Showing posts with label Hal-hal dalam solat. Show all posts
Showing posts with label Hal-hal dalam solat. Show all posts

Tuesday, September 8, 2020

Sutrah, Tanda Sekatan Semasa Bersolat

- us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 8-Sep-2020

Sutrah


1. Definasi Sutrah

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. 

Daripada Ibn Umar ra, Rasulullah saw bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ

Maksudnya: Rasulullah saw apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” (Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)).


2. Apa Hukumnya?

Daripada Abu Al-Juhaim, Abdullah bin Harith, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat, 

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat. (Riwayat al-Bukhari (510).

Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”


3. Apa saiz dan ukuran sutrah? (Jika bukan dinding atau tiang)

Merujuk hadis di atas, tombak pendek (anak panah) digunakan oleh baginda Rasulullah sebagai sutrah, saiznya sebesar ibu jari dan panjangnya (tinggi) kira-kira satu (1) hasta. 

  • Kiraan 1 hasta adalah ukuran ketinggian dari siku ke hujung jari.
  • Sutrah perlu ditegakkan. 
  • Apbl solat bersendirian (seperti solat sunat), boleh dijadikan orang yang berada di saf hadapan sebagai sutrah.  

 

4. Berapa lebar anggaran sutrah?

Sutrah seorang yang sedang bersolat adalah kira-kira tiga (3) hasta (dari kedudukan kaki semasa qiam/berdiri).

 

5. Apa tindakan yang boleh dilakukan oleh orang yang sedang bersolat?

Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri ra, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maksudnya: Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).” (Riwayat Muslim (505))

Maksud diperangi adalah menasihatkan orang yang melintas tadi, dan diberikan nasihat atas perbuatannya tadi (lalu dihadapat orang yg sedang bersolat).

 

5. Apa hukumnya, jika melintas di hadapan orang yang sedang bersolat tanda diletakkan sebarang tanda penghalang (i.e. sutrah)?

(1) Jika dia solat sendirian: 

Sekiranya seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah.

(2) Jika dia bermakmumkan seorang imam:

Sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum. Maksudnya sutrah imam mewakili keseluruhan makmumnya.

Maka jika ada orang yang melintas dihadapan maklum, maka dia tidak bersalah (tidak berdosa), dan makmum tiada hak untuk menghalang dia melintas.

Contoh: Seorang yang dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika solat dan terpaksa melalui di hadapan makmum (yang sedang bersolat) untuk perbaharui wuduknya, maka dia boleh melintas di hadapan makmum tersebut ,dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain.

Begitu juga kes, jika ada makmum masbuk yang ingin memenuhkan saf, dan termaksa melintas di hadapan jemaah yg sedang bersolat.



Soalan:

1. Apa hukumnya jemaah yang hadir untuk solat Jumaat melangkah jemaah di saf hadapan?

(i) Sekiranya khatib sedang membaca khutbah: tidak boleh. Tunggulah hingga khatib selesai berkhutbah, kemudian penuhkan saf untuk solat Jumaat.

(ii) Sekiranya belum masuk waktu, atau ketika menunggu khatib memulakan membaca khutbah, maka ianya dibernarkan. Namun, perlu lakukan dengan berhemah, bukannya menyakiti jemaah (seperti memijak jari kaki/tangan, menekan kepala/bahu).



Saturday, September 5, 2020

Perintah Menunaikat Solat

- us Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 4-Sep-2020


Tanggungjawab seorang muslim untuk bersolat.


1. Perintah supaya mendirikan solat.


Surah Al-Ankabut Ayat 29:45

A045

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

a) Akimi - "dirikanlah". Ini adalah ayat perintah, iaitulah perintah wajib. Wajib ke atas mukallaf i.e. pd 2 keadaan (1) yg berakal dan (2) baligh.

b) Solat tidak boleh digantikan oleh org lain.

c) kefarduan solat itu suatu yg berat. Tidak boleh diringan-ringankan (diambil remeh).


Surah At-Tahrim Ayat 66:6

A006

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


- kefarduan solat melibatkan keluarga. Bapa dan datuk bertanggungjawab utk menyuruh anak dan cucu utk bersolat.

a) bapa dan datuk perlu usaha, utk mengingatkan anak dan cucu utk tunaikan solat.


Surah Lukman Ayat 31:17

A017

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


Solat juga adalah tanggungjawab AJK masjid/surau, persatuan penduduk, mereka yg berkuasa, mereka yg dilantik menjadi ketua.

Surah Al-Haj Ayat 22:41


A041

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.


2. Soalan: Bagaimana status solat Jumaat jemaah yang berada di luar masjid.

Syarat-syarat menjadi maklum solat Jumaat adalah berada di suatu tempat (yang ditetapkan spt masjid/surau).

(a) Makmum perlu berada di belakang dari kedudukan imam (sof paling hadapan adalah yg dibelakang imam).

(b) Makmum yang berada di luar dewan solat utama masjid/surau spt berada di ruang yang tiada air-cond, masih dikira jemaah solat Jumaat.

(c) Makmum yang berada di tingkat atas, ataupun bawah, mestilah berada dibelakang imam, berdasarkan kedudukan di mana imam berada.

(d) Maklum yang berada di luar kawasan masjid/surau, ada dua (2) keadaan:

(d-i) terdapat pintu di pagar atau tembok yang biasanya boleh dilalui oleh jemaah/pengunjung, maka jemaah yang berada di sebalik pagar/tembok adalah masih dikira sebagai jemaah solat, sah solat Jumaat mereka.

(d-ii) tiada sebarang pintu pada pagar/tembok masjid/surau, maka jemaah tersebut tidak dikira termasuk dalam jemaah solat Jumaat. Solat Jumaat mereka tidak sah, dan mereka perlu bersolat Zohor.   






Friday, July 17, 2020

Hal-hal dalam solat

- us Syukri kuliah Maghrib Jumaat 17-Jul-2020.

- Imam disunatkan membaca setiap tasbih dlm solat. Sunat ab'ad, sunat haiah. 

- Sunat ab'ad spt:
a) sujud antara 2 sujud
b) qunut

- Sunat haiah spt:
a) tasbih dlm rukuk
b) tasbih dlm sujud
c) takbir pindah rukun
do) doa iftitah
e) baca a'uzubillah sebelum baca basmallah sebelum fatihah.


-jika imam sujud sahwi tetapi makmum tidak turut sujud sahwi, maka tidak sah solat makmum yang.

- jika imam tertinggal tahiyat awal, atau tertinggal baca qunut, atau terlebih rakaat, dan tidak melakukan sujud sahwi, maka makmum boleh sujud sahwi selepas dari imam memberi salam.

- seorg makmum muafik (bukannya masbuk) perlu baca fatihah hingga lengkap, walaupun imam telah berpindah rukun. Makmum tsbt boleh menghabiskan bacaan fatihah dgn tempoh tidak melebihi 3 rukun yg panjang.

- 3 rukun yg panjang dlm solat adalah:
I) rukuk,
ii) sujud yg pertama, dan
iii) sujud yg kedua.

- jika imam telah selesai sujud ke2, makmum masih belum selesai fatihahnya, maka dia terlepas satu rakaat dgn imam.

- sesungguhnya dijadikan imam itu supaya diikuti. Jangan kamu menyanggahi imam. Apbl imam bertakbir maka hendaklah kamu turut bertakbir. Apbl imam rukuk hendaklah kamu turut rukuk. Apbl imam sujud hendaklah kamu turut sujud.

- Jika imam cepat, maka makmum perlu juga cepat.

- Imam solat jenazah.
Seorg imam solat jenazah perlu baca doa yg lengkap, semoga doa dari solat jenazah tersebut diangkat dan makbulkan.

Sekiranya imam solat jenazah membaca doa yg terlalu ringkas/pendek (selepas takbir ke3 kerana tidak hafal doa yg panjang) menyebabkan makmum tidak sempat menghabiskan doa yg biasa dibacakan dlm solat jenazah. Jika imam tidak hafal doa yg panjang, dia dibolehkan mengulang2 doa ke atas jenazah yg dihafalnya, utk memberi ruang kpd makmum menghabiskan doa.

- Apbl solat berseorangan panjangkan bacaan surah dan tasbih. Apbl menjadi imam, pendekkan bacaan surah kerana menjaga makmum.
(a) Makruh jika imam membaca surah/tasbih panjang dan makmum tidak menyukainya.
Jika imam baca terlalu panjang makmum hilang tumpuan hingga timbul rasa tidak suka oleh makmum, maka makruh hukumnya ke atas imam tersebut.

(b) Jika majoriti makmum suka dgn imam tersebut baca surah yg panjang, maka dia dibolehkan.

(c) kata imam Syafie, sekiranya masjid tersebut dilaluan org ramai, seorang imam perlu memendekkan/meringkaskan bacaan surahnya agar tidak mengganggu jemaah yg singgah solat berjemaah.

(d) bagi surau di kawasan rehat hiway, tiada tuntutan berjemaah. Sekiranya berjemaah, seorg imam perlu memendekkan bacaan surahnya utk memberi ruang utk jemaah/pengguna yg lain.