Sunday, August 23, 2026

Sifat-sifat Nabi yang Perlu Diikuti

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 23-Ogo-2026

Sifat-sifat Nabi yang Perlu Diikuti

1. Nabi seorang hamba 
  • Melakukan ibadah kpd tuannya ie Allah, hadis:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا،
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ،
فَقَالَتْ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟
قَالَ: «أَفَلَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا؟»


Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha: “Bahawa Nabi ﷺ biasa berdiri (solat) pada malam hari sehingga kedua telapak kaki beliau merekah / bengkak. Maka aku (Aisyah) bertanya: ‘Mengapa engkau melakukan ini, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?’ Baginda ﷺ menjawab: ‘Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang banyak bersyukur?’” [HR Sahih Al‑Bukhari, Kitab, no. 4460]

2. Nabi seorang ketua 
  • Pastikan org²/pengikut²/umat selamat, berlaku baik kpd mereka, berkata dgn kata² yg baik.
  • Tidak suka berbeza dgn para sahabat
  • Pemaaf, dan tidak balas balik keburukan/kejahatan dgn keburukan, sebaliknya balas dgn kebaikan
3. Nabi seorang ketua keluarga
  • Sebagai seorang bapa, baginda meraikan anak yg datang ke rumah.
  • Baginda melakukan kerja rumah
4. Nabi berbuat baik dengan ahli keluarga
  • Menghormati dan mengasihi saudara-mara yg datang.
  • Selalu beri makan kpd jiran, dahulukan kpd jiran paling dekat.
5. Akhlak Nabi dgn sahabat
  • Duduk bersama dgn sahabat
  • Cepat (lebih dahulu) beri salam 
  • Paling lewat beredar
  • Pemaaf dan doakan kebaikan kpd org lain
  • Pendekkan solat dlm situasi tertentu 
  • Tidak berdendam -- kisah Nabi solat jenazah Abdulah bin Ubai 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ:
لَمَّا مَاتَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ، جَاءَ ابْنُهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَعْطِنِي قَمِيصَكَ أُكَفِّنْهُ فِيهِ، وَصَلِّ عَلَيْهِ، وَاسْتَغْفِرْ لَهُ.
فَأَعْطَاهُ قَمِيصَهُ، وَقَالَ: «آذِنِّي أُصَلِّ عَلَيْهِ».
فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ، أَخَذَ عُمَرُ بِثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَيْسَ قَدْ نَهَاكَ اللَّهُ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ؟
قَالَ: «إِنِّي خُيِّرْتُ، فَخُيِّرْتُ».
ثُمَّ صَلَّى عَلَيْهِ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ:
﴿وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ﴾ [التوبة: ٨٤]. 

Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Apabila Abdullah bin Ubai meninggal dunia, anaknya datang kepada Rasulullah ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, berikanlah kepadaku baju engkau untuk aku kafankan dia dengannya, dan solatkanlah jenazahnya, serta mohonkanlah ampun untuknya.’
Maka Baginda ﷺ memberikan bajunya, dan bersabda:
‘Beritahulah aku (apabila jenazah siap) supaya aku solatkan.’
Apabila Baginda ﷺ hendak mensolatkannya, Umar radhiyallahu ‘anhu menarik baju Rasulullah ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah melarang engkau mensolatkan orang‑orang munafik?’
Baginda ﷺ bersabda:
‘Sesungguhnya aku telah diberi pilihan, maka aku memilih (untuk mensolatinya).’
Kemudian Baginda ﷺ tetap mensolatkannya, lalu Allah menurunkan firman‑Nya:
‘Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) sekali‑kali mensolatkan sesiapa pun yang mati di kalangan mereka (orang munafik), dan janganlah engkau berdiri di sisi kuburnya.’ (Surah al‑Taubah: 84).” [HR Sahih Al‑Bukhari, no. 1269]

6. Nabi seorg yg pemurah
  • Nabi raikan tetamu dgn memberi apa yg paoing kita suka.
7. Nabi bergurau
  • Kisah gurauan Nabi dgn seorang perempuan tua
عَنْ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ، قَالَ:
أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ.
فَقَالَ: «يَا أُمَّ فُلَانٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لَا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ».
فَوَلَّتْ تَبْكِي،
فَقَالَ: «أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لَا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ:
﴿إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً * فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا * عُرُبًا أَتْرَابًا﴾
[الواقعة: ٣٥–٣٧].” 

Dari Hasan al‑Basri rahimahullah, katanya: Seorang perempuan tua datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata:
‘Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkan aku ke dalam syurga.’
Maka Baginda ﷺ bersabda:
‘Wahai Ummu Fulan, sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki oleh orang tua (perempuan tua).’
Lalu perempuan itu berpaling sambil menangis.
Maka Baginda ﷺ bersabda (kepada para sahabat):
‘Beritahukanlah kepadanya bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Kami menciptakan isteri‑isteri mereka (penghuni syurga) dengan ciptaan yang istimewa,
dan Kami jadikan mereka sentiasa dara,
yang mencintai suaminya, serta sebaya umurnya.”
(Surah al‑Waqi‘ah: 35–37).’” [HR At‑Tirmidzi]

No comments: