- us Dr Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 12-Jul-2026
Nikmat Keamanan, Makanan dan Kesihatan
- Hadis tentang tiga nikmat asas: aman, sihat, dan cukup makan:
مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ، آمِنًا فِي سِرْبِهِ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا
Maksudnya: “Siapa di antara kalian yang ketika pagi tubuhnya sihat, dirinya aman, dan memiliki makanan pokok hari itu, maka seakan-akan dunia telah dikumpulkan untuknya.”
- Org² quraisy diberikan banyak nikmat seperti yg dinyatakan dlm Al-Quran. Di akhir ayat, Allah perintahkan org² quraisy taat kpd Allah, tetapi inilah perkara yg sangat berat bagi mereka (untuk patuh & melaksanakannya).
- Hadis tentang 12 khalifah/pemimpin dari Quraisy:
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَا يَزَالُ هَذَا الْأَمْرُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً. قَالَ: ثُمَّ تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ لَمْ أَفْهَمْهَا، فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ قَالَ: كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ.
Maksudnya: “Daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: ‘Perkara ini akan tetap mulia sehingga ada dua belas khalifah.’ Beliau kemudian menyebut sesuatu yang aku tidak faham. Aku bertanya kepada ayahku: ‘Apa yang baginda katakan?’ Ayahku menjawab: ‘Semuanya dari Quraisy.’”
- Istimewanya org² quraisy kerana banyak kurniaan yang Allah berikan kpd mereka (namun ramai dikalangan mereka yang ingkar perintah Allah). Juga mendapat nikmat hasil dari doa Nabi Ibrahim, iaitulah telaga zam-zam.
Doa Nabi Ibrahim as dalam surah Ibrahim, yang menjadi sebab Allah mengurniakan rezeki dan keamanan di Makkah, termasuk nikmat air Zam zam bagi keturunan Ismail dan penduduk Quraisy. Surah Ibrahim ayat 14:37 (klik sini)
{ رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ }
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
- Bumi Mekah kering, Allah kurniakan telaga Zam-zam, namun makanan sukar bagi mereka (penduduk Mekah) kerana bukan tanah pertanian. Namun Allah berikan keistimewaan kpd org² quraisy Mekah dgn kelebihan dan kemahiran berdagang utk memudahkan mereka mendapatkan makanan. Surah Quraish ayat 106:1 (klik sini)
{ لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ }
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
Surah Quraish ayat 106:2 (klik sini)
{ إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ }
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
Di negeri Syam, terdapat barang-barang dagangan dari Empayar Rom yang kemudian dibawa ke Makkah. Para pedagang Quraisy di Makkah pula menikmati kekayaan yang melimpah ruah. Allah menegaskan bahawa nikmat yang diberikan kepada kaum Quraisy ialah keamanan dan kemewahan, lalu mereka diperintahkan untuk taat kepada-Nya sebagai Pemilik Kaabah.
- Allah uji org² Quraisy melalui peperangan, apbl Abrahah datang hendak musnahkan Kaabah. Abrahah adalah wakil kerajaan Rom (kerajaan kristian).
Strategi Abrahah
Pada awal serangan, Abrahah tidak langsung mengajak perang terbuka dengan Quraisy; beliau menghantar utusan untuk menyampaikan bahawa tujuannya hanya hendak menghancurkan Kaabah, bukan memerangi penduduk Mekah. Strategi ini menunjukkan dia mahu menampakkan serangan itu sebagai misi politik dan simbolik, bukan perang kabilah biasa. Namun apabila tujuan itu gagal dicapai, barulah dia meneruskan gerakan tenteranya ke arah Kaabah.
Kebijaksanaan Abdul Mutalib
Abdul Mutalib datang seorang diri menemui Abrahah, walaupun beliau adalah pemimpin Quraisy, dan yang pertama dituntutnya ialah pengembalian unta-untanya yang dirampas. Ketika Abrahah hairan kerana beliau hanya memikirkan unta, Abdul Muthalib memberi jawapan yang sangat dalam: unta itu miliknya, sedangkan Kaabah ada Pemiliknya sendiri yang akan melindunginya. Ini menunjukkan kebijaksanaan Abdul Mutalib dalam urusan rundingan: fokus pada hak yang pasti miliknya, tidak emosional, dan tetap menyerahkan urusan Kaabah kepada Allah.
Dlm konteks ini kita boleh faham kedudukan Abdul Mutablib (datuk Nabi SAW) sebagai seorg yg berjaya dlm petenakan unta (saudagar unta) dan juga seorg pembesar Mekah (mewakili kaum Quraisy). Unta2 di Mekah ketika itu dimilik oleh Abdul Mutalib, membayangkan kekayaan keluarga datuk Nabi dan penghormatan penduduk Mekah kpd keluarga Hasyim (moyang Nabi SAW).
Hasil Rundingan
Abrahah akhirnya mengembalikan unta-unta itu, tetapi tetap enggan membatalkan rancangan untuk merobohkan Kaabah. Abdul Mutalib kemudian mengajak penduduk Mekah berlindung ke tempat tinggi (bukit-bukit), kerana beliau sedar mereka tidak mampu menahan pasukan gajah Abrahah secara ketenteraan. Selepas itu, beliau bertawakkal kepada Allah, dan peristiwa ini berakhir dengan kehancuran pasukan Abrahah sebagaimana diceritakan dalam Surah Al-Fil .
- Andalus adalah sebuah negara Islam selama 8 kurun, kini berpecah kpd 3 negara ie
- Sepanyol,
- Portugal dan
- Perancis (sebahagian).
Asal nama Andalus adalah Vandal, yg merujuk kpd satu kaum yg suka melakukan vandalisme. Perkataan vandalisme (yg digunakan hari ini) merujuk kpd sifat kaum Vandal.
Pengajaran:
- Allah telah memelihara kita dengan nikmat yang sering tidak disedari: keamanan, rezeki (makanan), dan kesihatan. Nikmat‑nikmat ini adalah bukti kekuasaan dan rahmat Allah, lalu menjadi seruan agar kita membalasnya dengan ketaatan kepada-Nya, dan beramal dgn ilmu.
No comments:
Post a Comment