Saturday, August 15, 2026

Adil Dalam Hibah, Kepimpinan, Peperangan dan kepada Haiwan

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 15-Ogo-2026

Berlaku Adil

- Jangan ambil hak orang lain
Hadis:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ إِيَاسِ بْنِ ثَعْلَبَةَ الْحَارِثِيِّ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
«مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ لَهُ النَّارَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ»
فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللهِ؟
قَالَ:
«وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ»

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tha‘labah al-Harithiyy r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda:
Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan baginya syurga.”
Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, walaupun benda itu sedikit?”
Baginda menjawab:
“Walaupun hanya sebatang kayu sugi daripada pokok arak.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 137]

- Berlaku adil dalam pemberian kpd org yg kita pimpin. Berlaku adil dalam bab hibah.
Hadis:
عَنْ عَامِرٍ، سَمِعَ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ ـ رضى الله عنهما ـ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ:
أَعْطَانِي أَبِي عَطِيَّةً، فَقَالَتْ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ: لاَ أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم.
فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: إِنِّي أَعْطَيْتُ ابْنِي مِنْ عَمْرَةَ بِنْتِ رَوَاحَةَ عَطِيَّةً، فَأَمَرَتْنِي أَنْ أُشْهِدَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ.
قَالَ: «أَعْطَيْتَ سَائِرَ وَلَدِكَ مِثْلَ هَذَا؟»
قَالَ: لاَ.
قَالَ: «فَاتَّقُوا اللَّهَ، وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلاَدِكُمْ».
قَالَ: فَرَجَعَ فَرَدَّ عَطِيَّتَهُ.

Daripada ‘Amir, bahawa beliau mendengar al-Nu‘man bin Bashir r.a. berkata ketika berada di atas mimbar:
Bapaku telah memberiku suatu hadiah. Lalu ‘Amrah binti Rawahah berkata: ‘Aku tidak reda sehingga engkau menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai saksi.’ Maka bapaku datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku telah memberikan hadiah kepada anakku ini daripada ‘Amrah binti Rawahah, dan dia menyuruhku menjadikan engkau sebagai saksi, wahai Rasulullah.’
Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Adakah engkau memberikan hadiah yang sama kepada semua anakmu?’
Dia menjawab: ‘Tidak.’
Baginda ﷺ bersabda: ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah antara anak-anak kamu.’
Lalu bapanya pulang dan menarik balik hadiah tersebut.” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari nombor 2587]

- Berlaku adil walaupun kpd haiwan
Hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
«قَرَصَتْ نَمْلَةٌ نَبِيًّا مِنَ الأَنْبِيَاءِ، فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: أَفِي قَرْصَةِ نَمْلَةٍ أَهْلَكْتَ أُمَّةً مِنَ الأُمَمِ تُسَبِّحُ؟»

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda:
Seekor semut telah menggigit seorang nabi daripada nabi-nabi. Lalu nabi itu menyuruh supaya sarang semut tersebut dibakar, maka sarang itu pun dibakar. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya: ‘Disebabkan gigitan seekor semut, adakah kamu memusnahkan satu umat daripada umat-umat yang sentiasa bertasbih?’” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari nombor 3019]

- Berlaku adil walaupun dalam peperangan
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Hadis:
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ:
بَعَثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْحُرَقَةِ مِنْ جُهَيْنَةَ، فَصَبَّحْنَا الْقَوْمَ عَلَى مِيَاهِهِمْ، وَلَحِقْتُ أَنَا وَرَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ رَجُلًا مِنْهُمْ، فَلَمَّا غَشِينَاهُ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، فَكَفَّ عَنْهُ الْأَنْصَارِيُّ، وَطَعَنْتُهُ بِرُمْحِي حَتَّى قَتَلْتُهُ.
فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ، بَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي:
«يَا أُسَامَةُ، أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟»
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّمَا كَانَ مُتَعَوِّذًا.
فَقَالَ:
«أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟»
فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا عَلَيَّ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنِّي لَمْ أَكُنْ أَسْلَمْتُ قَبْلَ ذَلِكَ الْيَوْمِ.

Daripada Usamah bin Zaid r.a., beliau berkata:
Rasulullah saw telah mengutus kami ke suatu kawasan yang didiami oleh kabilah al-Huraqah daripada Juhainah. Kami menyerang mereka pada waktu pagi. Aku dan seorang lelaki daripada golongan Ansar telah mengejar seorang lelaki daripada mereka. Apabila kami telah mendapatkannya, dia berkata: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah.’
Lelaki Ansar itu berhenti daripada menyerangnya, tetapi aku menikamnya dengan tombakku sehingga dia meninggal dunia.
Setelah kami tiba di Madinah, perkara itu disampaikan kepada Nabi saw. Baginda berkata kepadaku:
‘Wahai Usamah, adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucapkan “Tiada Tuhan melainkan Allah”?’
Aku menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia mengucapkannya hanya untuk menyelamatkan diri.’
Baginda mengulangi pertanyaan itu:
‘Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucapkan “Tiada Tuhan melainkan Allah”?’
Baginda terus mengulanginya kepadaku sehingga aku berharap bahawa aku belum memeluk Islam sebelum hari tersebut.” [Hadis riwayat Sahih al-Bukhari, no. 4269, Sahih Muslim, no. 96]

- Ihsan

عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ»

Daripada Abu Ya‘la Syaddad bin Aus r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya Allah telah menetapkan supaya berlaku ihsan dalam segala perkara. Oleh itu, apabila kamu membunuh, maka lakukanlah pembunuhan itu dengan cara yang baik; dan apabila kamu menyembelih, maka lakukanlah penyembelihan itu dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan memberikan keselesaan kepada haiwan sembelihannya.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 1955]

- 3 golongan yg tidak ditolak doa mereka
Unit pemimpin dalam keluarga adalah bapa, dia tergolong dlm kategori pemimpin.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمَامُ العَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُولُ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Tiga golongan yang doanya tidak ditolak: Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka; Pemimpin yang adil; dan Doa orang yang dizalimi.
Allah mengangkat doa itu ke atas awan, lalu dibukakan baginya pintu-pintu langit. Tuhan berfirman: ‘Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun selepas suatu tempoh.’” [Hadis riwayat Jami‘ al-Tirmizi, no 3522]

- Kelebihan org yg berlaku adil
Allah angkat darjat mereka, sedang org lain dlm keadaan huru-hara.
وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ، وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا.

Daripada hadis Zuhair, Rasulullah ﷺ bersabda:
Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar-mimbar daripada cahaya, di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih عز وجل, dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan; iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam keputusan atau pemerintahan mereka, terhadap keluarga mereka dan dalam perkara yang berada di bawah tanggungjawab mereka.” [Hadis riwayat Sahih Muslim ayat 3406]

- 3 golongan ahli syurga
عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم:
«أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ»

Ahli syurga itu ada tiga golongan: seorang yang mempunyai kekuasaan, berlaku adil, suka bersedekah dan mendapat taufik; seorang yang penyayang serta hatinya lembut terhadap setiap kaum kerabat dan orang Islam; dan seorang yang menjaga kehormatan diri, tidak meminta-minta, sedangkan dia mempunyai tanggungan.” [Hadis riwayat Sahih Muslim, no. 2865]

No comments: