Showing posts with label Sihir & Jin. Show all posts
Showing posts with label Sihir & Jin. Show all posts

Sunday, September 18, 2022

Rukyah Melawan Sihir dan Jin

Ayat-ayat rukyah untuk melawan sihir dan jin

us Sheik Abdul Rauf bin Halima

Tanda-tanda gangguan jin dan/atau terkena sihir dlm diri seseorang:
  1. halangan berterusan dlm kehidupan
    • spt sukar sangat utk mendapat pekerjaaan
    • spt tidak mendapat zuriat 
  2. kesakitan yg ganjil, yg tidak dapat diubati oleh perubatan moden
    • spt penyakit yg ditanggung dlm tempoh masa yg lama (mungkin bertahun) 
    • spt penyakit pd kulit cth alzema, psoriasis 
  3. tekanan perasaan, ketakutan yg tidak menentu
    • spt rasa tertekan/stress yg amat sakit/berat
    • spt perasaan benci kpd pasangan hidup
    • spt takut utk bersama pasangan hidup 
  4. mimpi buruk
    • spt mimpi mati/dikebumikan (simbolik kpd sihir yg ditanam)
    • spt mimpi air/lemas dlm air (simbolik kpd sihir yg direndam dlm bekas berisi air)
    • spt mimpi sesat, memanjat gunung yg tinggi, atau tarapung-apung di awan (simbolik kpd sihir yg digantung, atau diletakkan di tempat tinggi/gunung)

Cara menyediakan air utk melawan sihir/jin dlm diri seseorg:

#1 Sediakan 20 liter air putih (air minuman yg telah dimasak) 
  • contoh: 4 botol air minuman dlm bekas 5 liter,  10 botol air minuman dlm tupperware 2.0 liter.
  • Bukakan penutup botol utk dibacakan ayat² rukyah. 
#2 Bacakan setiap satu ayat² berikut sebyk 11 kali:

1) Surah Fatihah Ayat 1:1-7 [11x]

2) Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 2:255) [11x] (klik sini utk paparan ayat) 
{ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ }

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

3) Ayat 3 kul:

4) Ayat yg diajarkan oleh Allah kpd Nabi Musa utk melawan sihir
4.1) Surah Al-Araf ayat 7:117 hingga 122 [11x]

Ayat 7:117 (klik sini
{ ۞وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَلۡقِ عَصَاكَۖ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ }

Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

Ayat 7:118 (klik sini
{ فَوَقَعَ ٱلۡحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

Ayat 7:119 (klik sini
{ فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَٱنقَلَبُواْ صَٰغِرِينَ }

Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.

Ayat 7:120 (klik sini) 
{ وَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ }

Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

Ayat 7:121 (klik sini
{ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

Ayat 7:122 (klik sini
{ رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ }

"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".


4.2) Surah Yunus ayat 10:81-82 [11x]
Ayat 10:81 (klik sini
{ فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُۥٓ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Ayat 10:82 (klik sini
{ وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ }

"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".


4.3) Surah Toha ayat 20:68-70 [11x]
Ayat 20:68 (klik sini
{ قُلۡنَا لَا تَخَفۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡأَعۡلَىٰ }

Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.

Ayat 20:69 (klik sini
{ وَأَلۡقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلۡقَفۡ مَا صَنَعُوٓاْۖ إِنَّمَا صَنَعُواْ كَيۡدُ سَٰحِرٖۖ وَلَا يُفۡلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيۡثُ أَتَىٰ }

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Ayat 20:70 (klik sini
{ فَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سُجَّدٗا قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ هَٰرُونَ وَمُوسَىٰ }

(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".


#3 Gunakan air tersebut utk 12 hari, utk:
(a) Minum
(b) gunakan utk mandi (bilasan mandi)
(c) renjiskan pd (dinding) rumah/bilik.


Minyak zaitun sebagai alternatif kpd bahan air
- Boleh juga gunakan minyak zaitun utk mengurut badan. - - Menggunakan kaedah yg sama, bacakan 11x ayat² rukyah di atas kpd minyak zaitun, dan sapukan/urutkan pd badan.
  • utk mengeluarkan sihir dlm perut, minum air/minyak zaitun yg telah dibacakan ayat² rukyah tsbt.




Sunday, March 16, 2014

Hukum Mendapatkan Khidmat Jin

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib 15-Mac-2014

Perkara2 luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia. 

Ada benerapa jenis perkara luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia:

1. Mukjizat ie perkara2 ganjil yg dianugerahkan kpd para nabi dan rasul dgn izin Allah.

2. Irhas ie perkara luar biasa yg berlaku kpd bakal2 nabi dgn izin Allah.
Eg, awan memayungi perjalanan Rasulullah sebelum dr kenabian baginda.

3. Karomah ie perkara luar biasa yg berlaku kpd org2 yg soleh. Karomah tidak boleh dipelajari atau diwarisi.
Eg,
  1. Mariam dpt menghidangkan buah2an musim sejuk kpd nabi Zakaria,

  2. Mariam menepuk batang kurma dan gugur buah2 kurma yg masih segar dr pohon kurma tsbt.

  3. Saidina Umar ketika berkhutmah menjerit "di sebalik bukit, di sebalik bukit" menyebabkan askar2 yg berkawal segera mengawal musuh yg dtg dr atas bukit.

  4. Dlm perang Mesir-Israel sekitar thn 1960-an: tentera Mesir tidak berjaya menewaskan/melepasi suatu kubu tentera Israel di Barlif. Namun, seorg tentera Mesir bermimpi utk menewaskan tentera Israel yg berkubu di kubu Barlif, dgn menggunakan air. Akhirnya kubu tersebut tewas di tangan tentera Mesir.

4. Sihir: ilmu sihir itu mulanya diturunkan di negeri Babil, melalui 2 malaikat (nama mereka Harut dan Marut) di utuskan oleh Allah utk mengajarkan kpd manusia dan dinyatakan bhw manusia bhw ilmu tersbt adalah sebagai ujian kpd manusia.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:102 (klik sini utk paparan ayat)


وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

 

Di zaman nabi Sulaiman, baginda mengumpulkan semua ilmu sihir dan menyimpannya dlm perbendaharaannya. Namun ketika hendak wafat, iblis berjaya mencuri ilmu sihir tersbt dan menyebarkannya kpd manusia setelah dipesongkan ilmu sihir tersbt.

Hukum terhadap pengamal sihir

Hukum terhadap pengamal sihir hampir kpd:

(1) Haram, bilamana manusia menjadikan dirinya hamba kpd jin.
  • Jin tidak minta wang, sebaliknya benda2 yg remeh, contohnya sebiji telur. Telur itu adalah simbolik perhambaan. Jika tidak dpt telur makan jin akan mengganggu keluarga tersbt.

  • Jin apbl ia membantu ia meminta balasan, spt ayam panggang. Jin tidak makan daging ayam tersbt, sebaliknya tulang.

  • Jin boleh mengetahui perkara sekarang dan yg telah berlaku. Namun dia tidak mengetahui perkara yg belum berlaku.

  • Pacaindera jin- melihat manusia spt globe, sbb itu mudah shj utk dia memberitahu kedudukan barang yg hilang.

  • Tabiat jin: suka melihat manusia bergaduh. Boleh jadi dia bercakap jujur atau sebaliknya. Oleh itu, org yg bertemu bomoh meminta tolong jin utk mengetahui siapa yg membuat sesuatu perkara, jin boleh menyatakan sesiapa shj yg dia mahu manusia itu bergaduh. Oleh itu jangan mempercayai kata-kata bomoh.

(2) Harus, bila manusia mengusai jin dan mengkhadamkan jin.
  • Jin berasa terseksa dan merasa takut kpd nabi Sulaiman, hinggalah sekian lama selepas kewafatan nabi Sulaiman. Jin hanya tahu kewafatan nabi Sulaiman apbl tongkat yg dipegang oleh nabi Sulaiman telah habis dimakan oleh anai2, ketika itu barulah jasad nabi Sulaiman itu tergerak (mungkin tumbang) sebagai tanda baginda sudah wafat. Kejadian ini menunjukkan bahawa jin tidak mengetahui semua perkara lebih-lebih lagi perkara yg dikuasai Allah spt roh dan kematian.

- Manusia perlu mengambil asbab musabab.

- Zikir maksurat qubra ada byk doa2 melawan sihir jin.