Showing posts with label Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Hijrah. Show all posts

Saturday, August 1, 2026

Sahabat Rasulullah: Salim Maula Abi Hudzaifah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Ogo-2026

Sahabat Rasulullah: Salim Maula Abi Hudzaifah

Salim maula Abi Hudzaifah ialah seorang sahabat berketurunan Parsi yang asalnya merupakan hamba sahaya kepada Thubaitah binti Ya‘ar, isteri Abu Hudzaifah. Oleh sebab akhlaknya yang baik dan hubungannya yang rapat dengan keluarga tersebut, beliau dibebaskan oleh Thubaitah. Kemudian, Abu Hudzaifah mengambil Salim sebagai anak angkat sebelum Islam membatalkan amalan pengangkatan anak seperti dalam jahiliah. Setelah itu, Salim kekal dikenali sebagai “maula Abi Hudzaifah”, iaitu bekas hamba yang dimerdekakan dan bukan sebagai anak kandung Abu Hudzaifah.

- "Maula" adalah gelaran kpd hamba yg dibebaskan tetapi masih lagi berkhidmat kpd tuannya.

- Abu Hudzaifah memelihara Salim dan kemudian menikahkannya dengan anak saudaranya ie Fathimah binti Al-Walid bin Utbah. Perkahwinan ini menunjukkan kasih sayang dan persaudaraan yang erat dalam keluarga Abu Hudzaifah, serta kedudukan mulia Salim di sisi para sahabat.

- Salim maula Abi Hudzaifah tidak berhijrah ke Habsyah. Sebaliknya, beliau tetap tinggal di Mekah bersama Rasulullah saw untuk mendalami Al-Quran dan ajaran Islam melalui Rasulullah. Apabila hijrah ke Yathrib diizinkan selepas Perjanjian Aqabah kedua, kaum muslimin di Mekah mula berpindah sedikit demi sedikit ke sana bagi membina mujatama' Islam yang baharu.

- Salim berhijrah awal menuju ke Tahrib, dia tidak terus ke Yathrib sebaliknya ke Quba, menunggu baginda Rasululla saw. Dlm tempoh menunggu di Quba itu Salim menjadi imam solat, kerana bacaan Al-Qurannya bagus. Apbl saidina Umar tiba di Quba, dia bersolat jemaah dgn Salim sebagai Imam.

- Salim mengikuti Rasulullah memasuki Yathrib sebagai satu rombongan. Baginda Rasulullah saw memulakan hijrah pada bulan Safar, siggah di Quba (ada riwayat mengatakan 14 malam di Quba) dan bertolak ke Yathrib dengan mendapat perlindungan dari tentera Bani Najjar. Bani Najjar diketuai oleh As'ad Az-Zurarah. 
  • Catatan kuliah 1: Hijrah Nabi ke Madinah - Kaitan Rasulullah dan Madinah | us Muhammad Fauzi bin Asmuni | 14-Jan-2016 (klik sini)

  • Catatah kuliah 2:  Perjanjian Aqabah 1 & 2 dan peranan As'ad Az-Zurarah di awal dakwah di Yathrib bersama Mus'ab bin Umair ra -- As'ad Az-Zurarah | us Mohd Fauzi Asmuni | 13-Sep-2020 (klik sini

  • Catatan kuliah 3: Mus'ab bin Umair sebagai utusan Rasullah utk berdakwah di Yathrib selepas Perjanjian Aqabah pertama -- Mus'ab bin Umair | us Muhammad Fauzi Asmuni | 11-Okt-2020 (klik sini)

- Tiga orang tokoh Quraisy daripada keluarga Abu Hudzaifah yang tampil di barisan hadapan dalam Perang Badar ialah Utbah bin Rabi‘ah, saudaranya Syaibah bin Rabi‘ah, dan anaknya al-Walid bin Utbah. Ketiga-tiganya maju dalam pertarungan satu lawan satu sebelum pertempuran bermula, dan mereka akhirnya ditentang oleh Hamzah bin Abdul Muttalib, ‘ Ali bin Abi Talib, dan ‘Ubaidah bin al-Harith.

-- Utbah bin Rabi‘ah ialah bapa kepada Al-Walid bin Utbah dan sepupu kepada Syaibah bin Rabi‘ah.

-- Peristiwa ini mempunyai kaitan erat dengan Salim maula Abi Hudzaifah kerana tuannya ie Abu Hudzaifah bin ‘Utbah. Manakala 3 org panglima Quraisy itu adalah bapa (Utbah),  bapa saudaru (Syaibah) dan sepupu (Al-Walid). 

- Peperangan Yamamah
Setelah kewafatan Rasulullah saw, Musailamah Al-Kazzab dgn kekuatan kira² 40,000 tentera memimpin kaum murtad dari Bani Hanifah dan menentang pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Dalam Perang Yamamah, pasukan Islam di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid dgn kekuatan kira² 13,000 pada awalnya menghadapi kesukaran dan kedudukan mereka seolah-olah terancam, sebelum barisan muslimin disusun semula dan akhirnya memperoleh kemenangan. 
  • Strategi Khalid Al-Walid adalah menyusun semula barisan tentera mengikut kabilah/suku supaya setiap pejuang berperang di sisi saudara dan kelompok mereka. Langkah ini menaikkan semangat, mengurangkan kekacauan, dan menjadikan serangan balas lebih tersusun.
Musailamah akhirnya terbunuh dalam pertempuran itu. Musailamah dibunuh oleh dan Wahsyi bin Harb dan seorg Ansar. (Wahsyi yang dahulunya dlm Peperangan Uhud membunuh Saidina Hamzah ra), turut menyertai peperangan tersebut dengan harapan menebus dosanya, utk membunuh musuh Rasulullah yg utama.

  • Catatan kuliah 1: Peperangan Yamamah -- Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik | us Nor Azam Abdullah | Sabtu 6-Jan-2024 (klik sini

  • Catatan kuliah 2: Kisah Musailamah Al-Kazzab mengaku sebagai nabi dan mati dibunuh oleh Wahsyi bin Harb  -- Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid | us Nor Azam Abdullah | 3-Ogo-2024 (klik sini

- Khalid bin Al-Walid r.a. menemui Salim maula Abi Hudzaifah dalam keadaan nazak selepas Perang Yamamah. Salim bertanya, “Bagaimanakah keadaan pertempuran?” Khalid menjawab, “Alhamdulillah, kita telah menang.” Salim kemudian bertanya lagi tentang Abu Hudzaifah, lalu Khalid memberitahu bahawa Abu Hudzaifah telah syahid. Salim pun bertanya di mana jasadnya, lalu Khalid menjelaskan bahawa jasad Abu Hudzaifah berada berhampiran tempatnya, sementara kepala Salim terletak di kaki Abu Hudzaifah, seolah-olah mereka gugur bersebelahan di medan jihad.

- Indahnya akhlak Salim maula Abu Hudzaifah
Salim maula Abi Hudzaifah merendahkan dirinya dengan berkata bahawa dirinya bukanlah orang yang paling layak memikul amanah Al-Quran, meskipun beliau dikenal sebagai seorang qari dan ahli al-Quran. Kata Salim, "Seburuk-buruk pembawa Al-Quran adalah aku".
  • Catatan kuliah: Khalid Al-Walid | us Nor Azam bin Abdullah | 3-Dis-2022 (klik sini)


Sunday, July 13, 2025

Kisah Berkaitan Hijrah Rasulullah saw

- us Dr Shamsul Mohd Nor kuliah Maghrib Ahad 13-Jul-2025

Kisah Berkaitan Hijrah Rasulullah saw

Hadis berkaitan hijrah.
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0001]

Kisah Damrah Ibnu Junnub:
Antara kisah berkaitan peristiwa Hijrah. Damrah ibnu Junnub yg ingin turut berhijrah, tetapi meninggal dunia sebelum sempat mengikuti rombongan hijrah. Nabi Muhammad saw teringat kisahnya ini dan Allah turunkan ayat berkaitan peristiwa ini seperti yg dirakamkan dlm surah An-Nisa ayat 4:100 (klik sini)
{ ۞وَمَن يُهَاجِرۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يَجِدۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُرَٰغَمٗا كَثِيرٗا وَسَعَةٗۚ وَمَن يَخۡرُجۡ مِنۢ بَيۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ يُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا }

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Azam adalah suatu hajat yg belum dilaksanakan.

- Peristiwa perintah hijrah dari Mekah ke Madinah berlaku pd tahun ke-13 kerasulan baginda Nabi Muhammad saw, dan selepas itu tiada lagi hijrah.

- Peristiwa perintah Hijrah Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah berlaku pada tahun 622 Masihi (1 Hijrah). Lebih tepat, Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar memulakan perjalanan hijrah pada 27 Safar 1H (13 September 622 M) dengan meninggalkan rumah di Mekah dan bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari. Mereka meninggalkan wilayah Mekah pada 1 Rabiulawal 1H (17 September 622) dan tiba di Masjid Quba, Madinah pada 8 Rabiulawal 1H (23 September 622).

Hijrah ini menandakan permulaan pembentukan masyarakat Islam yang bersatu di Madinah dan menjadi titik tolak penting dalam sejarah Islam. Walaupun Nabi Muhammad saw mula berhijrah pada bulan Safar, penanggalan kalender Hijrah secara rasmi dimulakan pada bulan Muharram oleh Khalifah Umar al-Khattab beberapa tahun kemudian.

Surah At-Tawbah ayat 9:36 (klik sini)
{ إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ كَآفَّةٗ كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ كَآفَّةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Kisah Dakwah Nabi Muhammad saw di Thaif.
Baginda Rasulullah saw bersama anak angkatnya ie Zaid bin Haritsah berdakwah ke Thaif, dan menerima penolakan dan disakiti dgn lontaran batu dan tulang² bangkai haiwan.
  • Selepas baginda dilukai oleh penduduk Thaif dlm keadaan terluka dan bersedih, Nabi Muhammad saw berbaring dan tiba-tiba terlihat awan menaungi baginda, lalu datanglah Malaikat Jibril. Jibril menyampaikan bahawa Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung untuk membantu baginda dan mempersilakan Nabi Muhammad saw memerintahkan apa saja yang dikehendaki terhadap penduduk Thaif yang menyakitinya.

  • Malaikat penjaga gunung itu berkata, "Wahai Muhammad, sekarang engkau bergantung kepada keinginanmu. Jika engkau mahu, aku akan menimpakan dua gunung itu kepada mereka," merujuk kepada dua gunung besar di sekitar Mekah dan Mina. Namun, Nabi Muhammad saw menolak tawaran itu dan menjawab, "Aku lebih menginginkan agar Allah menjadikan keturunan orang-orang ini dan generasi mereka berikutnya menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya"

Surah Al-Quran yang merujuk kepada sifat Abu Bakar sebagai as-siddiq (yang membenarkan) adalah surah Az-Zumar ayat 39:33 (klik sini)

{ وَٱلَّذِي جَآءَ بِٱلصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِۦٓ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ }

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.

Dalam tafsiran, lafaz "yang membenarkannya" merujuk kepada Abu Bakar as-siddiq yang sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Nabi Muhammad saw, khususnya ketika ramai orang meragui peristiwa Israk Mikraj.

Selain itu, surah At-Tawbah ayat 9:40 (klik sini) juga dikaitkan dengan Abu Bakar ketika beliau menemani Nabi Muhammad saw di Gua Thur sewaktu hijrah, di mana Allah menurunkan ketenangan kepada mereka berdua.

{ إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدۡ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذۡ أَخۡرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ ٱثۡنَيۡنِ إِذۡ هُمَا فِي ٱلۡغَارِ إِذۡ يَقُولُ لِصَٰحِبِهِۦ لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَيۡهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٖ لَّمۡ تَرَوۡهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلسُّفۡلَىٰۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِيَ ٱلۡعُلۡيَاۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kisah di dalam Gua Tsur
Kisah Nabi Muhammad saw tidur di Gua Tsur sewaktu dikejar oleh wakil kaum kafir Quraisy berlaku ketika Baginda dan Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah. Setelah meninggalkan Mekah secara rahsia, mereka disusul oleh 11 wakil Quraisy yang bertujuan menangkap atau membunuh Nabi.

Setibanya di Gua Tsur, Abu Bakar terlebih dahulu memeriksa gua yang penuh dengan lubang dan kemungkinan dihuni binatang berbisa. Beliau membersihkan dan menutup lubang-lubang tersebut dengan pakaian agar aman untuk bersembunyi. Nabi Muhammad saw kemudian masuk dan beristirahat, meletakkan kepala di pangkuan Abu Bakar. Abu Bakar menutup lubang gua dengan telapak kakinya untuk menghalang ular berbisa masuk, namun ada seekor ular yang menggigit kaki Abu Bakar. Abu Bakar menahan sakit supaya tidak membangunkan Nabi yang sedang tidur. Kesakitan yang ditanggung mengakibatkan air mata Abu Bakar keluar dan menitis ke atas Rasulullah saw. Ketika Nabi terbangun dan mengetahui keadaan itu, baginda segera mendoakan agar Abu Bakar sederajat dengan baginda di akhirat dan mengobati lukanya dengan doa dan air liur, sehingga Abu Bakar sembuh.

Dalam gua itu juga, Allah menunjukkan perlindungan-Nya dengan menempatkan laba-laba menutup pintu gua dengan jaring dan burung merpati membuat sarang, sehingga para pengejar Quraisy menganggap gua itu kosong dan meninggalkan pencarian mereka.

Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur selama tiga hari sebelum melanjutkan perjalanan ke Madinah.


Kisah Suraqah bin Malik
Suraqah bin Malik adalah penunjuk jejak dan penunggang kuda yang diupah oleh kaum kafir Quraisy untuk mengejar Nabi Muhammad saw semasa hijrah, namun akhirnya beliau memeluk Islam setelah menyaksikan keajaiban dan kebenaran Nabi.

Suraqah bin Malik adalah seorang penunggang kuda yang handal dari suku Bani Kinanah dan juga seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Ketika peristiwa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah, kaum Quraisy mengupah beberapa orang untuk mengejar dan menangkap Nabi Muhammad saw dengan janji hadiah seratus ekor unta bagi yang berjaya menangkap baginda hidup atau mati. Suraqah bin Malik adalah salah seorang yang diberi tugas itu kerana kemahirannya menjejaki jejak dan menunggang kuda dengan cekap.

Semasa mengejar Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar, kuda Suraqah mengalami beberapa kejadian ajaib seperti tersadung dan kakinya terperangkap di tanah, hingga Suraqah terpaksa memohon doa Nabi untuk melepaskan kakinya.

Nabi Muhammad saw menawarkan Islam kpd Suraqah dan mangatakan qisrah Parsi akan menjadi miliknya. Namun Suraqah tidak menerima Islam pada ketika itu, dan merasa tidak logik apa yg ditawarkan oleh baginda Rasulullah. Setelah hampir 10 tahun, Suraqah mengakui kekuasaan Allah dan akhirnya memeluk Islam setelah menyaksikan mukjizat dan kebenaran Nabi Muhammad saw.

Suraqah kemudian menjadi sahabat yang setia dan dikenang kerana kisah hijrahnya yang unik serta janji Nabi Muhammad saw kepadanya mengenai mahkota (qisrah) Raja Parsi yang akhirnya ditepati pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab setelah kekalahan kerajaan Parsi di bawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab. Pada ketika itu Suraqah teringat tawaran Rasulullah saw ketika baginda melepaskan kudanya yg terbenam dlm tanah.


Kisah Suhaib Ar-Rumi
Kisah Suhaib Ar-Rumi berkaitan hijrah adalah salah satu kisah yang sangat mengagumkan tentang pengorbanan dan keimanan. Suhaib, seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang berasal dari Arab tetapi dibesarkan di Romawi (oleh itu gelaran "ar-Rumi"), memeluk Islam pada zaman awal dakwah Nabi.

Ketika diperintahkan hijrah dari Mekah ke Madinah, Suhaib berhasrat untuk ikut bersama Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar. Namun, kaum Quraisy menghalangnya kerana tidak mahu kehilangan harta kekayaannya yang diperoleh dari perniagaan di Mekah. Mereka mengawasi rumahnya ketat dan menuntut agar Suhaib meninggalkan hartanya jika mahu pergi.

Suhaib kemudian mengambil keputusan besar dengan melepaskan semua hartanya demi menyelamatkan agamanya. Beliau melemparkan kantong-kantong hartanya ke hadapan orang Quraisy dan berkata, "Ambillah hartaku, asalkan kalian lapangkan jalan untukku." Setelah itu, Suhaib berjaya berhijrah ke Madinah tanpa membawa apa-apa harta, hanya dengan iman dan tekad yang kuat.

Setibanya di Madinah, Nabi Muhammad saw menyambutnya dengan ucapan, "Perdagangan yang amat menguntungkan, wahai Abu Yahya," yang bermaksud hijrah Suhaib adalah satu keuntungan besar di sisi Allah walaupun secara duniawi beliau kehilangan segala-galanya.

Suhaib juga terkenal kerana kesetiaan dan pengorbanannya dalam menyertai perjuangan Islam selepas hijrah, termasuk dalam peperangan dan bai’ah bersama Nabi saw dan para khalifah.

Turun ayat surah Al-Baqarah ayat 2:207 (klik sini) yg merakamkan peristiwa pengorbanan Shuib Ar-Rum utk berhijrah bersama Rasulullah saw.
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ }

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.


Kisah Ummu Salamah
Kisah Ummu Salamah berkaitan hijrah menggambarkan pengorbanan dan kesabaran beliau sebagai salah seorang sahabat wanita yang awal berhijrah demi mempertahankan agama Islam.

Ummu Salamah bersama suaminya, Abu Salamah, dan anak mereka berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) untuk menyelamatkan akidah mereka daripada penindasan kaum Quraisy di Mekah. Mereka meninggalkan harta dan keluarga demi Islam.

Setelah penindasan di Mekah berkurang, mereka pulang ke Mekah, tetapi penindasan kembali meningkat. Rasulullah saw kemudian mengarahkan mereka berhijrah ke Madinah. Namun, ketika hendak berhijrah ke Madinah, Ummu Salamah dihalang dan dikurung oleh keluarganya dari Bani Mughirah, manakala anaknya ditahan oleh keluarga suaminya dari Bani Asaad. Suaminya meneruskan hijrah dahulu.

Ummu Salamah menanggung kesedihan dan kesusahan selama setahun dalam penahanan itu sebelum dibebaskan. Beliau kemudian berjaya berhijrah ke Madinah bersama anaknya dengan bantuan Uthman bin Talhah, dan bertemu semula dengan suaminya.

Selepas kematian suaminya akibat luka perang Uhud, Nabi Muhammad saw menikahi Ummu Salamah. Beliau menjadi salah seorang isteri Nabi yang terkenal dengan kebijaksanaan dan peranannya dalam menyampaikan hadis serta nasihat penting, termasuk semasa Perjanjian Hudaibiyah.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Ummu Salamah ketika beliau dilanda musibah kematian suaminya, Abu Salamah, adalah:


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ  
اللَّهُمَّ اجْرِنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

"Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allahumma jurni fii musibati wa akhliflii khairan minha."
(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ini dan berilah aku pengganti yang lebih baik darinya.)

Ummu Salamah mengamalkan doa ini ketika suaminya meninggal dunia, walaupun pada awalnya beliau merasa berat dan bertanya dalam hatinya dari mana akan datang pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah. Namun, doa itu menjadi kenyataan apabila Rasulullah saw sendiri datang melamarnya dan menikahinya. Rasulullah saw juga meyakinkan Ummu Salamah dengan berkata bahawa segala kekhawatirannya, seperti cemburu, usia tua, dan anak-anaknya, akan diatasi oleh Allah.

Ummu Salamah kemudian berkata bahawa Allah telah memberikan ganti yang lebih baik daripada Abu Salamah, iaitu Nabi Muhammad saw sendiri.

Tuesday, November 10, 2020

Mus'ab bin Umair

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 11-Okt-2020

- Covid-19 sepatutnya menginsafkan manusia, bahawa betapa kerdilnya kita kepada Allah, dan bahawasanya kita amat-amat bergantung kepada Allah.

Mus'ab bin Umair ra

Sambungan kuliah sebelum ini berkenaan seorang yang menjadi perancang dan menyediakan tapak daulah Madinah, dalam peristiwa hijrah Rasulullah i.e. As'ad Az-Zurarah [klik sini utk bacaan kisahnya]. Kuliah kali ini adalah untuk menyingkap sirah terhadap gandingan As'ad iaitulah Mus'ab bin Umair ra

  • As'ad bin Az-Zurarah adalah seorang Ansar. Manakala Mus'ab bin Umair adalah seorang Muhajirin.
  • Persamaan mereka berdua amat luar biasa. Hinggakan tidak ada sebuah rumah pun di Madinah yang tidak masuk Islam (sekurang-kurangnya seorang telah memeluk Islam, hasil dari dakwah mereka).
  • Kedua-dua mereka meninggal dalam usia yang muda, dalam peringkat awal negara Islam Madinah. 
    • As'ad meninggal sebelum dari peristiwa Perang Badar, tahun 2H. 
    • Mus'ab meninggal pada Perang Uhud, tahun 3H.
  • Persamaan ketika nak dikebumikan: 
    • As'ad: pakaian yang menutupi jenazahnya tidak cukup panjang. Hinggakan jika ditarik menutup kakinya, maka terlihat mukanya, dan jika ditarikh menutup muka, terdedah kakinya. Lalu Rasulullah perintahkan supaya ditarik kain jenazah itu menutup mukanya, dan diambilkan ranting kayu dan daun menutupi kakinya. Dikebumikan sedemikian rupa.
    • Mus'ab: Perkara yang sama kepada kain yang diguna menutup jenazahnya selepas syahid dalam Perang Uhud.  Mukanya ditutup dengan kain, sementara kakinya ditutupi dengan ranting kayu dan daun.

Mus'ab bin Umair
  1. Antara orang yang awal memeluk Islam, dalam usia belasan tahun, dalam 3 tahun pertama dakwah Rasulullah saw.

  2. Keistimewaan orang yang masuk Islam dalam 3 tahun pertama adalah mereka kuat keimanannya.
    • Rasulullah hanya akan ceritakan/dakwah Islam kepada mereka yang diyakini akan memeluk Islam. Kerana pada waktu itu dakwah Rasulullah adalah secara rahsia, ie tidak diketahui oleh orang ramai (penduduk Mekah) akan adanya seruan kepada suatu ugama baru (ie Islam).
    • Rasulullah tidak mahu ambil risiko sekiranya dakwah yang disampaikan ditolak, maka rahsia baginda berdakwah akan bocor kepada penduduk kafir Mekah yang lain.
    • Jumlah sahabat ketika baginda wafat adalah 120,000 orang. Namun dalam 3 tahun pertama dakwah Rasulullah, hanya ada 57 orang sahaja orang Islam. (dikira oleh Dr Munighadban dgn mengumpulkan dan anlisa sirah).
    • 57 orang ini dikirakan sebagai orang yang kuat keimanannya.
    • Dlm peristiwa Israk dan Mikraj, bergoncang keimanan orang Islam. Namun 57 orang Islam ini tidak tergugat iman mereka.  Mereka menerima peristiwa Israk dan Mikraj dengan membenarkan peristiwa tersebut, dan beriman dengannya.

  3. Berasal dari keluarga berada (kaya), seorang anak yang manja. Ibunya seorang yang kaya.
    • Pakaiannya dari jenis yang mahal seperti dibuat dari sutera.
    • Bila dia salin pakaian, baju yang ditanggalkan itu tidak akan dipakainya lagi.
    • Dia mempunyai tubuh badan yang tampan. Rambutnya kemas. Sehinggakan Rasulullah sebuatkan dalam sebuah hadis selepas dari kematian (Mus'ab) dalam perang Uhud: "Tidak pernah aku lihat seorang lelaki yang kemas pakaiannya dan kemas rambutnya, selain dari Mus'ab bin Umair"
    • Dia wangi, dengan memakai minyak wangi yang mahal. Hinggakan jika dia lalu, orang dapat meneka siapa yang lalu itu.
    • Digelar "fatan mudallan" sebagai budak manja. Nama jolokan yang diberikan kepadanya.

  4. Apabila didengari oleh ibunya yang dia telah memeluk Islam, ibunya sangat marah.
    • Mus'ab didenda dimana dia dikurung dalam bilik paling hujung di rumahnya. Tidak diberi makan dan minum, dan tidak dibenarkan keluar.
    • Mus'ab tidak kisah dengan hukuman yang dikenakan oleh ibunya itu.

  5. Pada tahun ke-5, apabila peningkatan penyiksaan terhadap orang Islam amat kuat di Mekah, Mus'ab lari dari rumahnya dan mengikuti rombongan hijrah ke Habsyah (ie Ethopia).
    • Rasulullah izinkan sebahagian orang Islam (berjumlah 170 orang) untuk berhijrah ke Habsyah, diketuai oleh sepupu Rasulullah iaitu Jaafar bin Abi Talib ra.
    • Perjalanan dari Mekah ke Habsyah terpaksa merentas padang pasir di Semenanjung Tanah Arab menuju ke sebelah barat, kemudian menaiki kapal menyeberangi Laut Merah dan kemudian berjalan di padang pasir hinggalah ke Ethopia.
    • Habsyah diperintah oleh seorang Raja bernama Najashi. Najashi adalah seorang Nasrani.

  6. Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua (2) kali.
    • Dia berhijrah ke Habsyah kali pertama, kemudian pulang ke Mekah, Kemudiaannya kembali semula ke Habsyah dan balik semula ke Mekah.
    • Dia juga mengikuti rombongan berhijrah ke Madinah.
    • Sebahagian dari sahabat yang berhijrah ke Habsyah tidak kembali semula ke Mekah. Mereka kekal di Habsyah.

  7. Apabila Rasulullah saw menerima bai'ah dari 12 orang penduduk Madinah, Rasulullah diminta oleh As'ad Az-Zurarah untuk mengajar kepada penduduk Madinah berkenaan Islam. Rasulullah melantik Mus'ab menjadi utusan (duta) kepada Rasulullah untuk menyampai dakwah Islam kepada penduduk Madinah, mewakili Rasulullah.
  8. Mus'ab termasuk dalam 313 orang tentera Islam yang terlibat dalam Perang Badar.
    • Hadis " ...Buatlah apa yang kamu hendak buat, Aku ampunkan dosa kamu "

  9. Mus'ab juga termasuk dalam 700 orang tentera Islam yang terlibat dalam Perang Uhud. Dia dilantik sebagai pemegang bendera dalam Perang Uhud. Putus tangan kanannya dipancung dengan pedang. Kemudian tangan kirinya memegang bendera/panji Islam. Tangan kirinya juga dipancung oleh tentera kafir Quraisy. Dia kemudian memelik bendera/panji dengan kedua tangan yang kudung. Ketika itu tentera musuh menikamnya hingga dia jatuh rebah/syahid, sambil memeluk bendera/panji Islam. 

  10. Dlm Perang Uhud 70 sahabat syahid (dari 700 tentera). Rasulullah saw bersedih dengan kematian syahid 70 sahabat itu.

    Sebahagian ahli sirah mengatakan Rasulullah bersedih terhadap kesemua 70 para syuhadah. Namun Rasulullah tangisi terhadap 2 orang yang syahid iaitu:

    1. Hamzah bin Abdul Talib, bapa saudara Rasulullah. 
      • Hamzah amat disayangi oleh Rasullah kerana mempertahankan Rasulullah dan Islam bermula dari tahun ke-4 atau ke-5 dakwah Rasulullah. 
      • Hamzah masuk Islam agak mengejut, selang 5 hari selepas keIslaman saidina Umar. 
      • Hamzah mati dibunuh oleh Wahsyi dalam Perang Uhud. Selepas keislaman Wahsyi, Rasulullah mengatakan kepada Wahsyi, "jangan tunjukkan muka engkau kepadaku".  

    2. Mus'ab bin Umair ra 

  11. Dlm hadis disebutkan badan Mus'ab sebagai bersisik, menggambarkan kulit yang kasar dengan kecederaan yang teruk. Jenazahnya berkeadaan dengan rambutnya kusut masai, dan pakainya koyak, dan Rasulullah menangi lalu mengungkapkan:

    • Ketika di Mekah dulu, tak seorang pun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadamu. Tetapi sekarang ini, dengan rambutmu yang kusut masai, hanya dibalut sehelai burdah.

  12. Umurnya dlm lingkungan 21 atau 22 tahun sewaktu kematiannya, dalam tahun ke 3H. Sewaktu berumur 18 tahun dia berhijrah ke Habsyah. Dlm usia yang muda, sumbangan besarnya  adalah menjadi pengasas Islam di Madinah bersama As'ad bin Az-Zurarah. 

Tuesday, September 29, 2020

As'ad Az-Zurarah

- us Mohd Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 13-Sep-2020

Ringkasan kisah hidup sahabat Rasulullah ie As'ad Az-Zurarah

  • Penting dlm peristiwa hijrah baginda Rasulullah saw
  • Dari kalangan Ansar. Dia memeluk Islam dlm usia muda dan meninggal dlm usia muda juga.
  • Peristiwa hijrah spt dlm keadaan teratur, dan Rasulullah selamat dari ancaman bunuh dari musuh Islam. Begitu juga sambutan yang diterima ketika baginda Rasulullah tiba di Madinah.

Siapa As'ad Az-Zurarah?
Dlm kabilah Khazraj, ada satu kabilah ie bani Najar, dan As'ad adalah katua bani Najar tersebut.  

Ramai Nabi adalah dari keturunan bani Israel. 
Dari keturunan Nabi Ismail, hanya Nabi Muhammad saw shj adalah dilantik oleh Allah sebagai Nabi.

Salah satu punca kenapa orang yahudi menafikan keNabian Rasulullah adalah kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Nabi akhir zaman bukan dari keturunan bani Israel.

Pada tahun pertama dakwah Rasulullah, terdapat 350 org berugama Islam. Kira-kira 150 org sahabat yg tinggal di Mekah ketika perisitwa hijrah, kerana selainnya telah berhijrah ke Habsyah.
Ketika kewafatan Nabi, terdapat kira-kira 120,000 org sahabat.


Rasulullah menukar strategi dakwah kepada orang yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji. Kumpulan sasaran pertama adalah 6 org dari Yathrib yang datang utk menunaikan haji. 6 orang ini termasuk As'ad Az-Zurarah.

As'ad Az-Zurarah setelah mendengar berita ada orang yg mengakui dirinya sebagai Nabi, dia ingin menemuinya. Apbl bertemu Rasulullah, Rasulullah bertanya kpd As'ad adalah dia dari kabilah Arab yang ada hubungan baik dgn kaum Yahudi. As'ad mengaku dan seterusnya baginda Rasulullah mengajak berbincang. As'ad adalah org Ansar pertama beriman kpd Allah dan Rasulullah. 

Perjanjian Aqabah Pertama:
Setelah pulang ke Yathrib, As'ad berjaya menyebarkan maklumat tentang Rasulullah. Pd thn berikutnya, 12 org dari Yathrib datang ke kota Mekah untuk menunaikan haji. Rasulullah mengikat perjanjian dengan 12 orang ini (dipanggil Perjanjian Aqabah Pertama). 


Dakwah di Yathrib:
  • Selepas setahun tiada satu rumah pun rumah Aus dan Khazraj yang tidak masuk Islam (paling kurang seorg telah memeluk Islam).

  • As'ad membantu Mus'ab bin Umair ra (ie wakil yang dilantik oleh Rasulullah untuk mengajarkan Islam kepada penduduk di Yathrib) dlm usaha dakwah awal di Yathrib.[Klik sini utk kisah Mus'ab bin Umair ra]

  • Kejayaan besar mereka adalah berjaya mengislamkan ketua puak Aus dan ketua puak Khazraj.

  • pd thn berikutnya 73 org dari Yathrib ke kota Mekah utk menunaikan haji.

  • bani Mutalib dan bani Hashim melindungi Rasullah walaupun mereka belum memeluk Islam.

  • perlindungan dari bani Mutalib dan bani Hashim amat penting kpd Rasulullah. Utk berhijrah ke Yathrib, Rasulullah mendapatkan persetujuan dari kumpulan rombongan 73 org dari Yathrib.

  • Hijrah Rasulullah ke Yathrib bermula pd bulan Muharram thn ke-14 kenabian Rasulullah. perjanjian berlaku pd sebelum itu pd thn ke-13 kenabian Rasulullah.

Quba
- peranan As'ad adalah menunjukkan kedudukan Rasullah di Quba. Setelah beberapa belas hari tinggal di Quba, barulah Rasulullah bergerak masuk ke kota Yathrib.


Daripada Anas bin Malik ra, beliau menceritakan:
 

قَدِمَ الْمَدِينَةَ، فَنَزَلَ فِي عُلْوِ الْمَدِينَةِ، فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ بَنُو عَمْرِو بْنُ عَوْفٍ، فَأَقَامَ فِيهِمْ أَرْبَعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Apabila Nabi saw tiba di Madinah maka Nabi saw singgah di satu kawasan yang tinggi di Madinah iaitu sebuah perkampungan yang dinamakan Bani ‘Amr bin ‘Auf. Nabi saw menetap di situ selama 14 malam.” [HR Al-Bukhari No.3932 dan Muslim No.524]


- As'ad mengumpulkan 70 pemuda bani Najar dan mengiringi Rasulullah bergerak dari Quba ke kota Yathrib dalam keadaan pedang mereka terhunus (tidak bersarung).


- Siapa Abu Ayub Al-Ansari?
  • Seorang pemuda bani Najar. 

  • Hinggalah Allah turunkan ayat (Allah melindungi kamu...) barulah Rasulullah berpindah ke suatu tapak rumah baru berhampiran dgn masjid Nabi.

  • As'ad meninggal dlm keadaan muda. Dia sakit sebelum dari perang Badar. Akibat dari masalah pernafasan.

  • Dia adalah org pertama meninggal dunia dari kalangan Ansar. Org pertama yg jenazahnya disembahyangkan oleh Rasulullah. Jenazahnya adalah jenazah org Islam pertama dikebumikan di perkuburan Baqek.

  • org Islam di Yathrib diimamkan solat mereka oleh As'ad.

  • solat Jumaat pertama, bacaan khutbah pertama di Yathrib adalah oleh As'ad.


Ka'ab bin Malik (dari kalangan Ansar), setiap kali azan solat Jumaat dia akan mendoakan As'ad. Anaknya hairan dan bertanya kepada dia mengapa mendoakan As'ad, jawabnya adalah kerana dialah imam solat Jumaat pertama dan khatib solat Jumaat pertama di Yathrib.



- Daripada Ibn Abbas ra mengatakan:
 

بُعِثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعِينَ سَنَةً، فَمَكُثَ بِمَكَّةَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ سَنَةً يُوحَى إِلَيْهِ، ثُمَّ أُمِرَ بِالهِجْرَةِ فَهَاجَرَ عَشْرَ سِنِينَ، وَمَاتَ وَهُوَ ابْنُ ثَلاَثٍ وَسِتِّينَ

Maksudnya: “Nabi saw dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda saw berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” [HR Al-Bukhari No.3902].

Sunday, April 21, 2019

Sahabat Rasulullah: Mus'ab

- us Noor Azam kuliah Maghrib Ahad 21-Apr-2019

Sirah sahabat Mus'ab bin Umair

1 bin Hashim... dari Bani Abdibda. Keturunan pahlawan.
2. Pemuda yg pd awalnya dikenali sebagai pemuda yg paling wangi di kalangan pemuda² Mekah. Maksud wangi adalah dibesarkan dgn kesenangan dan kemewahan, maka tangannya/kulitnya boleh dikatakan lembut kerana tidak perlu bekerja keras berbanding pemuda lain, kerana kemewahan keluarganya.

Namun dia mempunyai akal fikiran yg baik.

Semasa dakwah Rasulullah secara senyap², di rumah Al-Arqam Abi Al-Arqam. Mus'ab telah memeluk Islam. Oleh kerana ibunya seorg yg garang, dia menyembunyikan keislamannya. Akhirnya keislamannya dapat dihidu oleh org Quraisy.

Setelah diadukan kpd ibu Mus'ab, ibunya memanggilnya dan bertanyakan kebenaran. Pd awalnya ibunya mengambil keputusan utk membuat hukuman kurungan rumah (dikurung dlm rumah). Pd ketika itu dia dpt mendengar tawaran dan keizinan baginda Rasulullah supaya org Islam berhijrah ke Habsyah.

Dia berjaya meloloskan diri dan berhijrah ke Habsyah.

Ayat terakhir Surah An-Najm menyebabkan org² Quraisy sujud bersama org Islam, tanpa disedari. Namun utk menutup malu org² kafir Quraisy mengatakan mereka sujud itu kerana teringatkan sujud mereka kpd patung² berhala.

Surah An-Najm Ayat 53:62

A062

فَٱسۡجُدُواْۤ لِلَّهِۤ وَٱعۡبُدُواْ۩

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

Berita dan peristiwa ini didengari oleh org² Islam di Habsyah, maka berita org Mekah tlh memeluk Islam menjadikan mereka rasa gembira dan membuat keputusan utk kembali ke Mekah.

Apbl tiba di Mekah baru mereka tahu berita itu tidak benar. Meraka pulang semula ke Habsyah.

Semasa Mus'ab kembali ke Mekah pd kali kedua, dia terus menemui Rasulullah, setelah itu barulah dia bertemu ibunya. Setelah diketahui ibunya yg dia kembali ke Mekah dan mengutamakan Nabi Muhammad, ibunya menarik balik segala kemewahan yg diberikan sebelum itu.

Mus'ab yg ditatang dgn kemewahan, kemudiannya menjadi spt org biasa yg tidak berharta.

Pd suatu ketika baginda Rasulullah berdakwa di luar Mekah, dakwah baginda ditolak termasuk di Taif. Strategi dakwah baginda Rasulullah kemudiannya difokuskan kpd jemaah yg dtg mengerjakan haji.

Pd suatu ketika baginda bertemu dgn 6 org dari Yathrib. Mereka kemudiannya mengenali dan faham bhw berita yg ditakut-takutkan oleh org yahudi adalah palsu.

Pd musim haji berikutnya, 12 org datang ke Mekah dan akhirnya termeterai Perjanjian Aqabah pertama. Mereka meminta seorg yg boleh dihantar ke Yathrib utk pulang bersama mereka utk mengajarkan Islam di sana.

Org Yathrib dari ada 2 puak ie Arab dan juga yahudi. Org Arab Yathrib terbahagi 2 ie Aus dan Khazraj. Mereka saling berperang selama 120 thn kerana sentiasa dilaga-lagakan oleh org yahudi.

Baginda Rasulullah memilih dikalangan para sahabat utk menjadi pendakwah di Yathrib, berdasarkan kebijaksanaan baginda dan memilih Mus'ab.

Rundingan - saidina Uthman
Risikan - saidina Ali

Semasa berdakwah di Yathrib, As-'ab Az-Zurarah menjadi agen utk Mus'ab menerangkan Al-Quran di rumahnya. Mus'ab membacakan ayat² Al-Quran yg mentauhidkan Allah.

Hinggalah perkara ini heboh di Yathrib. Ketua kabilah ie Bani Ashhal yg diketui oleh Husail. Husail balik ke kampungnya dia terserempak dgn As'ab Az-Zurarah dan Mus'ab, kemudiannya melarang Mus'ab utk meneruskan dakwahnya dikalangan penduduk kampungnya.

Mus'ab tidak melawan (berdebat) sebaliknya mempelawa Husail utk mendengar apa yg akan disampaikannya. Jika ada perkara yg tidak benar maka Mus'ab berjanji tidak akan dtg lagi berdakwah di kampung itu. Mus'ab kemudiannya diberi kebenaran utk bercerita tentang Islam. Apbl diberi kebenaran, Mus'ab tidak bercerita tentang Islam sebaliknya membacakan ayat² Al-Quran.

Ketua-ketua puak Yathrib yg lain memeluk Islam, dan mereka kemudiannya kembali kpd puak mereka dan mengatakan tidak boleh bercakap dgn kaumnya kerana mereka belum memeluk Islam. Akhirnya penduduk kampungnya memeluk Islam.

Pd musim haji berikutnya 70 org Islam Yathrib dtg menunaikan haji di Mekah. Dlm musim haji itu Mus'ab melaporkan kpd baginda Rasulullah bhw tidak ada sebuah rumah di Yathrib yg tiada org Islam (menunjukkan telah ada sekurang-kurangnya seorg tlh memeluk Islam).


Perang Uhud:

Dlm peperangan Uhud, ketika tentera Quraisy yg diketui oleh Khalid Al-Walid berpatah semula, Mus'ab adalah org yg memegang panji-panji Islam. Dua tangannya putus dipancung kerana memegang panji Islam. Dia akhirnya ditombak oleh puak Quraisy hingga syahid.

Jasa Mus'ab berdakwah selama 16 thn (ie 13 tahun sebelum hijrah dan 3 thn selepas Hijrah), dan dlm tempoh ini dia berjaya mengislamkan penduduk Yathrib.

Sunday, February 14, 2016

Kaitan Rasulullah dan Madinah

-us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Jan-2016

Kaitan Rasulullah dan Madinah

  • Rasulullah berasal dr keturunan Bani Hashim.

  • Dakwah Rasulullah kpd kabilah2 di Mekah tidak mendapat sambutan dlm 10 thn pertama, kemudian baginda berpindah ke Madinah iaitulah dakwah kpd kabilah2 di luar Mekah, dgn menjanjikan kewujudan sebuah kerajaan Islam.

  • Pertemuan yg tidak dirancang apbl Rasulullah bertemu dgn 6 ketua kabilah, yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji.

  • Sebelum itu Bani Saqif yg berpusat di Taif. Taif ketika itu adalah sebuah bandar yg sama besar dgn Mekah. Juga pd ketika itu mempunyai berhala yg terkenal (ie latta).

  • Rasulullah lahir di Mekah, namun kewafatannya baginda memilih di Madinah.

  • Rasulullah, selain dr Bani Hashim suku kaum Quraisy. Dlm syair nama datuk Rasulullah, disebutkan sebagai Syaibah, tidak dipanggil sebagai Abdul Mutalib.
    • Syaibah adalah nama asal datuk Rasulullah. Syaibah berkulit putih dan ranbutnya beruban putih.
    • Moyang Rasulullah, bernama Hashim bin Abdul Manaf. Seorg peniaga. Ketika dia berniaga ke Syam, beliau berkahwin dgn wanita Madinah (ie Salma) dan mendapat anak ie Syaibah.
    • klik sini utk kuliah berkenaan Abdul Mutalib bin Hashim (datuk Nabi).

  • Mutalib bin Abdul Manaf adalah adik kpd Hashim.
  • Selepas kematian Hashim, Mutalib memujuk Salma utk membawa Syaibah ke Mekah, utk mewarisi peninggalan harta bapanya.
    • Nama Abdul Mutalib diberikan oleh penduduk Mekah kpd Syaibah kerana disangkakan Syaibah adalah hamba yg dibeli oleh Mutalib ketika berniaga. 
    • Abdul Mutalib bermaksud "hamba kepada Mutalib". Namun Mutalib berjaya memperbetulkan hal ini dan mengatakan Syaibah adalah anak kpd Hashim. 
    • Selepaa itu berlakulah proses mendapatkan semula harta peninggalan bapanya (Hashim).

  • Pertemuan Rasulullah dgn 6 ketua kabilah dr Madinah yang kemudiannya menerima Rasulullah.
  • Bani Najjar, diketuai oleh As'ad bin Az-Zurarah, yg juga keturunan baginda Rasulullah di Madinah dr keluarga Hashim. 
    • Dlm pertemuan itu 2 org dr Bani Najjar, salah seorgnya adalah As'ad. As'ad adalah org yg paling muda dlm kumpulan 6 org tsbt.

  • Pd thn berikutnya (tahun ke-11), As'ad dtg ke Mekah bersama 11 org lagi bertemu Rasulullah pd kali ke2.
    • Dalam masa 1 thn As'ad berjaya menyampaikan berita berkenaan Rasulullah kpd Bani Aus dan Khazraj, dan ugama baru yang di bawa oleh Rasulullah.
    • 2 dari 12 itu adalah wakil dari Bani Aus. 

  • Mus'ab bin Umair ra dikirimkan oleh Rasulullah utk menyertai rombongan 12 org Madinah pulang ke Madinah dan membantu As'ad berdakwah di Madinah.
    • Sebelum berangkat pulang ke Madinah, mereka meminta Rasulullah utk menghantarkan sesorang bagi menyampaikan dakwah kepada penduduk Madinah.
    • Rasulullah melantik Mus'ab bin Imair ra, sebagai wakil baginda (duta) utk berdakwah di Madinah.

  • Mus'ab bin Umair ra dan As'ad Az-Zurarah berjaya mengislamkan kaum Aus dan Khajraj. Hinggakan tiada sebuah rumah di Yathrib yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang telah memeluk Islam.



Hijrah ke Madinah 

  • Hijrah Rasulullah pd bulan Safar tahun ke 13 Hijrah dan tiba di Yathrib pd bln Rabiul Awal. 
    • Org Islam Mekah mula berhijrah ke Yathrib lebih awal i.e. bermula pd bln Muharram thn ke 13 hijrah.

  • Hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar ke Yathrib, baginda singgah di Quba dan mendirikan masjid di sana.

  • Rasulullah mendapat perlindungan kemasukan ke Yathrib, oleh pejuang2 dari Bani Najjar.
  • Abu Ayub berasal dr Bani Najjar, baginda tinggal di rumah Abu Ayub.
  • Selepas kematian As'ad, Bani Najjar menemui Rasulullah utk dipilih ketua mereka. Maka Rasulullah mengatakan bhw baginda adalah ketua Bani Najjar seterusnya, selepas meninggalnya As'ad.