Saturday, July 18, 2026

Sifat Adil

- us Mohd Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 18-Jul-2026

Sifat Adil

- Sifat adil menurut Sa'id ibnu al-Musayyab, ialah sifat istiqamah dalam kebenaran, menjaga hak-hak orang lain, dan menjauhi sebarang bentuk kezaliman, sehingga beliau dinilai thiqah dan diterima riwayatnya tanpa ragu oleh ahli hadis.

- Ibn Hajar al-ʿAsqalānī mendefinisikan adil sebagai suatu malakah (jati diri/perangai mantap) yang mendorong seseorang untuk sentiasa menjaga takwa dan maruah diri, menjauhi syirik, kefasiqan, dan bidʿah.

- Definisi “adil” menurut ulama hadis – khususnya yang dirumuskan oleh Ibn Hajar al-ʿAsqalānī: adalah suatu sifat atau malakah dalam diri seseorang yang mendorongnya untuk sentiasa menjaga takwa dan kehormatan (muruah), sehingga ia tidak terjerumus ke dalam dosa besar dan tidak berterusan dalam dosa kecil.

- 3 keutamaan untuk menegakkan keadilan:
  1. Kebijaksanaan - perlu mendalami ilmu utk menjadi seorg yg membuat keputusan yg adil
  2. Kehormatan - perlu ada maruah dan menegakkan maruah utk berlaku adil
  3. Keberanian - perlu ada sifat berani utk menyatakan keberanian

- Hadis tentang orang-orang yang adil
إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ، وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., “Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar-mimbar daripada cahaya di sebelah kanan Ar-Rahman, sedangkan kedua tangan-Nya adalah kanan; mereka itulah orang-orang yang berlaku adil dalam hukum-hukum mereka, terhadap keluarga mereka, dan dalam segala urusan yang mereka pimpin.” [Sahih Muslim, Kitab Al-Imarah (Kitab Kepemimpinan), no. 1827 (atau indeks lain: 3406 dalam sebahagian edisi cetakan).

- Dalil Al-quran tuntutan berlaku adil, surah An-Nisa ayat 4:135 (klik sini)
{ ۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا }

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

- Allah menuntut hamba-Nya berlaku adil dalm membuat keputusan. Surah An-Nisa ayat 4:58 (klik sini)

{ ۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا }

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah perintahkan supaya amanah diserahkan kepada yang berhak dan keputusan dibuat dengan adil. Ini menjamin hak setiap orang (kuat atau lemah) dipelihara, tidak ada yang dizalimi. Dgn prinsip ini, harta, maruah, dan nyawa manusia lebih terpelihara kerana keputusan dan pembahagian dibuat berasaskan hak, bukan kroni atau sentimen.

- Hadis: teguran Rasulullah saw kpd seorg sahabat, supaya berlaku adil dlm hal pemberian kpd anak².
«أَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي، فَإِنِّي لَا أَشْهَدُ عَلَى جَوْرٍ»
وفِي لَفْظٍ: «أَكُلَّ بَنِيكَ نَحَلْتَ مِثْلَ هَذَا؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «فَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلَادِكُمْ»

Nabi bersabda: “Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu.”
Baginda bertanya: “Apakah semua anakmu engkau beri seperti (pemberian) ini?” Dia menjawab: “Tidak.”
Baginda bersabda (antara lain): “Carilah saksi selain aku, kerana aku tidak bersaksi atas kezaliman.” [Sahih Muslim no. 1623]