- us Dr Mohd Al Hafiz bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 26-Jul-2026
Kisah Pembunuhan 70 Sahabat di Telaga Al-Maunah
Kisah yang dimaksud ialah Tragedi Bi’r Ma’unah / Sumur Ma’unah, peristiwa pembunuhan bln Safar sekitar 70 sahabat yang diutus Rasulullah untuk dakwah ke Najd. Peristiwa ini terjadi karena pengkhianatan setelah sebelumnya ada jaminan keamanan dari pihak yang mengundang mereka.
Background
Seorang tokoh bernama Barra’ bin Amir bin Malik bin Jaafar datang kepada Rasulullah dan meminta agar para sahabat dikirim ke wilayah Najd untuk menyampaikan dakwah Islam. Awalnya Rasulullah khawatir terhadap keselamatan mereka, tetapi setelah ada jaminan perlindungan dari Barra', baginda pilih dan mengutus 70 sahabat pilihan ie penghafaz dan ahli Al-Quran, qiamullail, hidup mereka secara zuhud.
- Catatan kuliah: Beza zuhud dan warak (klik sini)
Kronologi kejadian
Rombongan ini diketuai oleh Al-Muzir AsSaid,
Rombongan berhenti di sebuah tempat bernama Bi’r Ma’unah. Dari sana, mereka mengutus Haram bin Milhan (bapa saudara Anas bin Malik) untuk menyampaikan surat Rasulullah kepada Amir bin Thufail (ie anak saudara Barra'). Namun surat itu tidak dihormati tidak dibaca pun; Amir perintahkan Haram bin Milhan dibunuh, dia kemudiannya ditikam, dlm keadaan berlumurun darah itu Haram mengatakan bhw dia sudah berjaya, ini menjadikan Amir pelik kerana pd pandapatnya dialah yg menang dan berjaya. Haram dibunuh secara khianat.
Setelah itu, Amir bin Thufail menghasut kabilah-kabilah setempat untuk menyerang rombongan sahabat (yg berbaki 69 org). Mulanya dia hasud puaknya, namun puaknya tidak mahu setai kerana telah ada perjanjian antara ketua mereka (ie Barra dgn Nabi Muhammad saw). Amir kemudiannya menghasud kabilah² yg lain, mereka bersetuju. Serangan pun terjadi dan hampir seluruh sahabat gugur syahid; dalam salah satu riwayat yang muncul di hasil pencarian, disebutkan hanya satu sahabat yang selamat dengan berpura-pura mati.
Amru bin Umayyah dan Al-Muzir bin Muhammad ditugaskan jaga unta². Apbbl mereka balik mereka nampak burung berterbangan di kawasan rombongan, mereka tidak sedap hati. Apbl tiba, mereka nampak rombongan mereka rebah bergelimpangan telah dibunuh. Mereka juga nampak pasukan Amir dan tenteranya. Mereka berdua bertindak membela para sahabat yg dibunuh hingga Al-Muzir dibunuh. Amir perintahkan Amru di tangkap.
Tindakan Rasulullah
Berita pembunuhan rombongan dakwah ini sangat menyedihkan Rasulullah kerana para sahabat yang terbunuh adalah rombongan dakwah, bukan pasukan perang. Rasulullah kemudian melakukan qunut nazilah (tempoh sebulan) dan mendoakan diberikan hidayah kpd penduduk Najd. Sekali sekala didoakan kebinasaan utk mereka. Allah tegur sikap baginda Rasulullah mendoakan kebinasaan. Selepas itu berhentilah doa kebinaan Rasulullah kpd penduduk Najd.
Penduduk Najd kemudiannya menerima dan memeluk Islam kecuali pemimpin mereka ie Amir bin Thufail. Amir bin Thufail selepas peristiwa Bi’r Ma’unah ialah dia akhirnya ditimpa penyakit yang membawa maut, dan meninggal dalam keadaan hina setelah angan-angannya untuk memimpin dan menakut-nakutkan kaum Muslimin musnah
Carian internet:
- Amir bin Thufail diserang penyakit kronik yang digambarkan seperti “gland” atau bengkak berbahaya, lalu terkurung di rumah seorang wanita dari kaumnya. Orang-orang di sekelilingnya menjauhinya kerana takut berjangkit, sehingga dia akhirnya seolah-olah dibiarkan sendirian. Dalam keadaan itu, dia mati di atas kuda atau ketika cuba bangkit menahan derita penyakitnya.
Pengajaran kisah ini:
- Rasulullah saw tidak mengetahui perkara ghaib kecuali apa yang Allah SWT wahyukan kepada baginda.
- Syahid mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, maka seorang mukmin digalakkan memiliki azam dan niat untuk mati dalam keadaan syahid.
- Qunut nazilah adalah disyariatkan, dan kisah ini menjadi antara dalil pensyariatannya.
- Rasulullah saw sangat menyayangi para sahabat baginda, dan kesedihan baginda terhadap musibah yang menimpa mereka menunjukkan kasih sayang yang mendalam.
No comments:
Post a Comment