- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 11-Okt-2020
- Covid-19 sepatutnya menginsafkan manusia, bahawa betapa kerdilnya kita kepada Allah, dan bahawasanya kita amat-amat bergantung kepada Allah.
Mus'ab bin Umair ra
Sambungan kuliah sebelum ini berkenaan seorang yang menjadi perancang dan menyediakan tapak daulah Madinah, dalam peristiwa hijrah Rasulullah i.e. As'ad Az-Zurarah [klik sini utk bacaan kisahnya]. Kuliah kali ini adalah untuk menyingkap sirah terhadap gandingan As'ad iaitulah Mus'ab bin Umair ra
- As'ad bin Az-Zurarah adalah seorang Ansar. Manakala Mus'ab bin Umair adalah seorang Muhajirin.
- Persamaan mereka berdua amat luar biasa. Hinggakan tidak ada sebuah rumah pun di Madinah yang tidak masuk Islam (sekurang-kurangnya seorang telah memeluk Islam, hasil dari dakwah mereka).
- Kedua-dua mereka meninggal dalam usia yang muda, dalam peringkat awal negara Islam Madinah.
- As'ad meninggal sebelum dari peristiwa Perang Badar, tahun 2H.
- Mus'ab meninggal pada Perang Uhud, tahun 3H.
- Persamaan ketika nak dikebumikan:
- As'ad: pakaian yang menutupi jenazahnya tidak cukup panjang. Hinggakan jika ditarik menutup kakinya, maka terlihat mukanya, dan jika ditarikh menutup muka, terdedah kakinya. Lalu Rasulullah perintahkan supaya ditarik kain jenazah itu menutup mukanya, dan diambilkan ranting kayu dan daun menutupi kakinya. Dikebumikan sedemikian rupa.
- Mus'ab: Perkara yang sama kepada kain yang diguna menutup jenazahnya selepas syahid dalam Perang Uhud. Mukanya ditutup dengan kain, sementara kakinya ditutupi dengan ranting kayu dan daun.
Mus'ab bin Umair
- Antara orang yang awal memeluk Islam, dalam usia belasan tahun, dalam 3 tahun pertama dakwah Rasulullah saw.
- Keistimewaan orang yang masuk Islam dalam 3 tahun pertama adalah mereka kuat keimanannya.
- Rasulullah hanya akan ceritakan/dakwah Islam kepada mereka yang diyakini akan memeluk Islam. Kerana pada waktu itu dakwah Rasulullah adalah secara rahsia, ie tidak diketahui oleh orang ramai (penduduk Mekah) akan adanya seruan kepada suatu ugama baru (ie Islam).
- Rasulullah tidak mahu ambil risiko sekiranya dakwah yang disampaikan ditolak, maka rahsia baginda berdakwah akan bocor kepada penduduk kafir Mekah yang lain.
- Jumlah sahabat ketika baginda wafat adalah 120,000 orang. Namun dalam 3 tahun pertama dakwah Rasulullah, hanya ada 57 orang sahaja orang Islam. (dikira oleh Dr Munighadban dgn mengumpulkan dan anlisa sirah).
- 57 orang ini dikirakan sebagai orang yang kuat keimanannya.
- Dlm peristiwa Israk dan Mikraj, bergoncang keimanan orang Islam. Namun 57 orang Islam ini tidak tergugat iman mereka. Mereka menerima peristiwa Israk dan Mikraj dengan membenarkan peristiwa tersebut, dan beriman dengannya.
- Berasal dari keluarga berada (kaya), seorang anak yang manja. Ibunya seorang yang kaya.
- Pakaiannya dari jenis yang mahal seperti dibuat dari sutera.
- Bila dia salin pakaian, baju yang ditanggalkan itu tidak akan dipakainya lagi.
- Dia mempunyai tubuh badan yang tampan. Rambutnya kemas. Sehinggakan Rasulullah sebuatkan dalam sebuah hadis selepas dari kematian (Mus'ab) dalam perang Uhud: "Tidak pernah aku lihat seorang lelaki yang kemas pakaiannya dan kemas rambutnya, selain dari Mus'ab bin Umair"
- Dia wangi, dengan memakai minyak wangi yang mahal. Hinggakan jika dia lalu, orang dapat meneka siapa yang lalu itu.
- Digelar "fatan mudallan" sebagai budak manja. Nama jolokan yang diberikan kepadanya.
- Apabila didengari oleh ibunya yang dia telah memeluk Islam, ibunya sangat marah.
- Mus'ab didenda dimana dia dikurung dalam bilik paling hujung di rumahnya. Tidak diberi makan dan minum, dan tidak dibenarkan keluar.
- Mus'ab tidak kisah dengan hukuman yang dikenakan oleh ibunya itu.
- Pada tahun ke-5, apabila peningkatan penyiksaan terhadap orang Islam amat kuat di Mekah, Mus'ab lari dari rumahnya dan mengikuti rombongan hijrah ke Habsyah (ie Ethopia).
- Rasulullah izinkan sebahagian orang Islam (berjumlah 170 orang) untuk berhijrah ke Habsyah, diketuai oleh sepupu Rasulullah iaitu Jaafar bin Abi Talib ra.
- Perjalanan dari Mekah ke Habsyah terpaksa merentas padang pasir di Semenanjung Tanah Arab menuju ke sebelah barat, kemudian menaiki kapal menyeberangi Laut Merah dan kemudian berjalan di padang pasir hinggalah ke Ethopia.
- Habsyah diperintah oleh seorang Raja bernama Najashi. Najashi adalah seorang Nasrani.
- Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua (2) kali.
- Dia berhijrah ke Habsyah kali pertama, kemudian pulang ke Mekah, Kemudiaannya kembali semula ke Habsyah dan balik semula ke Mekah.
- Dia juga mengikuti rombongan berhijrah ke Madinah.
- Sebahagian dari sahabat yang berhijrah ke Habsyah tidak kembali semula ke Mekah. Mereka kekal di Habsyah.
- Apabila Rasulullah saw menerima bai'ah dari 12 orang penduduk Madinah, Rasulullah diminta oleh As'ad Az-Zurarah untuk mengajar kepada penduduk Madinah berkenaan Islam. Rasulullah melantik Mus'ab menjadi utusan (duta) kepada Rasulullah untuk menyampai dakwah Islam kepada penduduk Madinah, mewakili Rasulullah.
- Mus'ab termasuk dalam 313 orang tentera Islam yang terlibat dalam Perang Badar.
- Hadis " ...Buatlah apa yang kamu hendak buat, Aku ampunkan dosa kamu "
- Mus'ab juga termasuk dalam 700 orang tentera Islam yang terlibat dalam Perang Uhud. Dia dilantik sebagai pemegang bendera dalam Perang Uhud. Putus tangan kanannya dipancung dengan pedang. Kemudian tangan kirinya memegang bendera/panji Islam. Tangan kirinya juga dipancung oleh tentera kafir Quraisy. Dia kemudian memelik bendera/panji dengan kedua tangan yang kudung. Ketika itu tentera musuh menikamnya hingga dia jatuh rebah/syahid, sambil memeluk bendera/panji Islam.
- Dlm Perang Uhud 70 sahabat syahid (dari 700 tentera). Rasulullah saw bersedih dengan kematian syahid 70 sahabat itu.Sebahagian ahli sirah mengatakan Rasulullah bersedih terhadap kesemua 70 para syuhadah. Namun Rasulullah tangisi terhadap 2 orang yang syahid iaitu:
- Hamzah bin Abdul Talib, bapa saudara Rasulullah.
- Hamzah amat disayangi oleh Rasullah kerana mempertahankan Rasulullah dan Islam bermula dari tahun ke-4 atau ke-5 dakwah Rasulullah.
- Hamzah masuk Islam agak mengejut, selang 5 hari selepas keIslaman saidina Umar.
- Hamzah mati dibunuh oleh Wahsyi dalam Perang Uhud. Selepas keislaman Wahsyi, Rasulullah mengatakan kepada Wahsyi, "jangan tunjukkan muka engkau kepadaku".
- Mus'ab bin Umair ra
- Dlm hadis disebutkan badan Mus'ab sebagai bersisik, menggambarkan kulit yang kasar dengan kecederaan yang teruk. Jenazahnya berkeadaan dengan rambutnya kusut masai, dan pakainya koyak, dan Rasulullah menangi lalu mengungkapkan:
- Ketika di Mekah dulu, tak seorang pun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadamu. Tetapi sekarang ini, dengan rambutmu yang kusut masai, hanya dibalut sehelai burdah.
- Umurnya dlm lingkungan 21 atau 22 tahun sewaktu kematiannya, dalam tahun ke 3H. Sewaktu berumur 18 tahun dia berhijrah ke Habsyah. Dlm usia yang muda, sumbangan besarnya adalah menjadi pengasas Islam di Madinah bersama As'ad bin Az-Zurarah.
No comments:
Post a Comment