Showing posts with label kuliah hadis. Show all posts
Showing posts with label kuliah hadis. Show all posts

Saturday, September 26, 2026

Pedagogi Sentuhan: Kaedah Pengajaran Melalui Sentuhan Fizikal dalam Pendidikan

- us Amirul Arif Syukri kuliah Suboh Sabtu 26-Sep-2026

Pedagogi Sentuhan: Kaedah Pengajaran Melalui Sentuhan Fizikal dalam Pendidikan
(Kaedah Pengajaran Dengan Cara Sentuhan) 

- Hadis: Isteri baginda Nabi ie Ummu Salamah r.a., menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ membaca doa ini setiap pagi (selepas salam Subuh / apabila memasuki waktu pagi).
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالَ:
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا»
[رواه ابن ماجه، وأحمد، والنسائي في عمل اليوم والليلة، وصححه الألباني]

Maksud, “Bahawa Nabi ﷺ apabila masuk waktu pagi, baginda berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal), dan amal yang diterima.’”. [Sunan Ibnu Majah, no. 925]

- Kisah zuhudnya Abdullah bin Umar Al-Khattab:
Seorang kenalan/sahabat Abdullah bin Umar yang datang dari Khurasan menghadiahkan kepadanya sehelai pakaian (thawb) yang sangat halus dan cantik, dengan harapan agar Abdullah menukar pakaiannya yang sudah sangat kasar dan lusuh dengan pakaian baru itu.
Apabila disuruh mencuba, Abdullah bin Umar memegang dan merasakan kain tersebut. Awalnya beliau tertarik dan nampak reda dengan kualiti kain itu. Namun tidak lama kemudian, beliau menolak hadiah tersebut dan berkata (maksudnya):
“Tidak! Aku takut terhadap diriku. Aku bimbang ia akan menjadikan aku sombong dan bangga diri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”.
Dalam riwayat lain yang berkaitan kesederhanaan Abdullah bin Umar, disebut bahawa beliau sangat zuhud, menganggap harta hanya sekadar untuk keperluan asas, dan tidak suka memakai pakaian yang terlalu bagus kerana bimbang timbul rasa ‘ujub (bangga dengan diri sendiri) atau takabbur.

- Bagaimana baginda mengajarkan kaedah mendidik, ie dgn cara menyentuh dan menyampaikan nasihat
Hadis 1:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ:
«كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ»
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ:
«إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ».
[رواه البخاري]

Maksud, Daripada Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata:
“Rasulullah ﷺ pernah memegang bahagian pundak / bahu aku (semasa aku masih kecil / muda), lalu baginda bersabda:
‘Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau seorang asing, atau seorang musafir yang hanya lalu.’”. [HR Sahih al-Bukhari, no. 6416 (Kitab al-Riqaq / melembutkan hati)]

Hadis 2: Riwayat pertama (doa Nabi untuk kefahaman dan takwil)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ، فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ طَهُورًا، فَقَالَ:
«مَنْ وَضَعَ هَذَا؟»
فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
«اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[رواه أحمد وغيره، وصححه الألباني]

Riwayat kedua (Nabi memegang bahu / pundak Ibnu Abbas):
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
ضَمَّنِي رَسُولُ اللَّهِ ﷺ، أَوْ قَالَ: أَخَذَ بِمَنْكِبَيَّ، ثُمَّ قَالَ:
«اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ»
وَزَادَ أَحْمَدُ: «وَالْحِكْمَةَ، وَفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[رواه البخاري وأحمد]

Riwayat ketiga (Nabi bertanya siapa yang sediakan air wuduk):
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
دَخَلَ النَّبِيُّ ﷺ الْخَلَاءَ، فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا، فَقَالَ:
«مَنْ وَضَعَ هَذَا؟»
فَأُخْبِرَ، فَقَالَ:
«اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ»
وَزَادَ أَحْمَدُ: «وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ».
[متفق على أصله في الصحيحين، وزاد أحمد التكملة]

Maksud, Daripada Ibnu Abbas r.a.: “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti al-Harith (isteri Nabi ﷺ), lalu aku sediakan air bersuci (wuduk) untuk Rasulullah ﷺ. Baginda bertanya: ‘Siapakah yang meletakkan (menyediakan) ini?’ Maimunah menjawab: ‘Abdullah.’ Maka Rasulullah ﷺ berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama, dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil (tafsir).’”

Dalam riwayat lain:
“Rasulullah ﷺ memelukku atau memegang kedua pundakku, lalu baginda berdoa:
‘Ya Allah, ajarilah dia Al-Kitab (Al-Qur’an),’

dan dalam riwayat Ahmad ditambahkan:
‘dan hikmah, berikanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama, dan ajarilah ia ilmu takwil.’” [HR Sahih al-Bukhari, no. 143 (Kitab al-‘Ilm / al-Tafsir)]

- Ayat Al-Quran yang menjadi dalil utama untuk berinfaq sebelum datang kematian ie surah Al-Munafikun ayat 63:10 (klik sini)
{ وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ }

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

  • a) Ayat ini menunjukkan bahawa masa untuk berinfaq adalah terhad; setelah mati, tiada lagi peluang untuk menambah amal.
  • b) Apabila kematian hampir, orang yang sebelum ini lalai akan merayu supaya diundurkan ajalnya walaupun seketika (“ajal yang dekat”), agar dapat bersedekah, dan menjadi dari kalangan orang soleh. Namun pada saat itu, permintaan itu tidak dikabulkan, kerana ajal telah tiba dan tiada lagi peluang untuk menambah amal
  • c) Hidup di dunia adalah sementara, Masa berinfaq dan beramal soleh perlu dimanfaatkan selagi hayat masih ada, Jangan menunggu “nanti”, “bila ada masa”, atau “bila sudah kaya”, kerana kematian boleh datang bila-bila masa.
Allah menyuruh kita berinfaq dari rezeki yang diberikan-Nya, sebelum ajal datang, kerana setelah mati, seseorang hanya akan berharap dapat diundurkan masa sedikit untuk bersedekah dan menjadi soleh, tetapi ketika itu sudah tiada peluang.

Saturday, August 29, 2026

Kelebihan Nabi Muhammad saw

- us Syed Husaini Syed Hasan kuliah Maghrib Sabtu 29-Ogo-2026

10 Kelebihan Nabi Muhammad saw

1. Penghulu kpd semua anak Adam pada hari Kiamat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ».

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku adalah pemimpin (penghulu) anak Adam pada hari Kiamat; aku adalah orang yang pertama kali dibelah kuburnya (keluar dari kubur); aku adalah pemberi syafaat yang pertama; dan aku adalah orang yang pertama kali diberi izin untuk memberi syafaat.” [HR
Muslim, no. 4223]

- Baginda mengingatkan supaya kita tidak terlibat dlm perkara fitnah. Baginda menutup lubang²/punca² yg boleh mendatangkan fitnah. 

Kisah 2 org lelaki nampak baginda berjalan malam bersama Shafiyyah. Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Shafiyyah binti Huyay r.a. (isteri Nabi ﷺ), di mana Nabi ﷺ menjelaskan bahawa syaitan mengalir dalam diri anak Adam seperti aliran darah, dan baginda bimbang syaitan mencampakkan perkara jahat/fitnah ke dalam hati dua orang sahabat yang melihat baginda berjalan malam dengan Shafiyyah.

عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ:
«كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا، فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا، فَحَدَّثْتُهُ، ثُمَّ قُمْتُ لِأَنْصَرِفَ، فَقَامَ لِيَقْلِبَنِي، فَأَدْرَكَهَا رَجُلَانِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَلَمَّا رَأَيَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَلَى رِسْلِكُمَا، إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ، فَقَالَا: سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا –أَوْ قَالَ: شَيْئًا–».

Daripada Shafiyyah binti Huyay r.a., beliau berkata:
“Nabi ﷺ sedang beri’tikaf, lalu aku datang menziarahi baginda pada malam hari; aku berbincang dengan baginda, kemudian aku berdiri untuk pulang. Baginda pun berdiri untuk menghantarku.
Tiba-tiba dua orang lelaki dari kalangan Ansar menemui kami. Apabila mereka melihat Rasulullah ﷺ, mereka pun mempercepatkan langkah.
Nabi ﷺ bersabda: ‘Perlahankanlah kamu berdua; sesungguhnya dia ini Shafiyyah binti Huyay.’
Mereka berkata: ‘Mahasuci Allah, wahai Rasulullah!’
Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri anak Adam seperti aliran darah; dan aku bimbang syaitan mencampakkan ke dalam hati kamu berdua sesuatu yang jahat –atau baginda berkata: sesuatu–.’” [Kitab: Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim (Muttafaq ‘alaih), no.
2035 & 2175]

2. Mengetuai panji pujian
Hadis masyhur tentang “Panji Pujian” (Liwa’ al-Ḥamd) yang diriwayatkan daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī r.a., di mana Nabi ﷺ menyebut baginda mempunyai panji pujian pada hari Kiamat, sambil berulang kali menegaskan “tidak untuk bermegah”.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلَا فَخْرَ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ الْأَرْضُ عَنْهُ وَلَا فَخْرَ».

Daripada Abu Sa‘īd al-Khudrī r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Akulah penghulu keturunan Adam pada hari Kiamat, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.
Di tanganku terdapat Panji Pujian, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.
Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu—dari Nabi Adam dan selainnya—melainkan berada di bawah panjiku.
Akulah orang yang pertama kali bumi terbelah kerana kebangkitannya, dan (aku menyebut ini) tidak untuk bermegah.” [HR Tirmidhī, no. 3615]

4. Pemberi syafaat
Hadis utama ialah riwayat Abu Hurairah r.a. tentang Nabi menyimpan doa mustajab baginda untuk syafaat umat pada hari Kiamat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ، فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ، وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَهِيَ نَائِلَةٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِي لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا».

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
“Setiap nabi mempunyai satu doa yang mustajab, maka setiap nabi menyegerakan doanya (di dunia). Sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat bagi umatku pada hari Kiamat. Ia akan diperoleh, insya-Allah, oleh sesiapa yang mati dari umatku dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.” [HR Ṣaḥīḥ Muslim, no. 296]

- Allah bersumpah dgn nyawa iaitulah nyawa Nabi Muhammad saw.
Dalil dlm surah Al-Hijr ayat 15:72 (klik sini)
{ لَعَمۡرُكَ إِنَّهُمۡ لَفِي سَكۡرَتِهِمۡ يَعۡمَهُونَ }

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

- Allah memanggil Nabi Muhammmad saw sebagai gelaran dan bukannya nama Muhammad. Berbanding dgn nabi² yg lain Allah panggil mereka dgn nama. Tiada satu ayat Al-Quran yg mana Allah panggil Nabi Muhammad dgn nama baginda, sebaliknya dgn gelaran, menunjukkan kelebihan baginda Rasulullah  berbanding nabi² dan rasul² sebelumnya.


Sunday, August 23, 2026

Sifat-sifat Nabi yang Perlu Diikuti

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 23-Ogo-2026

Sifat-sifat Nabi yang Perlu Diikuti

1. Nabi seorang hamba 
  • Melakukan ibadah kpd tuannya ie Allah, hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا،
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ،
فَقَالَتْ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟
قَالَ: «أَفَلَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا؟»


Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha: “Bahawa Nabi ﷺ biasa berdiri (solat) pada malam hari sehingga kedua telapak kaki beliau merekah / bengkak. Maka aku (Aisyah) bertanya: ‘Mengapa engkau melakukan ini, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?’ Baginda ﷺ menjawab: ‘Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang banyak bersyukur?’” [HR Sahih Al‑Bukhari, Kitab, no. 4460]

2. Nabi seorang ketua 
  • Pastikan org²/pengikut²/umat selamat, berlaku baik kpd mereka, berkata dgn kata² yg baik.
  • Tidak suka berbeza dgn para sahabat
  • Pemaaf, dan tidak balas balik keburukan/kejahatan dgn keburukan, sebaliknya balas dgn kebaikan
3. Nabi seorang ketua keluarga
  • Sebagai seorang bapa, baginda meraikan anak yg datang ke rumah.
  • Baginda melakukan kerja rumah
4. Nabi berbuat baik dengan ahli keluarga
  • Menghormati dan mengasihi saudara-mara yg datang.
  • Selalu beri makan kpd jiran, dahulukan kpd jiran paling dekat.
5. Akhlak Nabi dgn sahabat
  • Duduk bersama dgn sahabat
  • Cepat (lebih dahulu) beri salam 
  • Paling lewat beredar
  • Pemaaf dan doakan kebaikan kpd org lain
  • Pendekkan solat dlm situasi tertentu 
  • Tidak berdendam -- kisah Nabi solat jenazah Abdulah bin Ubai 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ:
لَمَّا مَاتَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ، جَاءَ ابْنُهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَعْطِنِي قَمِيصَكَ أُكَفِّنْهُ فِيهِ، وَصَلِّ عَلَيْهِ، وَاسْتَغْفِرْ لَهُ.
فَأَعْطَاهُ قَمِيصَهُ، وَقَالَ: «آذِنِّي أُصَلِّ عَلَيْهِ».
فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ، أَخَذَ عُمَرُ بِثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَيْسَ قَدْ نَهَاكَ اللَّهُ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ؟
قَالَ: «إِنِّي خُيِّرْتُ، فَخُيِّرْتُ».
ثُمَّ صَلَّى عَلَيْهِ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ:
﴿وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ﴾ [التوبة: ٨٤]. 

Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
“Apabila Abdullah bin Ubai meninggal dunia, anaknya datang kepada Rasulullah ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, berikanlah kepadaku baju engkau untuk aku kafankan dia dengannya, dan solatkanlah jenazahnya, serta mohonkanlah ampun untuknya.’
Maka Baginda ﷺ memberikan bajunya, dan bersabda:
‘Beritahulah aku (apabila jenazah siap) supaya aku solatkan.’
Apabila Baginda ﷺ hendak mensolatkannya, Umar radhiyallahu ‘anhu menarik baju Rasulullah ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah melarang engkau mensolatkan orang‑orang munafik?’
Baginda ﷺ bersabda:
‘Sesungguhnya aku telah diberi pilihan, maka aku memilih (untuk mensolatinya).’
Kemudian Baginda ﷺ tetap mensolatkannya, lalu Allah menurunkan firman‑Nya:
‘Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) sekali‑kali mensolatkan sesiapa pun yang mati di kalangan mereka (orang munafik), dan janganlah engkau berdiri di sisi kuburnya.’ (Surah al‑Taubah: 84).” [HR Sahih Al‑Bukhari, no. 1269]

6. Nabi seorg yg pemurah
  • Nabi raikan tetamu dgn memberi apa yg paoing kita suka.
7. Nabi bergurau
  • Kisah gurauan Nabi dgn seorang perempuan tua
عَنْ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ، قَالَ:
أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ.
فَقَالَ: «يَا أُمَّ فُلَانٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لَا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ».
فَوَلَّتْ تَبْكِي،
فَقَالَ: «أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لَا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ:
﴿إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً * فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا * عُرُبًا أَتْرَابًا﴾
[الواقعة: ٣٥–٣٧].” 

Dari Hasan al‑Basri rahimahullah, katanya: “Seorang perempuan tua datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkan aku ke dalam syurga.’
Maka Baginda ﷺ bersabda:
‘Wahai Ummu Fulan, sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki oleh orang tua (perempuan tua).’
Lalu perempuan itu berpaling sambil menangis.
Maka Baginda ﷺ bersabda (kepada para sahabat):
‘Beritahukanlah kepadanya bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Kami menciptakan isteri‑isteri mereka (penghuni syurga) dengan ciptaan yang istimewa,
dan Kami jadikan mereka sentiasa dara,
yang mencintai suaminya, serta sebaya umurnya.”
(Surah al‑Waqi‘ah: 35–37).’” [HR At‑Tirmidzi]

Saturday, August 15, 2026

Adil Dalam Hibah, Kepimpinan, Peperangan dan kepada Haiwan

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 15-Ogo-2026

Berlaku Adil

- Jangan ambil hak orang lain
Hadis:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ إِيَاسِ بْنِ ثَعْلَبَةَ الْحَارِثِيِّ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
«مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ لَهُ النَّارَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ»
فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللهِ؟
قَالَ:
«وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ»

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tha‘labah al-Harithiyy r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan baginya syurga.”
Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, walaupun benda itu sedikit?”
Baginda menjawab:
“Walaupun hanya sebatang kayu sugi daripada pokok arak.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 137]

- Berlaku adil dalam pemberian kpd org yg kita pimpin. Berlaku adil dalam bab hibah.
Hadis:
عَنْ عَامِرٍ، سَمِعَ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ ـ رضى الله عنهما ـ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ:
أَعْطَانِي أَبِي عَطِيَّةً، فَقَالَتْ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ: لاَ أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم.
فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: إِنِّي أَعْطَيْتُ ابْنِي مِنْ عَمْرَةَ بِنْتِ رَوَاحَةَ عَطِيَّةً، فَأَمَرَتْنِي أَنْ أُشْهِدَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ.
قَالَ: «أَعْطَيْتَ سَائِرَ وَلَدِكَ مِثْلَ هَذَا؟»
قَالَ: لاَ.
قَالَ: «فَاتَّقُوا اللَّهَ، وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلاَدِكُمْ».
قَالَ: فَرَجَعَ فَرَدَّ عَطِيَّتَهُ.

Daripada ‘Amir, bahawa beliau mendengar al-Nu‘man bin Bashir r.a. berkata ketika berada di atas mimbar:
“Bapaku telah memberiku suatu hadiah. Lalu ‘Amrah binti Rawahah berkata: ‘Aku tidak reda sehingga engkau menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai saksi.’ Maka bapaku datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku telah memberikan hadiah kepada anakku ini daripada ‘Amrah binti Rawahah, dan dia menyuruhku menjadikan engkau sebagai saksi, wahai Rasulullah.’
Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Adakah engkau memberikan hadiah yang sama kepada semua anakmu?’
Dia menjawab: ‘Tidak.’
Baginda ﷺ bersabda: ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah antara anak-anak kamu.’
Lalu bapanya pulang dan menarik balik hadiah tersebut.” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari nombor 2587]

- Berlaku adil walaupun kpd haiwan
Hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
«قَرَصَتْ نَمْلَةٌ نَبِيًّا مِنَ الأَنْبِيَاءِ، فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: أَفِي قَرْصَةِ نَمْلَةٍ أَهْلَكْتَ أُمَّةً مِنَ الأُمَمِ تُسَبِّحُ؟»

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda:
“Seekor semut telah menggigit seorang nabi daripada nabi-nabi. Lalu nabi itu menyuruh supaya sarang semut tersebut dibakar, maka sarang itu pun dibakar. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya: ‘Disebabkan gigitan seekor semut, adakah kamu memusnahkan satu umat daripada umat-umat yang sentiasa bertasbih?’” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari nombor 3019]

- Berlaku adil walaupun dalam peperangan
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Hadis:
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ:
بَعَثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْحُرَقَةِ مِنْ جُهَيْنَةَ، فَصَبَّحْنَا الْقَوْمَ عَلَى مِيَاهِهِمْ، وَلَحِقْتُ أَنَا وَرَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ رَجُلًا مِنْهُمْ، فَلَمَّا غَشِينَاهُ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، فَكَفَّ عَنْهُ الْأَنْصَارِيُّ، وَطَعَنْتُهُ بِرُمْحِي حَتَّى قَتَلْتُهُ.
فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ، بَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي:
«يَا أُسَامَةُ، أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟»
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّمَا كَانَ مُتَعَوِّذًا.
فَقَالَ:
«أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟»
فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا عَلَيَّ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنِّي لَمْ أَكُنْ أَسْلَمْتُ قَبْلَ ذَلِكَ الْيَوْمِ.

Daripada Usamah bin Zaid r.a., beliau berkata:
“Rasulullah saw telah mengutus kami ke suatu kawasan yang didiami oleh kabilah al-Huraqah daripada Juhainah. Kami menyerang mereka pada waktu pagi. Aku dan seorang lelaki daripada golongan Ansar telah mengejar seorang lelaki daripada mereka. Apabila kami telah mendapatkannya, dia berkata: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah.’
Lelaki Ansar itu berhenti daripada menyerangnya, tetapi aku menikamnya dengan tombakku sehingga dia meninggal dunia.
Setelah kami tiba di Madinah, perkara itu disampaikan kepada Nabi saw. Baginda berkata kepadaku:
‘Wahai Usamah, adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucapkan “Tiada Tuhan melainkan Allah”?’
Aku menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia mengucapkannya hanya untuk menyelamatkan diri.’
Baginda mengulangi pertanyaan itu:
‘Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucapkan “Tiada Tuhan melainkan Allah”?’
Baginda terus mengulanginya kepadaku sehingga aku berharap bahawa aku belum memeluk Islam sebelum hari tersebut.” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari, no. 4269, Sahih Muslim, no. 96]

- Ihsan

عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ»

Daripada Abu Ya‘la Syaddad bin Aus r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan supaya berlaku ihsan dalam segala perkara. Oleh itu, apabila kamu membunuh, maka lakukanlah pembunuhan itu dengan cara yang baik; dan apabila kamu menyembelih, maka lakukanlah penyembelihan itu dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan memberikan keselesaan kepada haiwan sembelihannya.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 1955]

- 3 golongan yg tidak ditolak doa mereka
Unit pemimpin dalam keluarga adalah bapa, dia tergolong dlm kategori pemimpin.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمَامُ العَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُولُ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tiga golongan yang doanya tidak ditolak: Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka; Pemimpin yang adil; dan Doa orang yang dizalimi.
Allah mengangkat doa itu ke atas awan, lalu dibukakan baginya pintu-pintu langit. Tuhan berfirman: ‘Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun selepas suatu tempoh.’” [Hadis riwayat Jami‘ al-Tirmizi, no 3522]

- Kelebihan org yg berlaku adil
Allah angkat darjat mereka, sedang org lain dlm keadaan huru-hara.
وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ، وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا.

Daripada hadis Zuhair, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar-mimbar daripada cahaya, di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih عز وجل, dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan; iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam keputusan atau pemerintahan mereka, terhadap keluarga mereka dan dalam perkara yang berada di bawah tanggungjawab mereka.” [Hadis riwayat Sahih Muslim ayat 3406]

- 3 golongan ahli syurga
عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم:
«أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ»

“Ahli syurga itu ada tiga golongan: seorang yang mempunyai kekuasaan, berlaku adil, suka bersedekah dan mendapat taufik; seorang yang penyayang serta hatinya lembut terhadap setiap kaum kerabat dan orang Islam; dan seorang yang menjaga kehormatan diri, tidak meminta-minta, sedangkan dia mempunyai tanggungan.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 2865]

Saturday, May 2, 2026

Takabbur

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh 18-Apr-2026

Sifat Takabbur Siri-2

Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan kerana mereka suka berdebat." Kemudian baginda membaca ayat: "Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (Surah Az-Zukhruf ayat 43:58)
Diriwayatkan dalam Sunan at-Tirmizi (no. 3253, dinilai hasan sahih), Sunan Ibn Majah (no. 48, dinilai hasan), dan Musnad Ahmad (no. 22204).

- Surah Az-Zukhruf ayat 43:58 (klik sini)
{ وَقَالُوٓاْ ءَأَٰلِهَتُنَا خَيۡرٌ أَمۡ هُوَۚ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلَۢاۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ خَصِمُونَ }

Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.

- Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta mu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2194]

- Kata saidina Ali, sombong adalah musibah paling besar kpd fikiran. Org yg sombong tidak terima nasihat dan buah pandangan org lain.

- 4 asas kekufuran kata Imam Ibnu Qayyum
  1. Takabur (kesombongan): Menghalang ketundukan kepada kebenaran dan Allah SWT.
  2. Hasad (dengki): Menghalang penerimaan nasihat dan keikhlasan memberi nasihat kepada orang lain.
  3. Ghadab (kemarahan): Menghalang keadilan dan sikap sederhana dalam menghadapi masalah.
  4. Syahwah (nafsu): Menghalang fokus kepada ibadah kerana keinginan duniawi yang berlebihan.

- Hadis berkaitan org² yg bersifat sombong dan lupa asal usul, diuji oleh Allah akan harta kekayaan mereka.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bercerita: "Ada tiga orang Bani Israil penderita cacat, masing-masing penderita kusta, berkepala botak, dan buta. Allah Ta'ala bermaksud hendak menguji mereka. Lalu Allah mengirim seorang malaikat kepada mereka. Mula-mula didatanginya penderita kusta seraya berkata kepadanya. "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawabnya, "Warna dan kulit yang bagus, serta kesembuhan dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepada ku." Maka diusapnya orang itu, lalu sembuh penyakitnya. Kemudian diberinya dia warna dan kulit yang bagus. Kata malaikat, "Harta apa yang paling engkau sukai?" Jawab orang itu, "Unta!" Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya, "Semoga Allah memberi berkat bagi mu dengan pemberian ini." Sesudah itu malaikat mendatangi orang berkepala botak. Katanya, "Apa yang paling engkau sukai?" Jawab orang itu, "Rambut indah dan hilangnya 'aib yang menyebabkan orang benci kepada ku." Maka diusapnya orang itu, lalu hilanglah 'aib dirinya. Kemudian diberinya pula rambut yang indah. Tanya malaikat, "Harta apa yang paling engkau sukai?" Jawab orang itu,"Sapi!" Maka diberinya orang itu sapi bunting seraya berkata, "Semoga Allah memberkati kamu dengan pemberian ini." Kemudian malaikat mendatangi orang buta seraya berkata, "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawab orang buta, "Semoga Allah mengembalikan penglihatan ku supaya aku dapat melihat orang banyak." Maka diusapnya orang buta itu, lalu dia dapat melihat. Kata malaikat, "Harta apa yang paling engkau sukai?" Jawab orang buta, "Kambing." Lalu diberinya orang itu kambing serta anaknya. Maka berkembang biaklah ternak-ternak pemberian malaikat itu. Unta menjadi satu lembah penuh, sapi menjadi satu lembah penuh, dan kambing penuh satu lembah. Beberapa waktu kemudian, malaikat mendatangi si penderita kusta, dengan rupa dan keadaan seperti dia dahulu. Kata malaikat, "Aku seorang miskin. Dan aku kehabisan perbekalan dalam perjalanan ku yang masih jauh. Sekarang tidak ada yang dapat menyampaikan ku ke tujuan melainkan hanya pertolongan Allah melalui pertolongan Anda. Kerana itu ku mohon kepada Anda dengan nama Allah yang telah memberi Anda warna dan kulit yang bagus serta ternak unta. Sudilah Anda memberi ku sekadar perbekalan untuk sampai ke tujuan ku." Jawab orang itu, "Aku banyak tanggungan." Kata malaikat, "Aku seolah-olah masih ingat kepada mu. Bukankah engkau si Penderita Kusta yang dijijiki orang dahulu? Tadinya engkau miskin, lalu diberi Allah rezeki." Jawab orang itu, "Harta ini ku warisi dari nenek moyangku orang terhormat." Kata malaikat, "Jika engkau dusta, maka Allah mengembalikan mu kepada keadaan mu semula." Kemudian didatanginya pula orang botak dengan rupa seperti rupanya dahulu seraya berkata kepadanya seperti yang dikatakan malaikat kepada penderita kusta. Orang ini menolak permintaan malaikat seperti halnya penderita kusta. Kata malaikat, "Jika engkau dusta, Allah mengembalikan mu kepada keadaan mu semula." Kemudian didatanginya pula orang buta dengan rupa dan keadaan seperti orang itu dahulu. Kata malaikat, "Aku miskin dan aku Ibnu Sabil. Aku kehabisan perbekalan dalam perjalanan. Tidak ada yang dapat menolong menyampaikan ke tujuan, melainkan hanya Allah, kemudian Anda. Maka ku mohon pada Anda atas nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan Anda, semoga Anda sudi memberikan seekor kambing supaya aku sampai ke tujuanku." Jawab orang buta, "Dahulu aku buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku dan diberi-Nya aku ternak ini. Ambillah seberapa engkau perlukan dan tinggalkan sisanya menurut kehendak mu. Demi Allah aku tidak keberatan sedikit jua pun terhadap apa yang Anda ambil kerana Allah." Jawab malaikat. "Tidak! Tahanlah harta Anda. Sesungguhnya aku hanya menguji Anda. Anda sungguh diridhai Allah, sedangkan kedua sahahat Anda dimurkai Allah." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2496]

- Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin menyebut dua (2) perkara utama yang sering dilalaikan manusia: dunia dan nafsu.
  1. Dunia: Manusia sibuk mengejar harta, pangkat, dan kesenangan sementara, sehingga lalai mengingati kematian dan akhirat
  2. Nafsu: Keinginan hawa nafsu seperti makanan, tidur, dan syahwat merajai diri, menghalang ibadah dan keikhlasan.
Catatan Kuliah:
  • Takabbur Siri-1 | us Azhar Tuarno | 21-Feb-2026 (klik sini)

Saturday, February 21, 2026

Takabbur

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 21-Feb-2026

Takabbur

Menurut mazhab Syafie, takabbur didefinisikan sebagai sifat sombong yang merasa diri lebih tinggi dan merendahkan orang lain, berdasarkan hadis Rasulullah SAW: 
  • "Al-kibru baghyun 'alal haqqi wa ghaddun linnas" (Kebesaran itu menolak kebenaran dan menghina manusia) [riwayat Muslim].

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa sombong walaupun hanya seberat debu." Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana kalau seseorang suka memakai baju dan sepatu bagus?" Jawab Rasulullah saw, "Allah itu indah (jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0071]

Tingkatan takabbur:
  1. Takabbur kpd Allah, spt sombongnya firaun kpd Allah.

  2. Takabbur kpd Nabi Muhammad saw, spt:
    • a) Abu Jahal dan org² quraisy yg menyakini sifat amanah Anbi Muhammad saw tetapi tidak boleh terima kebenaran dakwah yg dibawa oleh baginda Rasulullah.
    • b) Bani Israel yg meminta seorg raja yg adil, tetapi bila Allah pilih Talut menjadi raja, bani Israel menolaknya atas dasar Talut bukan dari kalangan org bangsawan, org kaya. Talut asal kerjanya membersih kulit binatang.

  3. Takabbur kpd hamba² Allah ie menghina manusia. Org sebegini merasa dirinya hebat dan lebih mulia dari org lain. Sombong itu adalah pakaian Allah, spt hadis: Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Ta'ala. Maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Ta'ala akan menyeksanya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2248]

Kata Ibnu Kudamah, ada 3 jenis takabbur:
"Takabbur ialah rasa besar diri dengan meremehkan orang lain, menolak kebenaran yang datang daripada sesiapa yang dianggap rendah, dan memandang serong kepada hamba Allah."
Ia bertentangan dengan tawadhu' dan menjadi punca dosa besar kerana menghalang taubat.
  1. Takabbur ada dlm diri,
  2. Takabbur yg nampak dari manusia, spt ahli ibadat menganggap remeh kpd org lain.
  3. Takabbur dgn nasab keturunan.
- Kisah tiga orang kaya dari Bani Israil yang diuji malaikat – dua orang cacat (kulit belang/sopak dan botak) serta seorang buta – terdapat dalam hadis Shahih Bukhari dan Muslim (riwayat Abu Hurairah RA).

Ringkasan KisahAllah menguji mereka: Malaikat menyembuhkan cacat mereka dan memberi ternakan bunting (unta/lembu untuk dua orang pertama, kambing untuk si buta). Ternakan berkembang biak menjadi kawanan besar. Kemudian malaikat menyamar sebagai orang miskin meminta bantuan:Orang sopak & botak: Menolak, mengatakan harta warisan nenek moyang, lalu dikembalikan ke keadaan cacat asal.Orang buta: Bersyukur, "Dulu saya buta, Allah pulihkan mata saya. Ambil apa sahaja yang disuka." Malaikat berkata, "Kekalkan hartamu. Allah redha padamu, murka pada dua temanmu."

4) Takabbur dgn harta, spt apabila seseorang mempamerkan kekayaan untuk menunjukkan kelebihan diri dan merendahkan orang lain secara halus.

- Syeikh Yusuf Al-Qardawi menasihati umat Islam supaya tidak menjadi "hamba Ramadhan" sahaja, iaitu orang yang hanya beribadah giat semasa bulan puasa tetapi kembali kepada kelalaian selepasnya. Kata-kata beliau dalam buku dan ceramahnya tentang Ramadhan, Syeikh Al-Qardawi berkata:
  • "Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan sahaja, yang berpuasa di bulan Ramadhan dan berbakti kepada Allah hanya ketika itu. Sebaliknya, jadikan Ramadhan sebagai sekolah untuk mendidik jiwa, supaya selepas Ramadhan engkau kekal istiqamah dalam ketaatan kepada Allah sepanjang hayatmu."

Catatan Kuliah:
  • Takabbur Siri-2 | us Azhar Tuarno | 2-Mei-2026 (klik sini)
-

Sunday, December 28, 2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 28-Dis-2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

4 hubungan dgn Al-Quran
  1. Baca - siapa tidak baca Al-Quran sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  2. Faham - Baca tetapi tidak faham maksudnya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  3. Tadabbur - Baca & faham tetapi tidak tadabbur, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  4. Beramal - Baca, faham, tadabbur tetapi tidak mengamalkannya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran.

Hadis:
  • Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1016]
- Definasi Silaturrahim
Imam Nawawi mendefinisikan silaturahim sebagai berbuat baik kepada kerabat mengikut keadaan, seperti beri harta (infak), bantu tenaga, ziarah, salam, doa, atau nasihat. Ia wajib kifayah kepada sesama Muslim, lebih wajib kepada keluarga, dan termasuk tidak memutus hubungan walaupun dibalas buruk. Memutus silaturahim boleh menyempitkan rezeki sebagai hukuman.

Silaturahim membersihkan hati, tarik rahmat Allah, dan sebabkan rezeki bertambah melalui jalinan kasih sayang masyarakat. Ia sunnah muakkadah yang mendatangkan keberkatan dunia akhirat, selaras dengan mazhab Syafi'i yang menggabungkan ikhtiar dan tawakkal.

Apa maksud harta diberkati? Ada buktinya.
Iaitulah makanan yg kita makan membolehkan kita melakukan ibadah utk meningkatkan keimanan kpd Allah.
  • Jangan bersendirian. Hiduplah bermasyarakat utk membolehkan kita berinteraksi dgn jiran² dgn menjaga hubungan dan silaturrahim. Mengambil peluang memberikan bantuan kpd jiran setempat melalui usaha, nasihat dan buah fikiran.

Sesiapa yg berhutang maka wajib dia melunaskan hutangnya, terutama berhutang dgn manusia. Jika dia tidak mampu membayar hutangnya, maka mohon maaf atau minta dihalalkan hutangnya.

Dipanjangkan umur. Adakah rezeki atau umur itu boleh berubah?
Ahli alim ulamak mentafsirkan hadis ini mengatakan rezeki dan umur boleh berubah.

Kisah Perdebatan Rezeki:
Kisah Imam Syafie dan Imam Malik, guru dan murid, berdebat tentang rezeki di mana Imam Malik menekankan tawakkal sepenuhnya kerana rezeki ditentukan Allah, manakala Imam Syafie menambah usaha sebagai syaratnya.

Imam Malik berkata: "Rezeki datang tanpa usaha besar; lakukan bahagianmu (ibadah dan tawakkal), biar Allah urus sisanya," merujuk hadis: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan benar, nescaya Dia beri rezeki seperti burung yang pagi lapar, petang kenyang" (HR. Tirmidzi). Imam Syafie bertanya: "Jika burung tak keluar sarang, bagaimana dapat rezeki?" merujuk Surah An-Najm ayat 53:39 (klik sini),  manusia tidak mendapat kecuali apa yang diusahakannya.
{وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ}

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

Bukti Praktikal dengan Kurma:
Imam Syafie keluar, dan nampak pekebun sedang memetik kurma. Di minta kebenaran utk membantu petani itu petik kurma. Pekebun itu memberikan kurma sebagai upah di atas usahanya membantu memetik kurma. Dia kemudiannya bawa kurma itu kpd gurunya i.e. Imam Malik: "Jika tak usaha, tak dapat ini." Imam Malik terus memetik kurma dari tangkainya dan mengatakan dia terfikir memakan kurma, dan Allah rezekikan kurma datang kpdnya. Kisah ini mengajar rezeki:
(i) rezeki itu di atas apa yg kita usahakan,
(ii) Allah berikan rezeki kpd hamba-Nya.  

- Berdoa - berdoa kpd Allah supaya dimurahkan rezekindan dipanjangkan umur.
  • Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355]

- Silaturrahim - Bagaimana menjaga silaturrahim?
1. Tidak melakukan masalah atau jahat kpd saudara
2. Perlu berbuat baik, ziarah kpd saudara.

- Bersedekah - Berikan kpd saudara dan org lain apa yg direzekikan kpd kita.
- Bertaubat - Kita perlu lakukan taubat agar Allah bersihkan kita dari dosa².

- Jangan menjadi beban kpd saudara atau org lain. Sebaliknya jadilah seorg yg menyenangkan org lain; meliputi saudara sekerabat nasab atau mahram, seperti beri makanan, bantu kerja rumah, rawat sakit, atau tolong urusan harian.
Dlm konteks hari ini, apbl hadir ke majlis jamuan/walimah, berikan bantuan tenaga spt tolong urusan makanan atau kemasan tempat jamuan.

Sunday, December 7, 2025

Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Dis-2025

Muamalat: Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

Hadis tentang al-luqatah (barang temuan) riwayat Zaid bin Khalid al-Juhani ra.
  • زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلَهُ عَنِ اللُّقَطَةِ، فَقَالَ: اعْرِفْ عِفَاصَهَا وَوِكَاءَهَا، ثُمَّ اعْرِفْهَا سَنَةً، فَإِنْ جَاءَ صَاحِبُهَا فَهِيَ لَهُ، وَإِلَّا فَهِيَ لَكَ. قَالَ فَوَجَدَ الْجُهَنِيُّ غَنَمًا فَأَخْبَرَ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: خُذْهَا وَادْعُ لَهَا أَوْ اعْلَمْ بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَجْعَلْ لَهَا صَاحِبًا فَكُلْهَا. (Sahih Bukhari no. 2437; Sahih Muslim no. 1721)
  • Terjemah: "Zaid bin Khalid al-Juhani berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya tentang luqatah. Baginda bersabda: 'Kenalilah tali & wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika datang pemiliknya, maka miliknya. Jika tidak, milikmu.' Kemudian al-Juhani jumpa kambing, beritahu Rasulullah SAW. Baginda bersabda: 'Ambillah & panggilkan pemiliknya atau umumkan. Jika tiada pemilik, maka makanlah.'"

Hukum & Pengajaran:
  • Langkah: Kenali ciri (tali/wadah), umumkan 1 tahun, beri/serahkan kpd pemilik jika dia datang menuntut barangnya (Serah semula barang yg ditermui itu sebagai bukti kejujuran kita menjaga item yg ditemui dalam tempoh jagaan).

  • Selepas 1 tahun: Sekiranya selepas satu (1) tahun diumumkan penemuan item tersebut namun masih tiada sesiapa yg tampil menuntutnya, maka pemilihan item itu menjadi milik org yg menemukan item tersbt. 
    • Apbl telah bertukar hak pemilikan, maka item tersbt boleh diambil faedah darinya seperti dimakan, dijual atau diternak. 
  • Luqatah haiwan: Umumkan utk tempoh satu (1) tahun, jika tiada pemiliknya dtg menuntut, maka dikeluarkan zakat.

- Definisi Luqatah:
Imam Syafie dalam Kitab Al-Umm (Bab Luqatah) mendefinisikan al-luqatah sebagai harta terhormat (mahrum) yang tercicir daripada pemiliknya, tidak dalam jagaan sesiapa, dan penemunya tidak tahu pemiliknya.

Definisi Lengkap Imam Syafie:
  • Harta terhormat: Barang bernilai syarak (emas, perak, pakaian, makanan), bukan najis (arak, babi, muzik).
  • Tercicir & tidak dijaga: Hilang di jalan/kawasan umum, bukan disembunyikan.
  • Tidak diketahui pemilik: Penemu wajib kenal ciri (tali, wadah), umumkan 1 tahun, beri jika pemilik datang.
  • Contoh
    • Luqatah makanan cepat rosak: Boleh makan segera jika tak jumpa pemilik.
    • Luqatah berharga: Simpan 1 tahun, selepas itu milik penemu (boleh zakat).

- Tafsiran Imam Syafie berkaitan tali/ikatan & wadah:
  1. 'Ifaashahu (عِفَاصَهَا) = Tali, ikatan, atau pembalut luar
    • Contoh: Tali leher kambing, ikatan kain emas, tali beg wang.
    • Hukum: Kenali jenis, warna, panjang, & ciri unik (rusuk, simpul). Syafie: "Ini bukti pemilik"

  2. Wikaauha (وِكَاءَهَا) = Bekas, wadah, atau pembungkus dalam.
    • Contoh: Kulit kambing berisi madu, beg kulit, kotak kayu, kain pembalut.
    • Hukum: Kenali bentuk, saiz, bahan, warna. Syafie: "Wadah tunjuk nilai harta"

- Pemilikan (ownership) barang itu tidak berubah. 
  • Apabila pemilik dtg menuntut barangnya, maka ujilah sifat² barang yg didakwa miliknya, berdasarkan ikatan & wadah. Sekiranya tepat sifat tali/ikatan & wadah, maka wajib dipulangkan item yg ditemui itu kpd pemiliknya. 

- Hukum Mengambil Luqatah:
  1. Wajib: Jika yakin barang akan hilang/rosak/dijumpai orang zalim jika dibiarkan (contoh: wang jatuh di jalan malam). Penemu jadi pemegang amanah.
  2. Sunnat: Jika barang selamat tapi bernilai, ambil untuk umumkan & kembalikan.
  3. Harus: Selepas umumkan 1 tahun & tiada pemilik → milik penemu (boleh zakat).
  4. Makhruh: Ambil barang itu dan dia tidak dapat menjaga amanah dlm menjaga item/barang/haiwran tersebut.
  5. Haram: Jika yg mengambil barang itu utk digunakan dlm melakukan kemaksiatan.



Sabar Tanda Orang Yang Bersyukur

- us Dr Mohd Adib bin Shamsuddin kuliah Suboh Ahad 7-Dis-2025

Sabar Tanda Orang Yang Bersyukur

Definasi Sabar:
Sabar adalah menahan diri (jiwa, lisan dan anggota) ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, sambil tetap istiqamah dalam taat dan meninggalkan maksiat, serta redha dengan ketentuan Allah. 
  • Dalam disiplin akhlak, sabar biasanya dibahagi kepada tiga: 
    1. sabar dalam melakukan ketaatan, 
    2. sabar meninggalkan maksiat, dan 
    3. sabar menghadapi musibah.

Hadis:
  • Dari Shubaib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin , kerana pekerjaannya semuanya baik. Yang demikian tidak akan terdapat pada orang lain kecuali hanya pada orang mukmin. Kerana apabila dia berhasil (berjaya) dia bersyukur. Dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar. Itulah (rahsia) kebaikannya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2515]
- Imam Syafie tafsirkan: "Allah menolong kaum muslimin dlm perang Badar disebabkan kesabaran mereka menghadapi bilangan musuh 3:1 (313 vs 1000).
  • Mereka bertahan defensif, laung 'Ahad! Ahad!', Allah utus malaikat berturut (1000 → 3000 → 5000) kerana sabar & bertakwa." Beliau dalilkan dari surah Al-Anfal ayat 8: 65-66 & surah Ali-Imran ayat 3:123-125. 
  • Ayat Utama adalah dari surah Ali-Imran ayat3:123: "Allah telah menolong kamu di Badar sedang kamu lemah, dan dalil dari surah Ali-Imran ayat 3:125: "Jika sabar & bertakwa, Allah tolong dengan 5000 malaikat bertanda.".

- surah Al-Anfal ayat 8:65 (klik sini) (m/s 185)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَٰبِرُونَ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ }
 
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

- surah Al-Anfal ayat 8:66 (klik sini) (m/s 185)
{ ٱلۡـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمۡ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمۡ ضَعۡفٗاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ صَابِرَةٞ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمۡ أَلۡفٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفَيۡنِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ }

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

- surah Ali-Imran ayat 3:123 (klik sini) (m/s 66)
{ وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

- surah Ali-Imran ayat 3:125 (klik sini) (m/s 66)
{ بَلَىٰٓۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَٰفٖ مِّنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ مُسَوِّمِينَ }

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

- Dlm perang Badar, Allah membalas kesabaran org² Islam dgn menurunkan bantuan 5,000 malaikat yg menyertai peperangan Badar.

- Menangis sebagai tanda kesabaran
Menangis dianggap tanda kesabaran sejati kerana ia tunjuk hati sedih tapi mulut terkawal (tidak mengeluh atau membantah qada Allah). Ini selaras dengan 3 peringkat sabar: 
  1. sabar hati (menangis), 
  2. sabar lisan (diam), 
  3. sabar fizikal (taat syariat).
Hadis 1:
  • Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. pernah berkata: "Pada suatu malam anakku lahir, seorang bayi lelaki, lalu ku beri nama dia dengan nama bapaku, Ibrahim. Kemudian anak itu ku kirim kepada Ummu Saif, isteri seorang pandai besi, bernama Abu Saif, Rasulullah saw. mendatanginya dan aku ikut mengiringkan beliau. Ketika kami sampai di rumah Abu Saif, dia sedang meniup api di bengkelnya sehingga rumah itu penuh dengan asap. Aku berjalan duluan di hadapan Rasulullah saw., lalu ku beritahu Abu Saif. "Hai Abu Saif! Berhentilah! Rasulullah saw. datang!" Maka berhenti dia. Kemudian Nabi saw. menanyakan bayinya, lalu diserahkannya ke pangkuan beliau. Nabi saw. mengucapkan kata-kata sayang apa saja yang diucapkannya. Kata Anas. "Ku lihat bayi itu rela dengan sakit yang diderita, senang dalam pangkuan Rasulullah saw." Maka Rasulullah saw. menangis mengucurkan air mata. Kata beliau. "Air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali yang diredhai Tuhan kita. Demi Allah, wahai Ibrahim, kami sungguh sedih keranamu!" [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2145]

Hadis 2:
  • Dari Anas r.a., katanya: "Kami pergi dengan Rasulullah saw. kepada Abu Saif tukang besi yang sesusu dengan Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim lalu menciumnya. Tidak lama sesudah itu kami datang pula kepadanya, tetapi ketika itu Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dan air mata Rasulullah berlinang kerananya." Abdurrahman bin 'Auf berkata: "Ya, Rasulullah! Kenapa engkau menangis?" Jawab Rasulullah, "Hai, Ibnu 'Auf! Sesungguhnya yang demikian adalah kasih mesra. " Abdullah mengulangi perkataannya. Sabda Rasulullah saw., "Air mata mengalir, hati penuh duka, namun tidak ada kata-kata yang kami ucapkan melainkan apa yang diredhai Allah jua. Dan sesungguhnya perpisahan kami dengan engkau, hai Ibrahim, amat menyedihkan." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0678]

Konteks: Nabi saw menangis di depan jenazah anak baginda i.e. Ibrahim as. Menangis boleh dalam musibah asal tidak mengeluh kepada selain Allah (seperti "kenapa Allah buat begini").

- Bilakah sabar yg mendapat ganjaran? 
Sabar pada kali pertama ditimpa musibah mendapat ganjaran penuh ialah riwayat Sahih Muslim no. 926 (daripada Anas bin Malik RA melalui Tsabit)

Hadis.
  • عَنْ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَىٰ
Terjemahan: "Kesabaran itu (berpahala penuh) ialah ketika kejutan (musibah) mula-mula menimpa." (Sahih Muslim 926 - Muttafaq 'alaih).

- Hikmah: Musibah awal uji iman; sabar spontan = ganjaran besar. Segera ucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un".


Saturday, November 29, 2025

Mendidik Akhlak Anak

- us Husaini kuliah Suboh Sabtu 29-Nov-2025

Kitab Hadis 40 Imam Nawawi: Akhlak

Hadis:
  • Bundar menceritakan kepada kami, Abdurrahman bin Mahdi menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Habib bin Abi Tsabit dari Maimun bin Abi Syabib dari Abu Dzarr berkata: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: "Bertakwalah kepada Allah di mana kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu menghapuskannya, dan pergaulilah sesama manusia dengan perangai yang baik". Dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah. Hadis ini adalah hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2053]

- Surah Al-Ahzab ayat 33:21 (klik sini)
{ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا }

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

- Pengajaran akhlak lebih penting dalam pembentukan anak kerana akhlak membentuk sahsiah, jati diri, dan kehidupan akhirat yang kekal, manakala ilmu duniawi boleh dipelajari kemudian.

Kepentingan Akhlak dalam Islam:
Pendidikan akhlak adalah asas utama pembentukan insan soleh, seperti dinyatakan Imam Al-Ghazali bahawa akhlak mulia melalui penyucian jiwa lebih utama daripada tingkah laku fizikal sahaja. Islam menekankan pembentukan sahsiah kanak-kanak lebih daripada kemahiran teknikal kerana akhlak menjadi benteng daripada gejala sosial negatif.

Pengajaran Utama:
  • Ibu bapa sebagai teladan utama: 
    • Anak meniru akhlak ibu bapa; mereka adalah amanah Allah yang ditanya di akhirat, dan warisan kekal selepas kematian.
  • Peranan guru dan persekitaran:
    • Guru membentuk akhlak pelajar melalui teladan, disiplin, dan latihan, selari dengan sabda Nabi saw tentang menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.
  • Prinsip Qurani:
    • Surah Luqman ajar tauhid, syukur, sabar, dan adab sosial sebagai asas akhlak, lebih utama daripada akademik semata-mata.

- Kemenjadian anak bermula dari akhlak.

- Surah Luqman ayat 31:13 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ }

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

- Surah Luqman ayat 31:14 (klik sini)
{ وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ }

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

- Surah Luqman ayat 31:15 (klik sini)
{ وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

- Pembentukan akhlak zaman dahulu dibentuk melalui kiasan. Contoh:
  • Jangan bermain waktu senja/Maghrib, nanti disorok hantu
  • Anak perempuan jangan menyanyi waktu masak
  • Anak perempuan jangan duduk di tangga
  • Anak lelaki jangan beralih tempat waktu makan nanti kahwin 4.

Carian Internet
Prinsip asas pembentukan akhlak
  • Anak ialah amanah yang mesti diselamatkan daripada api neraka; 
    • ibu bapa wajib mendidik, bukan sekadar memberi nafkah material.​
  • Hati anak diibaratkan “cermin yang bersih”; 
    • jika diisi dengan adab, ilmu dan kebiasaan baik, mereka akan berjaya di dunia dan akhirat, tetapi jika dibiarkan bebas tanpa bimbingan, mereka akan rosak dan dosa jatuh kepada penjaga.​

Kaedah utama membentuk akhlak:
  • Teladan (qudwah): 
    • Ibu bapa dan guru wajib menunjukkan akhlak baik kerana anak sangat mudah meniru perlakuan orang dewasa.​

  • Pembiasaan & latihan: 
    • Biasakan anak dengan amalan baik seperti solat, puasa sedikit demi sedikit, berpakaian sederhana, menjauhi kemewahan dan sikap suka bermegah.​

  • Nasihat & cerita: 
    • Gunakan nasihat lembut dan kisah-kisah yang membina untuk menerangkan akibat baik dan buruk sesuatu perbuatan.​

  • Ganjaran & hukuman yang bijak: 
    • Ganjaran diberi untuk mengukuhkan tingkah laku baik, manakala hukuman diberi dengan hikmah untuk mencegah kebiasaan buruk tanpa mengaibkan anak.​

Kawalan persekitaran dan rakan sebaya:
  • Imam al-Ghazali menekankan kewajipan melindungi anak daripada kawan yang jahat serta suasana yang merosakkan akhlak.​
  • Anak perlu dilatih supaya tidak tamak kepada kemewahan, pakaian mewah, kesenangan melampau, kerana ia menanam cinta dunia dan melalaikan mereka daripada tujuan akhirat.


Saturday, November 8, 2025

Sifat Ithar

- us Syed Hussaini kuliah Maghrib Sabtu 8-Nov-2025

Sifat Ithar

Dalil Surah Al-Hasyr ayat 59:9 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

- Definasi:
Sifat ithar dalam Islam bermakna mengutamakan atau mendahulukan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri sendiri, terutama dalam hal-hal duniawi, dengan niat ikhlas karena mengharapkan keridhaan Allah SWT. Secara bahasa, ithar (الإيثار) berarti pengorbanan atau keutamaan yang diberikan kepada orang lain meskipun orang tersebut mungkin tidak mampu membalasnya.

- Dalam istilah, ithar merujuk pada tindakan mulia yang dilakukan dengan keyakinan dan mahabbah (cinta yang mendalam) terhadap sesama Muslim, serta kesabaran dalam menghadapi kesulitan demi kebaikan orang lain. Orang yang berithar rela mengorbankan keperluannya sendiri, termasuk dalam keadaan kekurangan, untuk membantu atau mengutamakan orang lain, baik dalam bentuk materi, waktu, maupun perhatian.

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air. Begitulah jawapan mereka masing-masing. Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!" Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan. Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1966]

Kupasan:
1. Rasulullah saw tidak menggunakan kedudukannya sebagai Nabi atau ketua utk memutuskan siapa yg perlu berikan bantuan kpd org yg perlukan bantuan, sebaliknya baginda tanyakan kpd para sahabat yg ingin memuliakan tetamu Rasulullah saw.

2. Rasulullah saw dan isteri² baginda hidup dlm keadaan zuhud. Walaupun sebagai seorg pemerintah, baginda tidak mengumpul kekayaan. Dlm hadis yg lain Aisyah hanya ada kurma dan diberikan kpd fakir yg meminta bantuan makanan.
  • Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah. Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya. Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah. Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan syurga baginya, atau Allah Ta'ala membebaskannya dari seksa neraka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2258]
3. Rasulullah saw tahu melalui wahyu apa yg berlaku di rmh lelaki Ansar yg melayani tetamu baginda.

4. Sifat mendahului org lain atas dasar memuliakan tetamu, saudara, atau org lain, adalah suatu sifat mulia.