Showing posts with label Kuliah Fiqh Jinayah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Fiqh Jinayah. Show all posts

Saturday, February 14, 2026

Kadar Qisas Dan Diyat

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Sabtu 14-Feb-2026

Kadar Qisas Dan Diyat

3 negara yg melaksanakan hukumam qisas dlm bab jinayat ie Arab Saudi, Iran dan Pakistan.

[1] Balasan untuk Pembunuhan Sengaja (Dgn Niat/Sengaja):
Hukuman (pembunuhan dgn niat adalah ): qisas dan diyat.

Hadis:
  • Ahmad bin Sa'id Ad Darimi menceritakan kepada kami Habban menceritakan kepada kami, Muhammad bin Rasyid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Musa menceritakan kepada kami dari Amr bin Syua'ib dari ayahnya dari kakeknya; Bahwasanya Nabi saw bersabda: "Barangsiapa membunuh dengan secara disengaja, maka perkara itu diserahkan kepada wali orang yang dibunuh. Jikalau wali itu ingin membunuh, maka dibunuhlah ia, dan jikalau wali itu ingin mengambil diyat, maka diyatnya adalah tiga puluh hiqqah, tiga puluh jadza'ah dan empat puluh khalifah(1) kalaupun ada perdamaian itu terserah mereka. Yang kesemuanya itu untuk memperberat adanya tebusan". Hadisnya Abdullah bin Amr adalah hadis hasan gharib. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1413]
- Hukum diyat:
  1. Diyat wajib dibayar serta merta.
  2. Kadar: 100 ekor unta dari 3 jenis unta.
    1. 30 ekor unta hiqqah (genap 3 tahun, kadar umur yg layak utk ditunggang/bawa barang),
    2. 30 ekor unta jazaah (usia 4 tahun ie umur unta gugur gigi) dan
    3. 40 unta khalifah ie unta betina yg bunting
  3. Diyat wajib dibayar menggunakan harta si pembunuh shj. Ahli keluarga/waris tidak wajib menanggung jumlah/pampasan diyat.
- Siapakah waris "asobah" si mati yg diiktiraf dlm menetapkan hukum diyat?
  1. Bapa kpd si mati.
  2. Adik- beradik lelaki si mati
Contoh kes:
  • Kes 1: Sekiranya waris asobah putuskan hukuman setimpal adalah bunuh, maka si pembunuh wajib di bunuh. 
  • Kes 2: Sekiranya waris asobah putuskan hukumnya adalah bunuh dan pampasan diyat (contoh rm100 ribu) maka wajib dilaksanakan hukuman dan byrn pampasan.
  • Kes 3: Sekiranya waris asobah putuskan tiada hukuman, maka bebaslah si pembunuh dari sebarang tanggungjawab ke atas waris si mati. 

[2] Balasan untuk Pembunuhan Separuh Sengaja (Tidak Sengaja)
Contoh kes: Pukul dgn anggota badan atau alat yg biasanya tidak boleh menyebabkan kematian, tetapi telah menyebabkan yg kena pukul itu mati. Mungkin pukulan itu terkena pada tempat yg sensitif.

Hukuman: diyat:
  1. Hukumannya sedikit ringan berbanding pembunuhan dgn niat sengaja.
  2. Hanya hukuman diyat shj, bukan qisas.
  3. Sedikit ringat kerana byrn pampasan diyat boleh dibuat dlm tempoh 3 tahun (juga boleh secara ansuran)
  4. Kadar diyat: 100 ekor unta sama spt diyat bunuh dgn niat sengaja.

[3] Balasan untuk Pembunuhan Tanpa Niat
Hukuman: Hukuman ugama dan diyat

Hadis:
  • Ali bin Sa'id Al Kindi Al Kufi menceritakan kepada kami, Ibnu Abi Zaidah menceritakan kepada kami dari Al Hajjaj dari Zaid bin Jubair dari Khisf bin Malik berkata: Saya mendengar Ibnu Mas'ud berkata: Rasulullah saw telah memutuskan diyat pembunuhan yang tidak disengaja iaitu dua puluh unta bintu makhodz, dua puluh ibnu makhodz jantan, dua puluh bintu labun, dua puluh jadza'ah dan dua puluh hiqqah". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1411]
Hukuman diyat:
  1. Keluarga si pembunuh perlu membayar diyat, jika si pembunuh tidak mampu membayar diyatnya. 
  2. Tempoh bayaran: 3 tahun
  3. 3 Kadar: 100 ekor unta, dari 5 jenis unta spt berikut:
    1. 20 ekor unta hiqqah (genap 3 thn)
    2. 20 ekor unta jazaah (genap 4 thn)
    3. 20 ekor unta makhad (berusia 1 thn)
    4. 20 ekor unta labun (berusia 2 thn)
    5. 20 ekor unta jantan labun

Catatan Kuliah:
1. Kategori Jenayah Membunuh | us Fathi Mohamad | 10-Jan-2026 (klik sini
2. Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja | us Fathi Mohamad | 30-Jan-2026 (klik sini)

Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Jumaat 30-Jan-2026

Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja 
 
Contoh Pembunuhan Tanpa Niat
1. Jatuh dari tempat tinggi dan menimpa seseorg mengakhibatkan kematian kpd org yg kena himpap.

Kesalahan bunuh dgn sengaja
Hukuman pembunuhan dgn sengaja adalah qisas spt dlm surah Al-Baqarah ayat 2:178 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

- Juga dlm surah Al-Maedah ayat 5:45 (klik sini)
{ وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

- Hukum qisas mengikut definisi Imam Syafie dalam Al-Umm (Kitab Qisas) bermaksud hukuman balas setimpal (setara) terhadap pembunuh atau pencederawan anggota badan secara sengaja, sebagai hak wali mangsa untuk tuntut balas jiwa dibalas jiwa atau anggota dibalas anggota.

Definisi Terperinci Imam Syafie:
"Qisas fi al-nafs"
  • Balas nyawa dengan nyawa (bunuh balas bunuh) – hanya untuk pembunuhan sengaja dengan senjata.
"Qisas ghairu al-nafs":
  • Balas anggota dengan anggota (tangan potong tangan, mata ganti mata) – jika boleh "disamai" pada sendi (spt siku, pergelangan).
Hak mutlak wali: 
  • Qisas bukan hak hakim, tetapi pilihan wali mangsa: qisas, diyat (pampasan), atau maaf mutlak.

- Kadar diyat (pampasan/ganti rugi) untuk kes qisas atau kecederaan dalam hukum syarak ditetapkan sebagai berikut, berdasarkan sunnah dan ijma' ulama. 

- Kadar Standard Diyat Penuh:
  1. (Nyawa/anggota utama) 100 ekor unta untuk mangsa yg dibunuh adalah seorg lelaki (setara 1,000 dinar emas atau 12,000 dirham perak).
  2. 50 ekor unta untuk mangsa yg dibunuh adalah seorg perempuan (setara 500 dinar emas).
  3. Nilai semasa Malaysia: RM600,000 - RM700,000 (bergantung harga emas ~RM250/g), ikut kadar mahkamah syariah negeri .

Catatan Kuliah:
1. Kategori Jenayah Membunuh | us Fathi Mohamad | 10-Jan-2026 (klik sini


Saturday, January 10, 2026

Kategori Jenayah Membunuh

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Sabtu 10-Jan-2026

Kategori Jenayah Membunuh

Tiga (3) Kategori Pembunuhan:
  1. Qatl al-'Amd (Pembunuhan Sengaja Murni):
    Pembunuh sengaja rancang dan gunakan alat mematikan untuk bunuh orang terlindung (Muslim atau mu'ahid). Perlu ada 2 syarat berikut (i) Ada niat utk membunuh (ii) Ada alat yg digunakan yg boleh menyebabkan kematian. {Jika alat yg digunakan spt pen, ranting kayu, pembaris, paip getah maka tidak memenuhi syarat alat. Namun sekiranya pukulan atau tikaman bertalu-talu maka cara membunuh itu diambil kira sebagai kaedah membunuh dgn sengaja. }
    Hukuman: Qisas (balas bunuh) oleh wali mangsa.

  2. Qatl Syibh al-'Amd (Pembunuhan Mirip Sengaja atau Separa Sengaja):
    Niat bukan bunuh, tetapi tindakan biasa (contoh: pukul dengan kayu tebal) menyebabkan mati. 
    Hukuman: Diyat penuh + kafarat + ta'zir.

  3. Qatl al-Khata' (Pembunuhan Tidak Sengaja):
    Tindakan mubah (contoh: anak panah nyasar ke manusia semasa buru) menyebabkan mati. Contoh lain adalah tertembak rakan sewaktu memburu kerana salah sangka kawan adalah haiwan buruan.
    Hukuman: Diyat separuh + kafarat (puasa 2 bulan berturut).

- Org yg membunuh org lain dlm keadaan beranggapan bhw perbuatannya itu halal maka dia dihukumkan kafir. Org yg membunuh dlm keadaan tidak sengaja membunuh dia dihukumkan munafik dan diserahkan kpd Allah hukuman yg sewajarnya.

Contoh Pembunuhan Sengaja:
  1. Tetakan dgn pedang/pisau tajam ke bhgn/anggota penting (spt jantung, leher)
  2. Tusukan dgn jarum kecil di tempat² yg sensitif.
  3. Ketukan/Hentakan dgn batu.
  4. Tembak dengan senjata atau peluru (spt senapang, pistol, panah, tombak) ke kepala/ dada.
  5. Mencekik/Menutup cara bernafas/Tekup dgn bantal.
  6. Memberi racun/Kurung/Sihir hingga membawa kematian.
  7. Membaling/Memukul berulang² dgn batu/kayu kecil.
  8. Saksi yg memberikan persaksian palsu hingga menyebabkan org yg dituduh dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah org yg dituduh telah meninggal saksi itu membuat pengakuan bhw persaksiannya sebelum ini adalah palsu. Maka saksi tersbt dikira membunuh dgn sengaja.

Contoh Pembunuhan Separa Sengaja:
  1. Memukul atau melukai dengan tangan kosong, kayu kecil, atau benda tumpul yang tidak biasa menyebabkan kematian, tetapi org itu akhirnya mati akibat luka itu.
  2. Mencampakkan seseorg ke dlm air/laut yg diketahui org tersbt boleh berenang
  3. Mengikat seseorg pd tiang tanpa mengetahui air pasang laut melebihi paras hidung
  4. Jatuh dan menimpa seseorg hingga menyebabkan org yg dihimpap itu mati.

Hadis:
  • Maksudnya :"Muhammad bin Abdil 'A'laa menceritakan kepada kami Khalil bin Al Harits memberitahukan kepada kami dari Syu'bah Ubaidillah bin Abi bakar memberitahukan kepada kami dari Anas bin Malik dari Nabi SAW. dalam masalah dosa-dosa besar, beliau bersabda :"Iaitu syirik kepada Allah, memutus hubungan kepada kedua orang tua, bunuh diri dan perkataan dusta". Hadis ini hasan gharib sahih. Rauh bin Ubadah juga meriwayatkan hadis ini dari Syu'bah ia berkata :"Dari Abdullah bin Abi Bakar tidak benar, (yang benar Ubaidillah). [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4108]

Catatan Kuliah:
1. Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja | us Fathi Mohamad | 30-Jan-2026 (klik sini)
2. Kadar Qisas Dan Diyat | us Fathi Mohamad | 14-Feb-2026 (klik sini)