Saturday, November 14, 2020

Hukum Solat Seorang Lelaki Dengan Pakaian Melebihi Buku Lali

 - us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 13-Okt-2020

Hadis berkenaan solat seorang lelaki dengan pakaian melebihi buku lali 

Daripada Abu Hurairah ra mendengar Rasulullah bersabda, "Nabi melarang orang lelaki yang solat degan pakaian melebihi buku lali".  

- Dari hadis ini "as-sodlu",  terdapat dua (2) maksud:
  1. "Isbal" iaitulah orang lelaki yang solat dalam keadaan melabuhkan pakaiannya hingga melebihi buku lali.
    • Dalam sepotong hadis yang sohih, Rasulullah duduk dengan sahabat dlm masjid, masuk seorang lelaki selepas berwuduk dan menunaikan solat dan ingin menyertai majlis ilmu Rasulullah. Rasulullah kemudiannya menyuruhnya berwuduk dan solat semula, tadi kamu tidak berwuduk dan bersolat. Lelaki itu pun melakukan seperti yang diarahkan oleh Rasulullah.

    • Selesai solat, Rasulullah mengatakan perkara yang sama, dan lelaki itu patuh perintah Rasulullah.

    • Setelah beberapa kali berlaku perkara yang sama, bertanya sahabat kepada Rasulullah, apakah kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tadi? Jawab Rasulullah, lelaki tadi dia bersolat dalam keadaan pakaiannya melebihi buku lali. Allah tidak terima solat seorang lelaki yang pakaiannya melebihi buku lali.

    • Sheik Hassan Salman dalam kitabnya "Kekeliruan dan kesalahan yang berlaku dalam solat", terdapat tiga (3) pendapat berkenaan solat seorang lelaki dalam keadaan pakaiannya melebihi buku lali:
      • (i) Makruh
      • (ii) Sah solat, tetapi berdosa
      • (iii) Tidak sah.
    • Rasulullah menyuruh lelaki tadi mengambil semula wuduk dan melakukan semula solat, kerana solat yang dilakukan oleh lelaki tadi tidak sah (disebabkan pakaiannya melebihi paras buku lali).

    • Afdalnya kita lakukan solat dengan pakaian tidak melebihi buku lali, bagi mengelakkan solat kita termasuk dalam 3 kategori yang disebutkan oleh Sheik Hassan Salman.

  2. maksud kedua iaitulah orang lelaki yang solat dalam keadaan menyingsing lengan baju. 
    • Adab semasa solat adalah melabuhkan lengan baju. Namun tiada hukum (makhruh atau haram) sekiranya solat dengan baju lengan pendek.

    • Nabi benarkan seorang lelaki bersolat dengan tidak memakai baju, dengan syarat kedua-dua bahunya mesti ditutup. Tidak boleh bersolat dalam keadaan sebelah (satu) bahu terdedah atau kedua-dua bahu terdedah. 
      • Sewaktu tawaf, apabila nak lakukan solat, perlu tutup bahu (dgn kain ihram). Boleh dibuka semula selepas selesai solat, untuk sambung tawaf.

    • Nabi juga melarang, lelaki yang bersolat dalam keadaan menutup mulutnya. Ada beberapa pengecualian, seperti dalam keadaan uzur spt tidak sihat (seperti batuk teruk) atau ada sebab yang kukuh.

    • Nabi juga melarang menguap sewaktu bersolat. Perbuatan menguap akan menyebabkan jemaah lain akan turut sama menguap. Nabi ajarkan jika tidak boleh tahan untuk menguap, maka tutup mulut dengan (belakang) tangan supaya syaitan tidak masuk dalam badan ketika mulut ternganga (menguap).
      • Dalam keadaan covid-19, atas arahan pemerintah, jemaah dibenarkan memakai pelitup muka sewaktu bersolat (dalam tempoh waktu tertentu).
      • Namun hukumnya makruh, sekiranya ada orang yang masih memakai pelitup muka sewaktu bersolat, setelah pihak pemerintah menarik (memansuhkan) arahan tersebut.

- Kata Khatib Sharbini, seorang ulamak besar mazhab as-Shafie, mengatakan Rasulullah melarang kita tiga (3) perkara, sewaktu bersolat:
  1. orang lelaki solat dengan memakai pakaian yang bergambar
    Pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar akan mengganggu jemaah (di belakang) .membaca tulisan atau hilang tumpuan dalam solat.

  2. orang lelaki yang bersolat dalam keadaan menutup mulut (kecuali dalam keadaan tertentu, spt dibincangkan di atas)

  3. orang perempuan yang bersolat dalam keadaan dia memakai niqab (purdah).
    Seorang perempuan yang sememangnya memakai niqab/pudah, perlu membuka niqab sewaktu menunaikan solat (ketika berada ditempat jemaah wanita/tempat yang tertutup). Walaubagaimanapun, jika disebabkan keuzuran atau arahan pemimpin spt semasa covid-19, niqab yang menjadi pelitup mukanya, maka dibenarkan/dibolehkan/diwajibkan. Jika dia bersolat di tempat terbuka (spt di dataran, ruang masjid terbuka), maka dia dibenarkan memakai niqab. Begitu juga sekiranya pemakaian niqab itu boleh mengelak dari fitnah.

- Asalnya hadis berkenaan isbal menyebutkan sombong dan ada juga menyebutkan tidak sombong.  Makhruh sekiranya tiada niat sombong, dan haram hukumnya sekiranya ada niat menyombong diri.
  • Pada zaman dahulu, orang Arab merasakan bila mana memakai pakaian melebihi paras buku lali, menunjuk mereka gah. Kerana pada ketika itu pembesar-pembesar orang Farsi dan Rom menunjukkan kegagahan mereka dengan pakaian yang menyeret lantai/jalan (ie melebihi buku lali) hingga ada juga orang yang mengikutinya yang memegang hujung baju yang berlebih itu. 
    • Samalah dengan pakaian pengantin yang sengaja mengenakan pakaian labuh berjela hingga terpaksa di pegang dibelakangnya oleh orang lain. Fesyen ini perlu dielakkan oleh pasangan pengantin.


- Persoalan Nikah:
  1. Kes 1: Seorang bapa angkat hendak menikahi dua beradik kembar yang dibela sejak dari kecil, dan dia ingin bernikah kedua-dua anak kembar itu serentak.

    • Hukumnya haram jika bernikah serentak dengan dua beradik.

    • Hukumnya halal jika bernikah dengan salah seorang anak angkat (yang bukan anak susuan, juga bukan anak tiri dari bekas isteri yang telah disetubuhi).
       
    • Dalil: Surah An-Nisa Ayat 4:23 (klik sini utk paparan ayat)

حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمۡ أُمَّهَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُمۡ وَعَمَّٰتُكُمۡ وَخَٰلَٰتُكُمۡ وَبَنَاتُ ٱلۡأَخِ وَبَنَاتُ ٱلۡأُخۡتِ وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِيٓ أَرۡضَعۡنَكُمۡ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ وَأُمَّهَٰتُ نِسَآئِكُمۡ وَرَبَٰٓئِبُكُمُ ٱلَّٰتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّٰتِي دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمۡ تَكُونُواْ دَخَلۡتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ وَحَلَٰٓئِلُ أَبۡنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنۡ أَصۡلَٰبِكُمۡ وَأَن تَجۡمَعُواْ بَيۡنَ ٱلۡأُخۡتَيۡنِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    • Hadis nabi: Ummu Habibah binti Abi Sufyan i.e. isteri Rasulullah menyuruh Rasulullah menikahi adik (kandung) perempuannya, dgn alasan boleh menjadi teman kepadanya sewaktu Rasulullah berada bersama isteri yang lain, atau pun bermusafir atau keluar berjihad. Kata Nabi kepada Ummu Habibah, "Sesungguhnya ia tidak halal bagiku". 
    • Ummu Habibah kemudiannya mengatakan bahawa dia dapat tahu Rasulullah berkeinginan menikahi puteri Abu Salamah, kata Nabi "puteri Abu Salamah?" agak terkejut. Maka jawab Rasulullah, "Dia adalah anak tiriku yang ada dalam perliharaanku, maka dia tidak halal bagiku".

  1. Kes 2: Seorang bernikah dengan iparnya setelah kematian isterinya.
    • Hukumnya halal, dan amat digalakkan.

    • Hadis: Uthman ibn Affan bernikah dengan dua (2) puteri Rasulullah, iaitu selepas kematian isteri pertama dan kemudian bernikah dengan seorang lagi puteri Rasulullah. Uthman ibn Affan mendapat gelaran "dua cahaya".

  2. Kes 3: Bernikah dengan bekas isteri anak angkat. 
    • Hukumnya halal pernikahan itu selepas dari tempoh edah.

    • Rasulullah bernikah dengan Zainab binti Jahsyi iaitu bekas isteri Zaid bin Harithah, yang mana Zaid adalah anak angkat baginda Rasulullah. Perkahwinan itu berlangsung, setelah selesai tempoh edah perceraian. 

    • Surah Al-Ahzab Ayat 33:37 (klik sini utk paparan ayat)

وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
 


Hadis berkaitan:
  • DENGAN PAKAIAN TERULUR KE TANAH 606*. Dari Ibnu Mas'ud R.A. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa memperpanjang kain sarungnya (1)* di dalam solat kerana sombong, maka Allah tidak menghalalkan baginya syurga dan tidak mengharamkan baginya neraka". (1)*. Melebihi mala kaki sampai ke tanah. Menurut Abu Hanifah dan Syafi'i hukumnya ill dalam shalal adalah makruh. Menurut Malik di dalam solat boleh di luar shalai nd.il boleh. Aunul Ma'bud II, 341. [Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0606]

No comments: