- us Khairul Razikin Abd Razak kuliah Maghrib Jumaat 31-Jul-2026
Beriman Kepada Hari Akhirat - Timbangan Al-Mizan
Ada beberapa perkara yang akan ditimbang pada Hari Akhirat pada timbangan Al-Mizan.
1) Amal kebaikan dan keburukan - Allah menyebut bahawa timbangan pada hari itu adalah benar dan adil, lalu sesiapa yang berat timbangan kebaikannya akan berjaya.
Hadis al-Bithāqah atau hadis “kad kecil”.
Hadis ini menceritakan 99 daftar catatan dosa yang ditimbang pada hari kiamat, lalu satu kad kecil syahadah menjadi lebih berat dan lelaki itu dilepaskan daripada azab.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا، كُلُّ سِجِلٍّ مَدَى الْبَصَرِ، ثُمَّ يَقُولُ: أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا؟ أَظَلَمَكَ كَتَبَتِي الْحَافِظُونَ؟
فَيَقُولُ: لَا يَا رَبِّ.
فَيَقُولُ: أَفَلَكَ عُذْرٌ؟
فَيَقُولُ: لَا يَا رَبِّ.
فَيَقُولُ: بَلَى، إِنَّ لَكَ عِنْدَنَا حَسَنَةً، وَإِنَّهُ لَا ظُلْمَ عَلَيْكَ الْيَوْمَ.
فَتُخْرَجُ لَهُ بِطَاقَةٌ فِيهَا: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
فَيَقُولُ: احْضُرْ وَزْنَكَ.
فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، مَا هَذِهِ الْبِطَاقَةُ مَعَ هَذِهِ السِّجِلَّاتِ؟
فَيَقُولُ: إِنَّكَ لَا تُظْلَمُ.
فَتُوضَعُ السِّجِلَّاتُ فِي كِفَّةٍ وَالْبِطَاقَةُ فِي كِفَّةٍ، فَطَاشَتِ السِّجِلَّاتُ وَثَقُلَتِ الْبِطَاقَةُ، فَلَا يَثْقُلُ مَعَ اسْمِ اللَّهِ شَيْءٌ.
Rasulullah saw bersabda bahawa Allah akan membawa seorang lelaki dari umat baginda pada hari kiamat, lalu dibentangkan kepadanya 99 daftar catatan amal, setiap satu seluas pandangan mata. Allah bertanya sama ada dia mengingkari sesuatu daripadanya atau merasa dizalimi. Lelaki itu menjawab tidak. Kemudian dikeluarkan satu kad kecil yang berisi kalimah syahadah. Apabila 99 daftar itu diletakkan pada satu sisi timbangan dan kad kecil pada sisi yang lain, maka daftar-catatan itu menjadi ringan dan kad kecil itu menjadi berat. [Sunan al-Tirmizi: 2639 dan juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah]
- Maksud hadis ini ialah kalimah tauhid dan iman yang ikhlas sangat besar nilainya di sisi Allah, sehingga satu amalan tauhid yang benar boleh mengatasi timbangan dosa yg banyak.
- Dalil Quran berkenaan Timbangan Mizan
(1) Surah Al-Anbiyak ayat 21:47 (klik sini)
{ وَنَضَعُ ٱلۡمَوَٰزِينَ ٱلۡقِسۡطَ لِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسٞ شَيۡـٔٗاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَيۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَٰسِبِينَ }
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
Timbangan Mizan juga disebutkan dlm surah Al-Araf ayat 8 dan 9 dgn didefinasikan siapakah org yg nerjaya dan yg "rugi" berdasarkan amalan hidup mereka.
(2) Surah Al-Araf ayat 7:8 (klik sini)
{ وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Surah Al-Araf ayat 7:9 (klik sini)
{ وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَظۡلِمُونَ }
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
Dlm surah Al-Araf ada dialog antara penghuni Syurga dan penghuni neraka. Situasi ini merupkan teknologi Allah yg Maha Advance.
- Surah Al-Mukminum ayat 23:102 (klik sini)
{ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Surah Al-Mukminum ayat 23:103 (klik sini)
{ وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فِي جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ }
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
- Dlm ayat 23:103 ini Allah menyatakan tempat balasan org² yg ringan timbangan amalnya ie org² yg rugi (yg disebutkan dlm surah Al-Araf ayat 9)
-Allah sebutkan lagi hal Timbangan Mizan dlm surah Al-Qariah.
Surah Al-Qariah ayat 101:8 (klik sini)
{ وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ }
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
Surah Al-Qariah ayat 101:9 (klik sini)
{ فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٞ }
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
(2) Apa lagi yg ditimbang pada Hari Akhirat? Selain amalan hidup kita, nilai amalan juga akan ditimbang.
Hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa pada hari kiamat akan datang seorang lelaki yang besar dan gemuk, tetapi timbangannya di sisi Allah tidak seberat sayap nyamuk.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ قَالَ:
إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ السَّمِينُ الْعَظِيمُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ
Maksudnya, Rasulullah saw bersabda bahawa akan datang pada hari kiamat seorang lelaki yang sangat besar dan gemuk, namun di sisi Allah dia tidak bernilai seberat sayap nyamuk. [Riwayat Sahih al-Bukhari no. 4360]
Maksud hadis ini ialah nilai manusia di sisi Allah tidak bergantung pada bentuk fizikal, kekuatan, atau penampilan luaran, tetapi pada iman dan amalnya.
Hadis ini juga menjadi peringatan bahawa orang yang sombong dan zalim boleh menjadi sangat “ringan” dalam timbangan akhirat walaupun besar di dunia. Amal mereka tidak mempunyai nilai (value) di sisi Allah kerana asas iman telah tiada
Surah Al-Kahfi ayat 18:105 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا }
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(3) Apa lagi yg akan ditimbang? Iaitulah akhlak kita ie sifat baik dan buruk walau sekecil zarah, akan dinilai (ditimbang).
Hadis berkaitan dengan akhlak yang paling berat pada al-Mizan:
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:
مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
Maksudnya, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (al-Mizan) daripada akhlak yang baik.”
Hadis ini dinukilkan dalam syarah al-Mizan sebagai hadis sahih yang masyhur, dan dalam sumber pengajian yang dirujuk ia dibincangkan sebagai dalil utama tentang keutamaan akhlak pada hari kiamat.
Maksud hadis ini ialah akhlak mulia mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah dan menjadi amalan yang amat berat dalam timbangan akhirat. Ia menunjukkan bahawa bukan hanya ibadah zahir yang bernilai, bahkan perangai, tutur kata, dan cara bergaul juga menjadi ukuran penting di hadapan Allah.
No comments:
Post a Comment