- us Lt Kol Sukri bin Yahya kuliah Suboh Ahad 2-Ogo-2026
Keutamaan Amalan Hati ke Atas Amalan Badan (Siri 2)
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, amalan hati lebih utama daripada amalan badan, termasuklah sayang dan benci mestilah beradab dan kerana Allah:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga perkara, sesiapa yang memilikinya akan merasai manisnya iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya; dia mencintai seseorang hanya kerana Allah; dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka." [Riwayat Sahih Muslim no. 43]
- Cinta dan benci seorang mukmin
Hadis ini menjadi dalil bahawa hubungan hati seorang mukmin tidak boleh liar atau melampau/ekstream, tetapi mesti tunduk patuh kepada syarak dan niat yang betul. Sebab itu, bila kita sayang seseorang, sayang itu perlu kerana Allah; dan bila kita membenci sesuatu, benci itu juga perlu berada dalam batas syariat, bukan kerana dendam peribadi.
- Hadis berkaitan cinta dan benci kerana Allah semata-mata, dlm bab mencegah maksiat:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika tidak mampu juga, maka dengan hatinya; dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Miluslim]
Maksud hadis ini ialah setiap org Islam bertanggungjawab mencegah kemungkaran mengikut kemampuan dan tahap kuasa yang ada.
- Dgn tangan -- menggunakan kuasa atau autoriti untuk menghentikan kemungkaran.
- Dgn lisan -- menegur, menasihati, memberi bimbingan, atau menyatakan bantahan secara baik.
- Dgn hati -- membenci kemungkaran itu dan menjauhinya jika tidak mampu bertindak (iaitulah selemah-lemah iman).
- Cinta dan benci kerana Allah semata-mata menuntut supaya nasihat tentang perintah Allah disampaikan secara berulang tanpa jemu. Sebagai contoh, ibu bapa perlu terus mengingatkan anak-anak agar menunaikan solat pada awal waktu, lebih-lebih lagi apabila mereka masih meninggalkan solat.
- Anak dan anak² muda masih mencari² hiburan dan tidak faham 7 tahap kehidupan manusia:
- Alam Roh - Alam permulaan kewujudan roh sebelum ditiupkan ke dalam jasad.
- Alam Rahim - Alam ketika manusia berada dalam kandungan ibu, dari nutfah hingga sempurna kejadian janin.
- Alam Dunia - Alam ujian dan tempat beramal sebelum kematian.
- Alam Barzakh - Alam kubur, iaitu tempoh menunggu selepas kematian hingga hari kebangkitan.
- Hari Kebangkitan / Yaumul ba‘th - Hari semua manusia dibangkitkan semula dari kubur.
- Hari Hisab - Hari perhitungan dan penilaian segala amalan manusia.
- Hari Pembalasan - Hari keputusan akhir, sama ada ke syurga atau neraka.
- Kita perlu membina iman dan takwa dalam masyarakat, kerana apabila hati ahli kariah dipenuhi keimanan dan ketakwaan, lahirlah hubungan kemasyarakatan yang harmoni serta ukhwah yang kukuh. Amalan hati seperti ikhlas, cinta kepada Allah, dan takut kepada-Nya menjadi asas kepada kesatuan dan kesejahteraan umat, sebelum terlihat pada amalan zahir yang dilakukan oleh anggota badan.
- Teliti dlm melaksanakan pekerjaan
Allah suka apabila amalan dilakukan dengan itqan, hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh, kemas dan sempurna).”
Maksud hadis ini ialah Allah menyukai amalan yang dilakukan dengan sebaik mungkin, penuh kualiti, kemas dan tidak sambil lewa. Itqan merangkumi ketelitian, disiplin, dan kesungguhan dalam ibadah, kerja, dan semua urusan yang baik
Hadis ini sesuai dijadikan dalil bahawa setiap org Islam perlu memastikan amalan zahir dan tugasan hariannya dibuat dengan berkualiti dan mutu terbaik. Dalam konteks pendidikan dan kerja, itqan bermaksud tidak cuai, tidak tergesa-gesa, dan menyiapkan sesuatu secara bertanggungjawab.
- Menjauhkan diri dari perkara yg jelas haram
Hadis:
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ...
Rasulullah saw bersabda: "Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhah yang ramai orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga diri daripada syubhah, maka dia telah memelihara agama dan maruahnya. "[Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim — hadis ini termasuk hadis muttafaq ‘alaih.]
Maksud hadis ini ialah setiap orang Islam hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang meragukan, kerana sikap warak akan menyelamatkan agama dan maruahnya. Ini selaras dengan huraian Dr Yusof Al-Qardawi bahawa keutamaan ialah meninggalkan perkara yang mendekatkan kepada haram, bukan sekadar mencari ruang yang samar-samar.
- Solat berjemaah yg rapat membentuk kesatuan dlm masyarakat
Dr. Yusuf al-Qaradawi menegur bahawa solat berjemaah tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan saf yang renggang, kerana Nabi saw mengajar supaya saf diluruskan dan dirapatkan sehingga tidak ada celah yang memutuskan persaudaraan serta kesatuan umat. Dalam penjelasannya, beliau menekankan bahawa rapatnya saf bukan sekadar susunan fizikal, tetapi lambang disiplin, kesatuan hati, dan kepatuhan kepada sunnah.
- Apbl meluruskan saf, lihat pada tumit masing-masing, bukan lihat/ukur pada hujung jari kaki kerana panjang kaki kita tidak sama, tetapi ukuran pada tumit pasti meluruskan saf.
- Pastikan tumit berada pada garisan saf, sama kedudukan dgn jemaah sebelah.
Hadis:
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu, atau Allah akan menjadikan perbezaan dan perselisihan antara wajah-wajah kamu.” [Riwayat Imam Muslim]
Maksud hadis ini ialah umat Islam diperintahkan untuk menyusun saf dengan lurus dan rapat ketika solat berjemaah, kerana ia melambangkan kesatuan dan mencegah perpecahan. Saf yang renggang bercanggah dengan tuntunan Nabi saw yang menekankan kesempurnaan dan keteraturan dalam ibadah berjemaah.
Catatan Kuliah:
- Amalan Hati Lebih Utama Daripada Amalan Badan | us Lt Kol Sukri Bin Hj Yahya | 25-Jul-2026 (klik sini)
No comments:
Post a Comment