Showing posts with label Riba. Show all posts
Showing posts with label Riba. Show all posts

Saturday, February 11, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya meninggalkan riba

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 11-Feb-2023


Panggilan Ar-Rahman Kepada Org² Beriman ke10 ie supaya meninggalkan riba ie dlm surah Al-Baqarah ayat 2:278 hingga 280

- panggilan ke10 ini berkaitan harta dan wang.

- Kelebihan yg ada pada diri kita contohnya kepakaran dlm bidang tertentu adalah sesuatu yg dituntut utk disedekahkan kpd org ramai.


Panggilan oleh Allah kpd org² yg beriman.

- ayat 2:278 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

- ayat 2:279 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ }

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

- ayat 2:280 (klik sini)
{ وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).


- 2 perkara yg Allah tuntut org² yg beriman adalah taat kpd Allah dan Rasul-Nya, dan keduanya meninggalkan riba.
- Saidina Umar apabila ditanya, apakah taqwa, dia mengatakan taqwa itu sebagaimana seorg itu berjalan ditempat yg berduri, maka dia berhati-hati.

- ps zaman dahulu tiada institusi perbankan, pinjaman dilakukan spt sistem along masa kini, ie byrn hutang dgn bunga (interest) yg menguntungkan si pemberi pinjam dan menzalimi org yg meminjam.
  • sebagai rakyat kita perlu memilih dan menyokong fasiliti dari perbankan Islam, supaya perlaksaan fasiliti perbankan Islam itu menjadi sempurna dan penambah baikan. Contohnya, screening boleh diperketatkan terhadap pemohon fasiliti/produk perbankan islam.

- Wang boleh menjana wang dgn implementasi riba. 

  • Allah panggil org² yg beriman supaya meninggalkan urusan yg melibatkan riba, urusan yg sudah biasa/sebati atau sebelum itu memang tiada pilihan.

- Allah melaknat org² yg terlibat dgn riba meliputi yg memakan, menyaksikan, mewakilkan, tanda-tangan kontrak/kontrak yg melibatkan riba.


- 2 jenis riba  

  1. Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama. 
  2. Utk menghindarkan riba ,transaksi mestilah dgn jumlah yg sama jenis dan urus niaga mestilah "lani" (serta merta). Sekiranya tidak sama jenis atau sukatan/timbangan maka ianya menjadi transaksi riba.
  3. Riba al-Nasiah: Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.
    • Contoh, ambil hutang dan dlm suatu jangka masa dan  dikenakan interest.


Carian hadis berkaitan:
  • Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda, "Menukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, haruslah sama berat dan tunai. Maka siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia berbuat riba. Yang mengambil maupun yang memberi sama-sama berdosa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1556]
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Menukar kurma dengan kurma, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, dan garam dengan garam, boleh dilakukan asal sama berat dan tunai. Siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia melakukan riba, kecuali bila barang-barang itu berlainan warnanya (jenisnya)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1557]


Catatan kuliah berkaitan:

Sunday, January 26, 2014

Riba

- Dr. Aznan Hassan kuliah Maghrib Ahad 26-Jan-2014

Riba dan bagaimana ia berlaku

-Gold Settlement - Emas sbg settlement menggantikan USD currency. Demand terhadap USD menyebbkan ianya sentiasa float. IMF menetapkan sebarang settlement hanya boleh dilakukan samada USD atau Euro. Maka setiap negara Islam terperangkap dlm hal riba. Cadangan tun Mahathir kpd kesatuan OIC adalah utk menggunapakai dinar sebagai matawang transaksi bagi mengelak pergantungan terhadap USD atau yahudi. Namun tiada perkembangan dari mana2 negara OIC.

- Ancaman terhadap org Islam hari adalah antaranya:
  1. riba
  2. zina - ancaman kpd org Islam supaya membiar mereka yg melakukan zina jika mereka suka sama suka
  3. arak - ancaman kpd org Islam supaya membiar mereka minum arak asalkan tidak menggangu kita, ie membenarkan mereka minum arak atas dasar hak kebebasan individu.

- Oleh itu seseorg muslim mesti memastikan setiap perkara yg dilakukan adalah perkara yg halal.
  1. sumber pendapatan - pastikan dtg dr hasil yg halal
  2. insurans - kenderaan, rumah, perubatan, etc mestilah yg islamik. Kadang2 kita sengaja memilih insurans non-islamic kerana dijanjkan dgn pulangan yg tinggi
  3. pinjaman - rumah, kenderaan, perniagaan, etc, mestilah berbentuk islamik.

Riba
--Definasi bahasa: pertambahan
--Definisi syarak: pertambahan yg dilakukan dlm transaksi samada disbbkan pertukaran barang2 yg diharamkan syarak atau pertangguhan dr segi bayaran.
(i) barang: tukar 1kilo beras dgn 2 kilo beras
(ii) beli currency dan settlement dibuat selepas 3 hari.

- Tukaran barang yg sama mesti mengikut timbangan atau sukatan yg sama, tanpa merujuk kpd jenis barang tersebut.
- Tukaran matawang mesti berlaku on the spot (" la ni").

-Gold reserve- Sg, HK, Joberg dan US?

- Pinjaman conventional menjadi riba kerana kelewatan bayaran akan dikenakan faedah.

- Allah melaknat org yg terlibat dgn riba.
- Makan riba adalah antara perkara dosa besar.
- Berluasanya riba menyebabkan turunnya bala. Bilamana zina dan riba berlaku dlm suatu tempat maka tunggulah bala Allah.
  • Dosa riba 1 dirham adalah seumpama 36 kali dosa org berzina.
  • Ada 73 pintu neraka utk org yg terlibat dgn riba. Serendah-rendah dosa riba adalah seumpama berzina dgn ibu sendiri.

- Unit trust adalah regulated entity, maka ia dikawal, diaudit, etc yg patuh syariah.

- Jika ingin membeli emas utk tujuan pelaburan, ada 2 bank yg syariah compliance ie:
(i) Kuwait Finance House (KFH) (ii) ar-Rrahji.

-- ada 3 jenis gold paper transaction:
  1. (i) beli emas dan apbl ditebus akan diberi emas atau jika mahu dlm bentuk wang tunai. (eg KFH dan ar-Rahji)
  2. (ii) beli emas tetapi tidak dpt emas, ianya disandar kpd harga emas semasa, dan apbl jual ianya akan disandarkan kpd harga emas pd masa jualan.
  3. (iii) beli emas, tetapi emas itu diterima dlm suatu tempoh masa yg lama eg melebihi 3 hari.
    • Mazhab Hanafi membenarkan tempoh 3 hari shj.
  • (i) adalah syariah compliance. (ii) dan (iii) tidak syariah compliance.