Showing posts with label Constantinople. Show all posts
Showing posts with label Constantinople. Show all posts

Friday, November 6, 2020

Sistem Kenegaraan Islam

-us Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 12-Apr-2015

Sistem Kenegaraan Islam

Konsep negara Islam.
- konsep ketuanan rakyat berasal dr Eropah.
- konsep ketuanan Islam adalah berasaskan Al-Quran dan hadis. Kepimpinan dlm Islam mematuhi 2 konsep:

  1. Ketua pemimpin yg dipilih mestilah seorg yg cukup syarat spt menunaikan solat.
  2. Pemimpin mestilah memenuhi syarat.


Sejarah Uthmaniah

  • Kejatuhan kerajaan Uthmaniah adalah disbbkan sistem pemilihan wakil-wakil rakyat, yg dibawa masuk oleh org Eropah yg dibawa /disokong pula oleh org Turkey muda. Konsep ini juga yg kini diamalkan di Malaysia kini. Konsep ini bertentangan dgn kuasa dari atas ie khalifah yg bertindak sebagai pemimpin.
  • Kekeliruan dlm kuasa memilih pemimpin yg bermula dr bawah, yg dipopularkan oleh org Eropah yg bukan Islam, menjadikan pemilihan pemimpin adalah berdasarkan kpd populariti (yg diyakini boleh menang dlm pemilihan pemimpin). Ini menjadikan 4 khalifah terakhir adalah pemimpin yg tidak cukup syarat.

Sistem pemerintahan kenegaraan Islam adalah sehingga Saidina Hassan bin Ali. Seterusnya adalah dikira zaman beraja.

Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan melantik anaknya Yazid menjadi khalifah selepasnya mewarisi kerajaan Islam Bani Umaiyah. 


Sistem khalifah di zaman Bani Umaiyah memulakan zaman Islam beraja.

  • Adanya bangunan khusus spt istana
  • Adanya tentera peribadi/pengawal raja. Sistem Bani Muawiyah mempelajari dr kelemahan di zaman Saidina Umar adalah kerana kelonggaran keselamatan, menyebabkan Luk - Luk ketika solat subuh melibas 13 org dan 7 org meninggal, sehingga akhir nya berjaya menikam Saidina Umar yg mengimami solat. 

-  Luk-luk (golongan Farsi)  berjaya bergaul rapat dgn Khalifah, hingga di hujung hayat Saidina Umar, beliau dibunuh oleh org berada rapat dikalangan khalifah.

  • Org Farsi yg ditewaskan oleh Saidina Abu Bakar sewaktu perang menghapuskan murtad.
  • Ketika zaman Saidina Abu Bakar, org Farsi tidak dibenarkan memasuki Mekah.
  • Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar, org Farsi memujuk Saidina Umar supaya diberikan kebenaran untuk memasuki Mekah.  

- Kerajaan Rom hilang banyak jajahannya apbl kalah dalam peperangan di tangan khalifah Islamiah. Maka zaman selepas khalifah adalah zaman kejatuhan Rom, dan kerajaan Islam menggantikannya.

Abu Sufyan bin Harb memeluk Islam pada tahun ke8 Hijrah. Dia berpesan kpd anak2nya utk mentaati Islam kerana mereka lewat memeluk Islam. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar memilih atau mengekalkan gabenor2 dr keluarga Abu Sufyan yg juga Bani Umaiyah.

Muawiyah bin Abu Sufyan seorg yg berfikiran jauh ke hadapan, dia cadangkan kpd Saidina Umar utk membina kapal utk menyebarkan Islam di Constanipole. Ketika itu tentera Islam tidak pernah berperang di laut. Mereka amat mahir berperang di darat.

Muawiyah bin Abu Sufyan adalah pemimpin pertama yg belayar dan berjaya membuka Cyprus.

Muawiyah seorg yg dikurniakan kelebihan dlm menyusun strategi perang.

Ketua perang membuka kota Constantinople bermula dr anak Muawiyah bin Abu Sufyan, ie Yazid bin Muawiyah. Setelah berlaku beberapa siri peperangan, tentera Islam tewas. Hinggalah pemimpin armada yg baru di bawah Muhammad Al-Fateh, Constantinople berjaya ditakluk tentera Islam.

Dakwaan Muawiyah bergaduh dgn Saidina Ali kerana merebut jawatan khalifah, adalah tidak benar.

  • Saidina Ali tidak mahu melakukan qisas ke atas 2,000 org yg dituduh membunuh Saidina Umar. Saidina Ali menangguhkan hukum qisas sehingga keadaan tenteram, kerana ketika itu masih banyak golongan dan kumpulan yg berpecah. Perpecahan adalah kumpulan yg ditewaskan oleh Saidina Abu Bakar akibat dr isu murtad selepas kewafatan Rasulullah.

Org yg tak boleh jadi pemimpin:

  1. Kelompok yg kuat, pandai, bijak namun zalim.
  2. Kelompok yg cukup syarat (menjaga ibadah  terhadap Allah),  namun lemah, lembik.

Sistem beraja juga adalah sistem pemerintahan Islam. Cuma, bila sistem beraja, pemimpin di pilih oleh org yg alim.

Org Syam adalah yg menaikkan Bani Umaiyah, dan mereka juga yg menjatuhkan Bani Umaiyah.

  • 4 khalifah terakhir khalifah Islam adalah dilantik menerusi revolusi.Negara Barat tidak pernah berpecah kuasa dr segi ideologi. USA ada 2 parti, namun mereka tidak berbeza ideologi. 
  • USA menjual demokrasi dgn mempopularkan banyak parti dgn pelbagai ideologi. 
  • Malaysia menjadi lemah, begitu juga negara-negara Islam lain, lemah kerana menyetujui saranan barat supaya diamalkan sistem pelbagai parti. 
  • Kesan dr sistem ini adalah negara yg lemah kerana tiada pemimpin yg mempunyai kuasa yg solid, yg cukup syarat (menjadi khalifah negara-negara Islam).

Di negara Arab kini, mereka mempromosikan dawlah Madaniah, bukannya negara Islam. Ini berpunca kerana ketidak fahaman tentang model negara Islam.


Monday, July 13, 2020

Abu Sufyan bin Harb

-kuliah Maghrib Ahad 12-Jul-2020

Abu Sufyan bin Harb (bukan Abu Sufyan bin Harith, ie sepupu Rasulullah)
  • Keturunan: Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah bin Abdul Shams bin Abdul Manaf
  • Anak: Muawiyah bin Abu Sufyan (Muawiyah I)
  • Cucu: Yazid bin Muawiyah (Yazid I)
  • Cicit: Muawiyah bin Yazid (Muawiyah II)
  • Perkerjaan: Saudagar Quraisy.

Abu Sufyan bin Harb masuk Islam pd thn ke-8, kira-kira  2 thn terakhir sebelum Rasulullah wafat.

Sebelum dari keislamannya, dia memusuhi Rasulullah. Nama-nama pembesar yg menentang Rasulullah kebanyakannya mati dlm Perang Badar. Kematian Abu Jahal mendjadikan Abu Sufyan dilaktik menjadi pemimpin Quraisy, kemudiannya memimpin peperangan menentang Rasullah (selepas dari Perang Badar) ie:
(i) Perang Uhud, 625M
(ii) Perang Khandak, 627M

  • 10 nama yg Rasulullah mohon kpd Allah supaya dihapuskan, dan semuanya mati dlm Perang Badar (ie pemimpin Darul Nadwah). Kematian mereka dlm keadaan yg cukup hina, mayat mereka  dicampakkan oleh Rasulullah ke dlm satu lubang.  Abu Lahab cedera teruk dlm Perang Badar tsbt, dan mati kira-kira 3 hari selepas Parang Badar. Abu Lahab mendengar berita kematian pemimpin-pemimpin Quraisy dan juga cara mana mayat mereka dihina dan dicampak dlm satu lubang.
  • Darul Nadwah adalah Parlimen Quraisy, yg berikrar menentang Rasulullah, bagi menghapuskan dakwah di Mekah, dan utk menghentikan terus Islam dari merebak ke lain-lain tempat.

Nama Abu Sufyan tidak termasuk dlm senarai 10 org yg didoakan Rasulullah agar dihapuskan oleh Allah, kerana kejahatan dan kezaliman mereka menentang dakwah Rasullah.

Abu Sufyan seorg yg cerdik, selepas dari Perang Badar, org Quraisy tidak berani memerangi Rasulullah. Kaum Yahudi datang beri sokongan kpd Abu Sufyan dan juga sokongan kpd kaum Quraisy utk menentang Rasulullah. Namun mereka tewas dlm Perang Uhud, juga tewas dlm Perang Khandak.

Berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan juga pencabulan perjanjian Hudaibiyah. Pencabulan perjanjian Hudaibiyah berpunca dari sekutu Quraisy menyerang satu suku dari org Islam. Dgn itu Rasulullah berhak menyerang Mekah. Abu Sufyan kemudiannya ke Madinah utk mengelakkan berperang/serangan Rasulullah dan tentera Islam.

Dia pergi ke Madinah dan berjumpa Rasulullah, namun kedatangannya seolah-lah ingin minta maaf, bukannya ingin memeluk Islam. Namun Rasulullah tidak memberi/menerima permohonan maafnya. Abu Sufyan kemudiannya bertemu Abu Bakar utk minta memujuk Rasulullah. Abu Bakar juga tidak memberikan sokongan. Dia kemudiannya berjumpa dgn saidina Umar, Umar juga tidak menyokong Abu Sufyan.

Sahabat-sahabat Nabi yg lain beri nasihat kpd Abu Sufyan supaya pulang ke Mekah. Selepas itu Abu Sufyan terfikir akan kehancuran Mekah akibat dari serangan tentera pimpinan Rasulullah, kerana pd ketika itu kekuatan tentera Islam semakin kuat dan ramai.
  • Saidina Hamzah dibunuh oleh Wahsyi dlm peperangan Uhud. Wahsyi mendapat hidayah dan kemudiannya memeluk Islam. Rasulullah berpesan kpd Wahsyi supaya tidak menunjukkan mukanya kerana tidak boleh menerima kekejaman yg pernah dilakukan oleh Wahsyi terhadap bapa saudara baginda yg amat disayangi.

Keadaan yg sama berlaku kpd Abu Sufyan. Rasulullah berpaling muka apbl Abu Sufyan memandang wajah baginda.

Abu Sufyan meminta nasihat dari Abu Bakar, namun Abu Bakar tidak dpt beri nasihat. Abu Sufyan yg kecewa kerana tidak diterima oleh Rasulullah, bercadang membawa diri bersama anaknya ke padang pasir, dan ingin mati disana. Berita ini didengari oleh Rasulullah, selepas itu Rasulullah berlembut hati dan menerima Abu Sufyan memeluk Islam. 


Anak Abdul Manaf
Abdul Manaf ada 3 org anak:
(i) Abdul Syam
(ii) Mutalib, dan
(iii) Hashim

Bani Mutalib dan Bani Hashimlah yg melindungi Rasullah. Ramai ahli keluarga Bani Mutalib dan Bani Hashim memeluk Islam di awal-awal dakwah Rasulullah. Namun ahli keluarga Abdul Syam tidak menerima Islam dan Rasulullah. Ahli keluarga Bani Abdul Syam hanya memeluk Islam lewat.
  • Selepas memeluk Islam, Abu Sufyan tidak berani memandang wajah Rasulullah, kerana malunya kpd Rasulullah, terhadap kejahatan dan permusuhannya kpd Rasulullah sebelum dari keIslamannya. Keadaan itu berterusan hinggalah kewafatan Rasulullah. Diriwayatkan Abu Sufyan adalah org pertama di masjid sebelum masuk waktu, dan adalah org terakhir meninggalkan masjid.

Perang Yarmuk
Selepas saidina Abu Bakar menjadi khalifah, baginda melantik Abu Sufyan menjadi gabenor di Najran. Dlm peperangan Yarmuk (di Yarmuk, pd thn 636M) Abu Sufyan menyertai peperangan tbst yg diketuai oleh anaknya ie Yazid bin Abu Sufyan. Dlm peperangan ini Abu Sufyan cedera teruk, matanya buta.

Carian Internet:
  • Dalam Perang Yarmuk yang berlaku pada tahun 636M, Abu Sufyan bin Harb bertempur bersama tentera Islam melawan Empayar Byzantine (Rom Timur). Dalam pertempuran ini, beliau mengalami luka serius sampai kehilangan kedua-dua matanya, sebuah kejadian yang membuat hari itu dikenali sebagai "Hari Kehilangan Mata" di kalangan tentera Islam. Meskipun mengalami kecederaan, beliau tetap menunjukkan keberanian dan kesetiaan sebagai anggota tentera Islam.

  • Perang Yarmuk itu sendiri merupakan pertempuran besar yang menandakan kemenangan penting tentera Islam dan memperluas pengaruh mereka ke wilayah Syria dari Empayar Byzantine. Panglima utama tentera Islam adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah, tetapi kepemimpinan taktik dan strategi dalam pertempuran itu dikendalikan oleh Khalid bin al-Walid. Abu Sufyan termasuk di antara para pahlawan yang memperkuat pasukan Islam dalam perang tersebut.

  • Abu Sufyan meninggal dunia sekitar tahun 650M pada usia 90 tahun di Madinah setelah menyumbang banyak dalam sejarah awal Islam dan masa khalifah pertama dan kedua.

Pembunuhan saidina Uthman
Gerakan pemberontakan selama 6 thn, hinggalah kpd peristiwa pembunuhan saidina Uthman (pd thn 656M). Abdullah bin Saba' mengetuai pemberontakan utk menjatuhkan Saidina Uthman, namun dia tidak berjaya mempengaruhi Bani Umayyah yg diketuai oleh anak Abu Sufyan ie Muawiyah bin Abu Sufyan.


Armada Laut
Bani Umayyah adalah yg bertanggungjawab membina armada laut Islam.

Pada zaman saidina Umar, Abu Sufyan mengusulkan kpd saidina Umar utk menubuhkan armada laut tentera Islam. Namun saidina Umar yg ketika itu sudah berumur, lebih mementingkan kesejahteraan umat Islam, dan mengelak dari kematian umat Islam dlm peperangan (armada laut).

Selepas kewafatan saidina Umar, Abu Sufyan usulkan pula kpd saidina Uthman, cadangannya diterima.

Kejayaan pertama armada laut tentera Islam adalah pembukaan Pulau Cyprus (pd thn 654M). Ianya dibuka dlm zaman Saidina Uthman selepas armada laut Islam yg dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.

Selepas kewafatan Saidina Uthman, jawatan khalifah dipegang oleh Saidina Ali. Selepas itu kpd anaknya ie Saidina Hassan. Namun Saidina Hassan hanya memegang jawatan khalifah selama 6 bln sahaja. Selepas bermuzakarah, jawatan khalifah diserahkan kpd Muawiyah bin Abu Sufyan.

Selepas mendapat berita pembunuhan saidina Uthman, Muawiyyah kembali ke Syria. Selepas pembunuhan saidina Ali (pd thn 661M), Muawiyah dilantik menjadi khalifah.


Pembukaan Constantinople
Muawiyah melancarkan perang terhadap Rom selepas dilantik menjadi khalifah. Angkatan pertama armada laut menyerang Constantinople diketuai oleh anak Muawiyah sendiri ie Yazid bin Muawiyah.

Bani Umayyah berjaya menawan Constantinople selepas cubaan kali ke-8 (dlm tempoh 20 thn). Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Muhammad Al-Fateh (pd usia 21 thn).


Kerajaan Bani Umayyah
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh anak Abu Sufyan ie Muawiyah bin Abu Sufyan. Bani Umayyah memimpin kerajaan Islam dari thn 661M hingga 750M (selama 8 kurun), dan memusatkan pemerintahan di Andalus (Sepanyol). Andalus yg keluasannya 660 ribu km persegi meliputi:
(i) Sepanyol,
(ii) Portugal, dan
(iii) Perancis (sebahagian).


Monday, June 9, 2014

Pembukaan kota Constantinople 29-May-1453

-us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib 8-Jun-2014

-Pembukaan Kota Constantinople pd 29-Mei-1453

  • Bani Umaiyyah, Abbassiah dan Uthmaniah, semua tidak berjaya menakluki kota Constantinople . Sehinggalah tentera yg dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople pd 29-5-1453

  • 2 empayar yg besar di zaman Rasulullah adalah Rom dan Farsi. Rom mewarisi zaman Babylon dan bertunjangkan kristian.

    • Tamadun Farsi dijatuhkan semasa zaman Saidina Umar, melalui Perang Qardisiah, akhirnya empayar Farsi jatuh.

    • Tamadun Rom tidak jatuh dgn mudah. Jajahannya sebelah Eropah, Utara Afrika, Mesir, Sudan, Habsyah (Ethopia), Yaman, Al-Quds (bumi Syam meliputi Jordan, Palestine, etc)

-Rom mempunyai 3 kota pemerintahan:
  1. kota Vatican di bhg barat - ianya simbol kota Rom dan kristian
  2. Kota Constantinople di bhg tengah, dan
  3. Kota Baitul Maqdis di bhg Timur.

- Hagia Sophia dibina pd awal tahun ke 500 masihi, awal dr kelahiran Rasulullah (572 masihi). Rasulullah menjanjikan Rom akan jatuh ke tangan Islam. Begitu juga diriwayatkan Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam.

- Selat Bosphorus di Turkey adalah selat pemisah Asia dan Eropah. Kota Constantinople berbentuk tiga segi dan di utaranya adalah terusan Golden Horn.

- Peperangan selama 53 hari hinggalah jatuhnya empayar Rom di Kota Constantinople .

- Sahabat Nabi ie Abu Ayub Al-Ansari meninggal dan dikebumikan di kaki bukit di kota Constantinople .

- Constantinople pertama kali diserang oleh kerajaan Muawiyah, yg diketuai oleh anak Muawiyah ie Yazid bin Muawiyah.
-- Abu Ayub mengikuti rombongan tentera Yazid, namun dia meninggal di penghujung sempadan Asia. Dia berpesan sekiranya dia meninggal maka kebumikanlah jenazahnya di Constantinople .

- Di zaman Muawiyah ada 5 serangan terhadap kota Constantinople , namun semuanya tewas. Disambung pula oleh zaman bani Abbasiah dgn 2 serangan, juga tewas. Di zaman Uthmaniah ada kira-kira 3 kali serangan yg juga tewas. Selepas itu muncul tentera Islam yg berasal dr sebelah Rusia,.yg arif berperang.

-Perang Salib diketuai oleh Salahuddin al-Ayubi yg berasal dr Kurdis, bukan berketurunan Arab.

- Kejatuhan Baghdad pd 1258 masihi ditangan golongan Monggol.

- Org Islam bangkit selepas 2 tahun dan menawan kembali Baghdad dr Monggol. Tentera Islam ketika itudianggotai oleh keturunan bukan arab.

- Sultan Abdul Hamid ke2 adalah khalifah Islam terakhir sebelum kejatuhan zaman khilafiah, yg berasal dr bani Uthmaniyah. Para sultan Uthmaniah memakai serban yg besar, yg sebenarnya adalah kain kafan mereka. 2 khalifah selepas dr Sultan Abdul Hamid ke2 adalah boneka semata2 dan tidak diiktiraf sebagai khalifah Islam.

- Muhammad Al-Fateh menjadi Sultan ketika berusia 19 tahun. Ayahandanya (ie Sultan Muhamad ke2) menanamkan hadis tentang pembukaan kota Constantinople terhadap anaknya, dan beliau mengambil masa 2 thn mengkaji kegagalan tentera Islam dlm menawan kota Constantinople . Beliau juga menghantar tenteranya utk mendptkan sampel pasir, tanah dan tembok batu kota Constantinople . Juga mengarahkan tenteranya utk menebuk terowong menembusi penjara kota Constantinople utk membebaskan saintis Islam.

- pd 20 April 1453 masihi, seramai 150 ribu tentera dgn 72 kapal perang diguna utk menumbangkan kota Constantinople . Kota Constantinople mempunyai 3 lapis tembok, kotanya tinggi, setiap satunya mempunyai rabung yg dalam.

  • Kapal org Islam sukar menembusi kota Constantinople , ada bukit dan tembok batu. Juga rantai besi yg besar menghalang kapal melalui dan memasuki Golden Horn, utk serangan dr utara. Muhammad al-Fateh mengarahkan semua askarnya memintas rantai besi dgn menarik 72 kapalnya melalui jalan darat (alas batang kayu dan kulit haiwan) dlm masa 1 mlm bermula selepas Maghrib. Mereka belayar ke penghujung Golden Horn dan menyerang kota Constantinople menerusi jalan darat.

  • Apbl kota Constantinople jatuh ke tangan Islam, Muhammad Al-Fateh meletakkan tanah Constantinople di dahinya dan beliau sujud. Muhammad Al-Fateh seterusnya memilih sebuah gereja kristian dan menjadikannya masjid -Hagia Sophia). Semasa utk memilih imam kpd Masjid Hagia Sophia, beliau bertanya kpd askarnya sesiapa yg tidak pernah meninggalkan solat, namun semuanya tidak pernah meninggalkan solat, begitu juga soalan utk solat berjemaah. Akhirnya ditanya siapa yg tidak pernah meninggalkan solat malam. Namun tiada askarnya yg melakukan ibadat malam melebihi Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Maka solat pd hari itu diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Menukar gereja kpd sebuah masjid merupakan kekalahan strategi buat Rom.

-Di zaman kamal artartuk (laknaktullah) dia melarang Masjid Hagia Sophia dijadikan sabagai simbol satu ugama sahaja ie Islam. Hal ini dikekalkan hinggalah kini.

- Kesan dr pemerintahan kamal artartuk adalah:
  1. kini hanya ada sekitar 30% wanita islam di Turkey yg memakai tudung menutup aurat.
  2. kanak-kanak perempuan bersekolah dgn memakai skirt
  3. gambar kamal artartuk digantung di sekolah
  4. sebagai ikon dan ideologinya diterapkan dlm sistem pembelajaran Turkey.

- Erdogan berazam utk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid yg diimarahkan seperti di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.