- us Dr Hasnan Kassan kuliah Maghrib Jumaat 8-Ogo-2026
Tafsir Al-Quran Surah Surah Toha Ayat 20:123 hingga 126
Surah Toha ayat 20:123 (klik sini)
{ قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢاۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوّٞۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ }
Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
- ""
Surah Yassin ayat 36:60 (klik sini)
{ ۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ }
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
- Syaitan berjanji kpd Allah utk menyesatkan manusia. Dlm ayat Surah Al-A'raf ayat 7:16 (klik sini)
- "أَن لَّا تَعۡبُدُواْ" maksudnya jangan taat.
{ قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ }
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
- Bagaiamana godaan syaitan dinyatakan dlm Surah Al-A'raf ayat 7:17 (klik sini)
{ ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ }
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(a) Penjuru hadapan maksudnya menimbulkan keraguan terhadap akhirat, hari kebangkitan dan balasan Allah.
(b) Penjuru belakang maksudnya menjadikan manusia terlalu mencintai dunia serta melupakan kehidupan akhirat.
(c) Penjuru kanan maksudnya mengelirukan manusia dalam urusan agama dan menghalang mereka daripada kebaikan serta ketaatan.
(d) Penjuru kiri maksudnya menghias maksiat, dosa dan kejahatan sehingga manusia tertarik untuk melakukannya.
- Mengapa tidak disebutkan dari atas dan bawah?
Ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa Iblis tidak menyebut akan datang dari atas, kerana rahmat Allah diturunkan dari arah atas. Dia juga tidak menyebut dari bawah kerana manusia masih boleh merendahkan diri dalam sujud dan memohon pertolongan Allah.
Surah Al-Araf ayat 7:27 (klik sini)
{ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Surah Toha ayat 20:124 (klik sini)
{ وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ }
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
- org yg lari dari mengingati Allah maka hidupnya "ضَنكٗا" hidup sesat.
- Surah Toha ayat 20:125 (klik sini)
{ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا }
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
- Perkataan “buta” mempunyai beberapa penjelasan:
(a) Buta secara fizikal pada hari kiamat, iaitu tidak dapat melihat dengan mata.
(b) Buta daripada hujah, iaitu tidak mempunyai alasan atau bukti untuk membela diri di hadapan Allah.
(c) Buta hati dan petunjuk, kerana di dunia dia melihat tanda-tanda kebesaran Allah tetapi tidak mahu menerima kebenaran.
- Surah Toha ayat 20:126 (klik sini)
{ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَٰتُنَا فَنَسِيتَهَاۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ }
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
No comments:
Post a Comment