Friday, November 27, 2020

Membaca Al-Quran dengan Tartil

- us Mohd Harif Haron kuliah Maghrib Isnin 28-Sep-2020

Membaca Al-Quran dengan Tartil

Maksud "tartil" adalah memperelok bacaan Al-Quran, tidak terlalu gopoh ketika membaca, dan tidak terlalu cepat dan terburu-buru sehingga kurang jelas dan tidak teratur. 
Tergopoh-gapah dan terburu-buru di dalam membaca Al-Quran dan tidak memerhatikan tartil sehingga tidak jelas dan kurang terang didengar oleh orang. 

Allah SWT menganjurkan kepada Rasulnya supaya membaca Al-Quran dengan tartil, firmanNya dlm surah Al-Muzammil.

Surah Al-Muzammil Ayat 73:4 (klik sini utk paparan ayat)

أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".


- 4 wajah/cara bacaan Al-Quran:
1) Bacaan Hadar - Bacaan yg laju
2) Bacaan Tadwir - Bacaan pertengahan
3) Bacaan Tartil - bacaan yang sedikit perlahan (pertengahan antara Tahqiq dan Tadwir)
4) Bacaan Tahqiq - bacaan yang lebih perlahan dari bacaan Tartil. Bacaan bagi org yg mula mahu belajar membaca Al-Quran.

Dalam mana-mana cara bacaan (di atas), tartil mestilah dijaga.


Ummi Salamah (ie isteri Rasulullah) dan para sahabat, menyifatkan Rasulullah membaca Al-Quran dengan tartil yang baik. Disebutkan huruf Al-Quran itu satu-persatu. 
Dikatakan kepada pembaca Al-Quran, bacalah Al-Quran itu dengan terang dan elok.

Sebagaimana engkau memperelok bacaan Al-Quran di dunia dahulu, maka kedudukan kamu (di akhirat) ditentukan ketika ayat yang terakhir engkau membacanya. (Kedudukan kita di Akhirat kelak).

Berkata sebilangan ulamak, bhw, bilangan tingkatan syurga itu adalah sama dengan bilangan ayat-ayat Al-Quran. Maka kedudukan pembaca seluruh Al-Quran itu berada di kedudukan paling atas dari syurga. Kedudukan itu dikhususkan kepada pembaca Al-Quran yang memperelokkan bacaannya.
  • Berusaha untuk memperelokkan bacaan Al-Quran itulah yang dimaksudkannya (caranya dengan belajar mengaji), dan mengamalkan perintah-perintah yang dianjurkan Al-Quran itu. 
  • Terkeluar daripada ini adalah pembaca yang mencampur-aduk dan melalaikan perintah Al-Quran.
Bukti bahawa pembaca Al-Quran akan diseksa kerana tidak mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Al-Quran. Meskipun mereka dilihat membaca Al-Quran dengan baik. 

  1. Bacaan dengan berlagu itu sangat dianjurkan. Namun bukan dengan tujuan untuk mendapat habuan dunia. Rasulullah menyuruh kita membaca Al-Quran dengan memperelokkan suara, sebutan yang betul dan cara/lagu bacaan. 
  2. Jangan berhenti belajar Al-Quran dgn hanya menjaga makhraj shj, perlu juga dijaga sifat huruf Al-Quran (seperti ketebalan sebutan huruf).
  3. Memperelokkan bacaan Al-Quran itu bermakna seseorang itu memuliakan Al-Quran.
Bacaan dengan berlagu akan menimbulkan kesedaran dalam hati. berkhusyuk dan berhiba. 
  • Diharuskan kita berhiba atau buat-buat menangis ketika membaa Al-Quran.

Memperelokkan bacaan Al-Quran dan mengamalkan adalah termasuk dlm orang yang membaca Al-Quran.

Allah ganjarkan kepada orang yang mati semasa belajar Al-Quran dengan mati syahid.

Sebaik-baik zikir adalah membaca Al-Quran.

Perelokkan bacaan Al-Quran dengan suaramu.


Sambungan kuliah: Membaca Al-Quran dengan Berlagu (klik sini utk catatan kuliah).


No comments: