Friday, November 13, 2020

Saidina Ali bin Abi Talib (siri-2)

-us Norazam Kuliah Maghrib Sabtu 25-Apr-2015

Asas kpd perbincangan terhadap para sahabat:
(sambungan dari kuliah sebelum ini -- klik sini utk kuliah terdahulu)
  1. #1 terdpt beberapa jenis maqam manusia ie para Nabi, diikuti para sahabat, tabi' - tabiin (mereka yg pernah bersama dgn Rasulullah saw, guru mereka adalah Rasulullah saw)

  2. #2 Mereka layak utk berishtihad/keputusan terhadap perkara duniawi. Ishtihad mereka sama ada tepat, boleh jadi juga tidak tepat. Jika tepat, ada 2 pahala utk mereka. Sekiranya tidak tepat mereka peroleh 1 pahala.

  3. #3 (akan di bincang kemudian)

  • Apbl berbicara mengenai para sahabat, ada byk perkara fitnah, ada riwayat yg tepat ada juga tambahan kpd riwayat asal. Tambahan inilah menjadi perkara yg kita perlu berhati-hati. Terdpt buku yg diterbitkan mengenai fitnah terhadap para sahabat, yg boleh didapati di kedai buku.

  • ada pihak ke3 yg menimbulkan fitnah terhadap para sahabat. Asalnya seorg yahudi yg masuk Islam, bernama Abdullah bin Saba'. Kemudian lahir 2 golongan ie:
    1. Syiah (yg menyokong Saidina Ali), dan 
    2. Khawarij (yg mengkafirkan syiah)
  • Selepas Saidina Usman di bunuh oleh musuh Islam pd tahun 35 Hijrah. Para sahabat kemudiannya menemui Saidina Ali utk melantik beliau menjadi khalifah. Ketika itu saidina Ali berumur 57 atau 58 tahun. Mulanya Saidina Ali menolak.

  • Sebelum Saidina Ali menjadi Khalifa, zaman sebelumnya adalah perluasan sebaran ugama Islam. Namun pd zaman Saidina Ali, fokus adalah utk menghapuskan fitnah dlm Islam. Jawapan kpd persoalan kenapa Saidina Ali tidak meluaskan jajahan Islam sebaliknya memperbetulkan keadaan dan fitnah. 

  • Az-Zubair selepas berbaiah (taat setia) terhadap Saidina Ali, dia pergi ke Mekah dan bertemu Saidina Aisyah, utk memulakan percarian pembunuh Saidina Usman. Saidina Aisyah ra menyokong hasrat az-zubair. 

  • 6,000 org dr pihak Khawarij yg terlibat dlm pakatan utk membunuh Saidina Usman. Asalnya mereka memberi alasan memasuki Mekah utk menunaikan haji, sebaliknya berpakat utk membunuh khalifah.


Peperangan Jamaal
  • Peperangan Jamaal berlaku dlm tempoh beberapa jam shj. Ianya berhenti setelah saidina Aisyah terjatuh dr unta tunggangannya. Didapati Az-Zubair mati terkena panah. Punca peperangan adalah dr pihak ke3 ie puak Khawarij.

  • Muawiyah bin Abi Sufyan, gabenor di negeri Syam ketika itu. Adakah benar Muawiyah tidak mahu berbaiah kpd Saidina Ali? Jawapannya tidak. Rasionalnya adalah dia mahukan pembunuh khalifah Usman terlebih dahulu, kemudian barulah menunjukkan taat setia kepada khalifah (yg baru ie Saidina Ali). Saidina Ali lebih berpandangan utk memilih pemimpin umat Islam pd ketika itu kerana ketiadaan khalifah, selepas Saidina Usman dibunuh.

Peperangan Siffin
  • Peperangan Siffin dlm thn 36 H berlaku sekejap shj. Di mana Saidina Ali membawa 120 ribu tentera sementara Saidina Muawiyah bersama 90 ribu tentera di Siffin.
     
  • Perang Siffin berhenti selepas 3 hari apbl kedua-dua pihak meletakkan Al-Quran di hujung pedang. Akhirnya mereka berhenti kerana faham tiada asas utk berperang sesama Islam.

  • 2 tokoh dlm peristiwa Tahkin antara Amru al-As dan Abu Musa Assayari, diriwayatkan sebagai tipu-menipu dlm memberi sokongan kpd Saidina Ali dan juga gabenor Muawiyah. Hal ini adalah rekaan (riwayat tambahan).

-sambungan akan dtg adalah peristiwa Tahkin.

No comments: