Showing posts with label Malay Traditional Games. Show all posts
Showing posts with label Malay Traditional Games. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Membuat Lastik

Lastik

Lastik digunakan sebagai satu alat permainan kakak-kanak berumur dr 7 thn ke 15 thn untuk tujuan memburu haiwan atau utk tujuan permainan tembak-tembak.

Lastik dapat membentuk karekter kanak-kanak kerana ianya mengajar anak tersebut beberapa perkara/sifat yang baik, antaranya:

i) fokus - memberi tumpuan terhadap sesuatu target/objek yg ingin dilastik/ditembak. Apabila besar ia boleh membentuk pemikiran utk fokus (memberi tumpuan) kpd matlamat yg ingin dicapai.

ii) berani - bersemangat tinggi utk meredah semak dan belukar utk mencari burung atau haiwan lain seperti biawak. Juga bersemangat tinggi utk tidak takut kepada ancaman binatang berbisa, seperti ular, kala jengking, dan lipan. Apatah lagi ulat-ulat, semut,  katak, dan serangga yang kebiasaanya amat dirasakan takut dan geli oleh kebanyakan kanak-kanak hari ini.

iii) disiplin - menanamkan semangat kesungguhan utk bangun awal utk mamastikan dia berada dlm kawasan semak dimana burung akan datang mencari makan, dan minum air embun di daun-daun pokok.

iv) aktif - membiasakan kanak-kanak utk tidak duduk diam dan berfikir sendiri utk memenuhkan jadual hariannya dgn aktiviti memburu (mungkin juga dikatakan lasak).

v) achiever - membentuk peribadi seorng yg ingin berjaya yg rajin berusaha, fokus terhadap kerjanya, yakin dan berdisiplin disamping mahir dalam teknik memburu (bila besar ini menjadi teknik/skil melaksanakan sesuatu kerja). 


Bahan-bahan Membuat Lastik

Lastik memerlukan suatu pemegang berbentuk "Y", tali getah yang mempunyai kekenyalan utk ditarik, lapik kulit untuk menampung pemberat/peluru lastik, dan akhirnya tali pengikat utk mengikat tali getah ke pemegang "Y" dan lapik kulit.

i) Pemegang lastik "Y" - gunakan dahan kayu jambu batu atau dahan kayu senduduk. Bergantung dimana anda tinggal, kerana pokok senduduk mudah ditemui di kawasan semak, sawah, tepi-tepi hutan, dan mungkin juga dikawasan tanah terbiar ditepi taman perumahan. Kayu jambu batu agak licin tetapi tahan lama, berbanding kayu senduduk, ianya agak kasar, tetapi mempunyai bentuk pemegang dan cabang "Y" yang selalunya menarik, agak kasar sedikit tetapi memberi keselesaan sewaktu membidik objek.

ii) tali getah - gunakan tiub basikal. buatkan tiga garisan sepanjang 30 cm dan lebar 1 cm menggunakan ball pen dan pembaris panjang. Kemudian gunting dgn cermat mengikut garisan tadi dan akhirnya anda akan dapat 2 helai tali getah. Elakkan dari menggambil tuib basikal yang telah lama, kerana ianya reput dan akan mudah putus apabila lastik ditarik.

iii) lapik kulit - gunakan lidah kasut kulit terbuang, atau gunakan tali pinggang kulit terbuang. Lidah kasut adalah bahagian hadapan kasut yg ditutupi dgn tali kasut. Gunakan bahan terbuang kerana ianya lembut dan mudah utk memegang peluru lastik. Gunting tali lidah untuk membentuk sekeping kulit segi empat dengan saiz lebih kurang 7cm dan lebarnya antara 3cm atau 4cm. Buatkan 2 lubang kecil kira-kira 1cm dari hujung segi empat lapik tersebut, utk membolehkan tali getah dimasukkan.

iv) tali pengikat - gunakan getah bulat, atau buleh juga gunakan getah segerap yg melilit pada pokok getah. Ikatkan tali getah pada pemegang "Y" dgn kuat agar ianya tidak tercabut ketika lastik di tarik. Begitu juga ikatan pada lapik kulit. 


Memburu Dengan Lastik

Lastik yg telah siap dibuat kini buleh digunakan utk memburu atau untuk permainan menembak tin/botol kosong. Gunakan batu kecil (di tepi-tepi jalan) atau biji buah kelapa sawit yang telah kering sebagai peluru. Jangan gunakan buah kelapa sawit baru, kerana ianya licin dan sukar utk mengenai sasaran.

Pilih peluru yg sedap dipegang, tidak terlalu berat serta tidak terlalu ringan. Jika terlalu besar, takut-takut ia tersangkut pada pemegang "Y" dan melantun ke arah anda, jika terlalu ringan ia mudah melayang ke tempat lain dari arah bidik.

Letakkan peluru pada lapik, pegang dgn tangan kiri, kemudian tangan kanan memegang pemegang "Y". Luruskan tangan kanan ke arah objek/tin/botol dan tarik lapik ke arah pipi kiri, jangan terlalu hampir dengan mata kiri atau pipi, takut-takut tali getah putus dan terkena pipi pula. Ini dinamakan bidikan dan setelah yakin arah yang tepat ke arah objek/tin/botol, lepaskan cengkaman pada lapik dan peluru akan melulu mengenai objek/tin/botol.

Kiranya anda seorang kidal, terbalikkan pegangan lastik dan lapik, iaitu pegang pemegang dgn tangan kiri dan tangan kanan menarik tali getah ke arah pipi kanan.


Membeli Lastik

Kini lastik segera buleh didapati dari kedai-kedai, boleh juga dibeli dari penjual barangan kayu dan perhiasan. Kalau anda mengunjungi kawasan perkelahan/perkhemahan di tepi hutan, mungkin ada penjual yg menjual lastik segera ini. Kalau ke Cameron Highland, mungkin buleh cari di gerai2 orang asli. Harga lastik adalah dlm lingkungan RM2 ke RM8.


Kegunaan Lastik Hari Ini

Selain digunakan sebagai alat permainan kanak-kanak, lastik juga diguna oleh gembala haiwan seperti gembala lembu, kerbau atau kambing utk memastikan haiwan ternakan mereka mengikut arahan gembala tersebut. Jika di taman-taman perumahan, lastik buleh diguna utk melastik anjing liar yg suka berak di depan pagar rumah, buleh juga diguna utk memburu burung gagak yg selalu menyepah dan mengotorkan kawasan sekitar. Jika di Palestin, pemuda-pemuda mereka melastik askar-askar Israel yang menceroboh kawasan/negara mereka.

Selamat mencuba.

Thursday, December 27, 2007

Teng Teng

Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Teng teng digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

Petak Teng Teng:
Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap.
(Rujuk gambar di bawah).


Buah Teng Teng
Setiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling 50sen.

Undian:
Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.



Cara bermain:
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.

Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.

Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Rumah:
Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia buleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumag perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

Pemenang:
Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.


Mati:
Pemain dikira mati (giliran) jika:
-Buah yang dilontar terkena garisan petak
-Kaki terpijak garisan petak
-Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
-Pemain menukar kaki sewaktu giliran
-Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
-Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
-Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
-Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak mengunakan biji getah atau guli.

Congkak menggunakan papan kayu adalah berbentuk sampan. Congkak memiliki lubang-lubang untuk diisikan dengan buah congkak.

Congkak mempunyai 5, 7 atau 9 lubang yang dipanggil kampung dengan satu lubang besar dibahagian hujung dipanggil rumah. Setiap set congkak mempunyai set kiri dan kanan kampung dengan rumah masing-masing.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Rumah pemain adalah teletak disebelah kanan sesorang pemain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Cara bermain:
Kedua-dua pemain secara serentak mencapai mana-mana buah congkak di hadapannya (rumahnya) dan memasukkan satu buah congkak ke dalam rumah seterusnya dengan aturan dari kanan ke kiri. Satu buah conkak akan dimasukkan dalam rumah sendiri apabila melepasi kampung lawan. Tiada buah congkak dimasukkan ke rumah lawan. Giliran pemain akan tamat sekiranya buah congkak terakhir masuk ke kampung yang kosong. Pemain lawan akan meneruskan permainan jika pemain pertama telah kehabisan buah congkak.

Terbakar:
Sekiranya buah congkak terakhir masuk ke kampung sendiri, maka pemain boleh menembak kampung yang bertentangan dan mengambil kesemua buah congkak yang ada dalam kampung yang ditembak, dan dimasukkan dalam rumah sendiri. Kampung yang ditembak itu dipanggil terbakar. Kampung yang terbakar tidak boleh digunakan lagi dan tidak boleh dimasukkan buah congkak apabila membuat pusigan congkak.

Memilih pemenang:
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.