Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Lemah lembut kpd ibu bapa

- us Azhar kuliah Suboh Sabtu 17-Jun-2017

Lemah-lembut kpd ibu bapa

Surah Al-Israk Ayat 17:23-24

(وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا)

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

- jika masih ada kedua atau salah seorg ibu bapa maka berlaku baiklah kpd mereka. Berlaku baik spt ziarah mereka.

- itk mendpt syurga itu bukan hanya beribadat.
(i) berlaku baik kpd ibu bapa
(ii) memelihara hati dan hubungan sesama manusia
(iii) memelihara dan menjaga silaturrahim. Bermaafan dan lupakan cerita2 lama.

Dlm surah Luqman Allah perintahkan anak utk mentaati ibu bapa:

Surah Luqman Ayat 31:14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

- Doakan kesihatan dan kesejahteraan kpd ibu bapa. Lebih lebih lagi apbl mereka tlh meninggal

- perkara2 yg perlu diutamakan dlm hidup kita, menurut keutamaan spt yg diriwayatkan/hadis:
i) solat pd waktunya
ii) berbuat baik kpd kedua ibu bapa
ii) jihad pd jalan Allah.

Abu Hurairah ra meriwayatkan:
#1) Seorg anak dikatakan belum dpt membalas kebaikan ibu bapanya, melainkan seolah-olah dia memerdekakan seorg hamba.

#2) Kpd siapa seorg anak perlu berbakti? (mengikut keutamaan), jawab baginda Rasulullah:
i) ibumu
ii) ibumu
iii) ibumu
iv) bapamu

Hadis lain:
Seorg lelaki berjumpa Rasulullah dan meminta utk turut serta berjihad. Rasulullah bertanya kpd lelaki itu adakah ibu dan bapa masih ada(hidup), dia menjawab ya. Maka Rasulullah memintanya menjaga ibu bapa dari turut berjihad.

Doa:
1. Doa orang yg berpuasa itu tidak ditolak sehingga dia berbuka.
2. Doa org yg bermusafir itu diterima Allah.
Jaga mulut dan hati kita spt sewaktu memandu agar tidak menyumpah hingga mendoakan musibah kpd pemandu yg melakukan/memandu hingga kita rasa sukar. Janganlah disebabkan doa kita itu prmandu td ditimpa musibah/kemalangan.

- janganlah taat perintah ibu bapa yg mahukan anaknya melakukan kemaksiatan kpd Allah.

- jika ibu bapa yg masih belum Islam, maka anak itu perlu berlaku baik kpd ibu bapanya. Malah mengajak/dakwah kpd mereka itk memeluk Islam, dgn cara yg baik.

- kisah Abu Hurairah ra berbuat baik kpd ibunya:
Semasa Abu Hurairah masih kecil, ibunya adalah org yg paling byk mencela Rasulullah. Abu Hurairah bertemu Rasulullah dan menceritakan hal dan perangai ibunya. Dia memohon agar Rasulullah mendoakan ibunya. Apbl dia pulang ke rumah, ibunya mengunci pintu dan melarangnya memasuki rumah. Seketi kemudian dia mendengar org mandi, dan seketi ibunya membuka pintu dilihatnya ibunya berpakaian cantik. Ibunya berkata dia ingin memeluk Islam dan ingin bertemu Rasulullah.

- waktu yg mustajab utk berdoa adalah
i) berdoa selepas sahur
ii) berdoa waktu hampir berbuka puasa.
minta tolong dgn Allah, dan berdoa utk diselesaikan masaalah. Berusaha utk menyelesaikan masalah itu.

- keampunan itu adalah Allah padamkan kesilapan.

Saturday, August 6, 2011

Allah itu dekat dgn hambanya

- Us Zamri Tazkirah Ramadhan/Suboh Sabtu 6 Ogo 2011 (** catatan kuliah)

Ayat Al-Quran dr surah Al-Baqarah ayat 2:186:

A186


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 2:186)

- ayat yg bermula dr 183 adalah berkenaan perintah berpuasa. Ayat 183 hingga 187 membincangkan hal2 puasa. Namun ayat 186 seolah2 mencerikan hal yg berlainan sedikit dr hal puasa.

- ayat 186 diriwiyatkan apbl seorg orab bertanya kpd Rasulullah, adakah tuhan kita dekat, jika dekat maka bulehlah kita berbisik dgnnya, jika jauh maka kita serulah. Termenung seketika Nabi sebelum turunnya ayat ini. Turunnya ayat ini menjelaskan bhw Allah itu berada dekat dgn hambanya.
Riwayat lain mengatakan dlm suatu perang (khaibir?) ada seorg pejuang yg berdoa dgn kuat, Nabi kemudian menasihatinya agar berdoa dgn perlahan kerana Allah itu berada dekat dgn hambanya dan Maha Mendengar.

- kedudukan ayat ini dlm kelompok arahan berpuasa menyuruh manusia utk memperbanyakkan doa.
a) ada hadis Nabi ie bagi org yg berpuasa itu, doanya ketika hendak berbuka dan waktu awal berbuka adalah sgt mustajab. Permohonan doa seorg hamba itu bergantung kpd keikhlasannya sebaik-baik doa adalah dr ayat2 Al-Quran dan hadis2 Nabi, juga dr cetusan hati manusia. Tidak semestinya dia berdoa dgn perlu mengangkat kedua tangan, memadai dgn bacaan doa dlm hati.

b) manusia terlalu bergantung kpd keegoan diri, spt dlm melakukan kerja harian; manusia selalunya ingatkan Allah apbl dlm kesusahan. Sebaliknya perlu selalu memohon doa utk memudahkan urusan harian dan disamping itu berdoa utk lain2 perkara baik.

c) doa terbaik yg diajar oleh Nabi dlm bln Ramadan, (sewaktu ditanya oleh saidina Aisyah r.a. apakah doa terbaik yg perlu di doa dlm bulan Ramadhan) ie mohon supaya Allah redha kpd kita.
- dunia tidak bernilai bagi Allah, hanya syurga yg bernilai. Allah membeli diri dan harta kita utk perjuangan menegakkan hukum Allah di dunia ini, dan imbalannya adalah syurga.
- Apbl Allah redha dgn hambanya, maka itulah balasan yg setinggi-tinggi nikmat.
- apbl doa itu dimakbulkan adalah mudah bagi hambanya melakukan urusannya dan menyembuhkan penyakit yg dialaminya.
- ayat ini juga menjadi dalil bhw doa itu ada faedahnya.


4 syarat doa dimakbulkan:
1) menjaga hati apbl berseorangan. Ie menjaga hati dr perkara2 yg tidak baik, iaitu jugalah keikhlasan hati. Tetap menghubungkan diri kpd Allah apbl tiada manusia lain memerhatikan tingkah-lakunya.
2) menjaga lisan apbl bersama dgn makhluk.
- pertuturan amat sensitif. Tidak buleh sewenang2nya bercakap tanpa memikirkan kesannya kpd org yg mendengar, atau org yg diperkatakan.
3) menjaga mata melihat perkara2 yg tidak dihalalkan oleh Allah.
4) menjaga perut dr perkara yg haram.
- barang curi, benda2 yg diharanmkan oleh Allah, riba, rasuah.


7 syarat doa:
1) mohon dgn rasa rendah diri;
- tidak meletakkan rasa takabbur semasa berdoa.
2) takut dgn azab Allah;
3) dgn penuh yakin Allah akan makbulkan doa itu;
- Dalil: dr surah Ghaafir ayat 40:60, ...Berdoalah kpdKu nescaya Aku perkenankan. 

A060

 

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Ghaafir Ayat 40:60)

4) berterusan;
- Allah perkenan doa menurut pengetahuanNya spt Allah menganugerahkan nikmat pd suatu masa yg akan dtg (ditangguhkan permohonan doa), kerana pd ketika berdo itu Allah ketahui hambaNya tidak dpt menerima/melaksanakan nikmat yg bakal dikurniakan. sekiranya tidak ditunaikan permohonan di dunia, Allah akan tetap menunaikan doanya di Akhirat nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4