menyebakan Fatimah bersedih. Fatimah gembira kerana diberitahu oleh ayahandanya, bhw Fatimah adalah ahli keluarga baginda yg akan mengikuti kewafatan baginda (ie akan menyusul kematian Fatimah selepas dari kewafatan baginda Rasulullah), dan adakah Fatimah tidak redho menjadi penghulu penghuni syurga. 

  • Fatimah kemudiannya meminta diberikan ruang utk ziarah para malaikat spt pesan Nabi.

  • Di waktu Dhuha, masuk malaikat Jibrail yg ketika itu malaikat Maut berada di pintu.

  • Malaikat Maut bertanya kpd Rasulullah, Allah bertanya apa yg patut dilakukan olehnya. Sekiranya Rasulullah suruh dia pulang semula kpd Allah maka Malaikat Maut akan patuh arahan baginda. Namun baginda meminta malaikat Maut utk menjalankan tugasnya.

  • Malaikat Maut menyeru roh Rasulullah utk keluar dan meninggalakan jasad. Sebelum itu Rasulullah berdoa 3x terhadap umatnya.

  • Aisyah berkata, ketika roh baginda keluar dr jasad baginda, maka bau harum memenuhi ruang rumah (ie rumah Aisyah; baginda Rasulullah wafat di rumah saidina Aisyah ra).

- Hadis berkaitan:

Daripada Aisyah ra., ia berkata : Ketika kami, para isteri Nabi saw, berada di sekelilingnya, datanglah Fatimah ra. yang jalannya mirip Rasulullah saw. Ketika beliau melihatnya, langsung disambut seraya bersabda : “Selamat datang anakku.” Beliau menyuruhnya duduk di sebelah kanan atau kiri beliau seraya membisikkan sesuatu di telinganya.

Kemudian Fathimah ra. menangis keras sekali. Beliau kasihan melihatnya, lantas membisikkan sesuatu lagi dan ia (Fatimah) tertawa. Maka saya berkata kepadanya : “Rasulullah saw mengistimewakan kamu dengan rahasia-rahasia melebihi kepada isteri-isterinya, tetapi lalu kenapa kamu menangis. Ketika Rasulullah saw telah pergi, saya (Aisyah) bertanya kepadanya : “Apa yang dibisikkan Rasulullah saw kepadamu ?” Fatimah menjawab : Saya tidak akan menyebarluaskan rahasia Rasulullah saw. 

Setelah Rasulullah saw wafat, Aisyah mengulangi pertanyaannya : “Saya benar-benar ingin mendengar tentang sesuatu yang pernah Rasulullah saw sampaikan kepadamu ? “Fatimah menjawab : “Kalau sekarang, baiklah akan saya katakan. Pada bisikan pertama, beliau memberitahu bahwa malaikat Jibril saw setiap tahun datang untuk mengulangi bacaan Al-Qur’an sekali atau dua kali. “Tapi dalam waktu dekat ini, ia telah datang dua kali, dan aku yakin kalau ajalku sudah dekat. Oleh karena itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah ! Aku adalah sebaik-baik orang yang meninggalkan kamu.” Oleh sebab itu, saya menangis seperti yang engkau lihat. Melihat yang demikian, beliau merasa kasihan dan berbisik untuk kali kedua. Beliau bersabda : “Wahai Fatimah, apakah kamu tidak ridha menjadi penghulu penghuni surga ?” Oleh kerana itu saya tertawa seperti yang engkau lihat.” [HR.Bukhari dan Muslim]

 

Sunday, January 3, 2016

Kewafatan Rasulullah pada 12 Rabiul Awal

- us Usamah kuliah Maghrib Ahad 3-Jan-2016

-jalan utk mencintai Rasul, maka hendaklah menimba ilmu berkenaan sirah baginda Rasulullah.
- Rasulullah wafat pada tanggal 12-Rabiul Awal tahun ke-11 hijrah.

- Kronologi bermula pd tahun ke-7 hijrah. Pd tahun ke-7 hijrah berlaku perang Khaibar, ie perang dgn golongan yahudi.

- Dlm kitab Taurat dicatatkan akan lahir Nabi Akhir Zaman di kawasan Khaibar (yg merangkumi Mekah dan Madinah). Maka golongan yahudi ramai yg menetap di kawasan Khaibar.

- Kaum Nabi Soleh berkemahiran boleh mengukir batu di bukit2, menjadikan bilik2, patung2 batu, dan juga rumah2 berhala dlm bukit batu. Kaum Nabi Soleh juga tinggal di kawasan Khaibar.

Perang Khaibar

- Dlm peperangan Khaibar tentera pimpinan Rasulullah menang dan menewaskan tentera golongan yahudi. Selepas kemenangan itu, Rasulullah berkahwin dgn seorg perempuan yg berketurunan yahudi (bernama Sofia). Seorg wanita yahudi (isteri Sallam bin Mashkam) menghadiahkan hidangan kambing kpd Rasulullah, dan Rasulullah menerima pemberian wanita ini dan menjamah hidangan daging kambing itu, dan mengeluarkan semula.  Baginda bertanya kpd wanita itu sama ada daging tersebut telah diracun, mengaku wanita itu kerana terkejut dgn kebijaksanaan Rasulullah mengetahui hidangan yg telah diracun. Kesan racun kambing itu kekal dlm diri Rasulullah, dan menyebabkan sakit yg memudaratkan.

Kesan racun ini di sebutkan oleh saidina Aisyah ra iaitu semasa baginda Rasulullah hampir wafat:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: يَا عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ، فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ


Maksudnya: Adapun Nabi saw pernah berkata di saat berada dalam kesakitan yang menyebabkan Baginda saw wafat: “Wahai Aisyah! Aku masih berasa sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar. Maka kali ini aku merasakan seolah-olah uratku terpotong disebabkan racun tersebut.” [HR al-Bukhari (4428)]

 

- Sebaiknya panggilan utk para Sahabat Nabi adalah "rodiallahuan" berbanding "saidina". Kerana dlm Al-Quran disebutkan para sahabat yg berbaiah kpd Rasulullah,  mereka disebutkan dlm Al-Quran sebagai "rodiallahuan". Panggilan "saidina" adalah panggilan spt "tuan" dan "puan" spt yg digunakan oleh merujuk kpd org yg dimuliakan dlm masyarakat.


10 hari terakhir hayat Rasulullah adalah di rumah Siti Aisyah.
- Kata Siti Aisyah,  dlm masa 10 hari terakhir hayat Rasulullah,  Siti Aisyah akan membacakan ayat dua (2) kul ie Al-Falak dan An-Nas, kemudian disapukan ke seluruh badan Rasulullah.  Inilah ajaran Rasulullah utk merawat pesakit.

- Kemudian Siti Aisyah mendapatkan ubatan yg digunakan secara turun-temurun golongan arab. Namun Siti Aisyah tidak sebutkan nama-nama ubatan yg digunakan. Ketika itu org arab menggunakan herba spt habbatus saudah, madu, minyak zaitun.

- Apa yg kita boleh pelajari kaedah perubatan sunnah adalah jampi (dgn ayat2 Al-Quran) dan juga ubatan berjalan secara selari.

- Hadis Nabi, doa Rasulullah adalah "Ya Allah berikanlah kami ilmu yang bermanfaat". Hadis ini membuktikan bhw Rasulullah mengharapkan ilmu dari Allah yg bermanfaat. Kita boleh mengambil pengajaran dr hadis ini, bhw kita perlu belajar semua ilmu yg beemanfaat. Tidak dikhususkan ilmu Islam atau tidak Islam.

- Pd hari terakhir hayat Rasulullah, adik lelaki kpd Siti Aisyah (bernama Abdul Rahman) ziarah Rasulullah.  Dia dtg membawa siwak. Aisyah lihat Rasulullah memandang tajam (renung) kpd siwak tersbt, lalu ditanya adakah baginda hendak bersiwak. Siti Aisyah memotong hujung siwak dan membersihkannya, lalu diberikan kpd Rasulullah dan bersugilah baginda. Setelah bersugi, Rasulullah berkata "Aku akan kembali kpd kekasihnya". Sirah mencatatkan bhw Rasulullah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Siti Aisyah.

- Hadis yg tidak soheh mengatakan baginda Rasulullah wafat di pangkuan Ali r.a. dan Fatimah. kerana:
1. Hadis sohih Al-Bukhari mencatatkan Nabi wafat di pangkuan Siti Aisyah.
2. Matan hadis,  makam Rasulullah terletak di rumah Siti Aisyah, tidak di rumah Fatimah.

- Jika kita hendak mencintai Rasulullah,  maka pelajari ilmu. Selain dr itu akan membawa kpd kesesatan.