Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Monday, May 18, 2026

Undang-undang Dalam Kehidupan Manusia

- us Mohamad Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 17-Mei-2026

Kaitan undang-undang dengan kehidupan manusia

Menurut pandangan Dr. Yusof Al-Qaradawi, kaitan undang-undang dengan kehidupan manusia dalam Piagam Madinah ialah bahawa undang-undang berfungsi sebagai alat mengatur maslahat hidup bersama, bukan sekadar menghukum. Piagam Madinah menampilkan konsep ummah merentasi agama dan suku, dengan hak dan tanggungjawab bersama bagi memastikan keamanan, kebebasan beragama, pertahanan, dan keadilan dalam masyarakat majmuk.

Piagam Madinah menunjukkan bahawa manusia tidak dapat hidup teratur tanpa hukum yang memelihara hubungan sosial, hak milik, keselamatan, dan maruah setiap kelompok.

Undang² Islam bertujuan menjaga maslahah manusia dan mencegah kerosakan, jadi ia dekat dengan keperluan realiti hidup, bukan teori semata-mata. Sebab itu Piagam Madinah mengatur hubungan org² Islam dan bukan Islam sekelilingnya, di bawah satu sistem kehidupan bersama yang adil.

Manusia tidak suka kpd undang²
Kisah saidina Umar dgn budak gembala kambing

Saidina Umar bertanya kpd seorg budak gembala kambing, sama ada dia mahu menjual seekor kambing kepadanya, tetapi budak itu menjawab bahawa kambing itu milik tuannya dan dirinya hanya penjaga. Apabila saidina Umar mencadangkan agar dia katakan kpd tuannya kambing itu dimakan serigala, budak itu menolak dengan tegas dan berkata, “Allah melihat kita”. Saidina Umar sangat terkesan dengan jawapan itu sehingga beliau menangis, lalu mencari tuan budak tersebut dan membelinya sebelum memerdekakannya.

Pengajaran dari kisah ini, bhw rasa takut kepada Allah lebih kuat daripada dorongan untuk menipu walaupun ketika tiada orang melihat. Ia juga menunjukkan bahawa akhlak jujur dan amanah boleh lahir daripada iman yang benar, walaupun pada seorang budak.

Hidup ini adalah utk mencari redho Allah (mardatillah) Pasti kita tidak akan terlibat dgn perkara² jahat, maksiat. Godaan syaitan boleh ditangkis dgn keimanan kpd Allah.

Menurut huraian Dr. Yusuf Al-Qaradawi, sesuatu perkara yang tidak baik yang berlaku dalam kehidupan manusia tidak semestinya bererti Allah membenci hamba-Nya. Sebaliknya, ia boleh menjadi satu ujian daripada Allah untuk menguji iman, kesabaran, dan keteguhan hati seseorang. Dalam Islam, ujian hidup dilihat sebagai sebahagian daripada ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tertentu, walaupun manusia pada awalnya tidak memahami sebabnya.

Selain itu, apa yang berlaku dalam hidup manusia tetap berada dalam takdir Allah. Namun, takdir bukan alasan untuk berputus asa atau menyalahkan nasib. Seorang mukmin perlu melihat musibah sebagai peluang untuk bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah, dan memperbaiki diri. Kadang-kadang sesuatu yang nampak buruk sebenarnya membawa kebaikan yang lebih besar pada masa akan datang.

Oleh itu, pendekatan yang diajar ialah menerima takdir dengan redha, bersabar menghadapi ujian, dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian. Sikap ini menunjukkan keimanan yang matang, kerana seorang mukmin percaya bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Syaitan hanya menghasud tetapi manusia itu sendiri yg membuat keputusan ke atas tindakannya. Dalilnya dlm surah Ibrahim ayat 14:22 (klik sini)
{ وَقَالَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لَمَّا قُضِيَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَكُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُكُمۡۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِيۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوٓاْ أَنفُسَكُمۖ مَّآ أَنَا۠ بِمُصۡرِخِكُمۡ وَمَآ أَنتُم بِمُصۡرِخِيَّ إِنِّي كَفَرۡتُ بِمَآ أَشۡرَكۡتُمُونِ مِن قَبۡلُۗ إِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ }

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini sangat jelas, syaitan sendiri mengaku bhw ia tidak memaksa, hanya menyeru dan manusia yang memilih untuk mengikutnya.

Apabl manusia terbiasa dgn dosa² kecil maka hati akan menjadi keras (titik² hitam) yg akan membentuk karektor dirinya.

Undang² dunia berubah mengikut peredaran zaman 
Undang² dunia dibuat utk meletakkan keadilan, namun undang² Islam adalah utk mendidik manusia.

Pandangan Dr. Yusuf Al-Qaradawi ialah bahawa undang² dunia biasanya dicipta untuk menjaga ketenteraman dan meletakkan keadilan luaran, manakala undang-undang Islam bukan sahaja menghukum, tetapi juga mendidik manusia dari dalam. 
  • Dalam Islam, hukum berfungsi membentuk akhlak, menanam rasa takut kepada Allah, dan membimbing manusia supaya hidup dengan benar, bukan sekadar patuh kerana takut hukuman.

Maksudnya, undang-undang dunia cenderung melihat kesalahan dari sudut pelanggaran peraturan, tetapi undang-undang Islam melihatnya lebih luas sebagai masalah jiwa, iman, dan adab. Sebab itu syariah bertujuan menjaga maslahat manusia, membersihkan hati, dan melahirkan masyarakat yang adil serta berakhlak.
Dengan kata lain, keadilan dalam sistem biasa ialah hasil yang ingin dicapai, sedangkan dalam Islam keadilan itu datang bersama tarbiyah.

Sunday, February 15, 2026

Iman dan Moral (Siri ke2)

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 15-Feb-2026

Iman dan Moral (Siri ke2)

Hadis:
  • Abu Kuraib Muhammad bin Alaa' menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171]
- Inti pati hadis ini, kesempurnaan iman itu terletak pd akhlak yg mulia.

- Kesempurnaan Islam dgn 3 perkara ie Tauhid, Peribadatan dan Akhlak.

- Al-Quran menyebut pelbagai haiwan sebagai perumpamaan, kisah nabi atau tanda kebesaran Allah. Berikut senarai haiwan yang disebut secara eksplisit dalam ayat-ayatnya.
  1. Nyamuk (Al-Baqarah 2:26)
  2. Kera (Al-Baqarah 2:65)
  3. Lembu/Sapi (Al-Baqarah: 2:67-73)
  4. Babi (Al-Baqarah 2:173)
  5. Keldai (Al-Baqarah 2:259, Hud 11:106, An-Nahlu 16:68, Luqman 31:19, Al-Jumu'ah 62:5, Al-Muddasir 74:50)
  6. Lebah (An-Nahlu 16:8
  7. Burung Gagak (Al-Maedah 5:31)
  8. Kambing (Al-An'am 6:143, Toha 20:18, Am-Biyak 21:78, Al-Qasas 28:23, Sod 38:24)
  9. Unta (Al-A'raf 7:40, Al-Ghasyiyah 88:17)
  10. Belalang (Al-A'raf 7:133, Al-Qamar 54:7)
  11. Kutu Belalang ((Al-A'raf 7:133)
  12. Katak (Al-A'raf 7:133, 7:176)
  13. Ular (Al-A'raf 7:107, Toha 20:20, Al-Qasas 28:31)Kuda (An-Nahlu 16:8, Al-Adiyat 100:1)
  14. Burung (An-Nahlu 16:79, Yusuf 12:36, Al-Haj 22:31, An-Nur 24:41, As-Soffat 37:49)
  15. Anjing (Al-Kahfi 18:18)
  16. Ikan (Al-Kahfi 18:61)
  17. Lalat (Al-Haj 22:73)
  18. Semut (An-Namlu 27:18)
  19. Burung Belatuk (An-Namlu 27:20)
  20. Labah-labah (Al-Ankabut 29:41)
  21. Anai-anai (Saba 34:14)
  22. Kelkatu (Al-Qariah 101:4)
  23. Gajah (Al-Fil 105:5)
  24. Ulat (Al-Fil 105:5)
- Kita perlu memperhati dan mengkaji alam ciptaan Allah, termasuk haiwan² ciptaan-Nya. Byk pengajaran dan ilmu sains yang boleh dikaji dan dipelajari. 
  • Berjilid-jilid kajian sains boleh dihasilkan (yg boleh dijadikan sumber kajian peringkat tinggi, sebagai sumber pendapatan dari hasil penerbitan, sumber teknologi spt peralatan/teknologi ketenteraan).

- Surah Al-Haj ayat 22:73 (klik sini):
{ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌۭ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخْلُقُوا۟ ذُبَابًۭا وَلَوِ ٱجْتَمَعُوا۟ لَهُۥ ۖ وَإِن يَسْلُبْهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيْـًۭٔا لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ }

Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah perumpamaan itu. Sungguh, sesuatu yang kamu seru selain Allah tidak akan dapat mewujudkan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk mewujudkannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali daripadanya. Lemahlah penyembah dan yang disembah.

- Surah An-Nahlu ayat 16:68 (klik sini)
{ وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ }

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka buat.

Surah An-Nahlu ayat 16:69 (klik sini)
{ ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ }

Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari dalam perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang berpelbagai warna; di dalamnya ada penawar bagi manusia. Sungguhkan pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

- Di akhir ayat 16:69 ini Allah sebutkan "kaum yg berfikir" menunjukkan kita perlu lakukan analisa dan kajian, spt mengkaji kehidupan lebah utk diadaptasi dlm kehidupan. Perkara ini memerlukan pemikiran lanjutan dan ujian² saintifik utk merumuskan sesuatu kuantiti, waktu, frekuensi, dan umur utk digunakan oleh umat manusia.

  • Contoh: madu tidak sesuai diberikan kpd bayi (lebih-lebih lagi yg baru lahir) kerana perut bayi tidak boleh memproses madu yg sifatnya panas. Allah sebutkan bayi minum susu ibu hingga tempoh 24 bulan.

- Surah An-Nahlu (Lebah Madu) mempunyai kepentingan besar sebagai petunjuk kepada manusia mengenai nikmat Allah, keimanan dan akhlak.

- Ketaatan Mutlak: 
  • Lebah patuh sepenuhnya kepada ilham Allah tanpa soal, mengajar manusia tentang ketaatan kepada perintah Tuhan dalam mencari rezeki halal.
Kerjasama Koloni: 
  • Lebah hidup teratur dalam komuniti dengan pembahagian tugas (ratu, pekerja, pengawal), menunjukkan kepentingan kerjasama dan disiplin sosial.
Manfaat untuk Manusia: 
  • Madu dari perut lebah menjadi ubat pelbagai warna, mengingatkan nikmat Allah melalui ciptaan kecil sebagai tanda kebesaran-Nya.

- Rahsia Tempoh Hidup -- Lebah jantan mati selepas bersunting, betina pekerja hidup 6 minggu sahaja – pengajaran tentang kefanaan dunia dan usaha untuk akhirat sebelum ajal tiba.

- Rahsia sebagai petunjuk manusia, spt:
  • Rahsia Nikmat:
    Surah ini mengingatkan jangan kufur nikmat, kerana umat terdahulu binasa akibat sombong (ayat 16:112 (klik sini) - 16:113 (klik sini).
  • Petunjuk Akhlak:
    Perintah isti'adzah (ayat 16:98 (klik sini), balas dendam secukupnya (ayat 16:126 (klik sini), dan tawakal selepas usaha (ayat 16:42 (klik sini).
  • Dalil Keimanan:
    Bukti keesaan Allah melalui ciptaan alam, termasuk lebah yang diilhamkan untuk sarang dan madu.

Nota Kuliah:
  • Iman dan Moral | Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin | 18-Jan-2026 (klik sini)

Sunday, January 18, 2026

Iman dan Moral

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Jan-2026

Iman dan Moral

Hadis:
  • Abu Kuraib Muhammad bin Alaa' menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171]

- Akhlak itu ada dua (2) hubungan ie hubungan kpd Allah dan kedua adalah hubungan kpd manusia.

- Akhlak kpd Tuhan adalah hubungan yg besar, segala nikmat yg kita terima tanpa perlu dibayar kpd Allah melainkan bersyukur dan beringat kpd tuhan akan apa yg diperolehi dlm dunia ini dlm pada masa yg sama jangan menyekutukan/mensyirikkan Allah.

- Sebagai seorg Islam, kita tidak boleh lari dari menundukkan diri kpd Allah. Dlm solat kita minta/dia agar ditunjukkan jalan yg lurus supaya kita tidak tergelincir dari iman akibat dari bisikan² syaitan.

- Bisikan² syaitan amat kuat bukan hanya pd zaman kita, tetapi berlaku juga pd zaman Nabi. Kisah para sahabat termakan bisikan syaitan walupun mereka hidup sezaman dgn Nabi.

Selepas Bani Nadir diusir atas pengkhianatan mereka, harta rampasan seperti kebun kurma dan rumah-rumah diberikan kepada Muhajirin sahaja, tanpa bahagian untuk Ansar. Sebahagian Ansar, termasuk Sa'ad bin Ubadah dan Sa'ad bin Mu'adh, menyuarakan rasa tidak puas, dengan berkata, "Wahai Rasulullah, ini pembahagian yang belum pernah kami lihat sebelum ini," kerana sebelumnya ghanimah perang seperti di Badar dibahagikan kepada semua peserta.

Syaitan cuba menanam perasaan iri hati, tetapi Nabi saw menenangkan mereka dengan menjelaskan hikmah pembahagian itu.Respon Nabi saw. Nabi saw mengumpulkan Ansar di tempat khusus dan memberi khutbah panjang, menegaskan: "Wahai Ansar, bukankah Allah telah cukupkan kamu dengan agama, manakala Muhajirin diberi harta?" Ansar menjawab dengan setia: "Cukuplah bag kami Allah dan Rasul-Nya." Mereka pulang tanpa ghanimah fizikal tetapi membawa Rasulullah SAW sebagai 'harta' terbesar, mengukuhkan ikatan ukhuwah.

Surah Al-Qalam ayat 59:6 (klik sini)
{ وَمَآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡهُمۡ فَمَآ أَوۡجَفۡتُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ خَيۡلٖ وَلَا رِكَابٖ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُۥ عَلَىٰ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2. Akhlak kpd manusia
- AJK masjid/surau perlu jaga mulut dan hubungan dgn warga penduduk dan juga jemaah. Lebih² lagi bilamana anak² warga kariah dtg mohon bantuan/pertolongan. Jaga mulut dan jangan perli, tolak permintaan sewenangnya atau hina mereka kerana bapa mereka tidak dtg ke masjid/surau. Hati² kerana syaitan sentiasa mencari peluang utk membisikkan hasutan² agar kita berlaku sombong/takbur.

- Setiap hari kita keluar rumah, paling kurang ke tempat kerja dan ke masjid/surau. Kita ke pejabat berjumpa org utk mencari rezeki. Jaga hubungan sesama pejabat. Bila pulang ke rmh jaga hubungan sesama jemaah, caranya hadir solat berjemaah, dengar kuliah dan join aktiviti² anjuran masjid/surau. Jaga hubungan sesama jiran, bertolak ansur. Jangan sombong dan meninggi suara/diri bilamana ada jiran/saudara jiran tumpang pakir dpn rmh.

- Kesempurnaan iman bergantung kpd kesempurnaan akhlak.

Saturday, October 11, 2025

Akhlak Islam: Model Segitiga Islam

- us Lt Kol Sukri bin Yahya kuliah Maghrib Sabtu 11-Okt-2025

Akhlak Islam

- Kita dituntut untuk berakhlak mengikut model Segitiga Islam. Bucu teratas adalah Aqidah, bucu kiri bawah adalah Syariah dan bucu bawah kanan adalah Akhlak.

- Kita dituntut utk berbuat baik apatah lagi berakhlak baik kpd org lain, lebih-lebih lagi kpd jiran. Hadis berkaitan akhlak dgn jiran dan balasan neraka sekiranya berbuat tidak elok atau menyakiti jiran.

Hadis #1:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat tetangganya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0037]

Hadis #2:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik-baik, atau diam saja. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1742]

Carian Internet:
Model Segitiga Islam - huraian berdasarkan pemikiran Imam al-Ghazali
1. Aqidah (Ilmu Batin/Asas Kepercayaan)
  • Kedudukan: Aqidah adalah akar atau asas agama. 
    • Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa keyakinan yang benar (tauhid) adalah asas utama yang menjadi penentu sah atau tidaknya amalan seorang hamba.
  • Fokus: Beliau menekankan bahawa aqidah bukanlah sekadar pemahaman teori semata-mata, tetapi ia harus meresap ke dalam hati dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Keyakinan kepada keEsaan Allah, sebagai contoh, akan menghasilkan sifat tawakal dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada kehendak-Nya.
  • Sumbangan: Beliau berusaha menyelaraskan pendekatan rasional (ilmu kalam) dengan pengalaman rohani (tasawuf) untuk memperkukuh aqidah, terutamanya dalam konteks kekeliruan pemikiran pada zamannya.
2. Syariah (Ilmu Zahir/Amalan)
  • Kedudukan: Syariah adalah amalan luaran yang menjadi bukti kepada keyakinan dalaman seseorang. 
    • Ini merangkumi ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, dan zakat, serta peraturan-peraturan dalam urusan kehidupan sosial (muamalat).
  • Fokus: Menurut Al-Ghazali, syariah adalah jalan yang ditetapkan oleh Allah untuk menjaga kemaslahatan manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Beliau juga berhujah bahawa pelaksanaan syariah haruslah berlandaskan niat dan hati yang ikhlas, yang bersumber daripada aqidah yang kukuh.
  • Sumbangan: Al-Ghazali terkenal dengan usahanya untuk mendamaikan antara fiqh (ilmu syariah) dan tasawuf (ilmu batin), dengan menunjukkan bahawa kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Beliau mengkritik mereka yang terlalu fokus pada aspek zahir ibadah tanpa menghiraukan intipati rohaninya.
3. Akhlak (Buah Amalan/Perilaku)
  • Kedudukan: Akhlak adalah hasil daripada perpaduan aqidah yang benar dan syariah yang diamalkan dengan sempurna. 
    • Ia adalah pancaran daripada kesucian hati (tazkiyatun nafs).
  • Fokus: Al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong tindakan sama ada terpuji (mahmudah) atau tercela (mazmumah) tanpa memerlukan pertimbangan yang rumit. Akhlak yang baik terhasil daripada kombinasi kekuatan akal, emosi yang terkawal, dan kepatuhan kepada syariat.
  • Sumbangan: Dalam Ihya' Ulumiddin, beliau menerangkan proses penyucian jiwa melalui tiga fasa utama:
    • Takhalli (Pengosongan): Mengosongkan diri dari sifat-sifat tercela.
    • Tahalli (Penghiasan): Menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
    • Tajalli (Penyataan): Tercapainya kesempurnaan peribadi di mana keagungan Allah terzahir dalam diri.
Kesimpulan
  • Menurut Imam Al-Ghazali, segitiga Islam yang terdiri daripada Aqidah, Syariah, dan Akhlak adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Aqidah adalah asas yang perlu dibina terlebih dahulu. Kemudian, syariah diamalkan sebagai manifestasi luaran dari aqidah. Akhirnya, akhlak yang mulia adalah bukti nyata keberhasilan penghayatan aqidah dan syariah dalam diri seseorang.

- Surah Ar-Rad ayat 13:11 (klik sini)
{ لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ }

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Antara ayat² Al-Quran berkaitan akhlak:
1. Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

- Kita perlu tapis dan pastikan berita yg kira terima/dengar sebelum sebarkan kpd org lain. Kerana nak menjaga diri kita dari tergolong sebagai org² yg tahu bahaya fitnah tetapi menyebarkan fitnah, yg mana balasannya neraka jahannam.

Dalil ancaman Allah itu seperti dlm Surah Al-Araf ayat 7:179 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

- Manusia yg jahil itu adalah bilamana dia tidak menggunakan anggotanya pd kebaikan dan ketaatan kpd Allah. Sebaliknya anggota badannya tertutama mata, pendengaran dan hati (fikirannya) digunakan utk kemaksiatan.

2. Surah Al-Israk ayat 17:37 (klik sini)
{ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولٗا }

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

- Jangan berlaku/berlagak sombong. Jika kita ada kelebihan dlm bentuk kewangan/harga, jangan pandang rendah kpd org lain dgn merasakan mereka tidak setaraf atau tidak layak bersama dgn kita. Tegahan Allah itu disebutkan dlm surah Luqman ayat 18.

Dlm surah Luqman ayat 31:18 (klik sini)
{ وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ }

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

- sebaliknya, berjalanlah secara sederhana dan perlahankan suara apbl berbicara, spt yg diajarkan oleh Allah dlm Surah Luqman ayat 31:19 (klik sini)
{ وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ }

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

- Akhlak itu sgt penting dlm hubungan keluarga, jiran, masyarakat, jemaah masjid/surau, dan juga pejabat.