Showing posts with label Dosa Besar. Show all posts
Showing posts with label Dosa Besar. Show all posts

Friday, August 18, 2023

Dosa Besar Ke-43 Namimah (Mengadu-domba)

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Jumaat 18-Ogo-2023

Dosa Besar Ke-43 Namimah (Mengadu-domba)

- Pengadu domba adalah org yg menyampaikan pembicaraan dari satu org kpd yg lainnya dgn tujuan mendatangkan keresakan di antara mereka.

- Menurut ijma' ulamak, hukum melakukan fitnah, menyebarkan fitnah, mengadu-domba, adalah haram.
- Dalil pengharaman fitnah adalah dlm surah Al-Qalam ayat 68:10 dan 11

Surah Al-Qalam ayat 68:10 (klik sini)
{ وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٖ مَّهِينٍ }

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

Surah Al-Qalam ayat 68:11 (klik sini)
{ هَمَّازٖ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٖ }

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

- Hadis 1:
Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Manshur dari Ibrahim dari Hamman bin AI-Harits berkata: "Seseorang menjumpai Hudzaifah bin AI-Yaman lalu dikatakan kepadanya, orang ini menyampaikan pembicaraan manusia kepada para pejabat pemerintahan". Hudzaifah berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak masuk syurga pengadu domba." Sufyan berkata: "Allqattahu" ertinya pengadu domba". Hadis ini adalah hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2095]

- Hadis 2:
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. melalui dekat dua buah kubur, lalu beliau bersabda, 'Tahukah kamu bahawa kedua orang yang berada dalam kuburan ini sedang diseksa kerana kesalahannya berat. Yang satu kerjanya tukang fitnah, sehingga menimbulkan permusuhan di mana-mana. Yang satu lagi tidak cebok sesudah kencing." Kata lbnu 'Abbas, "Kemudian Nabi meminta pelepah kurma yang masih basah, lalu dibelahnya dua. Sesudah itu ditancapkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sebelah." Kemudian beliau bersabda. "Semoga seksaan mereka diringankan Allah, selama pelepah kurma itu masih basah." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0239]

- Imam Al-Ghazali mengajarkan cara-cara mencegah fitnah adalah:
1. Tidak mempercayai perkataan org itu, kerana org yg mengadu domba itu fasik.
2. Meninggalkan majlis yg membincangkan hal fitnah.
3. Membenci perkara fitnah, kerana Allah benci terhadap fitnah.
4. Jangan bersangka buruk terhadap org yg difitnah, kerana Allah melarang bersangka seperti firman Allah dlm surah Al-Hujrat ayat 49:12 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

- Jangan jadikan diri kita tempat utk org mengadu-domba.

Monday, March 21, 2022

Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan)

- us Shairozi Hasyim kuliah Maghrib Jumaat 18-Mac-2022

Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan) yang dilakukan. 

- Sebarang pemberian atau kebaikan yang diberikan/dilakukan perlulah semata-mata kerana Allah. 
- Syaitan dan iblis membisik-bisikkan pemberian/kebaikan agar di sebut-sebutkan kpd org, agar gugur pahala sebaliknya mendapat dosa di atas perbuatan ungkit-mengungkitnya itu.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:262 (klik sini utk paparan ayat

{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنّٗا وَلَآ أَذٗى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

— Jangan rosakkan pemberian yang dibuat dengan menyakiti hati org yang diberikan pemberian.  Surah Al-Baqarah Ayat 2:264 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Sabda Nabi SAW:

ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ…. قَالَ أَبُو ذَرٍّ: خَابُوا وَخَسِرُوا، مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: الْمُسْبِلُ، وَالْمَنَّانُ، وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ.

Maksudnya: Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, Allah tidak akan melihat mereka serta tidak juga mensucikan (dosa-dosa) mereka, dan mereka akan mendapat seksa yang pedih… Abu Dzar berkata: Mereka pasti kecewa dan rugi! Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda: Al-Musbil (orang yang melabuhkan pakaian dengan riak), Al-Mannan (orang yang suka mengungkit pemberiannya), dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah bohong.” [HR Muslim]

a) jangan bersumpah dgn nama Allah dgn tujuan mendapatkan simpati dari pembeli, atau melepaskan diri dari hukuman, kerana sumpahnya adalah pembohongan. Berhentilah dari melakukan sumpah atas nama Allah, semata-mata ingin mendapatkan simpati agar dibebaskan dari tuduhan, atau agar diyakini oleh pembeli bahawa barang jualannya mengikut spesifikasi dan kualiti yang memberi faedah kepada pembeli. 


Jaga lidah dan lisan kita kerana azabnya amat pedih
Sabda Rasulullah SAW:

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
يعذب الله اللسان عذابا, لا يعذب به شيئا من الجوارح, فيقول: أى رب! عذبتنى عذابا لم تعذب به شيئا؟ فيقول الله: خرجت منك كلمة, فبلغت مشارق الأرض ومغاربها, فسفك بها الدم الحرام, وانتهب بها المال الحرام, وانتهك به الفرج الحرام. وعزتى لأعذبنك عذابا لا أعذب به شيئا من جوارحك.

“Allah akan mengazabkan lidah dengan suatu azab (yang dahsyat) yang tidak ada tandingannya dengan azab kepada anggota yang lain.

Maka berkatalah (lidah): ‘Wahai Tuhan!, Engkau mengazabkan aku dengan azab yang (kadarnya) tidak terbanding dengan yang lain?’.

Allah berfirman: ‘Telah keluar dari kamu jenis-jenis perkataan, maka ia telah sampai kepada timur dunia dan baratnya. Maka dengannya (perkataan tersebut) tertumpahlah darah secara haram, dan dirampas harta secara haram, dan dicabul kehormatan secara haram. Dan Demi ketinggianKu pasti Aku menyiksakan kamu dengan (kadar) siksaan yang (berat) tidak Aku jatuhkan kepada sesuatu apa pun daripada anggota-anggota engkau yang lain.”
(as Syirazi, hal. 300).

a) Jangan sebar cerita, tanpa diselidik terlebih dahulu, kesahihannya. Jangan terlibat dgn fitnah.
 

Tidak masuk syurga orang yang bakhil

Daripada Abu Bakar As-Siddiq ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خِبٌّ وَلاَ مَنَّانٌ وَلاَ بَخِيلٌ " .

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan takhbib (tipu daya), mannan (pengungkit) dan bakhil.” [HR al-Tirmizi (1963)].


- Suatu hari, Ibnu Sirin mendengar seorang berkata kepada sahabatnya, “Aku sudah berbuat baik kepadamu. Aku sudah melakukan ini…. dan itu …!”. Maka Ibnu Sirin menegurnya, “Diamlah! Tidak ada kebaikan dalam amal kebajikanmu jika ia disebut-sebut!”.

- Sebahagian ulama berkata, "Barangsiapa mengungkit-ungkit kebaikannya, ia bukan termasuk orang yang bersyukur, dan barangsiapa merasa bangga dengan amalnya pahalanya menjadi terhapus.


Thursday, December 31, 2020

Dosa Besar Ke-32 Menerima Rasuah bagi Seorang Hakim atau Seorang yang Mempunyai Kuasa

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 5-Jan-2020

Dosa Besar Ke-32 Menerima Rasuah bagi Seorang Hakim atau Seorang yang Mempunyai Kuasa

- Rasuah juga dikenali sogokan, termasuk dalam kategori memakan harta orang lain dengan cara yang batil (ie yang tidak diredoi oleh Allah SWT). Rasuah mempunyai penganiayaan kepada orang yang berkehendakkan sesuatu (seperti kontrak kerja), dan juga penganiayaan terhadap orang yang berhak mendapat kerja. Rasuah bertujuan supaya pekerjaannya berjalan lancar ie tidak menghadapi masalah.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:188, ms 29 (klik sini utk paparan ayat)

 
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). 


- Rasuah dalam pelbagai bentuk, seperti wang tunai, dan bukan wang tunai seperti pangkat, umrah/haji, kepuasan nafsu.

- Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan juga yang meminta rasuah. 

- Daripada Abdullah bin ‘Amr ra, Rasulullah saw bersabda:


لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [HR Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)]

- Hadis yang lain daripada Abdullah ibn ‘Amr ra meriwayatkan

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah saw melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” [HR Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337)  dan Ibn Majah (2313)]

- yang dikatakan "rasyi" adalah orang yang memberi rasuah. "murtasyi" dimaksudkan sebagai orang yang menerima rasuah.

- orang yang menerima rasuah kerap mengatakan itu adalah rezeki kerana diberi oleh orang. 

  • Dalam konteks sebenar, sekiranya dia tidak berada pada kedudukan (atau pangkat) dia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menentukan atau menilai sesuatu keadaan/keputusan, sudah tentu dia tidak dipandang oleh sesiapa, apatah lagi diberikan hadiah. Terimaan wang atau habuan itulah yang disebutkan/dimaksudkan sebagai rasuah.

- Seorang hakim/ahli panel/penilai yang menerima rasuah maka keputusan yang dibuatnya tidak berdasarkan pemarkahan/penilaian sebenar.

- Kisah Imam Abu Umar al-Zaie, didatangi oleh seorang lelaki yang datang kepadanya membawa madu dan meminta supaya dituliskan surat kepada gebenor Syam sebagai surat sokongan. Kata imam Abu Umar, jika engkau mahukan aku menulis surat sokongan kepada gabenor, maka bawalah balik madu ini. (Imam Abu Umar menolak pemberian madu itu kerana terdapat unsur rasuah dalam urusan penulisan surat tersebut.

- contoh rasuah:

  1. terima duit/kain/telekung dari wakil ahli politik supaya memilih/memangkah partinya. Juga terima duit dari wakil ahli politik untuk pulang ke kampung supaya mengundi parti politiknya.

  2. buat kutipan di air-port untuk diberikan kepada petugas syarikat penerbangan supaya diluluskan bagasi yang telah melebihi kuota yang ditetapkan. Boleh berlaku dalam rombongan percutian/umrah.

 

- Hadis diriwayatkan daripada Abu Umamah, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang memberi jaminan kepada seseorang. Kemudian diberikan kepadanya suatu hadiah kerana jaminannya itu, maka dia telah memasuki satu pintu besar daripada pintu-pintu riba.” [HR Abu Daud]

  • Contoh #1, seorang ahli panel memberi jaminan bahawa suatu kontrak akan diberikan kepada seorang pembida, lalu pembida itu beri hadiah kepadanya. Pembida itu mungkin berkata, "terimalah hadiah ini sebagai saguhati kerana aku telah memenangi kontrak". --> Hadiah itu termasuk unsur rasuah.

  • Contoh #2, seorang bapa menghubungi pegawai pemilih kemasukan asrama supaya ditengokkan permohonan anaknya. Apabila pegawai itu memberitahu bahawa anaknya telah mendapat tempat di suatu asrama, bapa itu pun belanja makan pegawai pemilih tersebut. --> Belanja makan itu termasuk unsur rasuah.

  • Contoh #3, seorang lelaki menolong mendapatkan kembali harta yang dirampas, kemudian memulangkannya kepada pemilik harta/barang itu. Pemilik harta/barang itu kemudiaanya memberi sedikit hadiah kepada lelaki itu. --> hadiah/habuan kecil itu termasuk unsur rasuah.

 

- Apakah tujuan beri hadiah/belanja makan? Tentulah kerana orang itu memberi sedikit pertolongan kepada kerja kita. Pemberian/sogokan itulah rasuah.

- Secebis nasihat: Wahai hamba Allah, timbangkanlah dengan sebenar-benarnya, kesudahan yang akan sampai kepada engkau nanti, jauhilah segala kelakuan yang bakal menimbulkan kemurkaan Allah SWT, supaya engkau esok terhindar dari seksanya.

  • Rasuah adalah suatu perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT.

  • Kitab Tanbih al-Ghafilin, Malaikat Jibrail bertemu Rasulullah dengan mukanya berubah. Rasulullah bertanya, kenapa mukamu berubah? Jawab Jibrail, baru sebentar tadi Allah perintahkan aku melihat api neraka. Ketahuilah wahai Muhammad, azab neraka itu benar, azab kubur itu benar.

  • Laknat terhadapa orang yang memberi rasuah itu benar. Laknat terhadap orang yang menerima rasuah itu benar.

  • Seksaan Allah itu amat dahsyat, tidak tertanggung oleh kita.

  • Apabila satu jenazah masuk kubur, maka datang kepadanya 2 malaikat, yang mana digambarkan oleh Rasulullah, hitam kebiru-biruan warnanya, yang akan menanyakan jenazah. Apabila tidak dapat jawab soalan dari mekereka, maka akan dipukul dengan belantan dari besi. Jenazah itu akan diseksa sehinggalah hari kiamat.

  • Satu percikan dari api neraka yang masuk dalam air laut, nescaya kering air laut, dan tiada apa yang boleh diambil manfaat dari laut itu.

- Jangan bergantung kepada makhluk.

- Hadis daripada Nabi Muhammad saw,:


سَيَأْتِى عَلَى أُمَّتِى زَمَانٌ يُحِبُّوْنَ اْلخَمْسَ وَيَنْسَوْنَ اْلخَمْسَ : يُحِبُّوْنَ الدُّنْيَاوَ يَنْسَوْنَ اْلآخِرَةَ وَيُحِبُّوْنَ اْلحَيَاةَ وَيُنْسَوْنَ الْمَوْتَ وَيُحِبُّوْنَ اْلقُصُوْرَ وَيَنْسَوْنَ اْلقُبُوْرَ وَيُحِبُّوْنَ الْمَالَ وَيَنْسَوْنَ اْلحِسَابَ وَيُحِبُّوْنَ اْلخَلْقَ وَيَنْسَوْنَ الْخَالِقَ .

Maksudnya, "Akan datang suatu masa, dimana umatku lebih mencintai kepada lima perkara dan melupakan lima perkara lainnya, iaitu : 

  1. Lebih mencintai duniawi dan melupakan ukhrawi (akhiratnya). 
  2. Lebih cinta hidup dan melupakan mati. 
  3. Mencintai gedung gedung bermahligai dan lupa kubur. 
  4. Mencintai harta benda dan melupakan hisab, dan mereka 
  5. lebih mencintai kepada sesama makhluk dan melupakan Sang Khaliq, Allah SWT."

- Seorang yang telah bergelumang dengan rasuah, dia susah untuk keluar dari tabiat rasuah. Orang yang memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu balasan, sebenarnya tidak yakin dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT. Tabiat melobi-lobi adalah suatu bentuk kepalsuan. Hakikat sebenarnya adalah anugerah/terimaan kontrak itu adalah ketetapan Allah.

- Jika engkau berterusan percaya dengan perkara rasuah, kelak engkau akan rasa tertipu (mereka akan menangis dan menyesal, dan mencela diri mereka sendiri, iaitulah apabila mereka telah dimasukkan dalam kubur).

 

- Sambungan kuliah:


Sunday, October 4, 2020

Dosa besar ke-33 Wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita

- us Shairozi Hasyim kuliah Maghrib Ahad 4-Okt-2020

Dosa besar ke-33: Wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.

Ini adalah suatu penyakit zaman kita.
- dimaksudkan tasyabbuh adalah org lelaki meniru kelakuan, gerak-geri wanita. Wanita meniru gerak-geri wanita.

Hadis riwayat al-Bukhari. Allah melaknat lelaki yg menyerupai wanita. 


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksudnya : Rasulullah saw melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki. [HR Al-Bukhari No. 5885]


Daripada Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah saw., mengutuk seorang laki-laki yang memakai pakaian seperti seorang perempuan, dan mengutuk perempuan yang memakai pakaian seperti seorang laki-laki.” [HR. Abu Daud]

 

Dimaksudkan wanita meniru lelaki adalah dlm bentuk:
a) susuk tubuh, 
b) pakaian,
c) potongan rambut,
d) gerak-geri (perangai).

- Lelaki yang menyerupai wanita dipanggil mukhannats:

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah memang menyatakan: “Ulama berkata, mukhannats itu ada dua macam.

(1) hal itu memang sifat asal/ pembawaannya bukan ia bersengaja lagi memberat-beratkan dirinya untuk bertabiat dengan tabiat wanita, bersengaja memakai pakaian wanita, berbicara seperti wanita serta melakukan gerak-gerik wanita. Namun hal itu merupakan pembawaannya yang Allah Subhanahu wa Ta’ala memang menciptakannya seperti itu. Mukhannats yang seperti ini tidaklah dicela dan dicerca bahkan tidak ada dosa serta hukuman baginya kerana ia diberi uzur disebabkan hal itu bukan kesengajaannya. Kerana itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada awalnya tidak mengingkari masuknya mukhannats menemui para wanita dan tidak pula mengingkari sifatnya yang memang asal penciptaan/ pembawaannya demikian. Yang beliau ingkari setelah itu hanyalah kerana mukhannats ini ternyata mengetahui sifat-sifat wanita (gambaran lekuk-lekuk tubuh wanita) dan beliau tidak mengingkari sifat pembawaannya serta keberadaannya sebagai mukhannats.

(2) mukhannats yang sifat kewanita-wanitaannya bukan asal penciptaannya bahkan ia menjadikan dirinya seperti wanita, mengikuti gerak-gerik dan penampilan wanita seperti berbicara seperti mereka dan berpakaian dengan pakaian mereka. Mukhannats seperti inilah yang tercela di mana disebutkan laknat terhadap mereka di dalam hadits-hadits yang shahih.

- Wanita yang menyerupai lelaki dipanggil al-mutarajjilah

Al-Mutarajjilah yaitu wanita yang menyerupai laki-laki dalam hal pakaian, penampilan, cara berjalan, mengangkat suara (cara bicara), dan semisalnya. Bukan penyerupaan dalam pendapat/ pikiran/ pertimbangan, dan ilmu. Kerana menyerupai laki-laki dalam masalah ini adalah terpuji, sebagaimana diriwayatkan bahawa pendapat/ pikiran/ pertimbangan Aisyah radhiallahu ‘anha seperti laki-laki. (‘Aunul Ma’bud, 13/189).


>> Klik untuk pembacaan penuh 


- Dlm kejadian manusia, selagimana tidak dizahirkan keinginan menyerupai lelaki/wanita, ianya tidak berdosa. 

- apbl seorang wanita memakai pakai seperti lelaki, dgn menampakkan susuk tubuh, maka layak baginya dikutuk Allah. Sekiranya dia bersuami, dan suaminya redho dgn gaya/perangai isteri sebegitu, maka kutukan Allah itu tertimpa kepada suaminya juga.

- adalah menjadi tanggungjawab dan wajib bagi suami untuk menegur isteri dan anak-anak (terutama anak perempuan) dalam bab berpakaian.


Surah At-Tahrim Ayat 66:6

A006


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


Seorang suami perlu menjaga isteri dan anak-anak supaya tidak melakukan dosa dalam kehidupan mereka.



Akan binasalah lelaki apbl dia mula mentaati isterinya. Tidak seorang suami tunduk kepada kehendak isterinya melainkan dia dimasukkan dlm neraka.

Al-Hasan berkata, “Demi Allah, tidaklah seorang lelaki tunduk kepada isterinya dalam segala hal yang diinginkannya kecuali Allah ta’ala akan menelungkupkannya di dalam neraka.” 


- Dlm melakukan ketaatan kepada Allah, jangan takut kepada isteri.

Hadis: .. dua golongan dari penduduk neraka yang aku tidak akan melihatnya kerana buruknya keadaan mereka:
 
i) satu kumpulan manusia memukul tali cemeti kepada kumpulan manusia yang lain

Daripad Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw., bersabda: “Ada dua kelompok orang yang ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya, yaitu orang yang mempunyai cambuk seperti seekor lembu, dimana dengan cambuk itu ia suka memukulnya kepada sesama manusia, dan orang-orang perempuan yang berpakaian seperti orang telanjang, merayu-rayu dan melengok-lengok membesarkan kondenya seperti punggung unta. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium harumnya surga, dan sesungguhnya harumnya surga itu akan didapatkan sejauh perjalanan sana dan sini.” [HR. Muslim]

ii)  sekumpulan wanita yang memakai pakaian separuh bogel (baju nipis, menampakkan susuk tubuh, nampak warna kulit) yang berjalan berlengang-lengguk, wanita itu tidak akan masuk syurga, sedangkan syurga itu boleh dihidu dari jarak sekian dan sekian.

Sabda Rasulullah, 

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang-lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”



Surah Al-Ahzab Ayat 33:59

A059



يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



- Wanita yang tergelincir dari menjaga dirinya dari melakukan kemaksiatan kepada Allah. seperti:
1) memakai gelang kaki hingga berbunyi apbl dia berjalan.
2) memakai kasut tumit tinggi, hingga menggoyangkan punggung.
3) bersolek yang bukan utk berhias diri kepada suami.
4) berpakaian dgn pakaian lelaki.

- seorang lelaki yang bertukar sifat hingga menukar jantina kepada seorang perempuan, jika bertukar nama sekalipun, apabila dia mati maka jenazahnya tetap dipanggil dengan nama lelaki (sifuplan "bin" sipulan) dan diuruskan seperti jenazah lelaki.

Abdullah bin Umar bertemu dengan seorang gembala yang berpakaian gaya lelaki dgn rambutnya pendek. Abdullah bertanya kepada gembala itu adakah dia lelaki atau perempuan. Jawab gembala itu, dia seorang lelaki. Abdullah bin Umar mengatakan bahawa Allah melaknak seorg wanita yang menyerupai lelaki.

“Ketika Ibnu ‘Umar dan Abdullah bin `Amru sedang berada di tempat Zubair bin Abdul Muththallib, tiba-tiba datang seorang perempuan mengheret kambing sambil bersandar pada sebuah busur. Kemudian Abdullah bin `Umar bertanya, “Kamu ini lelaki atau perempuan?” Wanita itu menjawab, “Perempuan.” Lalu Ibnu `Umar berpaling kepada Ibnu `Amru sambil berkata, “Sesungguhnya Allah ta’ala melalui lisan NabiNya, telah melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”


Hadis: “Tidaklah kutinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan kaum lelaki dari pada wanita.” 

Dari Usamah bin Zaid ra. Dari Nabi saw beliau bersabda: “Tiada aku tinggalkan suatu fitnah (ujian) yang lebih berbahaya bagi laki-laki dan fitnah perempuan.” [HR Bukhari dan Muslim]

- Pada dasarnya tidak ada ujian yang lebih berat dari laki-laki, iaitulah golongan wanita.


Sunday, December 1, 2019

Dosa Besar ke31 Hakim yang Derhaka

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 1-Dis-2019

Dosa Besar ke31 Hakim yang Derhaka

Hakim ie org yg menjatuhkan hukuman ke atas manusia.

Hakim atau qadi tidak menjatuhkan hukum menurut syariat Allah, maka dia telah berlaku derhaka kepada Allah.


Surah Al-Maidah Ayat 5:44 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِيهَا هُدٗى وَنُورٞۚ يَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيۡهِ شُهَدَآءَۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗاۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


Surah Al-Maidah Ayat 5:45 (klik sini utk paparan ayat)

وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Surah Al-Maidah Ayat 5:47 (klik sini utk paparan ayat)

وَلۡيَحۡكُمۡ أَهۡلُ ٱلۡإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan ayat² di atas, Allah mengancam kpd sesiapa yg dilantik menjadi hakim/qadi, yg tidak melakukan hukuman yg diredhai Allah.

Barangsiapa yg tidak menjatuhkan hukuman mengikut syariat Allah, maka balasan seksa neraka menantinya.

Seorg hakim/qadi yg merendah, menginkar atau memilih utk menjatuhkan hukum yg bukan Islam, maka dia disifatkan sama spt org kafir.

Seorg hakim/qadi yg menolak hukum Allah dgn tanpa apa² alasan, maka dia disifatkan sebagai seorg yg zalim.

Seorg hakim/qadi yg tidak mahu memilih dgn hukum islam, sedangkan dia tahu dan sedar hukum Allah itu, maka dia disifatkan sebagai seorg yg fasik.

Seorg imam (ie pemimpin) yg mempunyai kuasa utk melaksanakan hukum Islam, namun dia memilih utk tidak melaksanakannya, maka dia disifatkan sebagai seorg yg fasik.


Hakim perlu berlaku adil.


Ada 3 kategori hakim. Hanya 1 yg masuk syurga, 2 lagi masuk neraka.

(a) yg masuk syurga adalah yg mengetahui hukum Islam dan menjatuhkan hukuman dgn adil.

(b) hakim yg mengetahui hal yg sebenarnya, namun dia memilih utk tidak manjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Maka dia dimasukkan ke dlm neraka.

(c) hakim yg menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui dgn jelas kes yg dibicarakan, maka dia dimasukkan ke neraka.
- org yg tidak mengetahui kes sebenar, maka dia tidak layak menjadi hakim utk menjatuhkan hukuman kpd kes yg dibicarakan.


Disembelih tanpa pisau ie org yg menjatuhkan sesuatu penilaian (pretasi, kerja) atau menghukum dgn tidak berlaku adil.
- maksud pisau adalah menganiaya diri sendiri, hingga menyebabkan diseksa di akhirat.


Hakim atau penilai adalah golongan yg mula² dihisab di akhirat nanti.

Dlm konteks harian kita, kita juga adalah seorg hakim dlm memberikan penilaian kpd pekerja di bwh jagaan kita. Begitu juga sebagai hakim terhadap anak². Maka berlaku adillah dgn makluman dan data dlm membuat penilaian dan keputusan.

Sunday, November 3, 2019

Dosa Besar ke30 Berbohong siri2

-us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 3-Nov-2019

3 golongan manusia yg mana Allah tidak akan berbicara dgn mereka, juga tidak melihat wajah mereka, dan tidak menyucikan diri mereka (ie tidak diberikan pengampunan):
  1. org tua yg melakukan perzinaan.
  2. pemerintah² yg berbohong (dgn rakyatnya).
  3. org fakir yg sombong kpd Allah, ie miskin dan tidak mengesakan Allah dan berlaku kufur kpd Allah.

Api neraka yg disediakan utk membakar ahli neraka adalah dipanaskan selama 3,000 tahun. 1,000 tahun berwarna merah, kemudian bertukar kpd putih utk 1,000 tahun, kemudian kepanasannya bertukar kpd warna hitam hingga 1,000 thn.

Malaikat juga tidak berbicara kpd mereka (ahli neraka) selama 40 tahun.

Jika 2 percikan api neraka itu jatuh ke bumi, maka kepanasan api neraka itu menyebabkan tidak ada apa benda yg boleh diambil faedahnya.

Rasulullah saw mencela perbuatan berbohong demi membuatkan manusia ketawa. 
Rasulullah saw bersabda, "Celakah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain ketawa. Celakah ia, celakalah ia." [HR Abu Dawud]
  • Perkara yg dilarang itu adalah bahan cerita tipu, atau direka-reka. Kerana ad org yg terasa dgn cerita bohong itu.
  • Neraka wel adalah balasan kpd 3 jenis manusia di atas.

Ada org yg bersumpah bhw cerita bohongnya adalah benar.

- Tiga Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Pada Hari Kiamat

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ

Dari Abu Dzar dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat mereka, tidak mensucikan dosanya dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih.” Abu Dzar berkata, “Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Abu Dzar berkata lagi: Mereka gagal dan rugi, siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang melakukan isbal (memanjangkan pakaian), orang yang suka memberi dengan menyebut-nyebutkannya (karena riya’), dan orang yang menjual dagangan dengan bersumpah palsu (hingga menyebabkan orang percaya dan membelinya) ” [HR Muslim No: 154]

- 3 golongan manusia yg Allah tidak bercakap dgnnya, dipandang wajahnya dan tidak disucikan:
  1. Org yg mempunyai kelebihan air, dan menyekat org ramai dari mengambil air tsbt.

  2. Tipu dlm jual-beli: org yg berniaga dan bersumpah bhw harga barang yg dibelinya itu menyebabkan org yg mendengar cerita itu teruja utk membeli (sedangkan barang itu sebenarnya tidak berkualiti, mungkin juga harga yg dibelinya adalah harga bohong).

  3. Org yg menyatakan taat setia kpd pemimpin semata-mata kerana faedah dunia. Perjanjian/Baiah yg dibuat kpd seseorg pemimpin atas sebab faedah politik.

- Pengkhianatan: Sangatlah berat perbicaraan kamu kpd saudara kamu itu sedangkan cerita itu adalah cerita bohong.

- Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengaku telah bermimpi melihat suatu padahal ia tidak bermimpi begitu (dusta), niscaya kelak pada hari kiamat akan dipaksa untuk mengikatkan antara dua butir gandum, padahal sekali-kali ia tidak dapat melakukannya." [HR Imam Ahmad dan Muslim]
  • Dusta yg paling berat adalah menyatakan dia bermimpi sedangkan dia tidak bermimpi.
- Daripada Watsilah bin Al-Asqa’, Rasulullah saw bersabda "Sebesar-besar kedustaan terhadap Allah adalah seseorang yang mengaku melihat sesuatu yang tidak dilihatnya." [HR Ahmad (4/106), Al-Bukhari (3509), Ath-Thabrani (22/72/178), Al-Baihaqi Asy-Syu’ab (4490) dan Al-Khatib dalam Al-Jami’ (1289)] .

Rasulullah saw. bersabda: “Adalah khianat besar jika engkau berbicara kepada saudaramu dengan pembicaraan dusta, sedang ia mempercayaimu.” [HR. Ahmad].

- Ibnu Mas'ud ra berkata, "Seseorang itu akan terus-menerus berdusta dan mencari-cari cara untuk berdusta sampai satu titik hitam dititikkan di hatinya. Demikian sampai hitam seluruh hatinya dan ia ditulis di sisi Allah sebagai salah seorang pendusta."

- Sesungguhnya berlaku diam, maka itu adalah lebih baik, dan selamat. Kecuali perkara yg hendak disampaikan adalah perkara yg bermanfaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan hari akhir maka hendaknya dia berbicara yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia memuliakan tamunya.” [HR Bukhari dan Muslim]

- Sekiranya beriman kpd hari Akhirat, maka berkatalah dgn perkara yg benar atau yg mendatangkan faedah.


Nota kuliah berkaitan:

Sunday, October 6, 2019

Dosa Besar ke30 Berbohong siri1

- us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 6-Sep-2019

Dosa Besar ke-30: Berbohong atau berdusta pada kebanyakan perkataannya.

- Allah melaknat org yg berbohong. Balasan di akhirat adalah neraka bagi mereka.

Surah An-Nisa Ayat 4:145 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Daripada Abdullah b Mas`ud r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Sesungguhnya kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menunjukkan kepada Syurga. Seseorang itu akan terus berlaku jujur dan berhati-hati agar selalu jujur sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang siddiq (orang yang selalu jujur). Dan sesungguhnya kedustaan itu menunjukkan kepada kedurhakaan dan kedurhakaan itu menunjukkan kepada neraka. Seseorang itu akan terus berdusta dan membiasakan diri dengannya sehingga ia dutulis di sisi Allah sebagai seorang kadzdzab (pendusta)”. [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim]

  • Rasulullah mengingatkan supaya berlaku jujur. Kerana berlaku jujur dan bercakap benar itu akan membawa kebaikan. Org yg jujur akan menjaga dirinya dari berkata bohong/menipu.

- Kebanyakan hal yg menarik adalah cerita yg bohong/dusta.

- Org yg berilmu perlu jujur dgn ilmu yg dipelajarinya.

- Seseorang itu perlu terus-menerus mencari kebenaran.

- 2 sifat org yg tidak berbohong:
  1. berlaku jujur/berkata benar
  2. sentiasa mencari kebenaran.
- 2 sifat org yg melakukan pembohongan:
  1. berbohong/berkata bohong, dan payah utk bercakap benar.
  2. sentiasa mencari perkara² yg tidak benar, suka kpd permusuhan.

- Org yg berbohong adalah tanda bagi org munafik.

- 3 tanda org munafik, sekalipun dia solat, berpuasa, dan mengaku org Islam:
  1. bila bercakap, dia berbohong
  2. bila berjanji, dia mungkiri janjinya.
  3. bila diberikan amanah, dia khianati.
Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
  • Rasulullah saw bersabda, "Celakah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain ketawa. Celakah ia, celakalah ia." [HR Abu Dawud]

- 4 perkara yg sesiapa ada padanya, maka dia munafik. Barang siapa yg ada salah satu darinya, maka perlulah dia meninggalkannya.
  1. apbl diberikan amanah, dia khianati
  2. apbl bercakap dia berbohong
  3. jika membuat perjanjian, tidak dipenuhi
  4.  jika berselisih, dia akan berbuat zalim.
- tabiat org mukmin itu dia boleh berbuat apa sahaja, melainkan berlaku khianat dan berbohong.

- sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta cerita.


Nota kuliah berkaitan (sambungan):

Sunday, July 7, 2019

Dosa Besar ke28 Memakan benda yg haram dalam apa bentuk sekalipun

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 7-Jul-2019 5-Zulkaedah-1440H

Dosa Besar ke28: Memakan benda yg haram dalam apa bentuk sekalipun

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Mengambil sesuatu harta dgn cara yg zalim spt merampas, menipu, berjudi, hujumnya tetap haram.

Hadis: sabda Rasulullah saw, "Kehidupan dunia ini penuh dgn kehijauan kemanisan. Barangsiapa yg berusaha utk mengambinya dan dijadikan dgn cara yg halal kemudian dia menunaikan haknya, Allah akan membalasnya dgn pahala dan mewariskan syurga kpdnya".

  • Barangsiapa mengambil harta dgn cara yg tidak halal, dan kemudian dia belanjakan hartanya yg bukan kearah yg halal (tidak menunaikan haknya), maka Allah akan campakkanya ke tempat yg hina. Berapa ramai orang yg tidak menghiraukan semua itu tetapi tetap mengambil harta dgn cara yg haram, orang ini akan dimasukkan dlm neraka.

Hadis yg lain, "memakan tanah adalah lebih mulia dari memakan hasil dari penipuan (spt rasuah)."

  • Yusof bin Isbab menceritakan kisah seorg yg kuat beribadat dan kata ketua syaitan kpd syaitan² yg lain. (kata syaitan,) kamu tengok dari mana sumber makanannya. Jika sumbernya haram maka kamu biarkanlah dia. Kerana segala usahanya tadi (solat, puasa, haji, etc.) tidak membawa sebarang kebaikan kpdnya".

Diceritakan satu hadis dari Anas bin Malik ra, Nabi berpesan kpd Anas, "Perbaikilah amalan kamu, nescaya doa kamu akan dimakbulkan. Kerana sesungguhnya apbl seorg lelaki mengangkat tangannya dan menyuap makanan yg haram (atau haram sumbernya) ke mulutnya maka tidak diterima amalannya selama 40 hari".

  • Barangsiapa yg memakan benda yg haram, maka Allah tidak terima amalannya (sama ada amalan yg sunat atau yg fardu), selama 40 hari.
  • Kata Imam Malik, "Seandainya aku dapat menolak satu dirham dari mana sumbernya, maka itu adalah lebih baik daripada sedekahku sebanyak 1,000 dirham.".

Amalan haji:
Sabda Rasulullah, "Orang yg menunaikan haji dari sumber yg haram, dan bila sampai di Kaabah dan menyebutkan labbaikallah... maka Allah balas kpd dia adalah menolak amalannya dan tiada haji baginya."

  1. tunaikan segala hutang-piutang sebelum berangkat menunaikan haji atau umrah.
  2. pastikan sumber simpanan utk menunaikan haji dan umrah adalah dari sumber yg halal.

Amalan2 lain:
Imam Ahmad, Barangsiapa yg membeli kain dgn 10 dirham, namum ada pd duit 10 dirham itu ada 1 dirham yg haram sumbernya. Selagi mana dia memakai pakaian itu utk beribadat kpd Allah, maka tidak diterima amalannya.

Nabi Adam as mengadu kpd Allah akan gangguan iblis dan syaitan:

Wahai Adam setiap anak yg dilahirkan, maka dijadikan 1 malaikat utk menjaganya dari gangguan syaitan.

Nabi Adam mengadu lagi bhw dlm Syurga yg penuh dgn malaikat, iblis masih boleh menggodanya hingga dia dicampakkan ke bumi. Nabi Adam memohon kebaikan dan perlindungan utk anak-cucunya.

Kata Allah, Wahai Adam, setiap kebaikan yg dilakukan oleh anak² kamu Aku gandakan 10 kebaikan. 1 keburukan yg dilakukan tidak digandakan.

Kata Allah lagi, Selagi ada hayat anak² Adam, dia berpeluang utk memohon keampunan kpd Allah.

Kata Imam Nawawi, maka banyakkan bersedekah utk menghapuskan dosa² yg dilakukan.

  • Perbelanjaan harta yg haram ke atas perkara² yg baik, tidak dapat membersihkan dosa memperoleh harta yg haram. Umpama, membasuh kain yg bersih dgn menggunakan air yg kotor, maka kain itu tidak akan bersih.

Kisah Abu Bakar ra, Abu Bakar mempunyai seorg hamba. Hamba ini akan keluar bekerja dan memberikan duit kpd saidina Abu Bakar bagi tujuan menebus dirinya.

Pd suatu hari saidina Abu Bakar berpuasa, apbl hamba itu pulang membawa tamar. Oleh kerana terlalu lapar Abu Bakar tidak sempat menanya dari mana sumbernya.

Setelah berbuka, Abu Bakar ra, teringat bhw dia belum bertanya kpd hambanya dr sumber mana tamar itu diperolehi.

Jawab hambanya, dia ke bandar dan inginkan tamar sebagai habuan, maka dia pun melakukan telekan.

Abu Bakar ra, amat marah kerana 2 perkara yg dilakukan oleh hambanya:
(i) melakukan telekan (perbuatan yg haram)
(ii) menipu orang ramai, kerana hambanya bukanlah orang yg pandai dlm bidangnya.

Abu Bakar memarahi hambanya, adakah hambanya ingin merosakkan tuannya.

Abu Bakar menjolok tekaknya dgn jari utk mengeluarkan semula tamar yg dimakannya, namun tidak berjaya kerana telah agak lama dimakan. Kata hambanya minumlah air yg banyak utk memudahkan keluar tamar yg dimakan. Kata org, hanya sedikit tamar yg dimakan, tidak menjadi suatu keburukan.

Jawab Abu Bakar, dia akan keluarkan juga tamar itu walaupun hingga mengakibatkan dia sendiri mati.

Mohon kpd Allah supaya dibersihkan diri dan harta² yg kita himpunkan adalah dari sumber yg halal.

Sunday, April 7, 2019

Dosa Besar ke28 Memakan benda yang haram atas apa bentuk sekalipun

-us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 7-April-2019

Dosa besar ke-28 Memakan benda yang haram atas apa bentuk sekalipun

-maksud memakan yg haram adalah atau mengambil (pd pengamatan syarak) yg haram.
eg perniagaan yg terlibat dr perniagaan barang haram seperti jualan arak. Perniagaan dgn riba.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

- cara yg batil itu adalah kaedah yg tidak dibenarkan oleh syarak.

- Makan yg batil spt:
  1. merompak, 
  2. menipu, 
  3. khianat, 
  4. mencuri

-Makan harta dgn tipu muslihat spt:
  1. Helah - eg menipu harta anak yatim.

Ibnu Abas as mendefinasikan makan yg batil adalah spt - menggunakan sumpah palsu. eg bersumpah dgn nama Allah bhw harta pusaka telah di wasiatkan kpd org yg menjaga ibu/bapa yg telah meninggal, yg tiada saksi.

Sahih Muslim menyebutkan, bhwsanya seorg lelaki itu menggelapkan harta dgn cara khianat, bagi mereka itu neraka balasannya di Akhirat.

Akibat dr memakan benda yg haram.
Sahih Muslim:
1. Tidak mustajab doanya.

Pesanan Nabi kpd Anas, wahai Rasulullah doakanlah supaya doaku dimakbulkan Allah. Jawab Rasulullah, perelokkanlah kerja kamu, nescaya doa engkau dimakbulkan oleh Allah.

Seorg lelaki apbl dia mengangkat tangan menyuap satu makanan yg masuk pd mulutnya, tidak diterima doanya selama 40 hari.

Diriwayatkan dr Baihaki, sabda Rasulullah, sesungguhnya Allah tlh membahagikan kejadian² kamu (pelbagai rupa) begitu juga Allah telah membahagi²kan rezeki kamu, dan sesungguhnya Allah memberikan dunia kpd org disukaiNya, dan juga kpd yg tidak disukaiNya, dan Allah tidak memberi (kefahaman) ugama melainkan Dia sayang kpd org itu, dan barangsiapa yg Allah beri ugama itu, Allah sayang kepadanya.

- org yg diberikan kefahaman ugama, dia tidak akan memakan harta yg haram, dia tidak menginfakkannya (kerana dia tahu sumber harta itu haram).

- jika seseorang itu mendapat harta yg haram, namun tidak dibelanjakan, tidak memakannya, sebaliknya disimpan (spt dlm tabung pelaburan), maka itu menjadi bekalan utk masuk ke neraka.

Sunday, March 3, 2019

Dosa Besar ke-27 Pemungut Cukai

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 3-Mac-2019

Dosa Besar ke 27-Dosa Pemungut Cukai

-Al-Makas ie pemungut cukai (yg tidak diktiraf pemerintah) adalah org yg mengambil harta cukai dgn cara menindas manusia umum.

- zaman jahiliyah dahulu kutipan cukai oleh org tertentu sebagai pelindung, namun ianya suatu penindasan kpd penduduk, juga peniaga yg berada dlm kawasan.

- org yg menindas manusia lain, di akhirat nanti akan dituntut segala amalan² kebaikan yg ada padanya, hinggalah tiada apa lg alaman kebaikan yg ada (yg dilakukan semasa hidupnya dahulu). Dia dikatakan muflis.

Apbl masih ada lagi manusia yg dtg menuntut kebaikan darinya kerana semasa di dunia dahulu ditindas, maka dosa org yg ditindas itu akan diambil, dan dilonggokkan di atas kepalanya.

Kemudiannya akan dicampakkan dlm neraka.

- pemungut cukai (secara zalim dan menindas) itu sifatnya seperti lanun atau permpok.

- sekiranya dia bertaubat dgn sebenar-benar taubat, dia diibarat seorg wanita yg berzina dan kemudian dihukum rejam dan menyesali di atas perbuatannya, maka dia telah bersih disisi hukum syarak.

- perbuatan memeras ugut, bekerja dgn pemeras ugut, maka sama hukumnya ie berdosa besar.

- jika kamu belanjakan harta dr sumber yg haram utk menunaikan haji, atau berjihad atau bersedekah, maka tidak ada nilainya di sisi Allah.

- Allah itu baik, dan Allah tidak terima amalan dari sumber² yg tidak baik. Lebih-lebih lagi harta yg dikumpulkan dari sumber yg haram.

- mana² daging yg tumbuh dari sumber yg haram, maka neraka balasannya.

- pendapatan yg haram tidak diterima oleh Allah.

Surah Al-Maidah Ayat 5:100

قُل لَّا يَسۡتَوِي ٱلۡخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوۡ أَعۡجَبَكَ كَثۡرَةُ ٱلۡخَبِيثِۚ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

-yg halal itu kelas, begitu juga yg haram itu juga jelas.

- kita semakin tua, masa terus berjalan, maka ambillah peringatan² utk muhasabah diri. Mati itu datang dgn tiba².

Sunday, February 3, 2019

Dosa Besar ke-28 ie Memakan benda yang haram

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 3-Feb-2019

Dosa Besar ke-28 ie Memakan benda yang haram

- Memakan ie memakan apa shj yg diharmkan oleh syariat Islam.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).


- Islam melarang umatnya memakan/mengambil yg harta secara batil.

- contoh:
  1. sumpah palsu - mengambil hak org lain secara menipu. Lebih parah dia bersumpah dgn nama Allah.
  2. kaedah tipu muslihat - mengambil/merampas/merompak harta org lain secara zalim. kaedah berjudi, kaedah scam. Mengambil rasuah.


Dalam sahih Bukhari: kata Nabi, sesungguhnya sebahagian manusia yg menggelapkan harta Allah tanpa hak, maka disediakan neraka baginya di hari akhirat.

  • tuntutan/claim palsu. Kita mohon dijauhkan dari terlibat hal sebegini.
  • mana2 daging yg tumbuh dari sumber yg haram maka nerakalah tempatnya.
  • makanan, minuman dan pakaian yg terhasil dari sumber yg haram, maka doanya tidak diterima/dimakbulkan oleh Allah.

- Anas mohon kpd Rasulullah supaya dijadikan doanya dimakbulkan. Kata Rasulullah, wahai Anas perelokkanlah cara kamu mencari rezeki, dgn cara yg baik. Kata Rasulullah lagi, apbl seseorang itu mengangkat tangannya dari suapan yg haram, doanya tidak dipandang (diterima) oleh Allah selama 40 jari.

- riwayat Baihaki, sesungguhnya Allah telah membahagikan rezeki kita.

Sesungguhnya Allah memberikan dunia kpd org yg disukai. Namun Allah berikan ugama kpd org yg disukaiNya sahaja.

- barangsiapa yg Allah beri kefahaman ugama kepadanya, itulah tanda Allah sayang kpdnya. Seorang hamba itu tidak akan cuba mendapatkan harta yg haram. Sebab dia tidak akan bersedekah dari sumber yg haram.

- Allah tidak akan menghilangkan kejahatan dgn kejahatan. Kejahatan akan dihilangkan dgn melakukan kebaikan.

- Dunia ini manis dan penuh dgn kehijauan. Barangsiapa yg berusaha mendapatkan harta dgn cara yg halal, kemudian dia mendermakannya dgn cara yg betul, maka balasan syurga baginya dan juga ahli keluarganya.

Barangsiapa yg berusaha dlm dunia ini tanpa mengira halal dan haramnya (ie hanya mengikut nafsunya). Dia pula membelanjakan harta itu kepada jalan yg baik. Allah akan mencapaknya ke dlm neraka.

Kuliah seterusnya bagaimana jalan² yg menjerumuskan seseorang memgambil harta yg haram.

Sunday, May 6, 2018

Dosa besar ke-27 Melakukan Kezaliman dgn Tidak Membayar Upah

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 6-Mei-2018

- bln Syaaban itu adalah satu bln yg lalai utk melakukan amalan sebagai menyambut kedatangan Ramadhan.

Dosa besar ke-27 Melakukan Kezaliman dgn Tidak Membayar Upah

- Hadis: Allah berfirman 3 golongan manusia ini yang mana Aku menjadi musuh mereka iaitu:

(1) org yg memberi sesuatu dgn menggunakan namaKu dgn tujuan mencari kenikmatan dunia (menipu walau dgn bersumpah mengunakan nama Allah).

  • amalan yg paling disukai Allah adalah hal keadaan dia berulang-alik (repeatedly) cth berulang-ulang membaca Al-Quran (khatam dan baca semula hingga khatam kali ke2 dan seterusnya, solat setiap hari).
(2) org yg menjual org merdeka utk mendapatlkan manfaat daripadanya.
  • mengugut dan mempergunakan seseorg demi keuntungan dan kesenangan dirinya sendiri.

(3) org yg mengupah seseorg dan apbl selesai tugasnya, dia tidak dibayar gajinya.
  • termasuk juga dilakukan kpd org bukan Islam.
  • termasuk juga meminta pekerja melakukan kerja yg diluar skop kerjanya, atau memaksa melakukan kerja diluar kemampuan pekerja itu.
  • termasuk juga mengambil atau merampas hak pekerja itu.
- Allah akan memusuhi 3 golongan ini kerana kezaliman yg dilakukan di dunia. Sebaliknya Allah membela org yg dizalimi.
  • dlm hadis yg lain, Rasulullah menyebutkan, barangsiapa merampas hak org lain atas nama Allah, maka sesungguhnya Allah mewajibkannya masuk dlm neraka, dan haram baginya masuk syurga. Walaupun penipuan itu merupakan sebatang pencungkil gigi.
- mengambil duit syarikat atau kerajaan melebihi hak tuntutan yg sepatutnya, dgn alasan kerana Allah Taala.
  • di Akhirat kita merasa takut bertemu dgn org yg kita kenali lebih-lebih lagi org yg kita aniayai atau zalimi semasa di dunia.
- org yg dizalimi akan mencari kita utk menuntut haknya.
  • barangsiapa melakukan kezaliman kpd seorg yg lain, maka hendaklah dia menyelesaikan kesilapannya sebelum kematiannya.
(a) Allah akan mengambil pahala kebaikan dr kita dan diberikan kpd org yg dizalimi.
(b) Jika tlh habis pahalanya (orang yg muflis adalah apbl tiada lagi pahala padanya) , maka Allah berikan dosa org yg dizalimi dan diberikan kpd kita.
(c) jika melibatkan minta dihalalkan dr org yg dizalimi. Jika melibatkan harta perlu dipulang atau diganti.

Sunday, December 3, 2017

Dosa Besar ke-26 ie Melakukan Kejahatan dan Kezaliman

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 3-Dis-2017

Dosa Besar ke-26 ie Melakukan Kejahatan dan Kezaliman (ke atas manusia)

a) Kezaliman yg paling besar adalah berlaku syirik kpd Allah.

- penindasan berlaku dlm byk bentuk. Jika seorg pemimpin, jangan mengenakan polisi, dan undang² hingga menyebabkan rakyat dibebani masalah kehidupan, spt cukai yg melampau dan menekan rakyat.

- sesungguhnya Allah tidak lupa akan perbuatan, penindasan yg dilakukan. Semua itu akan dibentangkan di Akhirat nanti, dan dibenarkan utk org yg ditindas/dizalimi utk menuntut haknya.

- Surah Ibrahim Ayat 14:42 (pg 260)

(وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ)

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

b) Hadis dr Abdullah bin Salam, kata baginda Rasulullah, selepas Allah ciptakan makhluk,  dan selepas itu berjalanlah makhluk itu sambil bertanya kpd Allah, wahai Tuhan dgn siapa Engkau suka mendampingkan diri. Kata Allah, Aku bersama-sama dgnnorg yg teraniaya, sehinggalah ditunaikan haknya.

- sahabat Rasulullah apbl diuji dgn kezaliman dan penindasan, iman mereka makin bertambah kerana yakinnyaereka dgn janji Allah  bhw Allah bersama dgn org yg dizalimi.

c) dlm riwayat/cerita yg lain ada seorg raja yg zalim yg membina istana dgn segala kemewahan. Kemudian dtg seorg perempuan tua membina sebuah pondok buruk di sebelah kawasan istananya. Suatu hari ketika bersiar-siar dia ternampak pondok buruk itu. Selepas ditanyakan kpd pengiringnya, dia arahkan utk roboh pondok buruk itu kerana mencacatkan pandangannya. Apbl pulang perempuan tua itu dia bertanya kpd pengawal, siapa yg merobohkan pondoknya. Jawab si pengawal, raja yg menyuruh pondok perempuan itu dirobohkan. Maka berdoa perempuan itu memohon balasan dr Allah kpd raja yg berlaku zalim kpdnya. Lalu makbulkan doanya dan Allah perintahkan malaikat Jibrail utk membalikkan istana raja.

- doa seorg yg dianiaya itu amat dekat dgn Allah.

c) sewaktu kita melakukan kejahatan, menghina, mencaci, mengaibkan org, kita terdedah kpd dosa melakukan fitnah dan kezaliman yg boleh menyebabkan Allah murka kpd kita, dan kita terdedah kpd bala dr Allah.

- org yg rasa dia dianiaya, dizalimi dan ditindas, maka cukup baginya utk mengucapkan "hasbiallah" ie "cukuplah bagiku Allah ada  bersamaku".

d) dari Abu Umamah, dia menyebutkan bhw org yg zalim itu apbl melalui jambatan dia akam bertemu dgn org yg dizaliminya dahulu. Org itu tidak dpt melepasi jambatan itu melainkan semua kebaikan/pahalanya digunakan utk menebus kezaliman yg dilakukan. Bila kehabisan kebaikan/pahala maka dipindahkan pula dosa org yg dizalimi. Bila dah tiada pahala, maka dia akan diseret oleh malaikat dan dicampakkan ke dlm neraka.

e) kata Rasulullah, akan dibangkitkan manusia dgn berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Lalu berseru suara yg dpt didengar org yg jauh, lalu dikatakan oleh suara itu, Akulah Raja yg paling berkuasa, tidak dibenarkan seorg itu masuk ke syurga walau dgn satu dosa di tangannya.

- apbl ditanya oleh para sahabat siapakah org yg berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan itu, jawab baginda Nabi, org yg berkaki ayam bertelanjang dan tidak berkhatan itu adalah kerana kejahatan dan kezaliman yg dilakukan di dunia.

- Sesungguhnya Allah tidak menzalimi sesiapa. Manusia itu sendiri yg memilih berlaku zalim ke atas diri mereka sendiri. Segala perbuatan mereka akan dibentangkan di Akhirat nanti.

- Surah Al-Kahfi Ayat 18:49 (pg 299)

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

d) Rasulullah mengajarkan kita utk mengajarkan kpd anak² kita utk beradab, tidak berlaku zalim kpd mereka.

Sunday, April 2, 2017

Dosa Besar ke-26 ie Penganiyaan dan Kezaliman

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 2-Apr-2017

Dosa Besar ke-26 ie Penganiyaan dan Kezaliman

- iaitulah mengambil harta org lain tanpa izin (merampas), memukul tanpa sebab, mencaci-memaki orang lain,

- kata Saidina Ali, sendi2 Islam itu ada 4
(#1) Yakin
- bila kita yakin kpd Allah, maka kebergantungan diletakkan hanya kpd Allah. Rezeki itu urusan Allah, tidaklah seseorg itu menerima rasuah.

Kata Hatib al-Asr kpd gurunya, selama 30 thn dia belajar ada 6 perkara yg diperoleh, salah satunya adalah keyakinan rezeki  itu adalah urusan Allah.
- kamu selalu sebut firman Allah, dan mana2 makhluk yg melata di atas muka bumi itu tlh ditentukan rezeki baginya. Aku yakin bhw aku ini adalah juga disebutkan dlm golongan melata, dan rezekiku ditentukan oleh Allah.

(#2) Adil
- ie meletakkan sesuatu pd tempatnya. Iaitu laksanakan tugas kamu sebelum menuntut.
- bertimbang-rasa dan prihatin seorg ketua adalah lambang keadilan, maka tidak berlakulah kezaliman.
- membayar upah sebelum sesuatu kerja disempurnakan sepenuhnya.

(#3) Sabar,
- ada 2 jenis sabar:
1) sabar dlm melakukan ibadah (juga termasuk dlm melaksanakan tugasan kerja, melalui keadaan trafik)
2) sabar dr melakukan kemaksiatan.

(#4) Al-Jihad
- ie kena pastikan dahulu siapa musuh kamu (iaitulah syaitan).
- syaitan itu makhluk yg telah terkeluar dr rahmat Allah.
- 2 golongan syaitan ie jin yg kafir dan manusia yg mengajak kpd kemaksiatan.
- masalah hari ini kita tidak kenal musuh, jiran sebelah dijadikan musuh, adik-beradik, mertua dijadikan musuh. Jiran, harta, anak-pinak, mertua adalah ujian dr Allah utk menguji keimanan seseorg dan utk memberi ganjaran pahala kpd hambanya.
- syaitan akan terus-menerus menggoda manusia hingga ke saat sakarul maut yg sakitnya ditetak dgn pedang sebanyak 300 kali.Rasulullah ketika menahan sakit sakaritul maut, memercik peluh baginda.
- di saat sakaratul maut  syaitan menjelma sebagai wajah2 yg kita kenal seperti ibu, seperti ayah, dan mengajak manusia utk menafikan Allah, dan mati dlm nasrani.
- kata Saidina Ali, punca permusuhan sesama manusia adalah hasad (masalah hati). Maka hendaklah kamu melawan perasaan hasad.
- janganlah kamu menyangka Allah lupa terhadap perbuatan zalim yg kamu lakukan.

Surah Ibrahim Ayat 14:42

(وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ)

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

- Allah tangguhkan hingga mata2 manusia terbeliak (iaitu sewaktu di Padang Mahsyar) di hadapan sekalian manusia, maka Allah bentangkan dan balas kesalahan, kezaliman yg dlakukan di dunia. Mereka pd ketika itu datang dgn mata tidak berkelip, terbeliak. Maka pd ketika itu Allah beri peringatan akan hari pembalasan azam. Lalu berkata org2 yg zalim itu kpd Allah, tangguhkanlah, nescara kami akan lakukan segala yg disuruh oleh Allah.

Surah Ibrahim Ayat 14:43

(مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ)

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Surah Ibrahim Ayat 14:44

(وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ)

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?