Showing posts with label Wasiat dan Hibah. Show all posts
Showing posts with label Wasiat dan Hibah. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Wasiat dan Hibah

- Us Ghazali Wasiat Ahad 1Apr 2012


-wasiat=

1. Wasi ie pemegang amanah. Majlis Fatwa 1973 tlh bersetuju bhw wasi hanya bertindak sebagai pemegang amanah harta yg ditinggalkan oleh si mati. Wasi tidak boleh menerima semua bhgn, dia hanya mendpt bhgnnya selebihnya akan dibahagikan mengikut kiraan faraid.

-utk aset < 2 juta tidak perlukan peguam, hanya perlu berurusan dgn pejabat tanah daerah.

-hukum melantik pentadbir (atau wasi) adalah harus. Hukumnya menjadi sunat. Hukumnya menjadi wajid demi tanggungjawab/kebajikan terhadap anak2, juga utk melunaskan hutang2.

-memadai melantik isteri sebagai wasi, tidak perlu melantik sykt2 besar utk "surat takbir pusaka".


2.pesan ie berpesan perkara yg baik2. Cth pesan kpd anak2 supaya berkelakuan baik dan bertakwa.

-anak/waris hanya boleh lakukan pesan/wasiat si mati selagi tidak bertentangan dgn agama.


3. Jariah ie niat utk beramal jariah pd jalan Allah. Kadar sumbangan utk amal jariah adalah maksimum 1/3 dr jumlah harta pusaka.

-siapa yg boleh terima? Ie masjid/surau, fisabilillah, asrama/sekolah anak yatim, anak angkat, anak tiri, ibu bapa angkat.


Hibah:

- Hibah adalah pembahagian harta yg perlu dipersetujui oleh semua ahli waris.

- Pemberian harta spesifik kpd individu/waris.

- Namun jika ada salah seorg ahli waris yg tidak setuju dgn hibah tersbt, maka semua harta akan diagih secara faraid.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 11, 2012

Wasiat

-Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Rabu 11-Jan-2012

Al-Wasiah (wasiat)

- Maksud "wasiat" dari sudut bahasa bermakna sampaikan.

- dr sudut syariat adalah suatu pemberian yg dilakukan selepas kematian. Sedikit berbeza dgn sedekah atau hadiah adalah dilakukan sewaktu individu muslim intu masih hidup.


- Dalil: Al-Baqarah Ayat 2:180

A180


"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah 2:180)


- Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Ijmak: sepakat mengakui wasiat itu disyariatkan dlm Islam.

- dr sudut afdalnya, yg lebih antara wasiat dgn sedekah, sedekah adalah lebih afdal. Kerana sedekah diberi sewaktu hidup, lebih besar pahala/ganjarannya. Jika kita memberi sesuatu dlm keadaan masih memerlukan maka itu adalah lebih afdal. Hal ini disandarkan kpd dalil dr surah Al-Munafikun Ayat 63:10.

A010


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)

- dlm kitab Imam Bukhari, dr Abu Hurairah, dtg seorg lelaki kpd Rasulullah bertanya sedekah yg paling tinggi di siai Allah. Baginda menjawab, iaitulah sedekah dlm keadaan kamu kedekut, kamu takut fakir berlaku ke atas diri kamu, dan kamu pula dlm masa yg sama bercita2 mengumpul harta.

-Hikmah

1) pd logik akal tiada pahala utk wasiat, kerana individu tsbt tlh meninggal dunia dan ia tiada kuasa di atas pemberian tsbt.

2) wasiat pd kebiasaannya diberi kpd kaum keluarga terdkt, kpd mereka yg tiada hak mendpt harta pusaka. Anak tidak wajib dpt wasiat, kerana dia tlh mendpt bahagiannya dr pembahagian harta pusaka.

3) wasiat kpd masyarakat, membolehkan masyarakat saling membantu.

Hukum wasiat

1) pd awal kedatangan Islam, wasiat adalah wajib kpd kedua ibu-bapa dan kaum kerabat terdekat. Namun apbl turunnya ayat2 pusaka, maka hukum ini dinasahkan oleh Allah (bukannya ayat yg dinasahkan, hanya hukum).

2) hukum wasiat menjadi wajib, sekiranya dia masih berhutang dgn Allah spt zakat, dan menunaikan haji dan hutang dgn manusia.

3) hukumnya menjadi haram jika diwasiatkan utk perkara2 haram. Warisnya tidak perlu melaksanakan wasiat tsbt, cth wasiat dgn tujuan utk memudaratkan kpd mereka2 yg mendpt harta pusakanya. Wasiat mesti tidak memudaratkan org yg sepatutnya berhak menerima harta peninggalannya.

4) hukumnya harus, jika wasiat kpd sahabat atau sesiapa yg dia suka sekiranya dia berniat utk kebaikan.

5) hukumnya makruh, sekiranya hartanya tidak berapa byk utk ditinggalkan kpd warisnya.

Rukun dlm wasiat

1. Ada org yg mewasiatkan hartanya. Syaratnya:

1.1 berakal.

1.2 balikh

1.3 pilihan sendiri, bukanya atas paksaan

1.4 tidak disyaratkan Islam (pemberian dr org bukan islam adalah dibenarkan)


2. Org yg diberikan wasiat. Syaratnya:

2.1 org yg mempunyai kuasa ke atas pemberi wasiat ie org yg masih hidup.

2.2 org yg tidak melakukan/menjahui maksiat.

2.3 mesti berugama Islam

2.4 jelas

2.5 mesti dia ada semasa wasiat itu ditulis.

Sambung 2 minggu lg.

Published with Blogger-droid v2.0.2