Tuesday, November 24, 2020

Membaca Al-Quran dengan Berlagu

- us Mohd Harif Haron kuliah Maghrib Isnin 12-Okt-2020

Membaca Al-Quran dengan Berlagu

- Sabda Rasulullah: "Perelok bacaan Al-Quran dengan suaramu"

Sabda Rasulullah lagi: "Siapa yang tidak memperelokkan bacaan Al-Quran dengan suaranya., maka dia bukan dari kalangan kami".

Dari Abu Lubabah bin Abdul Mudzir ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda : “Barangsiapa yang tidak suka membaguskan suaranya di waktu membaca Al-Qur’an, maka tidaklah termasuk golonganku.” [HR Abu Dawud]
  • Maksud "memperelokkan" adalah membaca Al-Quran dengan lagu.

- Apbl Rasulullah mendengar Abu Musa Al Asy’ariy membaca Al-Quran dengan bacaan yang lunak, sebenarnya dia telah diberi seruling dari seruling keluarga Nabi Daud".

Dari Abu Musa Al Asy’ariy bahwasanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya : “Sungguh kamu telah dikaruniai sebagian dari kebagusan suara keluarga Nabi Daud.” [HR Bukhari dan Muslim]
  • maksudnya bacaan Abu Musa Al-Asyari diminati oleh Rasulullah kerana bacaan Al-Quran dengan suaranya yang merdu.
  • Apabila membaca ayat "wa hu wa", maka perlu ditekankan bacaan "wa hu wa" tersebut, utk membetulkan intonasi Al-Quran.
  • Melagukan Al-Quran bukannya mengikut lagu/irama muzik (hisdustan, melayu, jawa, etc). Jangan campur adukkan hak Allah ie Al-Quran dengan nafsu manusia (mengikut lagu yang diminati).

Adab membaca Al-Quran:
  1. Bersuci i.e. Berwuduk. Berwuduk walau membaca Al-Quran dengan menggunakan smartphone.

  2. Menghadap ke arah kiblat.

  3. Semua anggota tenang, tidak selalu menoleh ke kanan dan kiri ie perhatiannya tidak terpesong dari bacaan Al-Quran. 

    • Bagi yang mendengar bacaan Al-Quran, fokus kepada mendengar bacaan.
    • Dalam majlis khatam Al-Quran (spt pada bulan Ramadhan), semua anggota kumpulan perlu mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh ahli pasukan. Sekiranya ada ahli yang tidak fokus kepada bacaan, atau melakukan perkara selainnya, maka dia (i) tidak mendapat pahala khatam Al-Quran dan (ii) tidak dikira sebagai telah khatam Al-Quran, kerana tidak menghayati bacaan Al-Quran ahli kumpulan yg lain.
    • Kami turunkan Al-Quran sebagai syifak dan penenang dan rahmat dari Allah swt untuk sekalian alam.
    • Sheik Al-Sya'rawi, apabila ditanya kenapa bila baca Al-Quran tetapi tidak mendapat ketenangan. Jawab Sheik Al-Sya;rawi, "Al-Quran itu amat hebat, masalahnya adalah pada orang yang membaca Al-Quran itu". Syarat untuk mendapat ketengan adalah perlu bertakwa.

  4. Jaga nafas semasa membaca Al-Quran, dan berhenti di tempat/tanda wakaf. Tarik nafas secukupnya untuk membolehkan bacaan ayat lebih panjang dan tenang. Bacaan dengan nafas pendek tidak nampak ketenangan (tercungap-cungap).

    • Tarikh nafas, kemudian berhenti seketika dan baru mulakan bacaan Al-Quran.
    • Apabila tarik nafas, perut akan terasa kembang, dada naik sedikit sahaja. Bukannya kembang dada hingga kepis perut.

  5. Pakai pakaian yang bersih, wangi, menutup aurat dan elok. Bersongkok, Tutup kedua-dua bahu, elakkan memakai pakaian seperti singlet.

    • Rasulullah membuka bahu apabila melakukan tawaf sahaja.
    • Dalam mazhab Syafie, solat dengan nampak bahu, solatnya sah, tetapi hukumnya makhruh.
    • Jangan ada makanan dalam mulut. Malaikat suka bersama dengan pembaca Al-Quran. Dengan itu elakkan sebarang makanan dalam mulut semasa membaca Al-Quran.

Kedudukan Pembaca Al-Quran di sisi Allah SWT

- Sabda Rasulullah, "Orang yang membaca Al-Quran, sedang ia mahir dan lancar bacaannya, orang ini bersama para malaikat yang mulia lagi baik. Dan orang yang membaca dengan melekat bacaannya dan merasa payah bacaannya, padahal memang lidahnya berat menyebut huruf-hurufnya, mendapat dua pahala".
  • Allah nak beri pahala kepada kita kerana kita berusaha utk belajar membaca Al-Quran.


Perhatikan huruf dan baris Al-Quran untuk menjaga bacaan Al-Quran itu betul. Dua contoh kesilapan biasa apabila membaca dengan kurang cermat:

(1) Dalam Surah Fusilat ayat 41:29, bacaan yang tepat adalah ".. al la dzai ni .." Namun jika tidak cermat, maka kita akan baca dengan membuat kesilapan "... al la dzi na ..."

 Surah Fusilat Ayat 41:29 (klik sini utk paparan ayat)


وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ رَبَّنَآ أَرِنَا ٱلَّذَيۡنِ أَضَلَّانَا مِنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ نَجۡعَلۡهُمَا تَحۡتَ أَقۡدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ ٱلۡأَسۡفَلِينَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".


(2) Dalam surah At-Tawbah terdapat dua (2) ayat dengan bacaan "... wa a ta wuz zakah ...". Sekiranya tidak cermat, kita akan baca dengan salah sebagai "... wa a tuz zakah ..."


Surah At-Tawbah Ayat 9:5 (klik sini utk paparan ayat)



فَإِذَا ٱنسَلَخَ ٱلۡأَشۡهُرُ ٱلۡحُرُمُ فَٱقۡتُلُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَيۡثُ وَجَدتُّمُوهُمۡ وَخُذُوهُمۡ وَٱحۡصُرُوهُمۡ وَٱقۡعُدُواْ لَهُمۡ كُلَّ مَرۡصَدٖۚ فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ فَخَلُّواْ سَبِيلَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Surah At-Tawbah Ayat 9:11 (klik sini utk paparan ayat)


فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ فَإِخۡوَٰنُكُمۡ فِي ٱلدِّينِۗ وَنُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ

Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

 

No comments: