Showing posts with label Zulkarnain. Show all posts
Showing posts with label Zulkarnain. Show all posts

Saturday, January 27, 2018

Yakjuj dan Makjuj

- us Muhd Ihsan kuliah Suboh Sabtu 27-Jan-2018

- fitnah shubhah ie fitnah kpd aqidah

- hadis: Zainab Binti Jahsyin (ie isteri Rasulullah SAW).katanya suatu ketika Rasulullah terjaga dari tidur dalam keadaan terkejut, lantas baginda berkata “Lailaha illallah, Celakala bagi orang Arab disebabkan  suatu bencana yang akan terjadi iaitu hari ini dinding yang menahan yakjuj dan makjuj telah terbuka sebesar ini..(membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari)..(Zainab binti Jahsyin) bertanya: Wahai Rasulullah apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang orang soleh? Beliau menjawab YA apabila banyak terjadi perzinaan.


Daripada Ummul Mukminin Ummul Hakam Zainab binti Jahsy ra., ia berkata : “Nabi saw masuk ke rumah dengan perasaan cemas seraya bersabda : “Tidak ada Tuhan selain Allah, hendaknya bangsa Arab harus selalu waspada terhadap bencana yang hampir menimpanya, di mana saat ini telah terbuka tirai Ya’juj dan Ma’juj sebesar ibu jari. Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan di tengah-tengah kami banyak orang-orang yang berbuat kebajikan ?” Beliau menjawab : “Ya, apabila kejahatan merajalela.” [HR.Bukhari dan Muslim]

 

a) perkara yg perlu dilakukan selepas bangun dr tidur atau pengsan atau koma  maka mengucap dahulu.
b) Kita yg melawat pesakit ajarkan kpd org yg baru sedar (pengsan/koma) dgn  mengucap.


- Zikir kpd Allah akan menjadi sebab utk kita terlepas dr fitnah.

a) zikir adalah perkara yh paling murah dan mudah utk mengingati Allah.


2. Baginda sebutkan bangsa Arab kerana org Arab paling ramai ketika itu.
a) hadis ini tidak khusus kpd bangsa Arab, sebaliknya kpd semua bangsa.

3. Allah masih bantu kita, halang yakjuj dan makjuj dari terlepas dr benteng yg dibina oleh Zulkarnain, spt yg disebutkan dlm Al-Quran surah Al-Kahfi.


a) tidak diberi ilham kpd mereka utk alternatif spt membina tangga atau melakukan kerja mengorek benteng secara bergilir.
b) Allah tidak ilhamkan kpd ketua mereka utk mengucapkan "insyaallah".


4. Apa yg boleh difahami tentang yakjuj dan makjuj?
a) Kaum yakjuj dan makjuj ini ada kepakaran yg tinggi, kerana mampu mengorek benteng besi .
b) ada ketua dikalangan mereka
c) ada di kalangan mereka yg mengenali kekuasaan Allah, hingga menyebutkan insyaallah.

5. Kita perlu menegur kemaksiatan hingga ke tahap memberi manfaat atau perubahan kpd org yang ditegur. Bermakna kita perlu lakukan teguran berterusan hinggalah org itu kembali kpd mentaati perintah dan larangan Allah.


Thursday, November 24, 2016

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:83 hingga 94

- us Dr Zawawi kuliah Maghrib Khamis 24-Nov-2016


Surah Al-Kahfi Ayat 18:83

A083

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

  • 2 org beriman yg menguasai dunia adalah Zulkarnain dan Nabi Sulaiman as
  • 2 org yg tidak beriman yg menguasai dunia adalah Namrud dan Raja selepas Namrud.
  • org ke-5 yg akan menguasai dunia adalah Imam Al-Mahdi.

- Zulkarnain bukannya Alexander The Great, kerana sifat yg berbeza. Zulkarnain seorg hamba yg soleh, manakala Alexander The Great adalah anak Raja Filippe, dgn sifat kasar, garang dan bengis.
- Zulkarnain atau nama asalnya Iskandar, berasal dari Mesir.
- Ada pandangan dr ulamak mengatakan cucu kpd Nabi Noh.

Beza Tilawah dan Qiraah:
- Tilawah Al-Quran ie tahap pemahaman Al-Quran yg tinggi dan memahami setiap maksudnya.
- Qiraatul Quran ie pembacaan shj tanpa pemahaman maksud.


- Ayat 18:84

A084

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

- kejayaan Zulkarnain bukannya diberi begitu shj, sebaliknya ke atas usaha2 yg diberkati oleh Allah.

- jika mempunyai peluang jagalah ibu bapa hingga akhir hayat mereka, sesungguhnya rezeki dan urusan kehidupan akan dipermudahkan oleh Allah.


- Ayat 18:85

A085

فَأَتْبَعَ سَبَبًا

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).


- Ayat 18:86

A086

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

- ulamak tafsir berpandangan bhw daerah matahari terbenam adalah di kawasan sebelah barat benua Afrika (juga merujuk kpd Mahgribi).

- dibenarkan kpd Zulkarnain utk menggunakan kekerasan terhadap kaum tersbt, kerana sebelum itu telah diutuskan Nabi kpd mereka dan mereka mengingkarinya.


- Zulkarnain berjaya mengimankan kaum itu.


- Ayat 18:87

A087

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا

Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


- Ayat 18:88

A088

وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ ۖ وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".


- Ayat 18:89

A089

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.


- Ayat 18:90

A090

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

- ditafsirkan bhw kaum di sebelah timur ini tidak berpakaian. 

- Kehadiran Zulkarnain adalah membawa tamadun kpd mereka, dan beriman kpd Allah.


- Ayat 18:91

A091

كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

- Zulkarnain hanya memerintah selama 13 thn, meninggal dunia dlm usia 30-an, akibat demam panas.
- Zulkarnain dilahirkan kira-kira 350 thn sebelum kelahiran Nabi Isa as.


- Ayat 18:92

A092

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.


- Ayat 18:93

A093

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.


- Ayat 18:94

A094

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

- Allah akan menghapuskan kaum Yakjuj dan Makjuj, dan mayat2 mereka bergelimpangan dan berbau busuk. Allah akan mendatangkan burung2 utk menghilangkan/memakan bangkai mereka. Selepas dr itu maka keadaan akan menjadi makmur di bwh pemerintahan Imam Al-Mahdi.