- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Jumaat 30-Jan-2026
Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja
Contoh Pembunuhan Tanpa Niat
1. Jatuh dari tempat tinggi dan menimpa seseorg mengakhibatkan kematian kpd org yg kena himpap.
Kesalahan bunuh dgn sengaja
Hukuman pembunuhan dgn sengaja adalah qisas spt dlm surah Al-Baqarah ayat 2:178 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ }
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
- Juga dlm surah Al-Maedah ayat 5:45 (klik sini)
{ وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
- Hukum qisas mengikut definisi Imam Syafie dalam Al-Umm (Kitab Qisas) bermaksud hukuman balas setimpal (setara) terhadap pembunuh atau pencederawan anggota badan secara sengaja, sebagai hak wali mangsa untuk tuntut balas jiwa dibalas jiwa atau anggota dibalas anggota.
Definisi Terperinci Imam Syafie:
"Qisas fi al-nafs":
- Balas nyawa dengan nyawa (bunuh balas bunuh) – hanya untuk pembunuhan sengaja dengan senjata.
"Qisas ghairu al-nafs":
- Balas anggota dengan anggota (tangan potong tangan, mata ganti mata) – jika boleh "disamai" pada sendi (spt siku, pergelangan).
Hak mutlak wali:
- Qisas bukan hak hakim, tetapi pilihan wali mangsa: qisas, diyat (pampasan), atau maaf mutlak.
- Kadar diyat (pampasan/ganti rugi) untuk kes qisas atau kecederaan dalam hukum syarak ditetapkan sebagai berikut, berdasarkan sunnah dan ijma' ulama.
- Kadar Standard Diyat Penuh:
- (Nyawa/anggota utama) 100 ekor unta untuk mangsa yg dibunuh adalah seorg lelaki (setara 1,000 dinar emas atau 12,000 dirham perak).
- 50 ekor unta untuk mangsa yg dibunuh adalah seorg perempuan (setara 500 dinar emas).
- Nilai semasa Malaysia: RM600,000 - RM700,000 (bergantung harga emas ~RM250/g), ikut kadar mahkamah syariah negeri .
Catatan Kuliah:
No comments:
Post a Comment