Monday, January 5, 2026

Punca Rezeki Yang Syubhah dan Haram

- us Mohd Al-Dandarawi kuliah Maghrib Isnin 5-Jan-2026

Punca Rezeki Yang Syubhah dan Haram

Kisah ibu imam Syafie menjaga makanan anaknya.
  • Fatimah az-Zahra, ibunda Imam Syafii, amat menjaga kehalalan makanan anaknya sejak dalam kandungan hingga kecil.
  • Suatu hari, Fatimah meninggalkan Imam Syafie yang masih bayi di rumah untuk ke pasar. Bayi Syafie terbangun dan menangis keras hingga kedengaran tetangga yang sedang menyusui anaknya. Jiranjya itu tiba lalu menyusukan Syafie untuk menenangkannya. Apbl Fatimah pulang ke rumah dan mendengar perkara itu, Fatimah khuatir jika susu jirannya itu mengandungi unsur syubhat atau haram, dia memasukkan jari telunjuknya ke mulut Syafie hingga ke kerongkong, hinggalah imam Syafie memuntahkan susu yg diminumnya. Kesedaran mendalam bahawa makanan halal membentuk akhlak dan ilmu anak.

- Rezeki bukan shj dlm bentuk manfaat makanan tetapi juga usia dan kesihatan.

Tawakkal kpd Harta/Rezeki
- Jangan berpegang teguh kpd dinar dan dirham, kerjaya atau kerja yg dilakukan, atau makhluk (spt boss) sebagai punca rezeki. Sebaliknya meletakkan tawakkal kpd Allah kerana Allah Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui, dan Pengatur segala urusan, manakala makhluk tidak berkuasa menjamin hasil, menyebabkan syirik jika bergantung kepada selain-Nya.

Definasi Tawakkal
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, tawakkal ialah menyandarkan hati kepada Allah SWT semasa menghadapi keperluan, bersandar kepada-Nya ketika kesukaran, dan teguh hati ketika ditimpa musibah dengan jiwa tenang.

Dalil tawakkal kpd Allah spt dlm surah Al-Talaq ayat 65:3 (klik sini)
{ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا }

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- Ayat 1,000 dinar ie hujung ayat 65:2 dan 65:3 surah At-Talaq
{ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ۝ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۗ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۗ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا }  
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


No comments: