- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Sabtu 10-Jan-2026
Kategori Jenayah Membunuh
Tiga (3) Kategori Pembunuhan:
- Qatl al-'Amd (Pembunuhan Sengaja Murni):Pembunuh sengaja rancang dan gunakan alat mematikan untuk bunuh orang terlindung (Muslim atau mu'ahid). Perlu ada 2 syarat berikut (i) Ada niat utk membunuh (ii) Ada alat yg digunakan yg boleh menyebabkan kematian. {Jika alat yg digunakan spt pen, ranting kayu, pembaris, paip getah maka tidak memenuhi syarat alat. Namun sekiranya pukulan atau tikaman bertalu-talu maka cara membunuh itu diambil kira sebagai kaedah membunuh dgn sengaja. }Hukuman: Qisas (balas bunuh) oleh wali mangsa.
- Qatl Syibh al-'Amd (Pembunuhan Mirip Sengaja atau Separa Sengaja):Niat bukan bunuh, tetapi tindakan biasa (contoh: pukul dengan kayu tebal) menyebabkan mati.Hukuman: Diyat penuh + kafarat + ta'zir.
- Qatl al-Khata' (Pembunuhan Tidak Sengaja):Tindakan mubah (contoh: anak panah nyasar ke manusia semasa buru) menyebabkan mati. Contoh lain adalah tertembak rakan sewaktu memburu kerana salah sangka kawan adalah haiwan buruan.Hukuman: Diyat separuh + kafarat (puasa 2 bulan berturut).
- Org yg membunuh org lain dlm keadaan beranggapan bhw perbuatannya itu halal maka dia dihukumkan kafir. Org yg membunuh dlm keadaan tidak sengaja membunuh dia dihukumkan munafik dan diserahkan kpd Allah hukuman yg sewajarnya.
Contoh Pembunuhan Sengaja:
- Tetakan dgn pedang/pisau tajam ke bhgn/anggota penting (spt jantung, leher)
- Tusukan dgn jarum kecil di tempat² yg sensitif.
- Ketukan/Hentakan dgn batu.
- Tembak dengan senjata atau peluru (spt senapang, pistol, panah, tombak) ke kepala/ dada.
- Mencekik/Menutup cara bernafas/Tekup dgn bantal.
- Memberi racun/Kurung/Sihir hingga membawa kematian.
- Membaling/Memukul berulang² dgn batu/kayu kecil.
- Saksi yg memberikan persaksian palsu hingga menyebabkan org yg dituduh dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah org yg dituduh telah meninggal saksi itu membuat pengakuan bhw persaksiannya sebelum ini adalah palsu. Maka saksi tersbt dikira membunuh dgn sengaja.
Contoh Pembunuhan Separa Sengaja:
- Memukul atau melukai dengan tangan kosong, kayu kecil, atau benda tumpul yang tidak biasa menyebabkan kematian, tetapi org itu akhirnya mati akibat luka itu.
- Mencampakkan seseorg ke dlm air/laut yg diketahui org tersbt boleh berenang
- Mengikat seseorg pd tiang tanpa mengetahui air pasang laut melebihi paras hidung
- Jatuh dan menimpa seseorg hingga menyebabkan org yg dihimpap itu mati.
Hadis:
- Maksudnya :"Muhammad bin Abdil 'A'laa menceritakan kepada kami Khalil bin Al Harits memberitahukan kepada kami dari Syu'bah Ubaidillah bin Abi bakar memberitahukan kepada kami dari Anas bin Malik dari Nabi SAW. dalam masalah dosa-dosa besar, beliau bersabda :"Iaitu syirik kepada Allah, memutus hubungan kepada kedua orang tua, bunuh diri dan perkataan dusta". Hadis ini hasan gharib sahih. Rauh bin Ubadah juga meriwayatkan hadis ini dari Syu'bah ia berkata :"Dari Abdullah bin Abi Bakar tidak benar, (yang benar Ubaidillah). [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4108]
No comments:
Post a Comment