Showing posts with label Zakat. Show all posts
Showing posts with label Zakat. Show all posts

Sunday, February 12, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya mengeluarkan zakat

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 14-Jan-2023

Panggilan ke-9 Allah Ar-Rahman kpd org² yg beriman supaya mengeluarkan zakat

Panggilan ke-9 ie dlm Surah Al-Baqarah ayat 2:267 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ }

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


- dlm ayat ini Allah maksudkan hasil yg perlu dikeluarkan adalah zakat.
- panggilan ke-9 ini utk membersihkan harta yg telah dikurniakan oleh Allah. 

  • pandangan/pendapat yg salah berkenaan zakat sebagai satu cara yg Allah sediakan utk menyucikan rezeki/harta yg dilakukan secara haram (hasil dari perkara yg haram) spt pelaburan dlm sistem yg tidak halal, berjudi, menari, maka zakat itu dikatakan sebagai penyucian terhadap sumber/rezeki yg haram tadi.


- hasil/harta yg diperoleh dari sumber yg halal maka wajib dikeluarkan zakat apbl cukup nisabnya, dan haulnya.


- jangan keluarkan zakat, bilamana:

  1. sumber/rezeki yg diperolehi dari sumber yg tidak tidak halal,
  2. dari hasil yg tidak elok spt keadaan/sifat yg cacat, pelik, buruk, yg kita sendiri tidak mahu.
  3. hasil dari pendapatan org lain.


- urgent dan important:
- perkara urgent adalah perkara² yg selalu dtg kpd kita.
- perkara important adalah perkara² yg jarang dtg. 

  • Zakat adalah perkara yg important. Kita perlu beri keutaman utk mengeluarkan zakat apbl tiba masanya. 
  • Zakat tidak akan dtg bertanya kpd kita, adakah kita ada harta utk berzakat. Kita yg perlu berusaha memahami kadar nisab dan haul setiap harta yg kita ada.


- Kadar zakat adalah 1/40 atau 2.5% (0.025). Ada hak zakat ke atas harta kita.
- Harta/Hasil yg wajib dizakat:

  1. biji-bijian makanan yg menjadi makanan ruji dan boleh disimpan dlm tempoh masa yg lama, spt beras, gandum.
    • Tanaman yg tidak bertahan lama, tidak perlu dikeluarkan zakat kerana bukan makanan ruji dan tidak boleh bertahan lama, spt buah betik, delima, tin, epal, limau.
  2. emas dan perak
    1. Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya. Kadar 'uruf berbeza mengikut negeri, mengikut pentadbiran negeri masing-masing. 
    • Zakat emas ke atas berat sama atau melebihi 20 mithqal (20 dinar) atau 85 gram (>= 85g)
    • Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian :-
    • Emas Perhiasan (Pakai)
      • Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
    • Emas Simpan
      • Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
    • Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.
    • Kaedah Kiraan :
      • Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi 'uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut. 
        • 'Uruf emas di negeri Selangor adalah 800g
        • Contoh kiraan di Selangor: [(Berat emas – 'Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
          • (900 gram – 800 gram) x RM259.86 (harga emas pada 10/Feb/2023) x 2.5% = RM649.65
        • 'Uruf emas mengikut negeri bagi tahun 2021/2022:
          • Johor: 850 gram
          • Kedah: 170 gram
          • Kelantan: Tiada 'uruf
          • Kuala Lumpur dan Putrajaya: 800 gram
          • Melaka: 180 gram
          • Negeri Sembilan: 200 gram
          • Pahang: 500 gram
          • Perak: 500 gram
          • Perlis: 85 gram
          • Pulau Pinang: 165 gram
          • Sabah: 152 gram
          • Sarawak: 90 gram
          • Selangor: 800 gram
          • Terengganu: 850 gram
      • Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
    • Perak  
      • Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.
    • Kaedah Kiraan :
      • Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut
  3. zakat ternakan - kadarnya mengikut jenis haiwan
    1. unta: 5 ekor
      1. 5 hingga 9 ekor  -- > 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih
      2. (+) tambahan setiap 5 ekor unta --> (+) 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih 
      3. 25 hingga 35 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 1 thn lebih
      4. 36 hingga 45 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
      5. 46 hingga 60 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 3 thn lebih
      6. 61 hingga 75 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 4 thn lebih
      7. 76 hingga 90 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
      8. 91 hingga 120 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 3 thn lebih 
    2. lembu/kerbau: 30 ekor 
      • 30 hingga 39 ekor --> 1 ekor jantan berumur 1 thn lebih
      • 40 hingga 59 ekor --> 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
      • (+) tambahan setiap 40 ekor --> (+) 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
      • (+) tambahan setiap 30 ekor --> (+) 1 ekor lembu jantan berumur 1 thn lebih
      • Contoh: ada 70 ekor lembu. Zakatnya adalah seekor lembu betina berumur 2 thn lebih dan seekor lembu jantan berumur 1 thn lebih.
    3. kambing: 40 ekor
      • 40 ekor --> 1 ekor kambing zakat
      • 40 - 121 ekor --> 2 ekor kambing zakat
      • (+) tambahan 100 ekor lagi --> (+) 1 ekor kambing
      • Contoh: ada 201 ekor kambing. Zakatnya adalah 3 ekor kambing.

Maklumat Berkaitan:

  1. Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram)
  2. Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah
    1. Pelaburan emas tanpa fizikal adalah tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan.
      • Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal. 
    2. Hukum
      • Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
  3. Dari Anas r.a., katanya Abu Bakar menulis surat kepadanya perihal perintah Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw., sebagai berikut: "Janganlah membayar zakat dengan (haiwan) yang tua atau yang cacat, dan jangan pula dengan yang jantan untuk pembiakan, kecuali kalau yang memang menghendakinya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0750]
  4. Kes kambing:
    • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina. 
    • Jika bercampur kambing biasa dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing biasa atau biri-biri.


Catatan kuliah berkaitan:

  • Panggilan kepada orang beriman supaya meninggalkan riba (klik sini)

Monday, December 23, 2019

Tuntutan Berzakat

- kuliah Maghrib Isnin 23-Dis-2019

- Perintah Allah berkenaan solat dituruti dgn perintah mengeluarkan zakat. Antara firman Allah:

Surah Al-Baqarah Ayat 2:43

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

-  Surah Al-Baqarah Ayat 2:110

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٖ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.


- Al-Quran menyebutkan supaya kita beri kasih-sayang kpd anak yatim. 

Surah Al-Baqarah Ayat 2:220

فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۗ وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡيَتَٰمَىٰۖ قُلۡ إِصۡلَاحٞ لَّهُمۡ خَيۡرٞۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمۡ فَإِخۡوَٰنُكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ ٱلۡمُفۡسِدَ مِنَ ٱلۡمُصۡلِحِۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَعۡنَتَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


- pemberian zakat kpd asnaf ie org miskin adalah utk melahirkan rasa kasih sayang kpd golongan yg kurang berkemampuan (miskin).

- setiap ibadah adalah utk mendidik hati dan jiwa kita. Ibadah yg dilakukan perlulah mematuhi hukum fekah, tauhid dan tasaufnya.

- org yg ditimpa musibah maka penyembuhnya adalah dgn mengeluarkan sedekah. Kita dibolehkan bertawasul utk memohon kesembuhan (dari musibah kesihatan) apbl memberi sedekah.

- harta yg dimiliki dibenteng dan dipelihara dgn mengeluarkan zakat.

- menahan zakat (ie tidak mengeluarkan zalat) adalah berdosa besar. 

- Ayat² Al-Quran berkenaan ancaman dan balasan kpd org yg tidak mengeluarkan zakat.

- Surah Al-Qasas Ayat 28:82

وَأَصۡبَحَ ٱلَّذِينَ تَمَنَّوۡاْ مَكَانَهُۥ بِٱلۡأَمۡسِ يَقُولُونَ وَيۡكَأَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُۖ لَوۡلَآ أَن مَّنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا لَخَسَفَ بِنَاۖ وَيۡكَأَنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

- Surah At-Tawbah Ayat 9:35

يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

- Apbl memberi kebaikan kpd org, jangan harapkan balasan, hatta ucapan terima kasih. Apa yg diajarkan adalah apbl menerima kebaikan dari seseorang maka ucapkan jazzakallahu khairan kathiro.


Thursday, July 21, 2011

Ceramah khas - zakat

- Us Hamizul (lembaga zakat selangor) Khamis 21 Julai 2011 (** catatan)

bab zakat dan sedekah.
- 32 tempat dlm Al-Quran yg disebut bersama dgn mendirikan solat.
- zakat adalah sumber ekonomi. blh menjadi sumber pendapatan negara.
- zakat berasal dr pktn "zaka" ie bersih, berkembang, membiak.
- khilaf: zakat tlh difardukan sebelum hijrah, rojeknya adalah pd thn ke2 (selepas) hijrah.
- pd zaman Nabi, hamba ditebus/dimerdekakan dgn wang zakat, selain utk asnaf2 yg ditetapkan.
- surah At-Taubah ayat 60. 








"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

2 jenis zakat ie Zakat Mal dan zakat Badan.
- zakat fitrah dikadarkan dgn segantang baghdad makanan ruji tempatan (malaysia: beras),
- mualaf yg masuk Islam, dan bapanya masih belum Islam, maka tidak wajib ke atasnya. Zakat diwajibkan kpd ketua keluarga.
- zakat harta, termasuk emas, perak, ternakan, sunber pendapatan baru (pendapatan dan saham).
- zakat pendapatan
- zakat pendapatan disandarkan kpd zakat ternakan, kerana ternakan menghasilkan anak, ie membaiknya harta ternakan. Maka anak ternakan yg baru lahir juga dikira dlm jumlah ternakan sewaktu kiraan zakat dibuat.
- zakat pendapatan juga disandarkan kpd zakat pertanian, zakat pertanian dikenakan apbl hasil tani dituai. Cth zakat padi stlh padi dituai.
- zakat pendapatan juga disandarkan kpd sumber pendptan yg baik2.

- zakat saham, pesan Nabi kpd Muaz, ambil harta dr kekayaan.

2) Syarat2 yg tertentu
1. islam
2. merdeka
3. sempurna milik
4. mencapai nisab, 85gram emas. Di selanhor dinisabkan rm10,650.00
5. cukup haul.
6. Utk peniaga, dia berniatkan hartanya utk perniagan.

Hukuman takzir ie hukuman yg diputuskan oleh pemerintah.

- rokok adalah haram, maka menghisap, menjual, menjadi stokis juga haram. Harta pendapatan peniaga rokok tidak termasuk dlm sumber pendapatan yg bersih. Perniagaan rokok tidak buleh dizakatkan.

- zakat ternakan utk tujuan perniagaan mesti dizakatkan atas zakat pendapatan. Jika ternakan itu utk kegunaan pertanian spt utk membajak, haiwan tsbt tidak di perlu dizakat.

8 asnaf
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil, blh mendpt 1/8
4. Muallaf. Tujuannya utk melembutkan hati muallaf.
5. Hamba, tiada lg hamba pd zaman ini, namun di kategorikan sbg hamba dadah. Wang zakat digunakan utk menyelamatkan hamba dadah.
6. Org yg berhutang. 2 jenis, hutang individu dan hutang organisasi.
7. Fisabilillah, ada 2, individu dan organisasi.
8. ibnussabil, org yg kehabisan perbelanjaan dlm perjalanan.

- emas yg digadaikan, statusnya tidak sempurna milik, maka ia tidak perlu dizakat.
- zakat kpd org miskin yg malas, masih perlu diberikan (dikira sbg asnaf) kerana dikhuatiri jika tidak diberi wang zakat dia akan memudaratkan dan blh membawa kpd murtad. Agensi lain spt bdn gereja mencari peluang utk memberi bantuan kpd org Islam, dikhuatiri pemberian mereka akan memerangkap penerima tsbt hingga menyebabkan murtad.
- zakat utk belian emas dr institusi kewangan, jika sempurna milik emas tsbt, maka ianya peu dizakatkan jika cukup nisabnya. Kiranya emas itu disandarkan kpd wang tunai, maka ianya dikira sbg zakat simpanan.
- zakat yg dikeluarkan secara persendirian adalah sah tetapi tidak afdhal.
a. Amil dipertanggugjawab utk menguruskan zakat. Jika semua membuat bayaran zakat kpd fakir miskin, maka tiada kerja amail2.
b. ada 8 asnaf, jadi institusi zakat akan lebih arif menguruskan kutipan zakat.
c. jika hendak memberi zakat secara sendiri, maka perlu dia mencari 3 org/jenis asnaf spt yg dijelaskan. Maka dlm keadaan skrg, sukar utk melakukan sendiri agihan zakat.

- zakat itu apbl diberi kpd asnaf, maka ia perlu boleh melepaskan bebanan penerima zakat tsbt.

- ditakuti pemberian zakat secara sendiri, tidak diterima sbg zakat sebaliknya hanya dikira sedekah.

- wang zakat yg diurus secara baik, dan selagi mana institusi zakat tersbt tidak menyeleweng, maka zakat mesti dibuat kpd institusi tsbt.

- afdal zakat dikeluarkan di negeri tempat di mana rezeki diperoleh.

Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, September 30, 2010

Zakat

Maksud firman Allah SWT: 

"Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..." (Surah Al-Baqarah 2:43)

"Ambillah zakat daripada sebahagian harga mereka; dengan zakat itu membersihkan kamu dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka..." (Surah At-Taubah 9: 103)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah mengutus Mu'az untuk berdakwah ke Yaman. Baginda berpesan kepadanya: yang bermaksud "Sesungguhnya engkau akan berhadapan dengan kaum ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka menerimanya, maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah memfardukan atas mereka solat lima waktu dalam sehari semalam. Jika mereka taat untuk melakukan itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah memfardukan atas mereka zakat yang diambil daripada orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada yang fakir. Jika mereka mahu melakukan itu, maka jauhilah olehmu mendekati harta mereka dan takutlah engkau terhadap doanya orang yang dizalimi, kerana antara doanya dan Allah tidak ada penghalang." (Riwayat Al-Bukhari no 1496 dan Muslim no 2583)

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliaiu berkata: Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Sesiapa yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu tidak mahu menunaikan zakatnya, maka kelak pada hari Kiamat hartanya itu akan diserupakan dalam bentuk ular berbisa yang memiliki dua bintik hitam di atas kedua matanya yang akan melilitnya, lalu mematuk kedua rahangnya. Ular tersebut akan berkata: 'Aku adalah kekayaanmu dan harta simpananmu.'" Seterusnya beliau membacakan firman Allah (Surah Ali 'Imran 3: 180): Janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta ygna mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari Kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Riwayat Al-Bukhari no 1338)


x-x