Showing posts with label Kuliah Tafsir Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Tafsir Al-Quran. Show all posts

Saturday, August 15, 2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:19 hingga 35

- us Zamri Bin Abdul Rahim kuliah Maghrib Sabtu 15-Ogo-2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:19 hingga 35

- Dlm tafsiran ini ada 2 bhgn yg Allah sebutkan ie sifat manusia yg lumrahnya apbl ditimpa ujian kesusahan/kesempitan. Bhgn kedua adalah berkenaan sifat² orgb Islam yg berjaya.

- Ayat 70:19–21 daripada surah Al-Ma‘ārij menerangkan tabiat asal manusia yang mudah gelisah ketika ditimpa kesusahan dan bakhil apabila memperoleh kesenang. Sifat ini merupakan kecenderungan manusia secara umum.

Surah Al-Maarij ayat 70:19
{ ۞إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا }

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

Surah Al-Maarij ayat 70:20
{ إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعٗا }

Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

Surah Al-Maarij ayat 70:21
{ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا }

Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

- Ayat² seterusnya adalah sifat org² Islam yg membezakan mereka dari manusia lain umumnya yg tidak beriman.

Surah Al-Maarij ayat 70:22
{ إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ }

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -

Surah Al-Maarij ayat 70:23
{ ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ }

Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

Surah Al-Maarij ayat 70:24
{ وَٱلَّذِينَ فِيٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ حَقّٞ مَّعۡلُومٞ }

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -

Surah Al-Maarij ayat 70:25
{ لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ }

Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

Surah Al-Maarij ayat 70:26
{ وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ }

Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);

Surah Al-Maarij ayat 70:27
{ وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ }

Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -

Surah Al-Maarij ayat 70:28
{ إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٖ }

Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;

Surah Al-Maarij ayat 70:29
{ وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ }

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Surah Al-Maarij ayat 70:30
{ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ }

Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

Surah Al-Maarij ayat 70:31
{ فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ }

Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Surah Al-Maarij ayat 70:32
{ وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ }

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Surah Al-Maarij ayat 70:33
{ وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَٰدَٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ }

Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);

Surah Al-Maarij ayat 70:34
{ وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ }

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Surah Al-Maarij ayat 70:35
{ أُوْلَٰٓئِكَ فِي جَنَّٰتٖ مُّكۡرَمُونَ }

Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

- Sifat orang beriman yang berjaya yg disebutkan dlm surah Al-Ma‘arij ayat 70:22–35 mempunyai persamaan yang sangat jelas dgn sifat² org yg berjaya yg Allah sebutkan dlm Surah Al-Mu’minun ayat 23:1 hingga 11. Kedua-duanya bermula dan berakhir dengan penegasan tentang solat, menunjukkan kedudukan solat yang sangat penting dalam kehidupan orang mukmin.

Surah Al-Mukminun ayat 23:1 hingga 11
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ۝١
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ۝٢
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ۝٣
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ۝٤
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ۝٥
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ۝٦
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ۝٧
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ۝٨
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ۝٩
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ۝١٠
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ۝١١

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; mereka yang menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia; mereka yang menunaikan zakat; mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka mereka tidak tercela. Sesiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Mereka yang memelihara amanah dan janji, serta mereka yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, iaitu mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”


Carian Internet:
- Huraian imam Al-Ghazali terhadap ayat-ayat surah Al-Maarij ayat 22 hingga 35 dan surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11:

1. Solat yang khusyuk dan “memelihara solat”
  • Al-Ghazali dalam Ihya’ membahaskan solat sebagai “mi‘raj mukmin” dan latihan hati untuk hudur al-qalb (hadir hati). Beliau menekankan:
    • Khusyuk bukan sekadar tenang fizikal, tetapi kehadiran hati, mengosongkan fikiran daripada waswas, dan menghayati makna bacaan.
    • “Memelihara solat” (menjaga waktu, syarat, sunnah, dan adab) adalah tanda istiqamah; bagi al-Ghazali, istiqamah dalam ibadah kecil adalah jalan kepada makrifat.
  • Dalam konteks al-Ma‘arij 23 dan 34, al-Ghazali akan melihatnya sebagai dua sisi: solat sebagai asas (ayat 23) dan solat sebagai bukti istiqamah (ayat 34). Dalam al-Mu’minun 2 dan 9, beliau menekankan kualiti (khusyuk) dan kuantiti/istiqamah (menjaga solat).
2. Hak harta, zakat, dan penyakit kikir
  • Ayat al-Ma‘arij 24–25 menyebut hak tertentu dalam harta bagi peminta dan yang tidak meminta, serta kepercayaan kepada hari pembalasan. 
  • Al-Ghazali dalam Ihya’ (kitab Kitab al-Zakat dan Kitab al-Bukhl wa al-Hubb fi al-Mal) menjelaskan:
    • Zakat/sedekah adalah ubat bagi penyakit kikir; ia membersihkan jiwa dan melatih hati untuk tidak bergantung pada harta.
    • “Hak tertentu” difahami sebagai kewajipan (zakat) dan anjuran sedekah; al-Ghazali menambah dimensi niat: memberi kerana Allah, bukan pujian.
  • Dalam al-Mu’minun 4, “menunaikan zakat” dilihat al-Ghazali sebagai tanda kesedaran sosial dan bukti keimanan yang hidup.
3. Takut azab, hari pembalasan, dan motivasi akhlak
  • Al-Ma‘arij 26–27 menyebut orang yang yakin terhadap hari pembalasan dan takut azab Tuhan. Ini adalah teras pendidikan akhlak al-Ghazali:
    • Khawf (takut) dan raja’ (harap) adalah dua sayap yang menggerakkan taubat dan istiqamah.
    • Bagi al-Ghazali, takut azab bukan untuk menakutkan sehingga putus harap, tetapi untuk menyedarkan hati daripada lalai.
  • Al-Mu’minun 1–11 tidak menyebut “takut azab” secara langsung, tetapi implikasi “beruntung” dan “mewarisi Firdaus” mengandungi dimensi harap (raja’) yang seimbang dengan takut.

4. Menjaga kehormatan (faraj) dan adab nafsu
  • Kedua-dua surah menyebut penjagaan kehormatan dengan pengecualian terhadap isteri/hamba sahaya (al-Ma‘arij 29–31; al-Mu’minun 5–7). Dalam Ihya’ (kitab Riyadhah al-Nafs dan adab pergaulan), al-Ghazali:
    • Menekankan menjaga pandangan, mengawal khayalan, dan menutup pintu zina melalui puasa, zikir, dan perkahwinan.
    • Menganggap larangan “mencari selain itu” sebagai tanda batas syarak yang memelihara maruah individu dan masyarakat.
5. Amanah, janji, saksi benar, dan menjauhi perkara sia-sia
  • Al-Ma‘arij 32–33 menambah “menunaikan amanah” dan “saksi benar”; al-Mu’minun 3 dan 8 menyebut “menjauhi perkara sia-sia” dan “menunaikan amanah serta janji”. Al-Ghazali dalam Ihya’ (kitab Adab al-Suhbah, Kitab al-Sidq, dan bab-bab muamalah):
    • Mengaitkan amanah dengan integriti hati; orang yang menipu dalam urusan dunia sukar jujur dalam urusan akhirat.
    • Saksi benar dilihat sebagai cabang siddiq (kejujuran) yang menyeluruh; dusta dalam saksi adalah dosa besar yang merosakkan kepercayaan sosial.
    • Menjauhi lagha (perkara sia-sia) adalah latihan disiplin lidah dan masa; al-Ghazali menggalakkan zikir, ilmu, dan kerja bermanfaat sebagai gantian.


Nota Kuliah:
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:1 hingga 7 | us Zamri Bin Abdul Rahim | 18-Jun-2026 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:8 hingga 18 | us Zamri Bin Abdul Rahim | 18-Jul-2026 (klik sini)


Wednesday, August 12, 2026

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:267 hingga 268

us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Maghrib Rabu 12-Ogo-2026

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:267 hingga 268

Surah Al-Baqarah ayat 2:267 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ }

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

- infakkanlah harta yang halal, baik, dan layak diberi; jangan keluarkan sesuatu yang kita sendiri tidak suka menerimanya. Infak wajib adalah zakat. Meminjamkan peralatan eg mesin potong rumput kpd jiran utk dia kemaskan halaman juga termasuk sebagai infak.
- jiwa org² yg beriman, dia membayarkan makanan yg dimakan oleh seorg yg tidak dikenali yg pd pandangannya org susah.

Surah Al-Baqarah ayat 2:268 (klik sini)
{ ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ }

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

- Syaitan "mengancam" (menakut-nakutkan) dengan kemiskinan supaya kita menahan harta daripada diberikan kpd org lain. Atau jika nak beri sekalipun berilah yg kurang baik ataunyg kita sendiri tidak berkehandak.
Syaitan juga menyuruh kepada al-fahsha’, iaitu perbuatan keji dan maksiat, termasuk sikap tamak, bakhil, dan memilih jalan yang bertentangan dengan perintah Allah.

Sunday, August 2, 2026

Tafsir Surah Al-Ahzab ayat 33:1 hingga 6

- us Muhammad Mursyid Al-Aminen kuliah Maghrib Ahad 2-Ogo-2026

Tafsir Surah Al-Ahzab ayat 33:1 hingga 6

- Menurut tafsir Ibn Kathir, Surah al-Ahzab ialah surah Madaniyyah yang menegaskan bimbingan Allah terhadap kehidupan umat Islam dalam masyarakat. Penamaan al-Ahzab pula merujuk kepada gabungan pihak-pihak yang memusuhi Rasulullah saw dan kaum Muslimin, sehingga tercetus Perang alAl-Ahzab atau Perang al-Khandaq.

Surah Al-Ahzab ayat 33:1 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلۡكَٰفِرِينَ وَٱلۡمُنَٰفِقِينَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا }

Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ini turun sebagai arahan kepada Rasulullah saw supaya tidak terpengaruh dengan tekanan atau cadangan pihak yang menentang Islam, sama ada daripada kalangan kafir atau munafik. Ibn Kathir menjelaskan bahawa perintah ini juga menunjukkan bahawa pegangan seorang mukmin hendaklah dibina atas wahyu, bukan atas kehendak manusia.

- 3 musuh Rasulullah saw:
Dalam konteks sirah, ancaman terhadap dakwah baginda datang daripada beberapa kelompok: golongan kafir yang cuba memaksakan gaya hidup mereka, ahli kitab yang menolak risalah Nabi kerana kesombongan dan sentimen perkauman, serta golongan munafik yang berperanan melemahkan kekuatan umat Islam dari dalam.

Konteks surah Al-Ahzab ayat 32:1 ini adalah, Allah menegur Rasulullah saw agar tetap bertakwa dan tidak mengikuti tekanan orang kafir serta munafik. Dalam suasana itu, setelah Zayid bin Harithah menceraikan Zainab binti Jahsy, Allah memerintahkan Nabi saw menikahinya sebagai penegasan bahawa bekas isteri anak angkat bukanlah haram dinikahi, sekaligus menghapuskan adat jahiliah yang menyamakan anak angkat dengan anak kandung.

Surah Al-Ahzab ayat 33:2 (klik sini)
{ وَٱتَّبِعۡ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا }

Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Ahzab ayat 33:3 (klik sini)
{ وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلٗا }

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

- Pengajaran ayat 1 hingga 3 kpd golongan pemimpin
3 ayat ini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam bukan sekadar soal kuasa, tetapi soal amanah, keteguhan prinsip, dan ketaatan kepada Allah.
  • Seorang pemimpin yang baik memimpin dengan ilmu, bukan nafsu; dengan prinsip, bukan pengaruh; dan dengan taqwa, bukan kepentingan diri.

Surah Al-Ahzab ayat 33:4 (klik sini)
{ مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٖ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِي جَوۡفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزۡوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔي تُظَٰهِرُونَ مِنۡهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمۡۚ وَمَا جَعَلَ أَدۡعِيَآءَكُمۡ أَبۡنَآءَكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ قَوۡلُكُم بِأَفۡوَٰهِكُمۡۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلۡحَقَّ وَهُوَ يَهۡدِي ٱلسَّبِيلَ }

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

- Pada zaman jahiliah, zihar digunakan sebagai cara memutuskan hubungan suami isteri secara zalim. Isteri yang dikenakan zihar tidak dianggap bercerai dengan cara yang baik, tetapi juga tidak boleh hidup sebagai isteri seperti biasa. Penganiayaan kpd isteri yg dizahar adalah dia tidak boleh berkahwin kerana status zihar bukan cerai, dan tidak dapat bersama suami kerana disifatkan bhgn tubuhnya sama spt bhgn badan ibu si suami. Maka, Allah membatalkan kefahaman salah ini dan mengajar bahawa ucapan semata-mata tidak mengubah hakikat nasab atau status isteri.

Surah Al-Ahzab ayat 33:5 (klik sini)
{ ٱدۡعُوهُمۡ لِأٓبَآئِهِمۡ هُوَ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِۚ فَإِن لَّمۡ تَعۡلَمُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ فَإِخۡوَٰنُكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَمَوَٰلِيكُمۡۚ وَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٞ فِيمَآ أَخۡطَأۡتُم بِهِۦ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتۡ قُلُوبُكُمۡۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمًا }

Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Ayat 5 ini membatalkan amalan jahiliah yang menjadikan anak angkat sebagai anak kandung. Anak angkat kekal sebagai anak kepada bapa kandungnya, dan penyebutan mereka sebagai anak sendiri hanyalah lafaz di mulut, bukan hakikat nasab (wajib di-bin-kan kpd nama bapa kandungnya).
- Bagi kes yg tidak jelas bapa kandungnya, bin-kan kpd Abdullah.
- Jika bapa kandungnya tidak diketahui, maka mereka tetap dihormati sebagai saudara seagama dan maula, bukan dinasabkan secara "palsu" kepada bapa angkat.

Surah Al-Ahzab ayat 33:6 (klik sini)
{ ٱلنَّبِيُّ أَوۡلَىٰ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ مِنۡ أَنفُسِهِمۡۖ وَأَزۡوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمۡۗ وَأُوْلُواْ ٱلۡأَرۡحَامِ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلَىٰ بِبَعۡضٖ فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفۡعَلُوٓاْ إِلَىٰٓ أَوۡلِيَآئِكُم مَّعۡرُوفٗاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ مَسۡطُورٗا }

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.

- Ibn Kathir menjelaskan bahawa maksud “Nabi lebih utama daripada orang beriman terhadap diri mereka sendiri” ialah perintah dan hukum Rasulullah saw mesti didahulukan atas kehendak diri sendiri. Bahagian “isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka” bermaksud para isteri Nabi saw haram dikahwini oleh orang beriman dan wajib dihormati seperti ibu dari sudut kedudukan syarak.
Pada bahagian akhir ayat, hubungan keluarga sedarah lebih berhak dalam urusan pusaka, dan ketetapan ini membatalkan amalan awal Islam yang mewariskan harta melalui ikatan persaudaraan hijrah atau ukhuwwah. Namun, ayat ini masih membenarkan kebaikan kepada sahabat atau sekutu melalui wasiat yang sah.

- Ayat 33:4–6 menolak adat jahiliah, menegakkan nasab yang benar, dan memuliakan Rasulullah saw, sekali gus melemahkan hujah golongan yang menentang baginda.

- Kesan kepada penentang Nabi
  1. Amalan mengangkat anak secara nasab palsu dibatalkan, jadi mereka yang menentang perubahan ini kehilangan hujah untuk mempertahankan adat jahiliah.
  2. Anak angkat tidak boleh dianggap anak kandung, maka kedudukan sosial dan hukum yang cuba dipalsukan oleh masyarakat jahiliah ditolak oleh Al-Quran.
  3. Rasulullah saw dimuliakan sebagai bapa rohani umat, manakala hubungan nasab tetap diiktiraf mengikut keturunan sebenar.
  4. Golongan kafir dan munafik tidak lagi boleh memanipulasi adat lama untuk mencela Nabi saw atau menolak hukum Allah.
  5. Kebenaran syarak mengatasi tradisi masyarakat, jadi penentang Nabi dipaksa berdepan dengan ketetapan wahyu, bukan sentimen atau kebiasaan lama.

Saturday, July 18, 2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:8 hingga 18

- us Zamri Bin Abdul Rahim kuliah Maghrib Sabtu 18-Jul-2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:8 hingga 18

Surah Al-Maarij ayat 70:8 (klik sini)
{ يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ }

(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,

- Manusia sangat takut dan sibuk mencari keselamatan dari azab, sehingga tidak sempat memikirkan orang lain, walaupun ibu bapa, pasangan, atau anak-anak yang paling disayang.

Seharusnya apbl meningkat usia, seseorg muslim akan menambah amalannya sebagai persediaan menghadapi kematian.

Imam an-Nawawi menamakan satu bab dalam kitab Riyadus Solihin dgn judul:
“Bab anjuran untuk meningkatkan amal kebaikan pada akhir usia / ketika mendekati akhir hayat.”
Dlm bab ini, beliau memberi isyarat fiqh dan tarbiyah bahawa:
  1. Semakin hampir seseorang dengan ajal, semakin mesti dia menambah amal soleh.
  2. Usia tua bukan masa “rehat” dari ketaatan, tetapi masa memaksimumkan persiapan pulang kepada Allah.
Surah Al-Maarij ayat 70:9 (klik sini)
{ وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ }

Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)

Surah Al-Maarij ayat 70:10 (klik sini)
{ وَلَا يَسۡـَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمٗا }

Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),

Surah Al-Maarij ayat 70:11 (klik sini)
{ يُبَصَّرُونَهُمۡۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِي مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ }

Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,

Surah Al-Maarij ayat 70:12 (klik sini)
{ وَصَٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ }

Dan isteri serta saudaranya,

Surah Al-Maarij ayat 70:13 (klik sini)
{ وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِي تُـٔۡوِيهِ }

Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,

Dlm surah Luqman ayat 31:33 (klik sini), Allah sebutkan bhw seorangأibu atau bapa tidak dapat menolong anaknya dan anak tidak dapat menolong ibu/bapanya sedikit pun.
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ }

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Surah Al-Maarij ayat 70:14 (klik sini)
{ وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ يُنجِيهِ }

Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

Surah Al-Maarij ayat 70:15 (klik sini)
{ كَلَّآۖ إِنَّهَا لَظَىٰ }

Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,

Surah Al-Maarij ayat 70:16 (klik sini)
{ نَزَّاعَةٗ لِّلشَّوَىٰ }

(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,

Dlm ayat yg lain Allah jelaskan bahawa kulit akan digantikan dgn kulit baru dan seksaan akan diulang lagi. Begitulah keadaan org yg diseksa dlm neraka. Seksaan dirasai apbl kulit panas, melepuh dan akhirnya terbakar. Surah An-Nisa ayat 4:56 (klik sini

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيهِمۡ نَارٗا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمٗا }

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Maarij ayat 70:17 (klik sini)
{ تَدۡعُواْ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ }

Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),

Surah Al-Maarij ayat 70:18 (klik sini)
{ وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ }

Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

- Ayat ke18 ini menggambarkan watak orang kafir dan orang yang sangat bakhil ie sibuk mengumpul harta, lalu disimpan, ditahan, tidak dikeluarkan hak wajib seperti zakat, nafkah wajib, dan sedekah pada jalan Allah. Allah kaitkan ayat ini dgn ayat dlm surah Ali Imran ayat 3:180 (klik sini)
{ وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.


Catatan Nota Kuliah: 
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:1 hingga 7 | Us Zamri | 16-Mei-2026 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:19 hingga 35 | Us Zamri | 15-Ogo-2026 (klik sini)

 

Sunday, June 7, 2026

Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Jun-2026

Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12

Surah Luqman ayat 31:1 (klik sini)
{ الٓمٓ }

Alif, Laam, Miim.

Surah Luqman ayat 31:2 (klik sini)
{ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ }
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

- Hikmah (dan kebijaksanaan) ini tidak terhad kpd yg dipelajari dlm kelas. Kebijaksanaan perlu dirujuk kpd Al-Quran dan tafsirannya serta sunah², seterusnya kpd penulisan² ilmuwan Islam, seterusnya penulisan² dari penulis bukan Islam.

Surah Luqman ayat 31:3 (klik sini)
{ هُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّلۡمُحۡسِنِينَ }
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.

 - Ilmu yg ada pada Nabi itu bersifat hidayah dan rahmat. AL-Quran itu menjadi petunjuk kpd org yg melakukan perkara baik, yg ada nilai pd dirinya. Zaman kita kini terbalik, kerana org suka/cenderung utk menonjolkan dirinya agar dilihat/dinilai oleh org lain (peminat/follower/pengikut).


Surah Luqman ayat 31:4 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ }
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

- Turunnya ayat ke4 ini sewaktu org² Islam ditekan dari pelbagai susut (akidah, pemikiran, ekonomi, sosial).

Surah Luqman ayat 31:5 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Surah Luqman ayat 31:6 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ }
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

- Sebab Turun Ayat (Asbabun Nuzul) menurut Ibnu Kathir:
Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan Nadr bin Al-Harith, seorang tokoh kafir Quraisy di Mekah yang menentang dakwah Nabi Muhammad saw, yg suka membuat content²/podcast yg memperlekeh dakwah Nabi.

Konteks sejarah:
Nadr bin Al-Harith bersaing dengan Nabi dalam mempengaruhi orang Quraisy. Ketika Nabi menceritakan kisah-kisah para nabi dan kisah langit-akhirat, Nadr menceritakan kisah-kisah Kesempangan (Farsi, Islaiat, Rustum) dan lagu-lagu melalaikan. Dia mendakwa cerita2/content²nya lebih baik drpd cerita² (dakwah) yg disampaikan oleh baginda Rasulullah. Ini adalah bentuk "lahwal-hadith" (percakapan yang melalaikan) untuk menyesatkan orang dari jalan Allah.
- Menurut Ibnu Kathir, ahli tafsir memahami لَهْوَ ٱلْحَدِيثِ (lahwal-hadith) sebagai:
Segala yang melalaikan dari mengingat Allah dan beribadah, termasuk cerita²/content² palsu, lagu-lagu, dan perbualan sia-sia yang menghalang dari iman
Orang yang membeli/mendengar dengan niat menyesatkan dan mengejek agama.
Makanturunnya surah Luqman ini sebagai alternatif kpd cerita²/content² kosong yg melalaikan, setakat memenuhi waktu.

Surah Luqman ayat 31:7 (klik sini)
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا وَلَّىٰ مُسۡتَكۡبِرٗا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا كَأَنَّ فِيٓ أُذُنَيۡهِ وَقۡرٗاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ }
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

- Kadang² org tak buleh nak ikuti apa (dakwah) yg baik, bukan kerana tiada access kpd maklumat, tetapi lambakan cerita²/content² yg melalaikan sgt byk.

Surah Luqman ayat 31:8 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلنَّعِيمِ }
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,

Surah Luqman ayat 31:9 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }
kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ke9 ini memberikan kekuatan kpd org² Islam, yg sering rasa tertindas.

Surah Luqman ayat 31:10 (klik sini)
{ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيۡرِ عَمَدٖ تَرَوۡنَهَاۖ وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ }
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

- Apa yg menjadi pasak kpd kehidupan kita adalah nilai yg menjadi tiang hidup, iaitu keimanan dan penyerahan diri hanya kpd Allah.

Surah Luqman ayat 31:11 (klik sini)
{ هَٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِ ٱلظَّٰلِمُونَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

- Ayat ke11 ini ada pendekatan pendebatan. Ayat ke10 itu menjadi modal debat utk mematikan hujah dan keegoan org² kafir Quraisy, dan pendeta², pembesar² kafir Quraisy. Soalan mematikan bhw apakah ciptaan tuhan² yg disebah selain dari apa yg diciptakan oleh Allah pd penciptaan bumi dan alam.

Surah Luqman ayat 31:12 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ }
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


- Apa hikmah yg ada pd Luqman?
  • Luqman seorg yg bersyukur kpd Allah, itulah hikmah yg paling tinggi nilainya disisi Allah, menandakan kecerdasan rohani kpd seorg hamba. Org yg bersyukur itu mempelajari ilmu utk beramal.

Saturday, May 16, 2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:1 hingga 7

- us Zamri Bin Abdul Rahim kuliah Maghrib Sabtu 16-Mei-2026

Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:1 hingga 7

- Surah Al-Maarij diturunkan selepas Al-Haqqah, sebagai penyempurnaan apa yg ada dlm surah Al-Haqqah
- Surah Al-Ma'arij ialah surah ke-70 dalam Al-Quran, termasuk surah Makkiyah, dan mengandungi 44 ayat. Nama “Al-Ma’arij” merujuk kepada “tempat-tempat naik” atau darjat-darjat, atau tingkatan. Nama surah ini diambil daripada ayat 3.

Surah Al-Ma'arij ayat 70:1 (klik sini)
{ سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٖ وَاقِعٖ }

Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

Ibnu Kathir menjelaskan bahawa ayat ini turun sebagai ancaman kepada kaum kafir yang memperolok-olokkan azab Allah dan bahkan mencabar agar azab itu disegerakan. Maksudnya, mereka bukan sekadar menolak kebenaran, tetapi juga mempersendakan ancaman akhirat yang pasti datang.
Asbabul nuzul bagi ayat 70:1 disebut berkaitan dengan An-Nadhr bin Al-Harith, seorang pembesar Quraisy yang mencabar dan mempersendakan ancaman azab Allah. Dia mencabar agar ditimpakan balasan utk memperlekeh dakwah Rasulullah saw.

Surah Al-Ma'arij ayat 70:2 (klik sini)
{ لِّلۡكَٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٞ }

Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -

Maksud azab yang diminta itu memang untuk orang-orang kafir, dan apabila ia datang, tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya

Surah Al-Ma'arij ayat 70:3 (klik sini)
{ مِّنَ ٱللَّهِ ذِي ٱلۡمَعَارِجِ }

Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -

Surah Al-Ma'arij ayat 70:4 (klik sini)
{ تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٖ }

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

Para malaikat dan ruh naik kepada Allah dalam satu hari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.

Surah Al-Ma'arij ayat 70:5 (klik sini)
{ فَٱصۡبِرۡ صَبۡرٗا جَمِيلًا }

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

Surah Al-Ma'arij ayat 70:6 (klik sini)
{ إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدٗا }

Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

Ayat 70:6 merujuk kepada keadaan hari kiamat yang sangat jauh dan berat menurut ukuran manusia. Dalam tafsir yang berkaitan dengan ayat ini, “sehari” itu digambarkan bernilai lima puluh ribu tahun, bukan untuk menetapkan kalendar kiamat secara tepat, tetapi untuk menunjukkan betapa dahsyat dan panjangnya hari itu bagi makhluk.

Masa itu suatu yg subjektif. Maksudnya ialah masa terasa semakin singkat dan cepat berlalu, bukan semestinya tempoh 24 jam benar-benar berkurang. Dalam huraian ulama, ini termasuk tanda-tanda kiamat kecil, dan sering difahami sebagai hilangnya keberkatan masa, manusia makin sibuk, dan kehidupan menjadi sangat pantas sehingga hari, minggu, dan tahun terasa berlalu dengan cepat.

Dulu kita rasa byk perkara boleh dibuat dlm sehari, tetapi hari ini kita rasa masa sgt cepat berlalu dan tidak sempat buat byk perkara.

Surah Al-Ma'arij ayat 70:7 (klik sini)
{ وَنَرَىٰهُ قَرِيبٗا }

Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),

Ayat 7 menjadi sambungan kepada gambaran sebelumnya: keadaan hari itu sangat berat, dan pada masa yang sama manusia melihatnya sebagai suatu yg sgt lambat lagi berlakunya, sedangkan Allah menyatakannya dekat. Maksudnya, bukan jarak masa dunia yang menjadi ukuran, tetapi kepastian.


Sambungan Nota Kuliah:
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:8 hingga 18 | Us Zamri | 18-Jul-2026 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Ma'arij ayat 70:19 hingga 35 | Us Zamri | 15-Ogo-2026 (klik sini)

Monday, May 4, 2026

Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:66 hingga 71 - Adab Menuntut Ilmu

- us Muhammad Mursid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 3-Mei-2026

Tafsir Surah Al-Kahfi ayat 18:66 hingga 71 - Adab Menuntut Ilmu

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir dlm surah Al-Kahfi

Pembesar-pembesar Mekah kebanyakannya adalah org-org politik. Jadi mereka akan rujuk kpd pendeta (ahli kitab) utk urusan ibadat. Byk kisah-kisah umat terdahulu disampaikan oleh para pendeta termasuk kisah al-Kahfi. Kisah Al-Kahfi ini seperti kisah yg mereka amat faham.

Kaum Quraisy di Makkah, terutama melalui dua tokoh seperti al‑Nadhr bin al‑Harits dan Uqbah bin Abi Mu‘īth, menantang Nabi agar mendatangkan wahyu yang dapat menjawab tiga perkara yang mereka anggap rumit:
  1. kisah pemuda Ashabul Kahfi (golongan yang beriman dan berlindung di gua),
  2. kisah Zulkarnain (raja yang adil dan kuat), dan
  3. persoalan roh (ruh).
Mereka berharap Nabi Muhammad ﷺ akan gagal menjawab soalan-soalan yg diajukan, (tujuannya) sehingga dakwah baginda terlihat lemah. Namun, Allah menurunkan surah Al‑Kahfi yang mengandungi kisah‑kisah ini sekaligus menjawab dan mematikan keegoan ketua-ketua/pendeta/org-org kafir Mekah. 

Surah Al-Kahfi ayat 18:66 (klik sini)
{ قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدٗا }

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

Surah Al-Kahfi ayat 18:67 (klik sini)
{ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِيَ صَبۡرٗا }

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

- Dari ayat 67, beberapa prinsip pendidikan dapat diambil:
  1. Guru harus menilai terlebih dahulu kebolehan dan kecenderungan murid, bukan hanya umur atau akademik.
    • Penilaian boleh disampaikan secara jujur tetapi lembut, seperti kaeadah Nabi Khidir as: ia tidak memandang rendah Nabi Musa, tetapi mengingatkan keterbatasan murid (ie syarat-syarat utk belajar darinya).

  2. Penilaian awal ini menjadi dasar penetapan syarat dan gaya pembelajaran.
    • (Misalnya) murid yang mudah tergesa‑gesa perlu diberi lebih banyak latihan sabar dan refleksi. bukan hanya dihukum ketika salah.

Surah Al-Kahfi ayat 18:68 (klik sini)
{ وَكَيۡفَ تَصۡبِرُ عَلَىٰ مَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ خُبۡرٗا }

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

Surah Al-Kahfi ayat 18:69 (klik sini)
{ قَالَ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرٗا وَلَآ أَعۡصِي لَكَ أَمۡرٗا }

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

Surah Al-Kahfi ayat 18:70 (klik sini)
{ قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِي فَلَا تَسۡـَٔلۡنِي عَن شَيۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرٗا }

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

- Adab berguru - dalam konteks pembelajaran masa kini, ayat 70 dapat ditafsirkan sebagai:
  1. Guru (pengajar) boleh menetapkan peraturan proses belajar:
    • (i) murid diberi peluang memerhati, menganalisis, dan refleksi,
    • (ii) sebelum diberi ruang penuh bertanya atau mengkritik.

  2. Murid diajarkan:
    • (i) tidak cepat menghukum tindakan atau kaedah guru yang tidak difahami,
    • (ii) tetapi menunggu penjelasan ilmiah dan percaya kepada integriti guru selagi ia tidak bercanggah dengan syariat.
Surah Al-Kahfi ayat 18:71 (klik sini)
{ فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا رَكِبَا فِي ٱلسَّفِينَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقۡتَهَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔا إِمۡرٗا }

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

- Dalam menuntut ilmu:
  1. Jangan lihat hanya sebab‑sebab mula (perbuatan nampak aneh), tetapi tunggu kesudahan dan penjelasan hikmah.
  2. Ambil masa untuk memerhati, merenung, dan merujuk kepada orang yang lebih arif, sebelum melontarkan kritikan yang keras.
  3. Jangan terlalu cepat menghukum kaedah atau tindakan guru yang belum difahami, terutama dalam ilmu yang berunsur hikmah dan takdir (misalnya maqasid syariah, fiqh siyasah, usul, dsb.).
  4. Murid yang benar‑benar mahu menuntut ilmu perlu mampu menahan diri dan tidak reaktif/gelojoh terhadap perkara yang tidak difahami.

Wednesday, February 11, 2026

Hutang

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 11-Feb-2026

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:243 - 245

Surah Al-Baqarah ayat 2:243 (klik sini)
{ ۞أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَهُمۡ أُلُوفٌ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِ فَقَالَ لَهُمُ ٱللَّهُ مُوتُواْ ثُمَّ أَحۡيَٰهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشۡكُرُونَ }

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

- Ahli tafsir mengatakan jumlah beribu itu berjumlah 600,000. Dgn 2 kisah yg dikaitkan,
  • (i) kaum Nabi Yaakub as yg tinggal di Palestine yg mengalami musim kemarau yg sgt panjang. Allah perintahkan mereka berpindah ke Mesir (yg ketika itu di bawah pemerintahan Nabi Yusof as)
  • (ii) kaum Yahudi pengikut Nabi Musa as yg diancam bunuh oleh firaun, Allah perintahkan mereka keluar dari kampung mereka mengikut Nabi Musa as, menuju ke Laut Merah (seterusnya ke Palestine)

Surah Al-Baqarah ayat 2:244 (klik sini)
{ وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ }

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Baqarah ayat 2:245 (klik sini)
{ مَّن ذَا ٱلَّذِي يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضۡعَافٗا كَثِيرَةٗۚ وَٱللَّهُ يَقۡبِضُ وَيَبۡصُۜطُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ }

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

- Ayat 2:245 ini menjadi asas transaksi pinjaman. Pinjaman/Berhutang adalah asasnya suatu perkara yg baik. Bayaran balik adalah jumlah yg dipinjam.
- Apa² manfaat berkala (selalu) yg diberikan oleh org diberi pinjam (org yg berhutang), ianya adalah riba.
- Org yg beri hutang boleh menyatakan syarat sebagai jaminan. Boleh juga menyatakan barang cabaran. Barang cagaran itu hanya boleh diambil manfaatnya apbl org yg diberi hutang tidak mampu membayar hutangnya.
  • (a) Cth item cagaran spt tanah kebun. Dlm tempoh pinjaman org yg memberi pinjaman tidak boleh ambil apa² manfaat dari tnh yg dicagarkan oleh si peminjam, spt mengupah pekerja utk mengambil dan menjual hasil kelapa sawit. Jika ini berlaku maka hasil jualan itu jatuh hukum riba ke atasnya.
  • (b) Cth item cagaran spt kenderaan (katalah kereta), dlm tempoh pinjaman org yg memberi pinjam hanya dibenarkan menggunakan kereta itu bagi tujuan menjaga keadaan kereta agar tidak rosak. Rosak disebabkan tidak pernah dihidupkan, minyak hitamnya tidak ditukar.  Dgn kata lain, org yg beri pinjam itu dibenarkan setakat memanaskan enjin, memandu ke stesyen minyak atau ke pusat servis kereta.  Sekiranya dia menggunakan kereta yg dicagar itu untuk manfaat diri/keluarga seperti ke sesuatu tempat utk membeli barang, atau ziarah atau bercuti, maka hukumnya adalah haram dan dia telah mengambil riba.
- Peranan Penjamin: 
  • Org yg berhutang (atau meminjam) dan tidak mahu membayar hutang/pinjamannya, penjamin dibenarkan utk melaporkan keadaan si peminjam agar tindakan boleh diambil ke atas si peminjam utk tindakan (spt mahkamah) supaya hutangnya boleh dilunaskan.

- Org yg beri hutang/pinjam boleh menuntut hutang pd bila² masa.
  • (a) Dlm keadaan hari ini, org yg meminjam/berhutang pd bila² masa megelak dari membayar hutang/pinjamannya.
  • (b) Menjadi kewajipan kpd si peminjam utk menyerahkan byrn yg diminta oleh org yg beri pinjam/hutang.
  • (c) Org yg beri pinjam boleh tuntut hutang walaupun belum waktu bayaran yg dijadualkan. Contoh, tempoh byrn telah ditetakan 6 bulan, tetapi org beri hutang mula menuntut pd bulan ke-4.

- Janji yg mengakibatkan kepayahan kpd pihak yg sepatutnya mendapat faedah dari janji itu, maka org yg berjanji utk memberikan itu hukumnya berdosa besar.


Carian Internet:
  • Dari Aisyah r.a., ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. biasa berdoa dalam solat, dan dibacanya: "Hai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari berbuat salah dan berhutang." Ada orang yang bertanya kepada beliau: Kenapakah engkau amat banyak minta perlindungan daripada berhutang? Beliau menjawab: "Orang yang berhutang bila berkata berdusta, bila berjanji tidak menepatinya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1158]
  • Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya. "[Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1154]