Showing posts with label 10 Muharram. Show all posts
Showing posts with label 10 Muharram. Show all posts

Wednesday, August 3, 2022

Kelebihan Bulan Muharram

-us Dr Mohd Al-Ikhsan bin Ghazali kuliah Suboh Sabtu 30-Jul-2022

Surah At-Tawbah Ayat 9:36 (klik sini utk paparan ayat)

{ إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ كَآفَّةٗ كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ كَآفَّةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

- ada persoalan berkenaan kejadian langit dan bumi, yang mana dahulu diciptakan? 
  • Jawapan: Allah cipta bumi kemudian Allah cipta langit dan kemudian Allah sempurnakan penciptaan bumi.
- Bulan ini dinamakan bulan yang haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

- org yg berjaya adalah org yg meletakkan keutamaan (prioritized) dlm melakukan amalan.
- bulan² haram itu ada 4 bulan, 3 bulan berturutan dan 1 bulan lagi berasingan, iaitulah:
  1. Zulkaedah
  2. Zulhijjah
  3. Muharram
  4. Rajab

- bila Allah pilih sesuatu itu spt 4 bulan yg haram itu, maka sudah tentulah ada hikmahnya.
- jangan lakukan perkara kemaksiatan dlm bulan² haram itu kerana dosanya digandakan. Allah rujukkan org yg melakukan kemaksiatan itu sebagai org yg menzalimi diri sendiri. 
  • Jangan menzalimi org lain apatah lagi diri sendiri, terutama dlm 4 bulan yg haram.
- Allah itu bersifat memilih. Org yg faham dan berakal terpilih utk melakukan amalan. Kita hendaklah menjadi antara org² yg terpilih utk melakukan amalan, bukannya dilupakan utk melakukan amalan.
a) hari Wukuf ramai yg berpuasa sunat kerana faham akan kelebihan dan kebesaran hikmah dan pahala bagi org yg melakukan amalan pada hari tersebut. Namun ada juga yg tidak prihatin (tidak mengambil tahu) dengan tidak berpuasa sunat pada hari Wukuf.

- apa yg perlu dibuat/dilakukan setelah mengetahui hari² tertentu yang Allah sebutkan?
a) berpuasa pada hari² tertentu.
b) perbanyakan puasa. Kita digalakkan utk perbanyakkan puasa dlm bln Muharram.
  • Meraikan jemputan (spt kenduri) adalah lebih afdhal daripada puasa sunat.
c) Rasulullah saw perbanyakan puasa dlm bln Sya'aban.
d) hari ke-10 (hari Asyura) dan hari ke-9 (hari Tasu'ak) dlm bln Muharram adalah digalakkan berpuasa sunat.
Puasa hari Asyura adalah hari di mana Allah selamatkan Nabi Musa as dan pengikutnya Bani Israel, dari firaun.
Amal ibadah yg kita lakukan itu mengampunkan dosa dan menambahkan pahala.

- Allah beri kegembiraan kpd org² yg menyempurnakan amalan puasa apbl dia berbuka puasa.
- Kita boleh berniat puasa sunat hari ke-9 atau ke-10 dgn puasa sunat hari Isnin atau Khamis.
- balasan syurga bagi mereka yg melakukan 4 perkara dlm satu hari, iaitulah:
(i) berpuasa sunat
(ii) bersedekah
(iii) menguruskan jenazah
(iv) ziarah org yg sakit.

- keistimewaan puasa sunat pd hari² peristiwa (khas) spt hari Asyura, ianya boleh dilakukan secara sendirian sekiranya bukan jatuh pada hari Isnin dan Khamis.

Monday, November 9, 2015

10 Muharram

- us Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 8-Nov-2015

Memperingati 10 Muharrram

  • Gologngan Syiah mengingati tanggal 10-Muharram sebagai tarikh kematian saidina Ali.

  • Pada 10 Muharram, Nabi Musa dikejar oleh tentera firaun. Tanggal itu juga adalah kekalahan firaun kepada pengikut Nabi Musa as.

  • Nabi Musa as berpuasa pada 10 Muharram kerana memperingati hari dimana dia dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah dari tentera firaun.

  • Pd asalnya puasa asyura adalah difardukan ke atas umat Islam. Namun pd tahun ke2 hijrah diturunkan kefarduan ke atas umat Islam utk berpuasa wajib di bulan Ramadhan.  Dgn turunnya fardu berpuasa di bln Ramadhan, maka hukum berpuasa 10 Muharram menjadi sunat muakkad (yg sangat dituntut).

  • 10 Muharram adalah suatu tarikh dgn berlakunya peristiwa besar (ie Nabi Musa as dan pengikutnya di selamatkan dr firaun dan ditenggelamkan firaun dlm Laut Merah), kemudiannya di sarankan utk berpuasa.

- Hadis qudsi: Rasulullah mengatakan akan berlaku pd suatu zaman yg mana umat Islam menjadi semakin teruk dan terus menjadi teruk.

  • Anak2 menderhaka kpd ibu-bapa
  • isteri2 ingkar kpd suami
  • Manusia meninggalkan jihad
  • Org lihat kemungkaran sebagai perkara baik, dan sebaliknya perkara baik sebagai buruk
  • Bahkan akan berlaku lebih teruk dr itu.

- Hadis lain: Rasulullah bersabda, Allah akan lontarkan suatu keadaan huru-hara, hinggakan org yg baik/soleh/berilmu dlm keadaan terpinga-pinga tidak dpt memberikan penyelesaian kpd sesuatu masalah disekelilingnya.

Surah Al-Qasas Ayat 285: (klik sini utk paparan ayat)

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).


- Apa yg ditakuti oleh firaun?
Kerajaan firaun bertahan 3,000 tahun. Nabi Musa as dilahirkan semasa 2,000 tahun pemerintahannya.


Firaun amat takut kejatuhan kerajaan pemerintahannya

  • Kejatuhan kekuasaan dan keagungan pemerintahan firaun diramalkan oleh tukang tiliknya.
  • Kejatuhan kerajaan pemerintahannya dijatuhkan oleh seorg yg bakal lahir dr keturunan Bani Israel sendiri. 
  • Dgn itu firaun arahkan semua bayi lelaki yg dilahirkan supaya di bunuh.
  • Namun apbl Nabi Musa lahir,  Allah memberi ilham kpd ibu Nabi Musa agar disusukan Nabi Musa dan kemudiannya jika dia berasa takut utk membesarkan Nabi Musa kerana adanya ancaman kpd anak yg baru dilahirkan, maka masukkan dia dlm kotak kecil dan hanyutkan ke sungai Nil. Hinggalah isteri firaun diberikan perasaan kasih sayang kpd bayi yg ditemui utk dibela di istana, dan dijadikan anak angkat. 

- jatuhnya firaun dan kerajaannya adalah disebabkan oleh pengorbanan Nabi Musa as.
- Nabi paling banyak disebut dlm Al-Quran adalah Nabi Musa as.
- Apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kpd firaun:

  1. Berhujah dgn firaun
  2. Berdebat dgn firaun
  3. Berdakwah dan mengislamkan isteri firaun (bernama Asiah).
    • 4 penghulu wanita di syurga ie Fatimah, Khadijah, Asiah dan Mariam
  4. Berjaya mengislamkan ahli-ahli sihir
  5. Berdakwah kpd qarun
  6. Berdakwah kpd Bani Israel utk berhijrah dan lari dlm masa yg serentak utk keluar dr bumi Mesir (pd sebelum Subuh, kira-kira 60, 000 org), dan pergi ke Baitulmuqaddis.

    • Kerajaan firaun terletak di selatan Mesir dekat dgn sempadan Sudan.

    • Meninggalkan Mesir menuju ke Baitulmuqaddis terletak di utara Mesir. Merupakan perjalanan yg jauh.

    • Sewaktu menghampiri Laut Merah, Nabi Musa dan pengikutnya dikepung oleh tentera berkuda firaun. Kerana dihadapan mereka adalah Laut Merah. Pengikut Nabi Musa mengandaikan mereka akan dibunuh oleh tentera firaun, namun Nabi Musa mengatakan, ada Tuhan yg akan memberikan petunjuk. Lalu turun wahyu kpd Nabi Musa utk memukul air laut dgn tongkatnya hingga terbelah Laut Merah kpd beberapa alur utk pengikut Nabi Musa melaluinya. Apbl kesemua pengikutnya telah sampai di hujung laut, maka diperintahkan Nabi Musa utk mengetuk air laut dgn tongkatnya, dan bercantum semula air laut dan menenggelamkan firaun dan bala tenteranya.

-Kesukaran Nabi Musa dlm menjalankan dan menyampaikan dakwah kpd Bani Israel, dibalas dgn ulul azmi oleh Allah.

- Allah turunkan surah Al-Kahfi,  2 hari kemudian saidina Hamzah dan Omar memeluk Islam.

- Pd tahun ke7 hijrah, baki pengganut Islam di Mekah adalah sekitar 500 org sahaja. Selainnya berada di negeri lain kerana berdagang, berdakwah. Allah tidak membenarkan umat Islam di Mekah ketika itu mengangkat senjata (berperang) dgn org2 arab yg kufar. Pd ketika itu kabilah2 arab bersepakat utk memboikot pengganut Islam. Namun pd tahun ke-3 Allah perintahkan anai2 utk memakan surat perjanjian kabilah arab itu. Dgn hancurnya surat perjanjian yg dipersetujui oleh semua kabilah arab Mekah pd ketika itu, maka terbatallah pemulauan ke atas umat Islam di Mekah.

Bantuan Allah kpd umat Islam

  1. kisah Nabi Musa - apbl Nabi Musa dan pengikutnya melarikan diri dari Mesir (pusat pemerintahan firaun terletak di Aswan) ke Palestine (di bhgn utara) Allah tunjukkan jalan melalui tepian Laut Merah, kerana di sana Allah nak berikan bantuan jalan pintas dgn merentasi Laut Merah, dan kemudiannya memusnahkan musuh Islam ie firaun dan pengikutnya.

  2. kisah Nabi Muhammad saw - Allah menghantar tenteranya (ie anai2) utk membantu umat Islam setelah umat Islam berusaha menjaga ugama Allah.

  3. kisah tentera Hamas mengalahkan Israel - terowong bawah tanah yg menyelinap masuk ke tanah Israel di jadikan laluan utk mencolek tentera2 Israel, juga sebagai laluan utk menyerang tentera Israel. Mengakibatkan kematian yg banyak terhadap tentera Israel. (Israel lemah dgn hal kematian). Bantuan Allah menandingi kecanggihan teknologi Israel dlm mempertahankan sempadan negara.

- Hari Asyura adalah sempena membalas usaha umat Islam, yg kemudiannya ditolong oleh Allah dan memenangkan umat Islam.

- Ummah kena tunjukkan usaha yg bersungguh2 ke atas ugama Islam, maka Allah akan bantu menewaskan segala musuh yg dihadapi.