Showing posts with label Bible. Show all posts
Showing posts with label Bible. Show all posts

Monday, January 20, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:140-141

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 20-Jan-2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:140-141

Surah Al-Baqarah Ayat 2:140 (klik sini utk paparan ayat)

أَمۡ تَقُولُونَ إِنَّ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطَ كَانُواْ هُودًا أَوۡ نَصَٰرَىٰۗ قُلۡ ءَأَنتُمۡ أَعۡلَمُ أَمِ ٱللَّهُۗ وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَٰدَةً عِندَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.


- Ayat 2:141 (klik sini)

تِلۡكَ أُمَّةٞ قَدۡ خَلَتۡۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

- Ayat 140 adalah sambungan dari dakwaan org² yahudi dan nasrani bhw hanya pengikut yahudi dan kristian sahaja lah yg diredhai Allah.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:135 (klik sini)

وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوۡ نَصَٰرَىٰ تَهۡتَدُواْۗ قُلۡ بَلۡ مِلَّةَ إِبۡرَٰهِـۧمَ حَنِيفٗاۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

- musyrik adalah perbuatan seseorg ie melakukan syirik kpd Allah.

- Apa yg disyirikkan oleh org yahudi dan nasara kpd Allah? 

(i) Org yahudi kata Allah ada anak ie Uzair. spt yg dirakamkan dlm Surah At-Tawbah Ayat 9:30 (klik sini)

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ عُزَيۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَٰرَى ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِۖ ذَٰلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَٰهِهِمۡۖ يُضَٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبۡلُۚ قَٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

(ii) Org nasrani kata Allah ada anak ie Nabi Isa. 

- Allah suruh Nabi Muhammad menafikan dakwaan org yahudi dan org nasara, spt yg dirakamkan dlm Surah An-Nisa Ayat 4:171 (klik sini)

يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِي دِينِكُمۡ وَلَا تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡحَقَّۚ إِنَّمَا ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَكَلِمَتُهُۥٓ أَلۡقَىٰهَآ إِلَىٰ مَرۡيَمَ وَرُوحٞ مِّنۡهُۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۖ وَلَا تَقُولُواْ ثَلَٰثَةٌۚ ٱنتَهُواْ خَيۡرٗا لَّكُمۡۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ سُبۡحَٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٞۘ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلٗا

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

- Seorg yahudi yg beriman dgn kitab Taurat meyakini bhw Nabi Muhammad saw adalah nabi akhir zaman.  Dgn itu jika seorg yahudi tidak menerima hakikat bhw Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, maka dia tidak berpegang kpd kitab Taurat.

- Seorg Ahli Kitab ie pengamal kitab Injil, maka dia menyakini hakikat Nabi Muhammad saw adalah nabi akhir zaman. Namun oleh kerana Bible (new tastement) adalah versi yg telah diubahsuai, maka Nabi Isa dikatakan anak tuhan dan menolak kenabian Nabi Muhammad saw.

Sunday, April 24, 2016

Israk dan Mikraj seperti disebutkan dalam Bible

- us Robby kuliah Maghrib Ahad 24-Apr-2016


Israk dan Mikraj seperti disebutkan dalam Bible

Jarak masa antara Nabi Musa -Muhammad, hampir 2,000 tahun. Begitu juga jarak masa antara Nabi Daud -Muhammad. Manakala jarak masa antara Nabi Isa-Muhammad adalah hampir 500 tahun. Kisah Israk dan Mikraj disebutkan dlm kitab-kitab terdahulu dr Al-Quran.

- Nabi Daud bin Yusyak bin Nun as menceritakan bhw ada seorg Nabi yg diberi kekuatan
- Nabi Daud adalah Nabi ke-12, dari keturunan Nabi Yaakub.
- Nabi2 terdahulu semuanya adalah Islam.
- Kristian tidak boleh disebutkan ugama samawi, kerana tauhid ugama samawi adalah syahadah Lailahaillah. Kitab2 sebelum Al-Quran disampaikan oleh malaikat Jibrail.

-Nabi Yusyak ada 6 org anak,  dgn 4 org daripadanya adalah lelaki. Nabi Daud adalah anak ke6.

Nabi Yusyak berjaya memasuki Palestine, setelah berjaya menumpaskan tentera Jalut. Baju perang tentera Jalut adalah baju besi dan bertopi tembaga. Tentera Jalut gagah.

- 12 keturunan Nabi Yaakub memohon doa kpd Allah utk diutuskan seorg pemimpin utk meminlmpin 12 kaum yg ketika itu mendiami Palestine.

- Bible: Nabi Daud adalah pengembala kambing, yg sentiasa berzikir yg bunyinya spt lagu. Dlm Bible sebutkan ada 70 lagu,  namun dlm Al-Quran disebut 7 lagu.


Surah Saba Ayat 34:10

A010

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;


- Nabi Daud meminta izin dr bapanya utk menyertai peperangan menyertai tentera yg dipimpin oleh raja Talut.

- Nabi Daud ketika berhadapan dgn Jalut, diambilnya beberapa batu dan dilontarkan kpd Jalut dgn kalimah Allah. Batu2 tersbt mengenai kepala Jalut dan matilah Jalut.

- Nabi Daud kemudiannya dilantik menjadi raja di Palestine.  Baginda kemudiannya berkahwin dgn anak perempuan raja Talut. 

- Nabi Daud diberikan mukjizat membuat baju besi dan kemerduan suara.

- Anak Nabi Daud adalah Nabi Sulaiman.


Perkataan Israk disebutkan dlm 3 keadaan dalam Bible:

  1. Nabi Lut membawa keturunannya keluar dr kota Sodom
  2. Nabi Musa membawa keluar pengikutnya dr Mesir dr dikejar oleh tentera firaun.
  3. Perjalanan Nabi Muhammad saw dlm peristiwa Israk dan Mikraj.


- Kitab Bible di Malaysia dicetak dan dikeluarkan oleh persatuan Bible Malaysia. Dlm kitab ini disebutkan ada 66 kitab.

kitab Masmur [org Islam sebut Zabur],  bab 26, menceritakan kisah Nabi Daud, yg mana syairnya/lagunya menceritakan Mekah. Sewaktu di Al-Quds, Nabi Daud membasuh anggotanya kemudian menyembah Allah dgn mengadap qiblat, dgn syair yg menyebutkan rindunya kpd Baitullah (Kaabah). Syair itu juga menyebutkan kota Mekah terletak di suatu lembah di antara)  bukit, juga disebutkan perigi Hajar (telaga Zam-Zam). Disyairkan juga perjalanan Rasulullah dr Mekah ke bukit Tursina, sebagai sebahagian dr perjalanan Israk dan Mikraj.

- Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan dr Nabi Daud. Mukjizat Nabi Sulaiman adalah boleh menguasai jin.


Surah Saba Ayat 34:13

A013

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.


- 2 anak Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan, hingga ke Assur 

  1. Israel di bhgn Utara
  2. Yahudi di bhgn Selatan

- Kerajaan Babylon apbl menjajah kerajaan Assur telah memusnahkan masjid dan istana Nabi Sulaiman.

- Selepas itu muncul kerajaan Farsi menguasai Palestine. Selepas itu muncul kerajaan Iskandar the Great.

- Nabi Imran dan Nabi Zakaria hidup dlm zaman itu. Isteri Nabi Imran melahirkan Maryam, yg kemudiannya melahirkan Nabi Isa.

- Saidina Umar memimpin tentera perang ke Yarmuk (pembukaan Palestine). Setelah kemenagan di Yarmuk Saidina Umar pulang semula ke Mekah. Kemudian paderi di Palestine menulis surat kpd saidina Umar utk dtg ke Palestine dan menaungi Palestine.

- Saidina Umar ketika sampai ke Palestine atas jemputan paderi terkenal Palestine,  dia berjalan kaki sementara pengikutnya menunggang. Terkejut paderi itu apbl diketahui saidina Umar berjalan kaki sementara rakyatnya menunggang.


3 perkara haram dlm Bible:

  1. Haram memakan khinzir
  2. Haram menjadikan patung2 berhala sebagai Allah. Bible mengatakan Allah tidak boleh disamakan dgn apa2 juga.
  3. Haram mengatakan Allah beranak dan mempunyai anak.

Konsep trinity adalah penyelewangan yang dilakukan oleh pendeta yahudi dan kristian, terhadap kitab Injil yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa as.

Surah An-Nisa Ayat 4:171

A171


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

 
Surah Al-Maidah Ayat 5:72

A072

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".


Surah Al-Maidah Ayat 5:116

A116

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.


Nabi Isa as, memberitahu pengikutnya bahawa akan lahir Nabi akhir zaman iaitulah Nabi Muhammad saw (yang juga dipanggil dengan nama Ahmad): 

Surah Saf Ayat 61:6

A006

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

Sunday, November 22, 2015

Bible menerangkan hudud sebelum kedatangan Rasulullah

- us  Roby Tandang kuliah Maghrib 22-Nov-2015

Kitab Genesis (Kejadian)
- Kitab Genesia adalah berkenaan kejadian. Kejadian bumi dan diikuti kisah2 para Nabi.

- Bible menyebutkan kejadian dunia dlm masa 7 hari,  dan kisah2 para Nabi,  hinggalah Nabi Ishak, Nabi Yaakob, Nabi Ismail.

- Namun kisah Nabi Ismail diputuskan (ditamatkan kisahnnya) setakat Nabi Ismail sahaja.

- Salah-silah Nabi Ishak di teruskan hingga 12 keturunan. Termasuklah kisah Nabi Yusof, Musa dan Isa.

-  Tentera firaun di sesatkan di Padang pasir selama 40 tahun.
- Kisah Nabi Musa dikatakan

Surah Al-Maedah Ayat 5:26 (klik sini utk paparan ayat)


قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

 

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

  • Kemudian kisah para nabi itu diteruskan hingga kisah Nabi Daud, hingga kisah kelahiran Nabi Sulaiman.

  • Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, pemerintahannya di sebelah Utara di sebut tanah Israel dan selatannya di warisi oleh Nabi2 lain.

  • 500 tahun selepas dr Nabi Isa, Allah turunkan Nabi Muhammad saw, yg datang dr keturunan Nabi Ismail.

  • Antara kata Nabi Daud, dlm Bible Nabi Daud ada 70 pecahan suara dlm berzikir kpd Allah. Dlm Al-Quran dikatakan ada 7 suara.

  • Dlm syair zikir Nabi Daud,  disebutkan kedatangan Nabi Muhammad.

  • Dlm Bible ada Perjanjian Lama (Old Tastement)  yg di dlmnya ada 39 kitab. Dlm Perjanjian Baru (New Tastement) ada 27 kitab.

  • Namun org kristian kini tidak membaca Old Tastement,  sebaliknya hanya membaca New Tastement,  yg di bawa oleh Luke, Marcus,

  • Org Islam boleh membaca dan berhujah dgn menggunakan Bible,  namun tidak boleh beriman kpd Bible.

  • Dlm kitab Bible disebutkan makan khinzir, arak adalah haram, tetapi org kristian mengatakan minum sedikit arak tidak haram, tetapi jika diminum byk ianya haram.

  • Bible juga mengatakan riba itu haram.

  • Bible mengatakan Nabi Ibrahim dikhatankan pada usia 80 thn. Namun org kristian mengatakan khatan tidak wajib.

  • Bible mewajibkan jenazah perlu dikafankan dgn kain kapas, namun hari ini hanya org Islam sahaja yg mengkafankan jenazah dgn kain kapas.

4 perkara paling utama dlm Bible
(1) Mengakui Allah Maha Esa,
(2) jangan mencuri,
(3) jangan berzina dan
(4) jangan memberi persaksian palsu.

Hukum hudud seperti dlm Bible Old Tastement

  • Dlm Bible, jika seorg lelaki ditangkap basah ketika sedang berzina dgn isteri lelaki lain, maka seretlah mereka ke khalayak ramai dan rejam mereka hingga mati. Sekiranya mereka belum berkahwin maka sebat mereka.

  • Kitab Mathew bab 5 no 50, jika mencuri maka potong tangan kanan dahulu. 


Surah Al-Maedah ayat 33, juga menyebutkan hukuman potong tangan kanan ke atas pencuri. Potong secara bersilang utk kejadian berulang.


Surah Al-Maedah Ayat 5:33 (klik sini utk paparan ayat)


إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

- Bible lama melarang memberi saksi palsu. Perlu datangkan saksi 4 mata (ditafsirkan sebagai 2 org) yg soleh, yg dtgkan seekor lembu yg sihat dan sempurna anggotanya, di bawa ke tempat ibadat dan mengakui bhw dia memberikan persaksian yg benar.

  • Kitab John bab 8, Ketika Nabi Isa menjadi hakim kpd kes perempuan dituduh berzina. Nabi Isa mengetukkan tongkatnya apbl pihak yg menuduh gagal mendatangkan 2 saksi.  Dgn itu Nabi Isa memutuskan supaya dibebaskan wanita itu.


- Hukum hudud telah diwahyukan kpd Nabi-nabi Bani Israel, bukannya hukum baru yang di wahyukan kpd Nabi Muhammad. 

  • Hukum hudud telah wujud sebelum Nabi Muhammad melalui para Nabi terdahulu, dan diceritakan dlm Bible Old Tastement.
      
  • Dlm Al-Quran hukum hudud kpd tuduhan zina perlu mendatangkan 4 org saksi yg beriman, ini lebih menjaga maruah org yg dituduh zina, jika 2 org saksi pun susah utk ditampilkan, maka 4 org saksi lebih-lebih lagi utk didatangkan. Inilah dikatakan hudud rahmat.


- Apbl membaca kitab Bible (Old Tastement) penganut kristian akan faham ugama Islam. Namun Bible Lama (Old Tastement)  tidak boleh dijadikan panduan utk beramal kpd Allah. Al-Quran yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia mesti dijadikan kitab utama dan menggunakan hadis sebagai panduan utk melakukan amalan ketaatan kpd Allah. 


New Tastement (ie Bible) tidak boleh dijadikan rujukan utk melakukan ketaatan kpd Allah, kerana kandungan New Tastement telah diubah-suai mengikut nafsu, dan penganut kristian disesatkan dgn konsep trinity.


- Penggunaan kalimah Allah dlm Bible terjemahan akan menyebabkan penganut kristian akan keliru dgn:

1) Allah yg diucapkan itu merujuk kpd Nabi Isa.
- Kitab Naba Ul-Uslum tlh mencatatkan bhw 40 ketua kitab ketika bertemu Rasulullah. Rasullah mengajak wakil2 kristian itu utk memeluk Islam. Jawapan wakil kristian itu adalah bhw mereka telah mengenali Islam sebelum dari kedatangan Nabi Muhammad. 

- Rasulullah kemudiaannya menjelaskan penyelewengan dlm kristian apbl:

  • (a) kitab Taurat mengatakan, Allah bukan manusia, dan bukan anak manusia. Maka Nabi Isa bukan Allah.

  • (b) membuat patung menggambarkan Allah. Dlm kitab Ulangan, menegah umat kristian dari membuat sebarang patung yg dikatakan Allah. Kitab ini mengatakan Allah bukan patung sembahan.

  • (c) memakan khinzir adalah haram dlm Bible, sebaliknya org kristian membenarkan/menghalalkan khinzir.

Antara akhlak baik yg diamalkan di gereja:
- Amalan gereja mempunyai prinsip yg tinggi dan tidak mengharapkan politik.

- Amalan gereja menolak tapisan ie tapisan kpd tabung2 sumbangan (dengan maksud mereka tidak bersalah guna duit sumbangan).

Monday, August 15, 2011

Dalil-dalil Al-Quran menjelaskan penipuan kitab orang yahudi dan kristian

Dari surah Al-Ankabut ayat 29:45 hingga 49,











"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."" (Al-Ankabut ayat 46)


Dalil2 Al-Quran yg menjelaskan bhw kitab2 org yahudi dan kristian pd hari ini telah diselewengkan oleh pendita2 mereka yg terdahulu (mengikut hawa nafsu mereka sendiri). 

#1) Surah Al-Baqarah ayat 2:42, 

A042

 

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (Al-Baqarah Ayat 42) 


#2) Surah Al-Baqarah ayat 2:79,

A079


"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (Al-Baqarah ayat 79)

#3) Surah Al-Baqarah ayat 2:140, 

A140


""Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (Al-Baqarah ayat 140)


#4) Surah An-Nisa ayat 3:46,

A046

"Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka)." (An-Nisa ayat 46)


#5) Surah Al-Maidah ayat 5:15 dan

A015


"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya." (Al-Maidah atay 15)

#6) Surah Al-Maidah ayat 5:41.

A041


"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar." (Al-Maidah atay 41)

Published with Blogger-droid v1.7.4